BAB 53
'Distance can be beautiful when you're waiting for Allah to bring you both together on the halal way'
Chairil yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu menapak menuju ke arah sang isteri yang terbaring di atas katil. Bibirnya mengoyak senyuman nipis melihat wajah tenang Amira. "Assalamualaikum my little pumpkin." Dia mengelus rahang tajam itu dengan lembut.
"Sayang abang ini nampak makin kuruslah. Sayang tak nak bangun makan nasi ayam geprek kah? Kalau sayang bangun abang akan terus belikan nasi ayam geprek dekat sayang. Kan sayang dah lama nak makan nasi itu." Chairil memasang wajah ceria cuba mengajak sang isteri untuk berbicara.
"Sayang bangunlah boleh kita makan sama-sama, solat sama-sama, jalan sama-sama, berlari berkejaran sama-sama. Sayang tak nak?" Dia meraih jari-jemari runcing Amira lalu diletakkan pada pipinya yang mula ditumbuhi kumis nipis. Benar, hampir satu bulan ini dia langsung tidak sempat menguruskan penampilannya. Didalam fikirannya sekarang cuma Amira, Amira dan terus Amira yakni sang isteri tercinta.
"Abang rindu nak lakukan semua benda itu dengan sayang." Chairil mengucup lembut jari-jemari itu. Dia melepaskan ketawa kecil apabila didalam mindanya bermain segala memori mereka bersama.
"Alamak! Abang lupa nak sapukan lotion dekat sayang tadi. Kejap ya abang tolong sapukan dengan losyen" Dia meraih botol yang berwarna merah jambu berjenama Enchanteur perfumed body lotion yang sudah dia sediakan didalam beg mereka lalu kembali memegang tangan Amira. Sejak mereka berkahwin dia perasan setiap masa Amira tidak pernah sekalipun lupa untuk menjaga kulitnya. Setiap masa selepas mandi mesti akan disapu pelembap bibir dan juga losyen. Mungkin disebabkan itulah kulitnya sentiasa mulus dan wangi.
"Your favourite scent is my favourite too, sugar. Wangikan?" Bau rose yang datang dari losyen itu semerbak didalam bilik yang mereka duduki bersama.
"Tapi kalau sayang tak pakai pun sayang tetap wangi. Nanti kita beli yang bau natural sajalah ya, untuk rose punya sayang pakai untuk abang saja. Abang tak nak sayang wangi-wangi sangat nanti orang lain dapat hidu bau sayang. Cukup abang saja yang dapat cium bau sayang" Ujarnya dengan lihai menyapu cecair itu pada kulit Amira.
"Sayang nak apa sayang beritahu saja abang. Abang akan tunaikan. Sayang nak abang masak, abang akan buat, sayang nak abang kemas rumah pun abang akan buat. I'm your knight, right? Alang-alang itu bolehlah abang jadi suami dan ayah yang limited edition, tak gituw dinda? Nanti mesti semua orang jealous sebab sayang dapat suami macam abang." Dalam tawaan hambar itu tiba-tiba sahaja dia melihat ada titisan air yang terkena pada pergelangan tangan Amira. Tanpa sedar dia menyentuh pipinya dan mendapati ianya sudahpun basah.
"Maaf, lately ini abang kerap sakit mata" Dia menyeka air mata yang mengalir tanpa henti. Terus diseka tetapi entah kenapa air itu tetap saja terus mengalir.
"Sakit sangat sampai keluar air mata. I'm sorry sayang" Kembali menjalankan tugasnya dia menyapu losyen itu pada tubuh Amira sambil mengurut sedikit telapak tangan dan kaki Amira. Matanya yang masih berbalam-balam diseka laju.
"Maaf sebab selama ini sering berkelakuan nakal dan susahkan sayang. Tak beri perhatian sepenuhnya dekat sayang, tak selalu buat pillow talk dengan sayang. Tak selalu bawa sayang jalan-jalan makan angin. Maaf. I'm really sorry sugar. Abang janji lepas ini kita akan buat semua itu bersama. Dan maaf sebab telah kecewakan sayang. Abang tahu walaupun sayang sering ucap tak apa, sayang maafkan. Tak mengapa semua manusia buat silap but I know deep in your heart. Mesti sayang pun sedihkan? Abang betul-betul minta maaf sayang. Abang betul-betul maksudkannya. Abang janji abang betul-betul akan berubah jadi suami dan ayah yang baik untuk kita sekeluarga. Dan abang janji sayanglah yang pertama dan terakhir yang akan terus menjaga hati ini kerana sayanglah penjaga hati abang. Penjaga hati yang sebenar-benarnya. I love you my angel. I really do" Chairil menunduk membiarkan air matanya menumpah di atas bajunya. Sungguh dia tidak kuat jika perkara itu membabitkan isterinya.
Tanpa disedarinya ada seseorang berdiri tegak mendengar semua luahannya. Orang itu adalah Elmer. Niatnya mahu datang menjenguk sebentar pasangan ini tetapi terhenti seketika apabila disapa dengan suasana yang mencengkam dada. Dia mengambil langkah mengundur dengan perlahan dan kembali menutup pintu tersebut tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
"Semoga kau orang bahagia hingga ke Jannah Chai" Gumamnya perlahan. Dia tertunduk dalam dan mengepal erat tangannya. Terasa diri ini tidak berguna kerana kesalahan yang telah dibuatnya pada masa lalu. Disebabkan sikapnya yang pentingkan diri dan tidak bermoral membuatkan semua orang yang berada disekelilingnya berasa kecewa dan sedih.
Tepukan di bahunya menyedarkan dia dari lamunan panjang
"Kenapa berdiri tengah jalan ni?"
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Elmer kepada Ayuni sambil mengusap dadanya perlahan. Terkejut dia apabila melihat seseorang berada dibelakangnya. Setahunya tadi mana ada sesiapa.
"Lah! Soalan pun. Tengok adik aku lah" Elmer menjuihkan bibirnya.
"Kenapa tak masuk?" Soal Ayuni buatkan Elmer terbungkam.
"Wrong timing lah, kejap lagilah kita datang lain" Ayuni terdiam apabila Elmer memberi jawapan sedemikian. Tahulah dia bahawa mereka patut memberikan masa sebentar kepada kedua pasangan itu.
"Nak lepak dekat taman permainan sekejap tak?"
"Boleh juga" Elmer mengikut tanpa mengeluarkan sebarang bantahan.
Sejurus sahaja tiba di taman permainan mereka terus menapak ke arah bangku kosong yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Tenang rasanya apabila angin-angin sepoi bahasa menerpa di wajah mereka. Walaupun terdapat beberapa segelintir kanak-kanak sedang bermain riang dihadapan mereka tetapi tetap tidak mengeruhkan suasana nyaman buat mereka.
"Kau macam mana? Sihat?" Setelah beberapa detik mendiamkan diri Ayuni membuat keputusan untuk memulakan perbicaraan.
"Alhamdulillah, luka-luka macam ini cepat saja sembuh." Elmer menayang wajah ceria. Keningnya diangkat sekali
"Ceh! Sembang." Ayuni berdecak sembari memberikan jelingan manja kepada Elmer. Walaupun pertemuan mereka disebabkan kemalangan yang ditimpa baru-baru ini dan boleh dikatakan baru sahaja sebulan tetapi hubungan mereka lagaknya seperti sudah lama kenal.
"How's your life?" Soal Elmer kepada Ayuni
"Alhamdulillah, so far so good. Kau?"
"Like usually tapi Alhamdulillah rasa macam ada sikit improvements disitu. Tapi inikan dunia reality mana ada benda yang senang. Kadang-kadang aku rasa macam nak mati awal saja sebab dah penat nak hadap semua ini. Dan aku terfikir kenapa aku tak terus mati saja time kapal aku kena hijack hari itu. Adakah sebab itu tandanya yang aku diberi peluang kedua?" Elmer memandang ke arah langit yang membiru.
"Haih... Yang hidup nak mati, yang mati pula nak hidup kembali sebab dia orang nak tebus balik segala kesalahan yang dia orang buat dulu"
"Macam mana kau tahu? Kau pernah mati hidup balikkah sebelum ini?" Seloroh Elmer bersahaja lalu melepaskan tawaannya di udara.
Ayuni mendengus kesal lalu menunduk mengambil daun-daun kering yang jatuh ditanah kemudian dibalingkan kepada Elmer.
"Hoi! Kotorlah" Masih dengan tawaan mengusik dia menepis serangan dari Ayuni.
"Aku faham perasaan kau. Kadang-kadang aku pun rasa macam itu. Mood aku inipun tak menentu, sometimes happy, sometimes rasa down dan sebagainya tapi biasalah itu semua lumrah kehidupan. Bukan mudah untuk mempercayai proses jalan hidup yang penuh dengan rasa kekecewaan dan putus asa tapi tanpa kita ketahui rasa itu adalah satu petanda yang hati kita merindui Allah. Rasa itu membawa kita untuk sentiasa dekat dengan Allah. Beruntunglah sesiapa yang hatinya sentiasa mengingati kepada Allah. Memang aku baru kenal kau Fadeyka Elmer tapi aku tahu dalam diri kau ada juga terselit kebaikan yang mungkin kau sendiri pun tak tahu. Dan tentang kesalahan kau, aku rasa aku tak layak untuk bahaskan tentangnya sebab kau sendiri dah tua, boleh tahu mana satu yang menguntung dan merugikan kau."
"It doesn't matter how many mistakes you make or how slow your progress, you are still ahead of everyone who isn't trying." Ujarnya sambil memandang ke arah kanak-kanak yang riang bermain di taman permainan itu.
"Tapi..." Elmer menghela nafas perlahan. Dia turut memandang ke arah kanak-kanak itu.
"Jangan berputus asa Fadeyka. Benar, nak istiqamah itu bukannya senang tapi dalam tak sedar dia melatih kau untuk menjadi lebih baik, kan? So don't ever let a negative past define you, let it be a lesson that strengthens you and leads you on the right path to a positive better and brighter future." Ayuni mengorak senyuman tipis.
"Hari ini dia ahli maksiat. Esok lusa mungkin dia ahli ibadah, siapa tahu? Semuanya adalah rahsia Tuhan" Terus Ayuni bangun dari tempat duduknya meninggalkan Elmer yang terkulat-kulat sendirian.
'We are what we repeatedly do. Excellence then is not an act but a habit'
Jom sama2 doakan utk palestine
Jemput vote, komen and follow
Saya minta maaf sangat-sangat sebab late update. Ada kerja sikit. Saya betul minta maaf tau semua.
Macam mana? Ada salah apa2 tak? Kalau okay ke tak okay ke roger and out
Siapa view kantoi dia tak mandi lagi.
150 votes for unlock chapter
Update: 4/3/2024 ( 8:58 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro