Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 52

'Kindness is like snow. It beautifies everything is covers.'











Awan putih yang berarak lembut menyapa retina matanya. Sesekali angin syahdu bertiup menggoyangkan bunga-bunga yang berada disekilingnya. Kemudian dia melebarkan pemandangan ke sekeliling yang baginya terasa sangat indah dan nyaman.

Gadis ayu itu kelihatan cantik dengan pakaian gaun putih lengkap dengan tudung selendang labuh yang juga berwarna putih.

Dia bersenandung kecil sembari melangkah menyusuri taman bunga dengan bahagia.

Nyamanlah Arjuna beta

Mimpikan yang indah saja

Nanti bila kau buka mata

Semua tak serupa

"Ehem." Dalam dia sedang enak menikmati suasana terdengar suara lembut wanita menyapa di halwa pendengarannya. Netranya melotot sempurna melihat gerangan yang berdiri dihadapannya dengan senyuman manis terpatri pada wajah cantik itu. Pakaiannya juga persis sama dengan dirinya.

Ngeri tak terbayang mata

Bonda takkan ada sentiasa

Nanti moga kau tak lupa

Bonda memujukmu anakanda

"Umi?" Soalnya dengan nada bergetar. Figura tersebut tidak bersuara tetapi tangannya bergerak menggamit dirinya untuk masuk ke dalam pelukan hangat.

Tanpa kata tapak kakinya berlari masuk ke dalam pelukan yang sudah lama dia ingini

"Adik rindu umi" Dia menyembam wajahnya dan memeluk erat insan yang dirinduinya. Wanita cantik itu membalas pelukan itu tidak kalah eratnya dan mengusap lembut belakang tubuh Amira.

"Ad-adikk rin-duu sangat dengan umi" Walaupun kata-kata itu terdengar perlahan tetapi sempat didengari oleh bonda tercintanya. Harum wangi seperti kasturi terbit dari tubuh itu membuatkan dirinya terasa nyaman.

"Sayang" Masih dalam pelukan ibunya memanggil Amira dengan nada yang lembut.

"Umi pun rindukan Mira, anak bongsu kesayangan umi" Menangkup perlahan wajah kecil Amira lalu menjatuhkan kecupan syahdu pada dahi mulus anak gadisnya itu.

"Adik sihat? Kakak? Abi?"

"Alhamdulillah sihat. Semua sihat dan umi nak tahu tak? Sekarang umi dah ada menantu." Ujar Amira sejurus ibunya menarik tubuhnya lalu berjalan bergandingan tangan menuju ke bawah pohon besar yang terletak tidak jauh dari keberadaan mereka.

"Tahu dan umi bersyukur sebab dia tolong jagakan anak umi ini dengan baik. Walaupun tertimpa masalah kamu tetap bersama menghadapinya tanpa memikirkan pemisahan." Dengan tersenyum simpul dia menepuk rumput hijau dengan lembut disebelahnya menyuruh Amira untuk duduk di sisinya.

Bersama tawaan girang Amira mengikut kemudian melabuhkan kepalanya pada paha sang ibu. Matanya memandang lunak wajah yang tidak dimamah usia itu dengan lama.

"Umi ini cantiklah" Amira berkata sembari mengusap wajah itu dengan lembut.

"Adik pun cantik juga" Hidungnya dicuit membuatkan dia tersengih suka.

"Tak lama lagi akan ada ahli baru yang akan masuk dalam keluarga kita" Amira mengernyit dahinya

"Siapa?"

"Adik akan tahu nanti"

"Umi" Amira merengek manja dalam dakapan ibunya.

"Adik"

"Ya?"

"Terima kasih sebab jadi anak dan adik yang baik untuk umi, abi dan kakak. Terima kasih sebab tak pernah menyerah dalam mengharungi segala cabaran. Umi, abi dan kakak bangga sangat dengan adik. Adik jangan ingat kami tak pernah gembira dengan setiap kejayaan yang adik kecapi. Setiap apapun perkara yang membuatkan adik bahagia, kami pun turut tumpang bahagia. Sejujurnya segala titik peluh dan pengorbanan adik adalah sangat bermakna bagi kita sekeluarga. Walaupun bagi adik kejayaan itu adalah kecil tapi bagi kami ianya adalah besar sebab adik mampu capainya dengan sendiri. Kami bangga dengan adik. You can do anything you want as long as you believe in yourself and work hard" Benar, setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing. Oleh itu ibu bapa Amira tidak pernah kecewa dengan apa yang telah anak mereka jayakan. Walaupun ada segelintir ibu bapa selalu membandingkan anak mereka dengan orang lain kerana bagi mereka ia dapat mendorong lagi anak mereka supaya lebih berusaha keras tetapi tidak bagi keluarga Amira. Bagi keluarganya, apa yang telah dicapai oleh anaknya itulah kemampuan dan itu juga kejayaan buat dirinya. Jika dia mampu untuk capai lebih maka dia akan mendapat lebih.

"Dan umi nak ucapkan, terima kasih sebab selalu bangun pagi baca yaasin dan buat solat sunat. Harta dunia akan habis bila tiba saatnya, tetapi harta akhirat tidak akan habis sehinggalah kita benar-benar memasuki syurga." Amira memandang redup ke arah wanita yang sudah melahirkan dia di atas muka bumi ini.

"Umi" Matanya berbalam. Bibir merahnya pula bergetar menahan tangisan.

"Sepatutnya adik yang ucapkan terima kasih sebab tak pernah putus berikan didikan agama dan akhlak yang baik dekat adik dan kakak" Amira menekup wajahnya pada perut ibunya.

"Umi janganlah tinggalkan kita orang lagi. Kami rindu sangat dengan umi lagi-lagi abi. Sampai sekarang dia masih teringat-ingatkan dekat umi"

"Abi memang begitu orangnya" Wanita itu tertawa kecil.

"Untung umi dapat suami macam abi. Setia hingga jannah"

"Adik pun untung sebab dapat suami yang telah ditakdirkan untuk adik." Mereka sama-sama tersenyum bahagia menikmati suasana indah itu.

"Adik, masa kita dah suntuk ni" Bicaranya lunak setelah mereka berdiam diri untuk beberapa minit. Kepala anaknya yang berada diatas paha diusap perlahan.

"Adik nak ikut umi boleh?" Soal Amira menatap redup netra hazel itu.

"Tak boleh sayang"

"Kenapa?"

"Masa adik belum sampai, sayang"

"Macam mana umi tahu?"

"Umi tahulah"

"Aloo... Bagi sajalah adik ikut umi" meleret suaranya memohon kepada bonda tercinta.

"Amboi loyar buruk pula dia" Hidung anak bongsunya dikepit lembut. Amira tertawa kecil apabila diperlakukan sedemikian. Haih, ikut perangai bapak lah ni yang suka main-main

"Tapi macam mana kalau adik rindukan umi?"

"You know what to do princess" Kecupan lembut jatuh pada dahinya.

"Tapi adik tak kuat" Sang bonda mengelus lembut tubuh ringkih itu.

"Jangan cakap macam itu. Adik adalah perempuan yang paling kuat dalam kalangan gadis-gadis diluar sana. Mungkin adik tak perasan tapi adik nak tahu tak? Adik berjaya menempuh segala onak duri dalam hidup adik tanpa kenal erti putus asa. And you know, Tuhan sentiasa ada disisi adik dikala adik jatuh dan bangun."

Amira menelan ludahnya susah payah. Matanya berbalam-balam melihat insan yang berada dihadapannya ini.

"Jangan sedih, umi sentiasa ada dengan adik. Izinkan umi pergi ya sayang. Nanti Inn Syaa Allah dengan izin-Nya kita pasti bertemu lagi." Anggukan Amira membuatkan dia tersenyum manis.

"Adik sayang umi. Sayang sangat-sangat"

"Umi pun sayang anak-anak umi" Amira tersenyum hambar. Air mata kian mengalir disaat melihat tubuh itu kian menghilang di pandangannya.

***

"Assalamualaikum little pumpkin abang" Seperti biasa Amirul datang mendekat kearah Amira yang berbaring di atas katil dan mengelus sisi pelipis Amira dengan lembut. Tidak dilupakan juga beberapa kecupan yang wajib dia berikan pada wajah sang isteri setiap kali bertemu.

"Maaf abang lambat datang hari ini. Abang kena balik rumah kita kejap ambil barang then bila nak sampai sini ada accident pula atas highway tu. Jem panjang tau, pelik sungguh abang. Yang lain tak kena accident tu jalan saja lah kecoh nak bawa slow tengok mangsa lain itu apahal? Accident tu tepi jalan saja pun bukannya tengah jalan" Amirul mengomel sambil bermain dengan jari-jemari runcing Amira. Sesekali dia mengucup perlahan jari-jemari itu. Kata doktor walaupun pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri, dalam peratusan yang agak kecil mungkin dia dapat mendengar suara disekilingnya.

"Selepas itu kan sayang tadi abang kena buli dengan Rayyan, boleh pula dia suruh abang jagakan anak-anak dia yang tiga orang itu. Dahlah abang tengah rushing nak datang jumpa sayang. Dia cakap 'kau kena practice jaga anak nanti taklah terkial-kial nak jaga anak sendiri'. Tapi tak lama jelah sebab dah kena kantoi dengan Fatin, terus Fatin membebel dekat Rayyan. Tak sangka si singa tu boleh pula jadi kucing bila berhadapan dengan isteri." Bibir Amirul terjuih. Berpeluh dia bila kena kepung dengan anak-anak Rayyan tadi.

"Bila sebut pasal anak ini, you know what? Kita akan jadi parents nanti. Sayang happy tak? Dalam tummy little pumpkin ada baby" Bibir Amirul kembali menguntum senyuman kecil sembari mengusap halus perut itu.

"Babah tak sabar nak tengok kau orang keluar membesar dihadapan mata mama dan babah, kan mama?"

"Mama" Kepala Amirul tertunduk dalam. "Abang nak dia orang panggil kita mama dan babah boleh?" Lelaki itu menjatuhkan wajahnya di sisi sang isteri dan menghirup dalam-dalam aroma tubuh itu. Bau yang dapat menyenangkan dirinya dikala dia ditimpa permasalahan. Juga bau yang telah menjadi candunya.

"Mama you know what? I really miss you. Mama tak nak bangun?" Amirul bergumam perlahan. Jauh didalam sudut hati dia berharap jari Amira bergerak merespons segala percakapannya. Tetapi semua itu hanyalah dusta.

"And I love you so much. I really do. Please bangun little pumpkin" Lagi dan lagi permohonan itu bersuara di ruangan bilik rawatan itu.


'Maybe you're having to wait longer because the future that's coming for you is even more beautiful than you imagined. Perhaps you're asking for a drop and Allah wrote you the ocean. Be patient.'

Jom sama2 doakan utk palestine

Jemput vote, komen and follow

150 votes for unlock chapter

yang mana jadi pilihan. Kecewa, bolehlah / best!

Update: 26/2/2024 ( 4:05 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro