Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 51

'A morning is a wonderful blessing either cloudy or sunny it stands for hope giving us another start of what we call life'










Terkebil-kebil matanya apabila merasakan cahaya lampu terpancar pada wajahnya. Bau-bauan hospital yang tidak disukai semerbak masuk ke dalam rongga hidungnya.

Sejenak matanya terbuka luas. Kepalanya melingas memandang ke sana sini mencari kesayangan.

"Sayang" Panggilnya sambil cuba untuk turun dari katil pesakit. Rasa sakit yang menjalar pada tubuhnya dihiraukan.

"Sayang!"

Pintu yang terkuak dari luar memberhentikan aktivitinya buat seketika.

"Rayyan mana isteri aku?" Tanyanya dengan cemas. Rayyan tidak menjawab sebaliknya hanya memandang sepi ke arah Chairil.

"Rae, Qhaliq isteri aku mana? Aku nak jumpa dia" Kata Chairil sambil berusaha untuk bangun dari duduknya.

"Am kau kena banyak berehat. Kau masih lemah" Chairil menggeleng laju.

"Tak nak! Aku nak jumpa isteri aku lah!" Protesnya kuat menghalang sahabat-sahabatnya dari menyekatnya untuk pergi.

Chairil berdecak. "Ke tepilah aku nak jumpa isteri aku yang kau orang halang aku ini apasal?!" Bentak Chairil emosi

"Macam mana kau nak jumpa dengan isteri kau kalau dengan keadaan kau macam ini hah?!" Jerit Rayyan untuk menyedarkan Chairil

"Apa maksud kau? Mana isteri aku?"

"Kau kena bersabar Am. Aku tahu kau kuat" Ucap Rayyan kembali berlembut.

"Aku nak jumpa dengan isteri aku. Dia cakap dia akan berada disisi aku selalu" Gumam Chairil sayu. Dia menunduk ke bawah tidak hiraukan tiga jejaka yang menatapnya pilu.

"Aku nak isteri aku, aku perlukan dia. Aku rindukan dia. Tolonglah bagi aku jumpa dia." Bibirnya tercebik. Tangannya pula menggenggam erat kain cadar itu.

"Semua ini mimpikan? Aku nam-pak..." Air mata yang mengalir dibiarkan jatuh di atas katil.

"When life gives you a hundred reasons to break down and cry, show life that you have a thousand reasons to smile and laugh" Potong Rayyan seraya menarik Chairil masuk ke pelukannya.

"Isteri aku selamatkan? Isteri aku adakan?" Soal Chairil kembali.

"Maafkan kita orang sebab lambat" Ujar Qhaliq tanpa dipinta.

"Semua yang jadi tadi adalah mimpikan? Isteri aku selamatkan?" Rayyan mengangguk mengiyakan

"Iya... Dia ada. Kan dia dah janji untuk selalu ada dengan kau." Tak semena-mena air mata Chairil kembali turun. Mereka bertiga memandang sayu ke arah Chairil yang tidak malu mengalirkan air mata jantannya.

"Kau nak jumpa dengan dia?" Soal Rae kepada Chairil.

"Nak" Balasnya dengan mata yang berbalam.

"Kalau nak kau kena sihat dulu. Berehat dulu ya, nanti kita orang bawakan kau dekat dia" Akhirnya Chairil mengalah dan kembali menenangkan diri.

***

Kepalanya terngiang-ngiang suara Fatin sebentar tadi. 'Amira kuat sebab itu dia mampu jaga malaikat kecil yang baru hadir dalam hidup kau orang'

Chairil mengusap perut datar Amira dengan lembut. Tatapannya beralih pula ke arah figura yang terbaring kaku di atas katil. Tipulah jika dia tidak bahagia dengan berita ini tetapi dalam masa yang sama dia juga berasa sedih dan risau melihat keadaan sang pujaan hati. Disebabkan dirinya, sang isteri pula yang terkena tempiasnya.

Matanya jatuh pada raut wajah yang tiada cacat cela namun hanya luka kecil saja yang terlakar pada wajah bidadarinya ini. Tetapi dalam penglihatannya masih tidak mencemarkan kecantikan yang tersedia ada pada wajah bersih suci itu.

Dalam dia larut memerhati wajah cantik itu, kata-kata yang dilontarkan oleh sahabat isterinya juga masih bermain difikirannya.

'Dia beruntung sebab suit dan drone itu lindungi dia. Dan mujur jugalah Noah sempat bertindak kalau tidak...' Fatin tidak mampu menyambung kata-katanya. Matanya turut jatuh ke arah Amira yang terbaring kaku.

Chairil hanya mendiamkan diri di tepi katil. Tangan kasarnya tidak jemu mengusap tangan mulus sang isteri.

'Kau orang berehatlah dulu. Nanti saya suruhkan pihak hospital tempatkan kau orang satu bilik' Ucap Fatin kepada Chairil.

'Kami bilik dulu dan abang Am, jangan terlalu larut dalam perasaan. Kuatkan semangat dan jangan putus dalam berdoa. Kita hanya mampu tawakkal yang hidupkan dan sembuhkan makhluk hanyalah yang Maha Esa.' Kata Fatin kembali sembari melihat tiada sebarang pembalasan diterima oleh Chairil.

Rayyan memandang sendu ke arah Chairil lalu mengaut tangan Fatin masuk ke dalam genggamannya kemudian berjalan keluar dari bilik rawatan itu.

"Sayang" Ucapnya serak. Dia bermain-main dengan jari-jemari Amira dengan lembut.

"Abang rindu. Abang minta maaf sebab banyak susahkan sayang. Sayang maafkan abang tak?"

Wajahnya kini kian mendung apabila tidak mendapat sebarang pembalasan dari isteri tercinta.

Bayang-bayang dimana Amira dan dia menikmati moment manis dan gelak ketawa bermain pada pita rakaman otaknya. Setiap saat yang berlaku adalah perkara yang paling manis dan bermakna dalam hidupnya kerana sebelum kedatangan Amira dia rasakan hidupnya seperti dalam kegelapan. Penuh dengan darah dan perkara keji. Tetapi setelah munculnya bidadari kecil ini dalam hidupnya, perlahan semua kegelapan itu sirna dalam dirinya.

Namun sekarang bidadarinya ini malah terbaring lemah dihadapannya. Tiada lagi gelak ketawa bersama, tiada lagi gurau senda bersama. Semuanya hilang sekelip mata.

"I miss you" Ucapnya lirih. Air mata yang menitis di sudut mata diseka cepat. Azan yang berkumandang bergema di halwa pendengarannya.

"Abang solat dulu ya. Jangan risau, abang solat dekat sini. Abang akan sentiasa ada dengan little pumpkin abang" Satu kecupan lembut Amirul hadiahkan pada dahi Amira. Dibiarkan lama melepas rasa rindu dan sayang yang tersarat dalam diri.

Chairil melepas hela nafasnya dengan berat lalu kakinya dengan cepat masuk ke dalam ruang tandas untuk mengambil wuduk.

Dalam tika bilik rawatan itu hanya berbunyikan bantuan alat penafasan terselit jua bunyi keesakan seseorang yang berteleku di atas kain sejadah.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tahu aku adalah seorang hamba yang lemah, yang imannya sentiasa naik dan turun yang juga sentiasa melakukan dosa. Tetapi aku mohon Ya Allah, tolong jangan ambil mereka dariku. Aku mohon Ya Allah, sesungguhnya aku tidak kuat. Aku tahu aku seorang pendosa tegar dan aku mengaku aku seorang yang tamak. Tapi aku merayu, jangan ambil mereka dariku kerana aku tidak bersedia untuk kehilangan mereka. Berikanlah hambamu ini peluang, peluang lagi sekali untuk menebus segala dosa-dosanya yang lama. Peluang untuk menjadi imam kepada keluarga kecilku, peluang untuk aku membimbing keluargaku ke Syurga FirdausMu Ya Allah. Aku tahu aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurgaMu tetapi aku juga tidak mahu masuk ke dalam nerakaMu. Jadi aku mohon Ya Allah. Teguhkanlah kuatkanlah iman dan kesabaranku supaya kami dapat masuk ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab dan diazab. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui diriku dari yang lain. Engkau adalah penciptaku dan Engkau adalah penulis yang terbaik untuk kisah jalan hidupku. Tolong aku Ya Allah. Aku merayu kepadaMu." Dia menangis teresak-esak dalam sujud itu meluahkan apa yang terbuku didalam hati.

"Sungguh aku cinta padanya dan aku tahu itu adalah pinjaman sementara dari Engkau dan jika benar Engkau mahu mengambilnya kembali, bawalah aku juga kerana aku tidak sanggup kehilangannya" Raut wajahnya memerah kerana tangisan yang terhembur. Dan di dalam sujud itulah, hatinya berbicara sayu kepada yang Maha Esa.

Setelah dia bangun dari sujud yang lama dan membaca tahiyat akhir lalu memberi salam. Dirinya kembali menitiskan air mata mengangkat tangan memohon doa kepada Sang Pencipta.

Sungguh sekarang tiada siapa yang dapat dia harapkan. Malah dirinya juga terasa lemah dan tidak berdaya untuk hidup.

Buat kali pertama dalam dirinya, air matanya mengalir tanpa henti. Semuanya disebabkan kesayangannya, bidadarinya. Amira Earina isteri pujaan Wan Amirul Ilham.

"Abang tunggu sayang. Abang akan sentiasa tunggu little pumpkin abang untuk kembali. Sayang rehatlah dulu, abang izinkan. Abang tahu sayang penat. Tapi jangan lama-lama tau, abang rindu. Ana Uhibbuki fillah" Dirinya yang masih duduk di atas kain sejadah menatap sendu ke arah insan tersayang yang berada di atas katil. Senyuman manis terlakar dibibir bersamaan air mata yang tidak henti mengalir.

'Yang muda akan tua, yang cantik akan pudar warnanya, yang kaya akan sirna, yang kuat akan lemah. Jadi jangan risau kerana kita semua adalah sama di mata Maha Pencipta.'

'Ada manusia membenci kita tanpa alasan yang jelas tetapi ingatlah Allah mengasihi kita tanpa alasan dan syarat. Semoga kehidupan kita diberkati, di Rahmati dan di Redhai oleh Allah. Aamiin'

Jom sama2 doakan utk palestine ❤️

Jemput vote, komen and follow

150 votes for unlock chapter

Update: 12/2/2024 ( 7:03 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro