BAB 50
'I wanna be wrapped in your arms skin against skin hands intertwined. So let me fall asleep to the sound of your heartbeat'
"Kau tahukan makin kita dewasa makin ramai kawan yang akan hilang. Jadi aku tak nak kau hilang juga disebabkan perangai aku ini" Lirih Elmer bersuara. Dia menatap pemandangan yang terpampang dihadapannya.
"Aku tahu. Tapi bagus juga sebab Tuhan dah tapis circle kita itu untuk tinggal bersama dengan orang-orang yang betul-betul nak kawan dengan kita. Manusia ini tak akan kekal lama, sampai masa dia akan pergi dan sampai masa timbul pula orang baru sebagai ganti. Life is not about the quantity of friends you have. It's about quality of friends you have" Kata Chairil menjelaskan.
"Terima kasih Chai untuk segalanya" Balas Elmer sembari tersenyum.
"Hmm... Aku rasa nak kena hantar kau pergi masuk pondok ni. Biar suci sikit hati itu. Mana tahu keluar-keluar boleh jadi ustaz." Seloroh Chairil dengan nada yang berjenaka.
Elmer menjeling manja. Tapi tidak salah bukan, dapatlah dia tenangkan fikiran dengan mendekatkan lagi dengan yang Maha Esa.
Lalu tidak lama kemudian mereka terdengar sipi-sipi enjin pesawat pejuang seolah-olah mendekati mereka.
"Kenapa tiba-tiba ada dua pesawat pejuang ini? Anak-anak buah kau kah Elmer?" Soal Chairil kepada Elmer. Benar tekaan mereka, kini ada dua pesawat pejuang berada disisi kiri dan kanan mereka seolah-olah hendak mengiringi mereka.
Elmer tidak bersuara tetapi matanya tajam memerhati lambang yang terlakar pada body pesawat pejuang itu. Lambang yang berbentuk naga bertanduk itu menjadi tanda tanya buat dirinya.
"Itu bukan anak buah aku"
"Jangan cakap itu musuh kau, Chai" Amirul mendiamkan diri. Dia kenal lambang setiap musuhnya tetapi yang ini tidak tahu pula siapa.
Chairil pula dengan cepat dia menekan butang merah untuk menghantar red code kepada pasukannya. Dia tahu, pasti rakan-rakannya yang lain sudah bersedia.
Kemudian tiba-tiba sahaja salah satu pesawat pejuang itu menyerang sayap sebelah kirinya. Dapat dia lihat Aileron iaitu bahagian sayap kapal terbang yang berengsel mengimbangi dan mengawal kapal terbang semasa penerbangan mengeluarkan asap hitam. Perasaan tenangnya kian menepis.
"Tak guna!" Lagi sekali pesawat yang mereka naiki diserang. Dapat dirasa pesawat itu bergoncang teruk kerana serangan tersebut.
Chairil bangun melepaskan seat belt dan mengambil senjatanya untuk membalas serangan mereka. Sejurus sahaja dia keluar dari kokpit pesawat ingin menuju ke bahagian penumpang tiba-tiba sahaja dia diterima serangan hendap oleh musuhnya.
"What the fish?!"
"Chai!" Panggil Elmer apabila melihat Chairil tersungkur jatuh kerana serangan hendap yang diberi oleh seorang lelaki berbadan gempal. Dia dengan laju berlari dan membalas serangan tersebut. Kokpit ditinggalkan begitu sahaja kerana sejak tadi Chairil sudah mengaktifkan auto pilot.
"Berani kau cederakan kawan aku!"
Tanpa amaran awal, Elmer terus menerpa ke arah musuh mereka. Tumbukan yang bertalu-talu diberikan kepada lelaki berbadan gempal itu sebelum dia mengakhirinya dengan tendangan di celah kangkang lelaki tersebut. Mengerang kesakitan dibuatnya.
'Huh! Tumbuk tak jalan last-last bagi mandulkan juga kau tercundang ya.' Getus suara hati kecil milik Elmer.
Kemudian dia meluru laju ke arah Chairil untuk membantu sahabatnya itu. Mereka sama-sama memberikan tatapan tajam ke arah musuh-musuh mereka yang agak ramai.
Chairil mendengus perlahan apabila melihat jumlah musuh yang begitu ramai berada didalam kapal pesawat tersebut. "Macam mana kau boleh ada dekat sini hah?!" Jerkahnya kuat.
"Bukannya susah pun nak ceroboh kau punya pertahanan dude" Marsya menjawabnya santai. Dia yang berpakaian serba hitam berdiri tegak dibelakang anak-anak buahnya sambil memandang sinis ke arah Chairil dan Elmer.
Lidah Chairil kelu. Dia memandang pula Elmer yang memapah dirinya.
"Tak! Aku tak sekongkong dengan dia" Bagaikan tahu apa yang bermain difikiran Chairil, Elmer terus menjelaskan kepadanya.
"Pfft banyak sungguh anak buah yang sanggup jilat tapak kaki kau. Kau rasuahkan diorang dengan badan kau kah?" Marsya muncung sedepa. Tak habis-habis nak pandang serong terhadap dirinya. Apa? Ingat dia murah sangatkah?
"Kalau betul pun ada masalahkah dengan kau?" Lidahnya menolak dinding dalam.
"Hairan betul aku. Boleh pula kau ni sihat tak ada sakit apa. Manalah tahu tiba-tiba sahaja kena HIV ker AIDS ker kan?" Ujar Elmer kepada Marsya
"Kan... Aku setuju dengan kau. Lagipun nampak menyedihkan bila gigih sangat nak kasih sayang orang lain" Kata Chairil sambil bersedekap dada.
"Itulah, lain kali carilah pasangan yang boleh sama-sama tunjuk effort dekat kau bukannya jadi macam pengemis. Nampak murah tau kalau perempuan perangai macam itu" Sinis Elmer berkata kepada Marsya. Kepalanya digeleng kecil melihat tingkah obses Marsya terhadap Chairil.
"Kau ingat aku hamak sangatkah nak dekat dia? Kalau bukan sebab blueframe aku pun tak inginlah" Balas Marsya dengan geraham bergemalatuk. Dia memandang sinis ke arah Chairil. Benar, niat asalnya dia hanya memerlukan Chairil kerana mahu mengambil harta keluarganya sahaja dan Chairil adalah kuncinya untuk membuka blueframe itu tetapi entah bagaimana muncul pula perasaan cinta itu. Mungkin inilah yang dinamakan sebagai pandang cinta pertama
"Macam mana?" Terbungkam Chairil seketika. Blueframe adalah maklumat sulit keluarganya. Bukan sahaja itu, didalamnya juga terdapat beberapa perkata penting seperti harta, aset, estet dan sebagainya yang menjadi kepunyaan keluarga mereka. Hanya orang yang tertentu dalam keluarganya sahaja yang tahu kerana untuk mengakseskannya memerlukan cap jari dan pengenalan beberapa identiti keluarganya. Dan dialah juga salah seorang yang diperlukan untuk membuka blueframe itu.
"Macam mana aku tahu maklumat rahsia keluarga kau? Semuanya dihujung jari Chai. Kau saja yang tak peka"
Chairil mendecak kesal. Tak menunggu lama tangannya menyeluk poket lalu dengan laju dia mengarahkan pisau survival model Glock FM81 tersebut ke arah Marsya. Tetapi malangnya tidak terkena kerana serangan itu berjaya ditepis oleh orang suruhan Marsya yang berada didalam pesawat itu.
Chairil mengukir senyuman sinis kemudian dia melepaskan tawaan besar. "Sudah cukup lama aku tak bermain macam ini. Mari kita habiskan game yang telah kau ciptakan!" Tanpa berlengah dia menyerang kembali musuh-musuh yang berada dihadapannya dengan gerakan pantas. Begitu juga dengan Elmer. Tumpas satu-persatu musuh yang tadinya berdiri megah dihadapan mereka.
Namun kejayaan itu tidak lama kerana Marsya dengan sikap liciknya menyerang Chairil secara hendap dan menoreh lengannya dengan pisau belati. Mendesis kesakitan Chairil sambil menekup torehan panjang pada lengannya.
Bukan sahaja itu, dia juga mendapat kesakitan dikepalanya kerana menerima hentakan kuat akibat sepakan padu oleh Marsya. Dia ingin bangun tetapi tidak boleh kerana pandangannya sedikit kabur.
"Kau sudah terlalu lama berada di atas Chai, sekarang tengok siapa yang berada dibawah melutut?" Ujar Marsya dengan sinis. Dia menapak perlahan ke arah Chairil yang sedang membongkok.
Pisau yang berada ditangannya diangkat tinggi tetapi terhenti kerana tiba-tiba sahaja mereka menerima tembakan berdas-das dari luar tingkap pesawat itu. Kelihatan pesawat Airbus A400M diiringi tiga Boeing F/A -18D Hornet menuju ke arah mereka.
Kemudian pesawat Airbus A400M itu bergerak berada tepat di atas pesawat yang mereka naiki manakala Boeing F/A -18D Hornet pula menyerang dua jet pesawat pejuang musuh.
Bunyi rempuhan dari atas badan pesawat membuatkan Marsya menoleh ke arah figura yang merempuhnya dan kini sedang berdiri megah dihadapan mereka.
Netranya membulat besar melihat individu tersebut. "Siapa pula ni?" Marsya berdecit perlahan sambil memandang si topeng yang bersuit amor itu
"Berani kau buat masalah dekat sini" Ucapnya dengan suara dalam. Marsya menelan salivanya payah apabila melihat si topeng itu mula mengeluarkan senjata tajamnya dan berada didalam posisi sedia untuk berlawan.
"Siapa kau hah?!" Dahinya berkerut hebat. Dia tidak dapat menebak siapa gerangan yang memakai topeng itu.
"Lawan sebenar kau" Tak menunggu lama gerangan yang memakai suit armor itu terus melayangkan tumbukan keras pada perut Marsya.
Melihat saja musuhnya terjatuh dek tumbukannya dia terus memberi sepakan kuat pada kepala wanita itu sehingga terbentur pada bucu kerusi.
Darah yang mengalir keluar tidak dia hiraukan. Dia bergerak lagi ke arah Marsya lalu memberikan serangan tepat pada tulang rusuk kiri. Terdengar bunyi retakan akibat serangan tersebut.
Masih tidak berpuas hati, dia menarik kuat rambut Marsya dan menjadikan wajah itu sejajar dengan wajahnya. "Kau cari nahas dengan orang yang salah Marsya Aurora." Ucapnya datar sebelum membenturkan kepala Marsya pada dinding badan pesawat.
Sedangkan Elmer dan Chairil pula tidak bergerak seinci apabila melihat aksi di hadapan mereka.
Dirasakan ada yang memerhati, dia menoleh menghadap kedua lelaki itu. Dengan perlahan dia menapak ke arah mereka.
Entah kenapa serentak Elmer dan Chairil mengundur ke belakang. "Ka-kau siapa?" Soal Chairil sambil menahan kesakitan yang dialaminya. Jangan cakap ini adalah musuhnya juga kerana dia sudah tidak ada tenaga untuk berlawan lagi. Dapat dia rasakan bahawa orang yang berada dihadapan mereka ini bukan yang biasa-biasa kerana melihatkan dari segi pemakaian yang dilengkapi teknologi tinggi dan seni pertahanan diri yang dimiliki pasti figura ini datang dari agensi rahsia.
"Awak okay?" Perubahan suara yang didengari Chairil membuatkan dirinya terbungkam. Tidak menjawab tetapi sebaliknya dia biarkan sahaja si topeng itu memeriksa tubuhnya yang tercedera.
"Medic turun sini. Kita perlukan rawatan untuk kedua-dua mangsa." Ucapnya seraya menekan pada satu button yang terletak di bahagian telinganya.
Dia memerhati pula Elmer yang berada ditepi mereka. "Terima kasih" Ucapnya dengan nada tenang.
Medic yang telahpun turun melalui tali dibiarkan untuk merawat kedua-dua lelaki itu. Setelah selesai diberikan pula tali keselamatan kepada kedua mangsa tersebut.
"Pakai ini supaya awak tak jatuh" Bibir Chairil bergetar seraya mengenggam tangannya erat. Dia tahu firasatnya benar apabila merasakan gerangan yang datang menyelamatkan mereka adalah isterinya.
"Sayang?" Dia mengelus kepala Chairil yang terdapat luka kecil itu dengan lembut.
"Amira Earina" Nama penuh disebut membuatkan tanpa sedar dia mengusap bibir Chairil.
"Ya suamiku" Jawabnya tenang. Dapat dia lihat tubir mata Chairil berair tetapi dengan cepat dia sekanya dengan lembut.
"Kan dah cakap no secret between us dan kita akan atasinya bersama. Semuanya akan okay abang. Trust me my knight" Tatapan Chairil semakin lekat lalu dia meraih tubuh itu masuk ke dalam pelukannya. Lirih dia rasakan berada didalam dekapan suaminya ini.
"Auww sweetnya pasangan mempelai ini. Kau ingat aku akan kalah dengan mudahkah? Jangan harap." Suara yang tidak diingini didengari oleh mereka. Dia merenggangkan pelukan mereka lalu bergerak kehadapan menghampiri musuhnya yang cuba untuk berdiri.
"Masih kuat lagi kau rupanya" Balasnya dengan sinis. Belati tajam yang dihunus kepadanya pantas ditepis lalu menendang kuat bahagian tulang rusuk yang sudah dia cederakan tadi.
Meraung kesakitan Marsya dibuatnya. Tak menunggu lama kakinya berginjak memijak pergelangan tangan Marsya.
"Jangan ingat aku akan terpedaya dengan tipu helah kau." Amira tersenyum sinis ke arah Marsya. Dia memandang remote kecil yang berada didalam genggaman Marsya lalu memijaknya sehingga hancur. Dia tahu itu adalah remote untuk bom masa yang sudah terpasang didalam pesawat ini.
Namun tiba-tiba tidak lama kemudian mereka merasakan kapal terbang itu ingin menjunam. Dia terus berlari mendapatkan Chairil lalu menyarungkan Cincin D abah-abah pada tubuh suaminya. Tidak dilupakan juga ikatan tali pinggang keselamatan dibetulkan supaya keselamatan suaminya terjamin. Walaupun abah-abah 3 D-cincin penuh badan ini direka untuk tujuan penangkapan kejatuhan namun tetap dia memaklumkan kepada rakan-rakannya untuk mengawasi mereka.
Arahan untuk menarik mereka ke atas diberi apabila melihat Marsya masih gigih untuk menyerang mereka dengan tembakan pistol Beretta 92. Drone yang digunakan untuk kecemasan diarahkan untuk memasang perisai supaya dapat melindugi mereka.
"Naik cepat!" Arahnya seraya menangkis serangan yang diberikan Marsya.
"Jangan" Ucap Chairil serak menarik perlahan tangan Amira untuk mengikuti mereka. Amira tersenyum disebalik topeng mendengar kalimat Chairil kemudian tangannya mengelus rahang tajam itu
"I'll always by your side" Ungkap Amira perlahan.
"Jangan harap kau orang akan selamat! Kalau aku mati kau orang pun patut mati!" Jerit Marsya kuat sambil melepaskan berdas-das tembakan kepada mereka.
"Perempuan ni memang tak serik" Amira mengetap bibirnya. Tangannya menekan-nekan gajet yang berada di suit armor itu.
"Abang tak nak hilang sayang lagi!" Tutur Chairil dengan sedikit kuat apabila merasakan dirinya sudah ditarik ke atas. Dia memandang risau ke arah sang isteri yang masih bergelut didalam pesawat itu.
"Jangan risau, sayang akan sentiasa ada dengan ab..." Ucapannya terputus apabila letupan berlaku didalam pesawat itu.
"Sayang!" Terpejam matanya apabila merasakan letupan kuat yang berlaku dihadapannya. Mujur dirinya tidak terkena tempias kerana sudah berada sedikit jauh dari lingkungan letupan itu. Tetapi hatinya bergerak laju melihat beberapa serpihan pesawat yang jatuh terbakar.
"No! No!" Chairil berkata dengan nada berbisik kerana takut.
"Amira! Amira! Sayang!" Chairil menolak beberapa figura yang cuba menghalangnya untuk terjun kebawah melihat pesawat yang terbakar laju menjunam menyembah bumi
"Sayang please jangan tinggalkan abang!" Chairil berteriak lirih meratapi kejadian tersebut. Badannya terasa lemah dan ingin jatuh tetapi sempat disambut oleh beberapa orang penyelamat. Matanya kian memberat, bibirnya pula kian memucat.
"Sa-sayang" Ujarnya pilu sebelum dia memejam matanya erat.
'Jangan disangka orang yang baik dihadapan kita akan baik di belakang kita juga'
'Jangan pernah menilai seseorang dari katanya, tapi lihat dulu faktanya. Kerana zaman sekarang seseorang menghasut orang lain dan mengkambing hitamkan seolah-olah orang yang ia fitnah orang yang bersalah hingga kamu ikut membencinya.' - Abdullah ikmal.
Okay ke K.O.?
Jom sama2 doakan utk palestine
Jemput vote, komen and follow
150 votes for unlock chapter
Update: 11/2/2024 ( 2:28 a.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro