Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 48

'Whenever you feel crushed, under pressure, pressed or in darkness. You're in a powerful place of transformation. Trust the process'










Beberapa hari yang lalu

Dirinya yang sedang leka memerhati enjin pesawat yang baru sahaja tiba tidak sedar akan kehadiran seseorang di belakangnya. Dia mengusap dagu runcingnya perlahan.

'Rasanya kena upgrade sikit enjin turboprop ni. Biar laju sikit.' Getus suara hati kecilnya. Kakinya melangkah ke belakang kemudian dia menekan butang on untuk menguji enjin tersebut. Terowong yang berada di belakang enjin merendam bunyi bising dan membenarkan ekzos dilepaskan.

"Hebat enjin baru kau" Tersentak dia apabila mendengar suara seseorang dibelakangnya setelah enjin itu dimatikan.

Dia menoleh kebelakang melihat gerangan yang bersandar di pintu sambil melipat tangan ke dada. "Macam mana kau boleh masuk sini?" Soalnya dengan hairan. Setahunya dia sudah mengarahkan bodyguardnya untuk berjaga di luar pintu masuk.

"Well, I've my own ways" Terpatri senyuman sinis dibibirnya. Waistcoat yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan sedikit sebelum dia berganjak mendekati jejaka tinggi lampai itu.

"Kenapa kau datang sini? Tak takutkah masuk tempat musuh seorang diri?" Amira menaikan sebelah alisnya lalu tertawa pelan.

"Kenapa harus takut sedangkan kau adalah manusia biasa. Aku tak nampak pula kau ni ada sayap ataupun kuasa" Ujar Amira dengan nada berjenaka.

"Apasal kau datang sini?"

"Aikk datang sapa kawan baik suami sendiri pun tak bolehkah?" Elmer terdiam kemudian dia menapak membersihkan tangan yang terkena dengan kotoran enjin kapal.

"Aku datang bukan nak buat onar tapi aku datang sini untuk perdamaian. Usia pun dah melanjut tak akanlah masih nak simpan dendam dan dengki, bukan? Daripada fikir nak buat semua tu baik aku fikir macam mana nak ubah diri untuk jadi lebih baik. Masing-masing dah besar patut tahu mana yang baik mana yang buruk. Jangan main terjah saja ikut nafsu." Terang Amira tanpa disuruh.

"Straight to the point please" Amira menyungging sinis. Lidahnya menolak dinding pipi dalam. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Aku tahu apa rancangan kau Elmer dan aku tahu kau adalah pelakunya. Dan kalau kau ada rakan subahat untuk teruskan rancangan kau, baik kau berhenti sementara aku masih bagi peluang"

"Kau cabar aku ker sekarang ini?"

"Nahh... Cuma peringatan kecil sahaja. Jangan sesekali cabar aku sebab aku pasti kau tak pernah tengok lagi sisi gelap aku" Tutur Amira yang memasang ekspresi datar. Dia menatap Elmer lama sehingga membuatkan jejaka itu tidak senang duduk.

"Kau sedar tak sekarang kau berada di kawasan mana?" Elmer juga tidak kalah membalas tatapan tajam dan beku kepada Amira.

"Ya aku tahu dan aku tahu juga jauh disudut hati kau. Kau nak hubungan kasih sayang harmoni bukan? Tapi disebabkan bisikan nafsu syaitan, kau tertewas juga dalam kemungkaran. Aku tak nafikan kadang-kadang hati yang suci bersih pun akan terjerumus juga dalam kegelapan."

"Tapi ingat Elmer... Kalau perasaan kau cuma sekadar sahabat aku pasti kau akan bahagia dengannya. Tapi kalau lebih dari itu, aku rasa pasti kau orang yang akan terseksa nanti. Kau nak berkasih sayang boleh, tapi carilah yang berlainan jenis dengan kau. Aku jamin mesti wujud juga perempuan yang kau idamkan tu. Cuma Tuhan saja tidak pertemukannya lagi. Dan aku pasti, jika disaat kau sedang berupaya untuk berubah dekat denganNya maka suatu hari nanti pasti Tuhan akan pertemukan kau dengan orang yang tepat bila tiba saatnya." Amira dapat lihat tatapan Elmer yang tadi membara makin meredup setelah mendengar kata-katanya.

"Kau tahu tak hati kita akan menjadi tenang apabila kita menerima hakikat dengan apa yang ada itu sudah ditakdirkan milik kita dan apa yang kita hilang itu sudah ditakdirkan bukan milik kita. Jadi, jangan takut kepada manusia yang tahu rahsia aib kau, tetapi takutlah kepadaNya yang memegang segala rahsia kehidupan dan kematian kau" Tegur Amira lembut. Wajahnya kekal manis mengukir senyuman ikhlas.

"Kau rasa aku layakkah untuk berubah? Apa orang akan fikir nanti?" Elmer menghela nafas panjang. Tatapan lembut diberikan kepada Amira.

"Kenapa nak risau dengan apa yang akan diorang fikir? Kau jangan takut atas penilaian orang lain terhadap kau sebab kehidupan kau adalah milik kau sendiri. Tapi takutlah atas penilaian Tuhan terhadap kau kerana kehidupan kau ini adalah milikNya"

"Jangan anggap aku seorang yang baik sedangkan aku juga adalah seorang pendosa. Kadang-kadang aku pun malu dengan diri sendiri kerana terlihat baik di mata orang lain sedangkan diri ini hanyalah pendosa hebat. Jadi disebabkan itu, aku rasa aku tak ada hak nak hukum kau. Aku pun seorang manusia biasa dimana tugas aku adalah untuk menasihati dan bimbing kau, sama-sama berubah untuk jadi yang lebih baik. Kau nak terima ataupun tidak, itu terserah pada kau sahaja."

"Kindness is a ripple effect. Every act of kindness creates a ripple with no end, not only with our hands but with our hearts and our souls we can bless the lives of others." Nafas ditarik bersama senyuman manis yang terpatri di ulas bibir.

"Aku tahu kau seorang yang baik, Elmer. Be yourself, no matter what other people think Allah made you the way you are for a reason. Hijrah itu bukan bererti berubah menjadi sesempurna malaikat. Tetapi, hijrah itu adalah proses agar kita lebih taat kepadaNya" Terkelu Elmer dibuatnya. Jujur, buat kali pertama dalam hidupnya dia terasa tenang apabila mendengar sebuah nasihat daripada seseorang. Jika tidak sebelum ini nasihat yang diberikan seolah-olah kata-kata sindiran dan keji untuk dirinya.

***

"Urghh" Erangan kesakitan yang terbit dari bibir sang suami berjaya menarik perhatian Amira dari terus menyemak pekerjaannya.

Amira bangun lalu menghampiri Chairil sambil tersenyum. Dia mengelus lembut kepala Chairil. "Abang okay?"

"Sakit" Chairil merengek sambil merentang tangannya ingin dipeluk. Masuk sahaja Amira ke dalam pelukannya terus dia menghirup bauan aroma yang menjadi candunya.

Amira pasrah sahaja menerima tingkah manja sang suami. Sakitnya tak pun kerana sudah doktor maklumkan bahawa suaminya ini tidak ada cedera parah. Cuma drama sahaja lebih.

"Sakit dekat mana?"

"Satu badan. Habis lenguh-lenguh" Wajahnya disembamkan pada ceruk leher Amira.

"Nanti sayang bagi special treatment dekat abang supaya hilang segala sakit-sakit dekat tubuh abang." Wajah Chairil terus bercahaya. Dia berkedip polos dengan senyuman lebar terukir dibibir. Jarinya sesekali memelintir hujung baju Amira.

"Hello bosskur!"

Rosak sudah moment romantis mereka dek terjaan mengejut dari sahabatnya Rayyan. Terus masam mencuka wajah Chairil saat itu.

"Kacau daun betul" Chairil mengomel perlahan. Amira pula sedaya upaya menahan wajahnya yang mula bertukar warna. Perlahan-lahan dia bangun tetapi tak pula Chairil melepaskan genggaman tangannya.

"Eleh! Mengadanya. Padahal tak sakit mana pun, manja saja lebih" Celetuk Rayyan sambil memandang Chairil atas bawah. Tanpa perasaan serba salah terus dia bermain sedikit dengan drip yang tertanam didalam tangan Chairil.

"Sakitlah jantan!" Meringis sedikit Chairil dibuatnya. Walaupun tidak terkeluar darah tetap saja dia merasa kesakitan kerana jarum yang tertanam didalam isinya itu.

"Hok aloh! Tarik sikit dah melenting. Selama ini kena tembak cool saja"

"Sayang tengok Rayyan ni" Rengek Chairil sambil menggogoi ke arah Amira. Kepalanya dilentokkan pada perut leper Amira. Rayyan menjuling matanya ke atas lalu berjalan menuju ke arah sofa. Rasa meluat pula tengok kawan sendiri jadi kucing parsi.

Amira hanya tersenyum tipis. Jemari runcingnya dengan lihai membelai surai Chairil dengan lembut.

"Saya keluar dululah nak beli makanan. Abang nak makan apa-apa tak?" Soal Amira kepada Chairil. Dia mengerling sekilas jam di dinding yang menunjukkan sudah masuk waktu makan malam.

"Tak naklah"

"Huh, tak nak konon! Padahal dia yang bedal juga nanti" Ujar Rayyan dengan sinis. Chairil mendengus kesal melihat sahabatnya yang bersenang-lenang di atas sofa.

Amira terkekeh perlahan. "Abang Ray nak apa-apa tak?"

"Tak nak. Dah dinner dengan Atin kat rumah tadi"

"Tak payah abang-abang dengan dia tu. Anak-anak pun dah besar patutnya panggil pakcik saja" Chairil berdecih sambil memberi tatapan tidak enak kepada Rayyan.

Haih, jealous kah?

"Eee! Sabar sajalah, ada kawan syurga memang macam ini" Rayyan gerutu perlahan. Malas ingin melihat dua orang itu berdebat terus Amira meminta izin untuk keluar sebentar.

"Xander dah uruskan pengkhianat itu" Ujar Rayyan setelah memastikan sosok Amira sudah keluar dari bilik itu. Lengannya yang berurat naik memeluk dada. Badan kekarnya pula disandar tenang di sofa empuk itu.

"Dia dekat mana sekarang?"

"Tempat biasa"

"Kenapa kau tak join sekali?"

"Dia bukan tandingan aku" Rayyan mendabik dada. Alisnya diangkat tinggi sambil menayangkan wajah bangga. Betul apa yang dia cakap. Orang bawah yang buat hal so orang bawah jugalah yang akan selesaikan. Bukan level dia nak masuk campur.

"Qhaliq ada beritahu aku yang dia orang dah mula bergerak."

"Kau orang dah dapat detect dekat mana lokasi perempuan itu?" Benak fikiran Chairil kini dipenuhi dengan segala rancangan untuk membalas dendam terhadap orang yang telah mencari nahas dengannya.

"Belum. Lokasi dia sering berubah ke berlainan tempat secara rawak. Tapi kau jangan risau budak-budak Qhaliq dan Rae tengah ligat mencari lokasi sebenar dia" Rayyan dapat lihat emosi Chairil yang tidak dapat dibendung lagi disalurkan pada buku limanya yang dikepal erat.

"Cari betina tu sampai dapat" Titah Chairil dengan pandangan kosong yang menatap ke arah skrin iPad kepunyaan miliknya.

"Kau jangan bimbang. Kita orang akan sentiasa dibelakang kau Am." Rayyan bangun menghampiri Chairil yang bersandar pada kepala katil lalu menepuk perlahan bahu lebarnya. Senyuman diberikan kepada Chairil untuk mengalurkan semangat supaya tidak berputus asa.














'Manusia yang paling bahaya adalah manusia yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain dan merasa puas hati bila dapat memusnahkan kebahagiaan itu.'

'Life is too short to wake up in the morning with regrets. So love the people who treat you right, and forget about the ones who don't and believe that everything happens for a reason. If you get a chance take it. If it changes your life let it. Nobody said that it would be easy, they just promised it would be worth it.'

Masih okay ker this story or terpesong jauh. Srs dho... gue tak tahu lagi scene2 melawan2 ni, mianhae. Segala kesilapan dan kesalahan please tell me. Matacihh.

Jemput vote, komen and follow

150 votes for unlock chapter

Update: 29/1/2024 ( 3:59 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro