BAB 47
'You never just simply cross my mind. it's more like a constant craving that stirs without end.'
Unknown Place
"Apa status sekarang?" Alisnya terangkat keatas seraya melihat keadaan yang terpapar pada hologram di atas meja itu.
"Tiada sebarang pergerakan" Netra Owen meliar disekitar kawasan tersebut mencari sebarang kemusykilan yang mungkin terjadi.
"Tak mungkin dia tidak berbuat apa-apa. Pasti dia sudah merancang sesuatu" Gumamnya sendirian. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.
"Apa kita nak buat sekarang Signora?"
"Kita tunggu dulu."
"Macam mana dengan priority? Rasanya dia dekati itu sebab ada agenda lain juga"
"Biarkan dia. Pandai buat hal pandailah settlekan. Kita tak perlu buat apa-apa sehingga tiba masa yang sesuai." Dagunya diletakkan diatas jari-jemari yang telah disilangkan. Matanya tajam memerhati pusat sasaran yang terpapar pada hologram itu.
***
Kelihatan seorang lelaki dengan berlengan t-shirt hitamnya yang digulung sampai siku, tengah asyik menggilap senjata tajamnya. Kemudian dia beralih melihat gerangan yang lekap dirantai pada dinding.
Tersenyum jejaka itu melihat keadaan tidak terurus mangsanya itu. Dengan bekas jahitan yang masih berbekas merah pada tubuh itu membuatkan dia lagi bertambah puas.
"Bunuh sahaja aku" Suara halus itu menyapa dihalwa pendengarannya. Dia mengedip pelan dengan rona ketenangan yang terlakar pada wajahnya membuatkan si mangsa menelan ludahnya payah.
"Tapi aku tak puas lagi bermain dengan kau" Dia melipat kedua tangannya di dada
"Kalau kau tak bunuh aku, kau yang akan menyesal Chairil Bahran" Dalam keadaannya yang tidak berupaya masih juga dia mempamerkan riak sinis kepada lelaki itu.
"Berani kau ugut aku dalam keadaan macam itu" Suara berat itu membuatnya gugup untuk terus bermain. Dia tak menafikan yang sekarang ini lawannya adalah api. Tapi apa boleh buat? Selagi boleh berjuang, akan dia bertarung sehingga kekal hidup.
"Sepatutnya dari dulu lagi kau fikir dahulu apa akibatnya kalau kau masuk dalam dunia aku. Aku akui memang kau berani tapi kelakuan ni agak keterlaluan. Orang putih panggil attention seeker." Chairil menarik sudut bibirnya melihat tubuh Marsya menegang.
Ruangan itu hening seketika kerana tiada lagi yang bersuara sehingga tibalah anak buahnya, Akash bersama orang yang tidak dijangkanya akan tiba.
"Long time no see" Elmer tersenyum sinis melihat gerangan yang berdiri tegap dihadapannya. Matanya naik turun melihat gaya pemakaian lelaki tersebut.
"Jadi ni tempat baru kau?" Bola mata Elmer melingas meninjau kawasan. Not bad, masih mempunyai kriteria macam dulu. All black.
"Kenapa kau datang sini?" Pemilik wajah tampan itu menatap tajam bagaikan helang yang ingin menerkam mangsanya. Dia membuka sarung tangan hitam yang dikenakannya lalu memberikannya kepada anak buahnya. Dirinya tidak berasa hairan bagaimana jejaka itu dapat menjumpainya.
"Kau rasa?" Soalan dibalas soalan. Bibirnya tersenyum miring.
"Jangan bermain-main dengan aku. Aku tak ada masa untuk semua ini" Ucap lelaki itu dengan nada penuh peringatan.
"Relaxlah sayang. Kenapa nak marah-marah ni?" Marsya mengerutkan dahinya apabila mendengar panggilan manja itu. Tiba-tiba otaknya memproses tentang sesuatu. Tak akanlah.
Sontaknya makin membesar apabila dengan selambanya ia melihat Elmer mengucup dada Chairil yang berbalutkan t-shirt hitam itu.
"Dia inikah yang menjadi hama dalam hubungan kita?" Chairil tidak membalas sebaliknya bergerak menjauhi Elmer.
"Chai" Lirih Marsya memanggilnya. Chairil berdecak halus dan menjulingkan matanya ke atas.
"Jadi betullah selama ini... I ing-ingat itu hanya rumor"
"Kau cakap kau nak aku, jadi kau sepatutnya terima baik buruk aku"
Bola mata Marsya bergerak menatap ke arah jejaka itu. "Tapi kenapa? Kalau dengan perempuan mungkin ya. Tapi kenapa dengan...?" Tidak mampu meneruskan kata-katanya.
'Huh! Tak mungkin. Kalau Amira aku mungkin boleh terima tapi tidak dengan lelaki ini!' Umpat Marsya didalam hati.
"Sudahlah dengan Amira I kalah dan sekarang muncul pula lelaki sewel ni?" Marsya memandang remeh ke arah Elmer.
"Jangan harap aku akan kalah. Akan aku pastikan semua musuhku tumpas." Marsya bicara terang-terangan dengan mata kilap dengan dendam. Dalam diam jarinya bergerak lincah menggunakan kelip kecil yang tersembunyi untuk membuka gari besi itu.
"Wow! Tinggi betul level confident perempuan ini" Sahut Elmer santai.
"Kenapa kau buat dekat aku macam ni? Dekat Mira?!" Marsya mengherdik kuat sambil berusaha melepaskan diri dari gari besi yang tertancap pada dinding itu.
"Baru sekarang kau nak faham perasaan itu dekat Mira?! Sebelum kau buat ada kau fikir perasaan dia?" Herdik Chairil tidak kalah kuatnya. Urat-urat hijau dileher menimbul dek geram terhadap Marsya.
Marsya menunduk ke bawah mengenang perilakunya yang dahulu. Namun, tidak lama kemudian terdengar kekehan tawa yang menyinis.
"Kau terlalu lama berada di atas Chairil Bahran" Sejurus sahaja Marsya berkata sedemikian telinga Chairil menangkap bunyi sipi-sipi seolah-olah bom masa sedang berdetik memulakan pengiraan.
BOOM!!!
Tepat dengan jangkauannya, kelihatan bom kecil mengeluarkan asap putih yang tebal memenuhi ruangan itu.
"Apa yang terjadi?" Soal Chairil kepada orang suruhannya. Kaki jenjangnya mengorak laju berundur ke belakang apabila melihat asap putih mula berkepul-kepul keluar. Tangannya mengibas kiri dan kanan.
"Tak guna! Ada pengkhianat." Kelihatan wajah lelaki itu sedang marah.
Bunyi tepukan tangan menarik perhatian Chairil. Matanya melirik tajam kearah individu tersebut. Dia bergerak ingin menyerang musuhnya tetapi tidak boleh kerana tubuhnya seakan-akan kaku tidak bergerak. Lubang pernafasannya juga terasa makin sempit.
"Kau terlalu pandang rendah terhadap aku Chai. Tak cukup dengan bini kali ini lelaki ini pula?" Bibir Marsya mengoyakkan senyuman sinis.
"Mesti kau menyesal sebab tak habiskan aku dahulu. Sekarang akan aku pastikan kau terima padahnya" Marsya berbisik perlahan. Matanya menajam sambil tersenyum sinis ke arah Elmer sebelum menghilangkan diri bersama beberapa orang suruhannya. Tatapan yang kabur dek asap putih itu membuatkan Chairil sukar untuk menangkap semula perempuan itu.
Tanpa mereka ketahui, semua kejadian tersebut sudahpun diketahui oleh seseorang. Dia dengan tenang menyisip segelas cappuccino sambil mendengar dan melihat segala yang terjadi melalui tab dan earphone yang terpasang di telinga kanannya.
"Hantar kecemasan kepada dia orang" Titahnya tanpa mahukan sebarang bantahan.
Tatap matanya tenang tak terbaca namun jauh di sudut hati dia begitu risau dan marah kepada si membuat onar itu kerana telah mengganggu ketenteraman hidupnya. Tunggu masanya yang akan tiba, akan dia beri seksaan kepada si pelaku tersebut.
FLASHBACK
"Tak sangka kawan lama aku datang melawat" Jejaka itu mengulum senyuman yang terlihat mengerikan. Kedua tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya.
"Apa muslihat kau kali ini? Benda dah lama tak akanlah still tak boleh move on lagi?" Tanpa serong Chairil terus bertanya kepada Elmer. Bola matanya pula melebar melihat seluruh kawasan base dan kapal peribadi yang akan diuji itu.
"Apa yang membuatkan kau berfikiran macam itu?" Dahi Elmer berkerut hebat. Dia tidak tahu-menahu tetapi kenapa seolah-olah pihak disana menuduh dia melakukan kesalahan.
"Semua ini untuk apa? Weapons, guns, private jet?" Tanya Chairil lirih.
"Kau tahu pekerjaan aku sepertimana Chai. Jadi, terserah saja dengan apa yang kau nak fikir" Tawa Elmer bergelora di dalam ruangan base itu.
"Mungkin kau masih ragu-ragu dengan aku, tapi sumpah apa yang aku buat sekarang tak ada kena mengena dalam kehidupan kau. Ya, memang aku nakkan kau tapi bukan dengan cara ini. Kau tahu cara aku macam mana, bukan?"
"Dalam jahat-jahat aku, aku tak terfikir lagi nak seksa orang yang aku sayang Chai" Ujar Elmer kepada Chairil.
"Aku tahu kau nak yang terbaik untuk aku sebab itu kau break up dengan aku. Jadi, tolong aku. Tolong aku untuk lupakan kau." Matanya memberikan tatapan sendu pada gerangan yang berada dihadapannya ini.
END OF FLASHBACK
'Bila dah biasa terluka, belajarlah merawat sendiri. Bila dah biasa tak dihargai, belajarlah menyanyangi diri sendiri. Bila dah biasa hidup sederhana, belajarlah untuk bahagia dengan cara kita sendiri'
Masih okay or not?
Jujur saya cakap saya masih tak pandai lagi dengan scene lawan, spy semua ini. Tapi harap2 apa yang saya sampaikan ni korang pahamlah sbb saya masih newbie dengan genre ini. Kalau ada salah dan silap, boleh beri tunjuk ajar. Matacih.
Jom sama2 doakan Palestine.
Jemput vote, komen and follow
150 votes for unlock chapter
Update: 17/1/2024 ( 8.38 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro