Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 46

'We loved with a love that was more than love' - Edgar Allan Poe







"Dah puas mengintip?" Bibir Chairil tersenyum sendiri. Tangannya menyinsing lengan baju kemeja yang dipakainya sehingga mempamerkan urat-urat hijau yang timbul

Tajam jelingan gerangan tersebut memandang Chairil yang membelakanginya.

"Sejak bila deria abang tajam ni?" Sindir Amira. Dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu berdiri tegak dibelakang Chairil.

Chairil beralih kebelakang berdiri menatap Amira secara berhadapan. Keningnya terjongket ke atas manakala tangan kirinya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Well let's just say instinct seorang suami" Mata bertemu mata. Seperti biasa renungan yang diberikan oleh Chairil mampu membuatkan jantung Amira berdetak tidak tentu arah.

Amira cuba untuk bereaksi tenang. "Kenapa lama sangat?" Bibir dicebir. Terselit nada kecemburuan disitu.
Bibir Chairil menyenget sebelum berjalan perlahan mendekati Amira. Dia menjilat bibirnya yang terasa kering

"Abang bagi special treatment dekat 'tetamu' kita tadi? Kenapa? Jealous?" Tak semena-mena tubuh kecil Amira diangkat tinggi untuk berada sejajar dengan wajah Chairil. Mata Amira membulat besar. Mujur dia sempat berlingkar pada tubuh tegap Chairil.

"Apa ni?! Lepaslah! Lepas! Let me go!" Amira meronta didalam dukungan itu. Chairil lihat tidak terkesan malah dia semakin mengetatkan lagi dukungannya yang seperti mendukung koala bear.

"Why should I?" Soal Chairil dengan suara serak nan basah. Dengan lihai dia menyingkap sedikit gaun hitam yang tersalut pada tubuh Amira sehingga ke betis. Kaki jenjangnya pula laju berjalan ke ruang atas.

"Abang bau darah!" Rengek Amira sambil menyepit hidungnya apabila berada dekat dengan Chairil. Tak sanggup dia nak hidu bau kemeja hitam yang dipakai oleh Chairil. Bau hanyir itu membuatkan dia nak termuntah.

"Then tolong abang untuk cucikannya"

"Tak nak! Suruhlah dia cucikan" Kecut perut dia apabila melihat tatapan tajam dari Chairil. Tangan besar itu mencengkam kuat betisnya sebelum memberi usapan yang sensual.

"Don't be jealous with that witch, little pumpkin. Daddy also can give you the special treatment too but in a different way. Only you and me know about that way" Chairil berkata dengan serius lalu memberi pijitan lembut pada sang isteri tercinta.

***

"Abang nak keluar jumpa kawan sekejap boleh? Kita orang ada meeting sikit" Chairil mengelus surai panjang lebat itu dengan lembut. Sesekali dia menjatuhkan kucupan pada jari-jemari Amira.

"Siapa?" Terkedip-kedip mata Amira melihat Chairil. Selimut yang menyeliputi dirinya disebak perlahan

"Rae Kyrell" Amira menganggukkan sahaja kepalanya. Dia sudah sedia maklum tentang sahabat suaminya itu.

"Bagi kiss sikit" Tanpa aba-aba Chairil menyauk tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukannya lalu diberikan ciuman bertalu-talu pada wajah mulus Amira. Terkekek gembira Amira dibuatnya.

"So little pumpkin, what should I bring for you while coming back from meeting?" Seperti biasa sebelum keluar Chairil akan bertanya kepada Amira terlebih dahulu untuk memenuhi keperluan isterinya. Netra coklatnya memandang lunak ke arah Amira. Pelukannya juga dieratkan.

"A pair of eyes which doesn't look at any other woman except me" Jawab Amira sambil mengusap lembut rahang tajam Amirul. Dia memberikan senyuman lembut kepada sang suami. Kali ini, jawapannya lain daripada yang lain.

"Mata ini, tubuh ini, jiwa ini, perasaan ini tidak akan sesekali berpaling tadah dari cintanya. You're my priority, my love and forever my soul" Chairil menjatuhkan kucupan pada dahi licin Amira.

"Take care little pumpkin. I love you so much" Bisik Amirul serak nan berat lalu perlahan melepaskan pelukan mereka. Sebelum beredar sekali lagi dia memberikan kucupan ringkas pada bibir mungil Amira.

FLASHBACK

"Sayang tak rasa benda yang kita buat ni akan makan diri kita balik?" Chairil bersandar lemah pada kepala katil

"Why? Masih rasa ragu-ragu?" Amira melangkah ke katil dengan senyuman dibibir.

"Yeah. Macam mana kalau semuanya tak jadi macam apa yang kita rancang?" Soal Amirul. Terselit getaran dalam nadanya.

"Like I said before, kita buat apa yang termampu and selebihnya kita berserah kepadaNya" Amirul mengeluh. Bukan apa, dia cuma tak nak hilang bidadarinya ini. Boleh dikatakan apa yang mereka lakukan ini boleh membawa padah yang besar kalau tersilap langkah.

"Sayang dah bincang dengan group sayang and dia orang pun dah prepare apa yang patut. Back up team juga sayang dah aturkan incase you need more help."

"Wow! Lain macam punya preparation"

"Of course husband kita perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku." Ujar Amira sekadar untuk ingatkan Chairil. Kemudian dia panjat duduk di atas tubuh kekar Chairil untuk memerangkap jejaka itu.

"And you jangan duk wow sangat. Ingat ya, kalau sayang tahu abang curang or kembali pada yang dulu I promise you'll see my dark side. Sayang boleh berubah jadi Harley Quinn kalau dah capai limitnya." Chairil terdiam dengan matanya yang berkelip-kelip. Teguran Amira membuatkan bulu romanya berdiri tegak.

"It's my turn daddy, now you just watch and learn" Netra milik Amira mengecil merenungnya dengan tajam.

END OF FLASHBACK

"Kau okay?" Terhapus lamunan Chairil apabila ada satu suara menyapanya. Dia bangun lalu bersalaman dengan gaya lelaki bersama rakannya itu.

"Susah sungguh nak jumpa kau sekarang. Busy bebenor" Chairil mengerling sekilas ke arah Rae Kyrell yang kini duduk di atas sofa empuk bertentangan dengan dirinya. Tak dinafikan tubuh lelaki itu kelihatan tegap dari yang dulu.

"Sorry bro. Ada project baru masuk sebab itu aku busy sikit" Terletus tawaan kecil dari bibir Kyrell. Jarinya lincah membuka cufflink baju kemejanya sebelum menyinsingnya ke paras siku. Dua butang teratas dibiarkan terbuka. Terasa rimas pula bila berpakaian kemas seperti ini.

"Patutlah mata kau macam panda" Celetuk Chairil sambil bibirnya tersungging keatas.

"Diamlah kau! Tapi still handsome kan?" Alis Kyrell terangkat ke atas.

Chairil jongket bahunya. Tidak pula dia berbalah tentang itu kerana betul apa yang dikatakan oleh Rae Kyrell. Walaupun dalam keadaan tidak terurus, rambut serabai masih tetap menjadi idaman para wanita. Sungguh dia tidak faham apa citarasa para gadis diluar sana. Lelaki yang tengah berpeluh, rambut yang tidak disikat kemas dan terjuntai didahi pun boleh dikatakan kacak. Mujur Kyrell jenis yang bukan melayan. Kalau tidak bolehlah dia berikan gelaran alligator terulung.

"Apa perkembangan kau sekarang?" Soal Rae kepada Chairil.

"So far alhamdulillah masih dalam kawalan. Tapi kau stand by lah macam biasa sebab aku rasa diorang ada berpakat"

"Dia macam mana?"

"Masih dalam pemantauan. Tapi aku syak dia nak buat something sebab dia ada booking private jet"

"Booking private jet? For what? Bukan dia dah adakah?"

"Itulah yang aku pelik."

"Tapi haritu dia ada ajak aku teman dia untuk testing salah satu private jet." Berkerut dahi Chairil memikirkan tentangnya. Selama ini memang dia yang akan menemani rakannya itu untuk testing salah satu pengangkutan udara mereka tapi yang jadi tanda tanyanya ialah kenapa perlu ambil private jet awam sedangkan yang sendiri punya sudah ada.

"Iya? Korangkan memang pakar dalam bab-bab ini maybe sebab tu dia ambil private jet lain kut." Seloroh Rae sambil meneguk air teh yang telah dihidang di atas meja.

"By the way kau pasti nak teruskan plan ni?"

Chairil menghembus nafasnya. "Jujur aku cakap aku tak nak buat lebih-lebih. Cukup sekadar nak sedarkan dia sahaja. Aku masih sayang dia sebagai kawan. Walaupun aku tahu salah dia besar, tapi entah kenapa aku tak boleh benci dia. Jangan salah faham, aku cuma anggap dia sebagai kawan tak lebih dari itu. So, aku decide untuk maafkan dia. Tak salahkan kita untuk maafkan orang? Lagipun kawan mana yang sanggup tengok kawan dia tercundang, bukan?"

Kyrell hanya menganggukkan kepalanya sahaja sebagai mengiyakannya. Dia faham situasi itu. Susah untuk kita terima hakikat bahawa kawan yang sentiasa ada untuk kita bertukar menjadi musuh kita. Bak kata orang putus kawan lebih sakit dari putus cinta. Biarlah masa yang menyembuhkan keadaan lara mereka.

"Isteri kau dah tahu tentang ini?"

"Dah. Tapi aku tak sangka dia rahsiakan benda tu dari aku. Aku rasa malu dengan diri aku, Kyrell"

"Why?"

"Sebab dia masih setia disamping aku" Tatapan Chairil jatuh pada lantai. Buku limanya digenggam erat. Dirasakan birai air mata yang akan mengalir cepat diseka olehnya.

"Aku rasa diri ini tak berguna dan lemah bila melihat dia tak berdaya. Tapi dalam masa yang sama aku berasa bersyukur kerana dia masih menggenggam aku erat walaupun dia tahu keburukanku... I wonder why she's so kind to me? I wonder why she didn't leave me? Tapi semuanya telah diungkap setelah aku menemui jawapannya. It's all about love. Cinta agung yang sudah tertulis di Luth Mahfuz" Terang Chairil dengan tatapan yang penuh redup. Rae Kyrell menepuk perlahan bahu Chairil lalu memberikan senyuman kecil kepada Chairil.

"Lega aku sekarang sebab kau dah dapat pasangan yang betul. Jatuh bangun bersama dan masing-masing bantu untuk membimbing ke jalan yang betul. Satu saja yang aku nak cakap, jangan sesekali siakan dia kerana mungkin yang lain tidak akan sama seperti dia. Kalau kau betul-betul kecewakan dia, kau lah lelaki yang paling rugi, bro " Ujar Rae dengan tenang.

"Never, aku tak akan sesekali kecewakan dia. Cukuplah dengan apa yang aku dah buat dekat belakang dia. Sekarang aku nak tebus balik semuanya"

"Baguslah!"

"Okaylah, aku nak balik. Nanti nak bangun awal"

"Kenapa nak bangun awal pula? Kau bukannya ada anak lagi."

"Nak ajak isteri buat pahala dan alang-alang kau cakap pasal anak ni bolehlah on sekali"

"Pfft orang tanya sajapun dia terus on. Miang betul" Rae menjulingkan matanya ke atas.

"Eleh cakap orang! Nanti kau dah kahwin tahulah. Benda dah halal takkan lah nak sia-siakan. Silap-silap haribulan kau tak keluar bilik langsung tiga hari tiga malam" Tercetus tawaan besar diruangan pejabat itu.

"Ni mesti Rayyan yang ajar kau" Tergeleng kepala Rae melihat kelakuan tidak senonoh Chairil. Suka benar bab ini sampai gelak tak ingat dunia.

"Kau dah banyak berubah Am" Chairil tersenyum tipis atas komentar Rae kepadanya.

"Terima kasih sebab banyak tolong aku Rae"

W'B Mansion

"Abang, kenapa pakai baju sayang?!" Amira menatap tajam tubuh Chairil yang tersarung baju kelawarnya atas bawah. Puas dia mencari baju kelawar itu didalam wardrobe rupanya ada yang telah memakainya.

"What? Baju ni sejuklah" Jawab Chairil sambil lewa

"Tu baju baru sayang tau. Mommy yang hadiahkan, kenapa abang pula yang rasmikan?" Tercebik Amira apabila melihat Chairil yang bersenang-lenang tidur di atas katil sambil terkangkang. Kalau baju tu terkoyak macam mana? Sudahlah nampak fit dan singkat jika Chairil yang memakainya.

"Baju ni elastik lah sayang senang abang nak gerak. Lagipun bagilah bau abang melekat dekat baju sayang barulah tak ada jantan yang berani dekat-dekat dengan sayang."

"Abang ni" Rengek Amira sambil menarik bulu kaki Chairil. Selama ini elok sahaja suaminya ini tidur tanpa baju. Ini kes nak balas dendam sebab kidnap baju dia kah apa?

"Auch! Sakitlah yang. Janganlah tarik bulu kaki I" Ujar Chairil lalu melarikan kakinya dari pegangan sang isteri.

"Baju kiter dia pakai, kenapa baju dia kiter tak boleh pakai?" Chairil menjuihkan bibirnya kepada Amira yang kini menyarungkan baju T-shirt polosnya yang berwarna hitam. Kelihatan sangat besar jika berada pada tubuh Amira. Sampai mencecah kepala lutut labuhnya.

"Masalahnya saiz kita tak sama tau"

"Ya Hajjah! Kita bagi samakan jelah saiznya." Jawab Chairil acuh tak acuh. Apa? Nak kata dia besarkah?

Amira mengeluh kasar namun tak lama bibirnya menyeringai penuh misteri. Dia berjalan mendekati Chairil lalu menggenggam hujung baju kelawar itu.

"What are you doing?" Gusar apabila Chairil melihat tatapan aneh itu. Tanpa tak dijangka, Amira terus menyelak kain itu ke atas sehingga mencecah bahagian dadanya.

"Hye, pencabul bersiri!" Keluar jeritan nyaring dari bibir merah Chairil. Amira pula berdesup lari keluar dari bilik sambil ketawa kuat.

"Nasib pakai boxer tau kalau tak nampak aurat" Chairil membetulkan kembali kain baju kelawar itu lalu sambung membaca laporan kerjanya.








Sayyidina Abu Sa'id dan Sayyidina Abu Hurairah Radiallahu'anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang lelaki membangunkan keluarganya pada waktu malam lalu kedua-dua mereka bersolah tahajud (sekurang-kurangnya) dua rakaat bersama-sama maka mereka akan ditulis dalam kalangan lelaki dan wanita yang banyak mengingati Allah SWT" (Abu Daud)

Moga tahun 2024 ini membuatkan kita lebih baik dari tahun yang sebelum2nya. A beautiful day begins with a beautiful mindset and hopefully today will be a better day than before. May Allah always bless you. May Allah ease everything.

Terima kasih for those yang support sampai sekarang tanpa korang siapalah saya. Saya terharu sangat2 sebab ada yang masih baca and tunggu this story. And i'm sorry jikalau ianya membuatkan awak kecewa sbb tak memenuhi cita rasa awak malah saya juga selalu late update. I'm so sorry. Terima kasih atas segala dorongan.

Cerita ni makin lama makin merepek kan? Macam tak ada hala tuju HAHAHHA sorry dho.

Masih okay or not?

Jom sama2 doakan Palestine.

Jemput vote, komen and follow

150 votes for unlock chapter

Update: 1/1/2024 (4:52 p.m)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro