BAB 45
'Life only comes around once. So do what makes you happy and be with the people who make you smile'
Marsya tampak bahagia apabila netranya disapa dengan pemandangan indah. Iaitu bakal suaminya yang bersandar di kereta mewah dan dapat dia lihat tuxedo yang berwarna hitam tersarung pas pada tubuh tegap itu. Dilihat pula tubuhnya sekirlas yang dibaluti gaun pengantin yang berwarna merah. Pipinya bersemu merah apabila merasakan mereka merupakan pasangan yang secocok. Hatinya pula berdegup dengan kencang apabila jejaka itu memandang mereka tanpa berkelip.
Lain pula disisi Chairil. Dia hanya menatap sang bidadarinya yang berjalan dibelakang wanita yang berbaju merah itu.
'Pandanglah sini sayang' gumam Chairil didalam hati.
Bagaikan terdengar permintaan Chairil, Amira terus mendongak keatas melihat ke hadapan. Seperti arus elektrik, mata mereka bersambung membawa pelbagai perasaan.
Tanpa sedar Chairil menggigit bibir bawahnya apabila mata bulat itu melihatnya. Gaun kembang berwarna hitam yang terhiasi dengan manik-manik mutiara nampak sangat cantik dan elegan apabila disarungkan pada tubuh Amira.
Baju bidadarinya itu persis sama dengannya iaitu berwarna hitam. Baginya berilah baju seperti apapun kepada Amira kerana kecantikkan itu bukannya terserlah kerana pakaian itu tetapi ianya kerana tuan si empunya pemakai
"She's such an angel" gumam Chairil. Matanya tak lepas dari memandang Amira.
Marsya berdehem kecil setelah mereka tiba dihadapan Chairil. Deheman itu berjaya mengalihkan perhatian Chairil dari dunia khayalan.
"Masuk" Titah Chairil tanpa melihat kearah Marsya. Anak buah yang berada disampingnya membuka pintu untuk memberi laluan kepada Marsya.
"You tak naik sekali?" berkerut dahi Marsya apabila melihat Chairil hanya berdiri disamping dan tidak masuk sekali kedalam kereta itu.
"No. Kita berjumpa dekat sana saja nanti" senada Chairil berkata lalu pergi menuju ke kereta yang berada dibelakangnya. Dapat dia lihat, Chairil menggenggam tangan isterinya erat dan memimpin wanita itu untuk masuk kedalam kereta.
Marsya menggenggam gaun yang dipakainya bagi menahan perasaan yang akan memuncak. Dia tak nak rosakkan hari kebahagiaan mereka disebabkan perasaan cemburu butanya. "Sabar Marsya, kejap jer lagi kau dapatlah pegang tangan berurat tu".
Sejurus kenderaan mereka bergerak Chairil terus menaikkan penghalang dalam keretanya. Dia tak nak sesiapapun nampak kemesraannya bersama isteri tercinta.
Chairil menatap tubuh sang isteri yang terlalu larut dalam lamunannya. Tidak lama kemudian, bibirnya ternaik keatas apabila dia berjaya menarik tubuh kecil itu lalu mengangkatnya untuk diletakkan diatas ribanya yang kekar.
"Abang!" Hampir terjerit Amira dibuatnya dek perbuatan laju Chairil.
"Sepatutnya little pumpkin abang duduk sini" Ternaik bulu roma Amira apabila suara serak basah itu menyapa dihalwa pendengarannya.
Harum dari tubuh Amira benar-benar membuatnya gila. Gila akan cinta yang diberi oleh bidadarinya. Tanpa sedar dia makin mengeratkan lagi cengkamannya dipinggang ramping Amira.
"You're mine" Hidung mancung Chairil mendekat pada tengkuk leher Amira yang dibaluti oleh shawl yang berwarna putih itu. Menghirup aroma tubuh Amira kuat bagaikan ianya adalah oksigen buatnya. Kedua mata Chairil juga terpejam apabila dia menjatuhkan beberapa kucupan kecil disitu.
"Abang" Suara halus itu berjaya menyedarkannya dari dunianya sendiri.
"Yes sugar" Suara garau itu kedengaran seksi di telinga Amira. Mata Chairil yang menatap intens kepadanya membuatkan jantungnya tidak boleh berdegup normal.
"Apapun yang terjadi sayang tetap isteri abang. Tiada yang kedua dan ketiga. You're the only one. Just you my sugar" Tangan Chairil mengusap perlahan kepala Amira. Darah merah naik mendadak memenuhi wajah Amira.
"Jangan main awning eh. Kitonya sensitive kalau tudung tak jadi" Bagi menghilang rasa malunya Amira mengambil tangan besar itu dan mengaitkan dengan tangan kecilnya.
"I know. Same with you. Apa-apa pun yang terjadi abang hanyalah milik sayang. Milik sayang seorang. Tiada siapa yang boleh ambil abang daripada sayang". Jari jemari Amira yang runcing naik membelai rahang tajam Chairil dan membuatnya memejamkan mata menikmati sentuhan Amira yang begitu lembut.
"Tapi kalau suatu hari nanti hati abang..." Belum sempat Amira menghabiskan kalimatnya dia terasa ada sesuatu lembut mendarat dibibirnya.
"Jangan katakannya sayang. Abang tak nak dengar benda itu. Apa yang abang selalu doakan adalah hanya kita berdua kekal bersama hingga ajal menjemput. Katakanlah abang selfish, tapi apa yang abang impikan adalah untuk bersama dengan sayang tak kiralah hidup ataupun mati. Ya, abang tahu hati kita tuhan yang pegang. Tapi apa yang abang doakan ialah berikanlah aku untuk bersama bidadari syurgaku ini setiap saat, berikanlah kesempatan kepada kami untuk memasuki syurga bersama. Tetapkanlah hatiku untuk menyayangi dia setiap saat. Tambahkan kasih sayangku kepadanya setiap saat. Janganlah Engkau hilangkan rasa ini kerana dia adalah anugerah terindah yang pernah kau kirimkan kepadaku." Jelas Chairil dengan tatapan sendu.
"Abang juga adalah kiriman Tuhan yang tak akan sayang sia-siakan" Amira mengelus rambut Chairil. Mata mereka beradu untuk beberapa seketika.
"Together forever and ever" Kata Chairil dengan lembut lalu mengelus pinggang ramping Amira dengan perlahan.
"Together forever and ever" Tersenyum cerah Amira apabila Chairil menjatuhkan kucupan di dahi mulusnya. Lalu tanpa lengah Chairil menarik lebih dekat lagi tubuh kecil itu bagi menghapuskan jarak diantara mereka.
Terlepas tawaan kecil dari bibir mungil Amira apabila Chairil mendakapnya erat seakan tidak mahu lepas.
"Forever my love and my obsession" Gumam Chairil perlahan.
***
"Kita dekat mana ni?" Soal Marsya kepada Chairil. Dahinya berkerut kerana ruangan tempat persandingan mereka kelihatan gelap dan muram. Sudahlah temanya juga kelihatan menakutkan. Merah dan hitam.
Dirinya mula dilanda kehairanan apabila mereka turun ke bawah tanah setelah mereka tiba disebuah mansion mewah. Sangkanya mereka akan melakukan majlis akad nikah dimasjid tapi rupa-rupanya Chairil membawanya kesini pula.
"You cakap nak kahwin dengan I kan? So dekat sinilah kita nak akad nikah nanti" Terang Chairil sambil menunjukkan senyuman lebarnya. Entah kenapa degupan jantung Marsya berdetak laju melihat senyuman itu. Bukan kerana gembira tetapi kerana takut.
"You duduklah atas pelamin tu. Penat-penat I design tau" Chairil mempelawa Marsya untuk duduk diatas pelamin yang telah dihias oleh orang suruhannya.
Marsya menjilat bibirnya yang terasa kering apabila melihat pelamin yang telah disediakan. Kain renda yang berwarna merah tergantung elok dan juga bunga ros yang berduri tajam menghiasi pelamin itu. Pelamin mereka seolah-olah bertemakan vampire pula. Ada kah orang akad nikah bertemakan sebegini?
"Kita tunggu tok kadi sampai dulu tau" Ujar Chairil lalu duduk di atas kerusi yang sudah tersedia dihadapan sebuah meja. Meja itu pula telah ditutup dengan kain berwarna hitam. Tetapi yang menjadi pertanyaannya, kenapa hanya terdapat satu sahaja kerusi? Kerusi untuk tok kadi pula, bagaimana?
"Mana Amira? Dia tak datang sinikah?" Terhenti lamunan Chairil apabila nama permaisurinya dipetik. Wajah datar milik Chairil menatap penuh kearah Marsya yang duduk di atas pelamin bertentangan dengan dirinya.
"Kenapa cari?" Saat hendak membalas pertanyaan itu seseorang datang membuatkan Marsya menggigit bibirnya. Dapat dia lihat anak buah Chairil datang membawa peralatan tajam dan juga sehelai dokumen dan satu pita rakaman menarik perhatian Marsya. Tanpa sedar, peluhnya menetes jatuh mengena tangannya. Jantungnya juga berdegup tidak seperti sediakala.
"Hai Marsya Marsya macam manalah kau boleh terfikir nak kahwin dengan aku sedangkan kau tak kenal pun aku macam mana" Ujar Chairil dengan sinis
"I tak kenal you?"
"Yeah. Kau tak kenal aku macam mana. Lelaki yang berada dihadapan kau ni cuma watak sebagai businessman sahaja. Tapi ada kau pernah tengok sisi gelap aku?" Sinis Chairil bertanya kepada Marsya.
"Hanya yang tertentu sahaja kenal aku macam mana" Chairil terimbau kembali perbualannya dengan isteri tercinta. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
FLASHBACK
Chairil meraba-raba bahagian disisi katil. Dahinya berkerut apabila tidak merasakan haba daripada bidadarinya. Kemudian telinganya pula didengarkan alunan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan oleh seseorang.
Dia beralih melihat gerangan tersebut kelihatan bidadari syurganya sedang mengaji di satu sudut. Hatinya terpagut bahagia dan juga sedih. Sungguh dia hairan, apa yang dia lakukan sehinggakan Tuhan mengirimkan bidadari syurga untuknya.
Chairil bangun perlahan-lahan menghampiri Amira lalu duduk disisi Amira sebelum melabuhkan kepalanya dibahu Amira.
Amira tersenyum kecil apabila merasakan bebanan dibahunya. Setelah habis membaca ayat suci al-Quran dia membelai rambut lebat sang suami dengan lembut.
"Kenapa bangun hmm?" Soal Amira dengan lembut.
"Bantal peluk abang tak ada" Balas Chairil dengan melabuhkan kepalanya di paha Amira pula. Lengannya yang berurat berlingkar erat pada pinggang ramping Amira. Dikerling sekilas jam di dinding yang menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Tahulah dia bahawa isterinya ini baru sahaja habis menunaikan solat Tahajud
"Sayang"
"Ya suamiku" Chairil merasakan pipinya memanas dan merah apabila mendengar panggilan itu daripada Amira
"Abang nak tanya sesuatu boleh?" Amira memberikan anggukan sebagai balasan kepada Chairil.
"Kenapa sayang masih berbuat baik dekat abang walaupun sayang tahu kisah silam abang? Kenapa sayang masih terima abang dan maafkan abang setelah apa yang abang lakukan?" Soal Chairil kepada Amira. Matanya penuh redup memandang Amira yang masih bertelekung.
"Siapa cakap sayang ni baik? Lepas ni siaplah abang kena babap dengan sayang" Seloroh Amira berjenaka.
"Orang tanya betul-betul ni" Memuncung bibir Chairil apabila mendengar Amira berkata begitu. Amira mengukirkan senyuman kecil melihat ekspresi Chairil.
"Sebab sayang hanyalah manusia biasa. Kita hanyalah manusia biasa yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Apa hak sayang untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah pun maafkan hambaNya yang selalu berbuat dosa. Begitu juga dengan Nabi Muhammad, Baginda tetap mendoakan untuk umatnya walaupun umatnya sering melakukan kemaksiatan dan perkara kemungkaran. Jadi sayang sebagai manusia biasa kenapa sayang tak boleh melakukan sedemikian. Memaafkan lebih mulia daripada memohon maaf."
"Pada orang lain mungkin kedengaran tidak adil, tetapi syurga itu bukan mudah, betul? Tapi sayang percaya selagi niat kita betul dan ikhlas Inn Syaa Allah, Allah akan permudahkan. Kita jangan pertikaikan kisah silam dan buruk seseorang sebaliknya kita cubalah untuk memandangnya dalam bentuk positif dan sentiasa menolong untuk berubah supaya dapat sama-sama berjalan bergandingan menuju ke syurga."
Tanpa sedar air mata jantan Chairil jatuh menitis. Dia menekapkan wajahnya pada perut leper Amira. Amira tidak berkata apa-apa apabila melihat tubuh Chairil bergetar. Jari lentiknya mengusap perlahan tubuh tegap itu.
"Nak jadi baik tak susah pun asalkan kita dah berazam tentangnya. Oleh sebab itulah sayang selalu doakan supaya Tuhan kuatkan sayang untuk menempuh segala ujian yang datang daripadaNya. Sayang tak tahu pada masa depan akan terjadi seperti apa. Jujur, sayang juga takut tapi jikalau kita sentiasa dekat denganNya mesti setiap ujian itu akan menjadi mudah."
Chairil mengeratkan pelukannya. Dia mengogoi manja dalam pelukan hangat itu.
"My Little pumpkin terlalu baik"
"Jangan anggap sayang ini baik sedangkan banyak lagi khilaf yang telah sayang lakukan. Cuma saja Tuhan yang tutupkan aib itu. Mari kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik ya my sweet husband." Hidung mancung suaminya dicuit.
"By the way, sayang nak buat permintaan boleh?" Chairil memaparkan senyuman lebar hingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
"Apa saja untuk cinta hati little pumpkin abang"
"Habis sahaja semua ni, kita pergi Umrah nak?" Chairil tersenyum dalam diam. Dia bangun perlahan-lahan dari ribaan lalu menghadap sang isteri. Nampak sinar cahaya yang terbit dari wajah putih bersih itu. Bibirnya bergetar.
"Boleh sayang" Amira menyapu air mata Chairil yang tumpah di atas kain sejadah.
"Abang, jom buat pahala sama-sama" Ucap Amira. Terkedip-kedip mata Chairil tika ini.
"Hmm sayang tunggu abang kejap tau" Balas Chairil lalu bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
"Sampai hujung hayat sayang tak akan pernah mengalah untuk bawa abang ke jalan yang benar" Gumam Amira perlahan. Bibirnya perlahan mengukirkan senyuman bahagia.
END OF FLASHBACK
"I dah cukup kenal you Chai" Terhapus lamunan Chairil apabila mendengar balasan daripada Marsya.
"Kau pasti? Atau kau hanya kenal aku berdasarkan nama dan pangkat?"
"Kalau kau nak bersama dengan aku, kau kenalah terima baik buruk aku. So should I say welcome to my world witch" Bibir Chairil melengkung ke atas.
Marsya dapat lihat netra yang menatapnya dengan serius itu bertukar menjadi hitam pekat. Tanpa sedar dia menelan salivanya kasar.
"Mari aku tunjukkan sikap sebenar aku, Marsya Aurora" Chairil menyarungkan tangannya dengan sarung tangan hitam lalu bangun mengambil pisau tajam yang sudah tersedia di atas meja. Kedengaran kasut mahal yang menapak menghampiri Marsya membuatkan dirinya bergerak gelisah.
Chairil berjongkok lalu mencengkam rahang Marsya dengan kuat. "Apa kata aku bagi make up original dekat kau" Pisau tajam itu perlahan-lahan menusuk masuk ke dalam pipi Marsya lalu dia menurunnya kebawah seakan membelah isi ikan mentah.
"Ssh! Sakit!!!" Menggelupur Marsya dalam pegangan Chairil. Dia berusaha untuk menghalang Chairil daripada melakukan sedemikian. Dapat dia rasa darah mula keluar.
"Angkat kepala kau! Aku nak cantikkan kau pun tak bolehkah perempuan?!" Chairil mencengkam pula belakang kepala Marsya lalu dia melakukan lagi keseniaannya pada wajah Marsya.
"Eye-liner kau tak samalah pula. Kejap aku lukis lain" Pisau lipat yang dipegang Chairil dihunus masuk pada hujung bola mata Marsya lalu digerakkan seperti melukis eye-liner disitu. Kemudian darah yang mengalir keluar dia calit lalu disapu pada mata Marsya untuk dijadikan sebagai eye shadow.
Setelah puas dengan hasil kerjanya dia bangun berjalan menjauhi Marsya. Chairil memasang riak polos melihat wajah berantakan Marsya. Darah yang bercecerah dan teriakan kesakitan Marsya tidak dihiraukan.
"Akash, cantik tak aku buat? Kau rasa aku boleh jadi macam Alha Alfa tak?" Chairil bertanya kepada Akash sambil mengusap dagunya yang licin. Akash yang melihat seksaan yang diberikan oleh Chairil kepada Marsya meneguk air liurnya payah. Satu saja yang mampu dia ucapkan. Ngeri! Torehan pada pipi, dahi, dagu dan mata wanita itu membuatkan dia tidak dapat mengecam wajah asli wanita itu.
"Akash, aku tanya ni kau melamun apahal?" Dapat dia lihat rahang lelaki itu mengeras dengan tatapan tajam bagaikan helang yang mahu memburu mangsa.
"Cantik capo." Jawab Akash seakan tenang walaupun dia merasa sedikit takut. Meskipun merupakan salah seorang orang kanan kegemaran ketua mereka tapi tidak dia nafikan jika sisi gelap ketuanya sudah muncul, mustahil untuk menghentikannya dari melakukan keributan.
"Tapi ada benda kuranglah, aku tak letak primer dekat dia lagi." Sejurus berkata sedemikian Chairil membentur kepala Marsya pada dinding.
"Sa-sakit" Lirih Marsya berkata. Matanya berbalam kerana air mata.
"Huh! Masih mampu bercakap lagi rupanya. Kau tahukah apa erti sakit? Sebelum kau masuk dalam dunia aku ada kau fikir akibatnya? Ada kau fikir tentang perasaan orang lain? Aku tahu kau tak akan selami benda itu betul-betul sebelum kau bertindak. Yang kau tahu cuma pentingkan diri. Apa lagi yang tak cukup sampaikan kau perlu rampas kasih sayang orang lain?! Kau tak tahu betapa sakitnya hati aku bila dengar tangisan dia pada tengah malam. Kau tak tahu betapa luluhnya hati aku bila melihat senyuman yang dia ukir pada siang hari." Lanjut Chairil sambil giat membenturkan kepala Marsya.
"Kau tak tahu semua itu! Apabila kegelapan meliputi diri, disitulah dia mula berbicara, meluah apa yang terbuku dihati. Sendirian bersama yang Agung. Kau tak akan pernah faham perasaan itu sebab kau cuma fikir pasal diri kau sahaja." Dirasakan puas barulah Chairil menghentikan aksinya. Perasaannya yang tadi geram kini berubah pilu apabila terimbau kembali detik-detiknya bersama sang isteri. Sungguh dia merasakan diri ini tak berguna kerana tidak tahu apa yang terbuku dihati permaisurinya itu. Oleh itu, setelah mengetahui kebenarannya Chairil sering mengajak Amira untuk meluangkan masa bersama dan pillow talk dengannya sebelum tidur.
Chairil menghembus nafasnya perlahan lalu berjalan menghampiri Akash yang berdiri tidak jauh dari mereka. Dia menunjukkan Marsya yang sudah berlumuran darah menggunakan isyarat matanya.
"Rawat dia balik. Aku tak puas lagi nak seksa dia" Bibir Chairil ternaik keatas. Satu mangsa sudah dia dapat sekarang tinggal lagi seekor. Sarung tangan hitam yang dipakainya dibuang ke dalam tong sampah lalu berjalan keluar dari bilik itu tanpa menoleh kebelakang.
'Nasib kau lah minah gedik. Haih, teruk sungguh ni. Kalau rawat pun serupa macam bear lanun dah sebab aku sendiri tak dapat bezakan mana satu baju mana satu darah' getus suara hati kecil Akash.
Derap tapak kaki Chairil bergema di dalam mansion tersebut kemudian dia berhenti dan berdiri tegak buat seketika. "Dah puas mengintip?" Soal Chairil tanpa menatap gerangan tersebut. Senyuman senget terlorek pada bibir merah bak delima itu.
'Don't use your energy to worry. Use your energy to believe, create, trust, grow, glow, manifest and heal'
Heyyo my friends. Maaf sebab saya late update. Saya minta maaf sangat2. Tapi saya harap lepas saya update korang tak merajuk dah sebab tunggu lama sangat. Sorry tau. Btw terima kasih sebab masih tunggu story ni. Masih on point ke story ni? Kalau ada apa2 kesalahan ke apa2 ke, comment je. Jangan segan2. Maaf kalau jalan ceritanya lari or mmbuatkan korang rasa tak menarik sbb saya tahu mst akan ada segelintir yang dh turn off with this story but it's okay. Lain orang lain lain cita rasa. Saya betul2 minta maaf sbb tak dapat tunaikan impian korang.
Jemput vote, komen and follow. Matacih.
Study dulu baru baca story ni kalau tak stg bengkak bawah mata
150 votes for unlock next chapter
Update: 27/12/2023 (8:59 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro