Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 44

'Allah hears you, Allah sees you and Allah knows what is best for you'








"Capo, ini bukti yang kita dah dapat" Akash memberi dokumen dan pita rakaman itu kepada Chairil. Tatapan tajam Chairil membuatkan situasi tersebut terasa dingin. Dia mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya berkali-kali. Akash menelan salivanya susah payah.

"Aku akan up kan gaji kau bulan ni Akash" sejurus berkata sedemikian Chairil mengisyaratkan tangannya menyuruh Akash pergi. Dia memejamkan matanya dan bersandar di kerusi kebesarannya.

Selang beberapa minit dia merasakan ada sesuatu diatas ribanya. Bibirnya melekukkan senyuman sinis. Tanpa membuka mata pun dia sudah tahu gerangan siapakah itu.

Dengan pantas dia menyauk tubuh kecil itu masuk kedalam pelukannya. Hidungnya pula cekap melakukan kerja dengan menghirup bauan yang terbit dari tubuh kesayangannya itu.

"Kenapa abang stay up hari ini?" Tanya Amira dengan suara lembutnya. Tangannya pula dengan lihai membelai otot Chairil yang tercetak jelas.

"Abang ada kerja sikit nak buat" Chairil mengeram kecil apabila dia merasakan usapan lembut dari Amira.

"Kerja business kah atau kerja yang satu lagi?" Satu alis Amira terangkat keatas menanti jawapan daripada Chairil.

"You know about it, right sugar?" Ucap Chairil dengan senyuman dibibirnya. Amira terkekeh perlahan.

"No more secret between us" Ujar Amira antusias.

"So proceed dengan plan kita?"

"Yes sugar" Ujar Chairil santai lalu dia mengelus pipi Amira perlahan.

"Bernaskan dengan idea sayang"

"Bernas sangat. Sampai abang rasa sayang nak jual abang pun ada" Chairil menarik lembut hidung Amira. Terkekeh gembira Amira apabila diperlakukan sedemikian.

"Alaa... Nak buat macam mana idea tu saja yang muncul time kita dekat Italy dulu" Chairil mencebikkan bibirnya. Kalau tak kena paksa, jangan harap dia nak setuju dengan cadangan sang isteri. Dia masih ingat kala dia bangkang habis-habisan idea yang dicadangkan oleh Amira. Amira terus membuat mogok dengannya. Tidak tidur sekatil malah nak bersua muka pun tak nak. Oleh kerana tidak tahan dalam masa sehari itu, dia terus setuju dengan cadangan tersebut.

FLASHBACK

PENTHOUSE ELOISE


Chairil melihat sang isteri yang sedang berkutat didapur dengan tekun. Kemudian dia naik ke atas masuk ke dalam salah satu bilik yang menyimpan pelbagai rahsianya.

Bilik yang dipenuhi foto seorang gadis mulai dari kecil hinggalah sekarang menjadi tempat ternyaman untuk Chairil. Matanya pula menatap lekat monitor yang menunjukkan aktiviti kesayangannya itu. "I love you. I really love you little pumpkin. Tiada apa yang boleh pisahkan kita berdua" kemudian dia mencetak gambar tersebut untuk dilekatkan pada dinding bilik itu.

Tanpa dia sedar, ada seseorang sedang memerhatinya dengan tajam. Dirinya berpeluk tubuh melihat tingkah tidak bermoral itu. Kemudian dia menapak mendekati Chairil.

"So, ini lah kerja you husband" Terbelalak biji mata Chairil apabila mendengar suara lembut itu. Dia terus memusingkan badannya bagi menatap gerangan tersebut.


"How can...?" Chairil menatap skrin monitor yang menunjukkan seseorang sedang masak kemudian dia menatap pula wajah sang kekasih hati yang berdiri tepat dengannya.

"Bukan ker?" Tergamam Chairil dibuatnya. Macam mana Amira boleh berada disini sedangkan dia melihat tubuh itu sedang melakukan kerja didapur.

"I've my own ways husband" Amira menjongketkan bibirnya keatas. Tak sia-sia dia belajar tentang hacker dulu. Dia menatap semula dinding-dinding yang dipenuhi dengan gambarnya.

"Why you're so obsessed with me?" Tanya Amira perlahan kemudian dia menapak mendekati dinding-dinding tersebut. Dapat dia lihat gambarnya bersepah dimerata tempat. Bahkan beberapa CCTV didalam dan diluar penthouse tersebut juga dipasang untuk memerhatikan dirinya.

"Why? You're scared?" Soalan dibalas soalan. Amira tersenyum sinis.

"Why should I? You stalked I, and I stalked you. Ianya adil bukan?" Amira bertenggek di meja komputer Chairil. Kaki jenjangnya pula bersilang antara satu sama lain.

"I already told you. I know about you husband. Everything about you" Ujar Amira sekali lagi apabila melihat suaminya itu masih memproses apa yang telah terjadi.

"Dah lama saya nak dengar explanation dari awak tapi lama sangat. Apa yang susah sangat awak nak jujur Chairil?" Raut wajah Amira kini usah dikata. Memang tegang habis.

"Abang. Not awak. I'm your husband, little pumpkin, my love" Chairil mengeluh perlahan lalu dia mengait tangan Amira dengan tangan besarnya. Amira menghembus nafasnya perlahan. Dirinya tidak memberontak disaat Chairil menariknya untuk duduk diatas riba kekar sang suami.

"Apa yang sayang nak tahu?" Soal Chairil dengan pandangan sayu.

"Everything. Ceritakan kesemuanya dari A hingga Z"

"Apa yang abang dapat kalau abang cerita kesemuanya?"

"Apa abang nak?"

"Same with you. I want to know everything about you" Chairil mengusap perlahan pipi gebu itu dengan lembut. Amira pula hanya menganggukkan sahaja kepalanya sebagai balasan.

"Sebenarnya kita pernah berjumpa waktu kita kecil. Time tu keluarga abang adakan majlis doa selamat dan keluarga sayang pun dijemput sekali. Keluarga kita pun dah lama kenal sebab itu abang tak kekok sangat dengan your family. Masa mula-mula abang jumpa dengan sayang, entah kenapa hati abang berdegup laju. You looks so cute and stunning with your floral dress. Abang cuba nak berhadapan dengan sayang tapi abang malu" luah Chairil sambil tersenyum sendirian. Teringat pula akan kelakuannya seperti malu-malu kucing.

"Ouh, jadi abanglah budak lelaki yang asyik berkepit dengan mommy tu? Kehulur-kehilir ikut mommy macam lost puppy"

"Sayang!" Chairil berdecak kesal sambil menarik tubuh mungil yang berada diatas ribaannya itu untuk mendekatinya lagi.

"Abang nampak cute tau time tu" Tak semena wajah Chairil bertukar menjadi tomato

"Ehem! Nak dengar abang cerita tak ni?"

"Nak! Nak!" Persis kanak-kanak yang baru sahaja mendapat gula-gula Amira mengangguk kepalanya laju.

Oleh kerana geram Chairil menjatuhkan ciuman bertubi-tubi pada wajah itu sebelum menyambung ceritanya yang tergendala.

"Jadi oleh kerana malu abang tengok saja sayang dari jauh. Abang cuba buat sesuatu untuk tarik perhatian sayang tapi sayang macam ignore abang saja. Then tak lama lepas itu abang dengar yang sayang dah nak balik abang jadi sedih sebab tak dapat jumpa sayang. Tiap-tiap hari abang tunggu sayang depan pintu rumah dengan harapan yang sayang akan datang balik rumah abang. Tapi malangnya tak. Itu hanyalah angan-angan abang saja."

"Abang ingatkan perasaan itu hanya sementara sahaja tapi entah kenapa setiap saat bayangan sayang asyik muncul dalam minda abang. Tak lama selepas itu abang buat keputusan untuk ikat sayang dalam pertalian yang sah. Abang beritahu mommy and daddy, dia orang bantah mula-mula tu sebab sayang muda lagi."

"Tapi lepas abang lancarkan mogok terus mommy and daddy bagi kan?" Amira tersenyum sinis menghadap wajah terkedu Chairil.

"Hmm abang mogok. Kitonya hati tisu tau. Tiba-tiba permintaan kena reject mestilah merajuk" Chairil memuncungkan bibirnya seakan kanak-kanak yang mengadu masalahnya kepada ibu bapa. Jarinya pula memelintir hujung rambut Amira.

"Selepas itu mommy and daddy setuju tapi dengan syarat bertunang dulu. Abang pun setuju sajalah. Daripada tak dapat, lebih baik setuju saja kan. Bila kita dah bertunang abanglah orang yang paling bahagia sekali hari itu. Tapi tiada siapa sangka kebahagiaan itu hanya sekejap sahaja sebab abang dapat tawaran untuk sambung study dekat luar negara. Dengan berat hati abang tinggalkan sayang dekat tanah Malaysia kita tu. Jujur abang cakap, sepanjang kita berjauhan abang ada hantarkan beberapa orang untuk tengokkan sayang dari jauh sepanjang abang tak ada."

"Dan masa itu jugalah bermulalah ujian untuk abang. Kali pertama jejak ke negara orang lain semuanya baik-baik sahaja sampailah satu saat itu abang mula terikut-ikut dengan budaya dia orang. Abang tak salahkan keluarga abang atas didikan agama yang diberikan oleh mereka, tapi abang salahkan diri kerana tak dapat mengawal nafsu dan sentiasa ikut kata-kata syaitan. Dan yang paling teruk ialah abang dah buat sesuatu yang boleh buat Allah murka." Chairil mengemam bibirnya erat. Dia menghembus nafasnya perlahan setelah merasakan gosokan halus pada lengan beruratnya.

"Abang terjatuh cinta dengan kaum sejenis. Masa itu abang tak ada ramai kawan. Perempuan apatah lagi dan abang cuma rapat dengan curtain orang itu sahaja. Dan orang-orang itu termasuklah yang bernama Elmer. Kita orang mula-mula kawan rapat. Tapi entah kenapa makin lama duduk serumah, sebilik bersama perasaan itu muncul. Tapi abang berani sumpah! Kita orang tak buat lebih dari pegang tangan, peluk-peluk dan cium pipi"

"Pipi saja?" Amira memberikan pandangan tajam kepada Chairil

"Betul sayang pipi saja. Teruna abang hilang sama hari dengan dara sayang hilang tau." Terus Amira menepuk perlahan pipi putih itu sebelum menjatuhkan kecupan di pipi Chairil.

"Mulut tak berlapis langsung! Ni Pipi milik sayang saja sebab cop mohor dah lekat dekat situ" Amira meratakan bekas lip balm pada pipi Chairil

"Sedap. Flavour strawberry" Chairil mencalitkan sedikit bekas lip balm itu dengan ibu jarinya lalu menjilatnya.

"Sayang sepatutnya bagi dekat sini taklah membazir nanti" Chairil memuncungkan bibirnya

"Gatal! Sambung cerita"

"Then kita orang decide untuk jadi backstreet lover sebab takut dengan anggapan kawan-kawan yang lain tapi malang tidak berbau apabila hubungan kami itu terbongkar. Kawan-kawan abang yang lain semua bangkang. Dia orang tak nak kami jalinkan hubungan haram ini. Dan disebabkan itu selalu juga kawan abang yang lain itu beri nasihat, lakukan sesuatu untuk pastikan hubungan kami ini tak terjalin. Atas usaha dia orang perlahan-lahan abang cuba untuk berubah untuk kembali ke jalan yang benar. Mula-mula jujur abang cakap ianya susah. Tapi alhamdulillah, jikalau niat kita ikhlas dan jujur, usaha pun tidak pernah putus Allah akan permudahkan untuk kita. Tak lama selepas itu, abang minta putus dengan Elmer tapi dalam masa yang sama abang tak nak hubungan persahabatan ini terputus so abang decide untuk balik Malaysia dan lakukan perubahan yang lebih baik dari dulu. Bila dah lama tidak bertemu abang sangkakan Elmer dah move on dan terima keputusan abang tapi abang tak tahu pula dia masih simpan lagi perasaan dia dekat abang. Abang tak tahu nak buat apa lagi untuk bagi dia move on." Terang Chairil panjang lebar.

"Abang minta putus dekat dia macam mana?" Soal Amira kepada Chairil.

"Abang cakap abang nak putus dengan dia tapi abang tak nak hubungan persahabatan kami terputus"

"Sayang rasa dia still taruhkan harapan bahawa dia akan dapat balik jalinkan hubungan itu dengan abang"

"Tapi demi Allah abang cuma nak kekalkan hubungan kita orang sebagai kawan sahaja tak lebih dari itu pun"

"Okay, so macam mana dengan Marsya pula?"

"Tu si langau yang entah macam mana boleh tersesat dalam jalan cerita ni. Saja nak bagi rumitkan keadaan. Marsya tu client abang, kita orang berjumpa hari itupun sebab company abang ada meeting dengan company boss dia. Perempuan gedik tu memang dambakan lelaki kaya sebab nak tampung kos sara hidup dia. Abang dapat tahu dia ada banyak sugar daddy tau. Entah apa lagi yang tak cukup tak tahulah"

"So I bet you already know about this sebab reaction sayang tak menunjukkan terkejut atau apa-apa pun"

"Pandai husband saya ni." Amira tersenyum ramah. Manik mata mereka bertemu namun tidak lama kerana Amira dengan cepat memalingkan wajahnya kesisi. Tidak tahan menanggung debaran di hati.

"Sekarang giliran abang pula untuk tahu tentang sayang. Even though abang dah tahu semua benda tentang sayang, tapi abang rasa macam ada lagi yang tercicir." Ujar Chairil dengan lembut.

"For the first thing I want to say sorry sebab akan ada part yang tak patut abang tahu. I'm really sorry. So, seperti yang abang tahu, sayang adalah gadis biasa-biasa saja. Tapi ada satu masa itu sayang bertekad untuk jadi gadis yang luar biasa. Sayang dapat tawaran untuk sertai satu syarikat yang melatih para belia untuk menjadi ejen muda. Dari situlah sayang mula asah bakat dan kemahiran dengan berlatih and belajar bersungguh-sungguh. Memang agak hectic but look at me now, ianya menjadikan sayang seperti ini."

"Yang diluar nampak biasa-biasa namun ianya adalah sebaliknya, am I right?" Celah Chairil.

"Yeah. Kadang-kadang kalau ada orang buat hal ketua akan panggil beberapa orang ejen untuk settlekan. Tak semua benda sayang kena turun padang untuk settlekan perkara itu."

"Jadi maknanya..."

"Ya, sayanglah orang itu" Seperti faham reaksi Chairil, Amira terus menjawab. Chairil terbungkam di tempat duduknya. Patutlah setiap misi yang dia jalankan terasa mudah rupanya ada bantuan dari orang yang tersayang.

"Patutlah abang macam rasa something time tengok anak mata sayang hari itu. Tubuh dia pun sama macam sayang" Ujar Chairil dengan bersemangat.

"Dan sebelum kita berjumpa face to face, sayang dah kaji semua tentang abang. Iyalah, sebelum kita kenal kena lah selidik dulu orangnya bagaimana, kan?"

"Pandai noh dia, orang stalk dia, dia stalk kita balik. Dahlah acah-acah innocent pula tu. Betullah geng budak novel cakap, orang innocent ni lagi bahaya dari dari orang jahat."

"Aik! Abang tahu mana ni?"

"Sebab Rayyan pun dah jadi budak novel sekarang. Entah macam mana boleh terhasut dengan Fatin. Eh silap! Bukan budak, bapak novel" Chairil merengus perlahan. Terimbau kembali apabila Rayyan membiarkannya bercakap seorang diri. Patutlah diam tidak memberi respons dengan segala percakapannya rupanya kawan khusyuk sangat dengan baca novel. Naik berang jadinya. Buat bazir air liur saja. Ajak lepak tapi bukannya luang masa bersama, luang masa bersama buku pula. Hampeh betul punya kawan.

Terlepas tawaan kecil dari bibir mungil Amira "Semuanya dah ceritakan? So pengajarannya dekat sini, kita jangan sesekali berahsia dengan pasangan, kita kan dah kahwin sekarang jadi sepatutnya tiada apa lagi rahsia yang patut disimpan." Amira mengusap lembut surai Chairil yang terjuntai di dahi.

"Abang janji, tiada rahsia lagi diantara kita."

"Hmm, sayang pun janji dengan abang"

"Pinky promise" Chairil mengait jari kelingkingnya dengan jari kelingking Amira.

"Sayang okay?" Tanya Chairil kepada Amira. Dirinya terasa tidak tenang apabila melihat bidadarinya ini diam tidak bercakap. Tadi bersembang bukan main rancak tapi sekarang diam pula. Muka pun macam dah tertelan asam keping semangkuk.

"Please talk to me. Please sugar. Sayang marahkan abangkah? Abang akan buat apa saja asalkan sayang maafkan abang" Chairil mencebikkan bibirnya sambil menunjukkan wajah manjanya kepada Amira.

Alis Amira terangkat keatas sambil memandang dalam ke arah Chairil. Tidak lama kemudian, bibirnya menyeringai sinis. "Kalau abang nak sayang maafkan abang, abang kena ikut plan ni" Chairil menelan air liurnya payah.

"Susah betul dapat isteri pandai ni" Chairil mendengus kecil setelah mendengar cadangan yang dikemukakan oleh sang isteri. Jarinya pula tidak henti-henti mengelus pinggang ramping Amira. Amira terkekeh ketawa mendengar rungutan daripada Chairil.

END OF FLASHBACK

Chairil menatap dokumen dan rakaman itu dengan tajam. Sesekali dia mengusap dagunya yang licin. Tidak lama kemudian dia tersenyum miring. "Tunggu nasib kau betina"

"Abang tak nak tidurkah?" Amira mengelus hidungnya pada batang leher Chairil. Sesekali dia menjatuhkan kecupan disitu.

"Sayang goda abang ker ni?" Ujar Chairil sambil merapatkan lagi tubuh mereka sehinggakan tiada lagi jarak diantara mereka berdua.

"Sayang tanya je, bukannya goda" Riak polos yang dipamerkan oleh Amira membuatkan dia hilang arah. Tidak tahan dengan perasaan itu dia terus menggendong Amira untuk menuju ke bilik mereka.

"Jangan salahkan abang kalau sayang tak boleh jalan esok" mengeram rendah Chairil terus berjalan laju masuk ke tempat beradu mereka.

De'Bunga Cafe

Chairil menanti dengan penuh sabar untuk bertemu dengan gerangan yang berani bermain api dengannya. Sekali-sekala dia melihat jam tangan mahalnya.

"Pfft macam biasa" Dia menyilangkan kaki kanannya diatas kaki kirinya. Jarinya yang panjang mengetuk meja bagaikan mengira detik yang berlalu.

Setelah beberapa minit akhirnya sang gerangan yang dinanti telah pun muncul. Dia menatap tajam individu tersebut sehingga membuatkannya bergerak gelisah.

"Kenapa you nak jumpa I?" Soal Marsya sambil menatap aneh kepada Chairil.

"Aku nak jawapan dari mulut kau dan aku harap jawapan itu tak kecewakan aku"

"Apa?"

"Selepas kita habis shopping kau pergi mana?"

"Why? You risaukan pasal I kah?" Marsya menatap malu kearah Chairil. Jarinya pula galak bermain dengan bucu meja.

"Perasan. Aku tanya kau ni. Kau ada pergi mana-mana tak lepas kita habis shopping?"

"Tak ada, I terus balik lah lepas tu. Letih sangat haritu" Chairil menyunggingkan senyuman dibibirnya.

"Are you sure?"

"Pretty sure" Jawab Marsya yakin.

"Last question, kau ada apa-apa nak beritahu aku? Ini peluang yang aku bagi dekat kau tau. Kalau kau beritahu aku, maybe aku akan berlembut hati untuk lepaskan kau hidup-hidup."

"Beritahu apa?" Marsya meneguk kasar air liurnya. Dirinya bergerak gelisah ditempat duduk.

"Maybe something yang aku patut tahu"

"Ada"

"Apa?"

"I love you so much" Marsya tersipu malu setelah berkata sedemikian

"Aku lempang kang herot bibir sebelah tu" Gumam Chairil perlahan. Dia menjuling matanya keatas.

"Jujur dengan aku yang kau sebenarnya ada ditempat kejadian Marsya. Jujur dengan aku yang kau adalah pelakunya."

"Apa you ni? Nak jujur apa? Apa yang terjadi?" Dahi Marsya berkerut hebat.

"Jangan pura-pura tak tahu. Kau tak penat kah buat semua ni? Aku penat tau nak layan kau."

"Kalau penat tunaikan sajalah impian I. Itupun susahkah?"

"Apa impian kau?"

"Kahwin. I nak kahwin dengan you. I nak Kita berdua duduk diatas pelamin yang sama" Ujar Marsya dengan tidak tahu malu. Dalam kes ini dia sudah tidak ambil kisah dengan malunya. Apa yang dia nak, dia akan lakukan. Dia betul-betul terdesak untuk mendapatkan kasih sayang dari lelaki yang selama ini dia inginkan.

Chairil terbungkam sejenak di tempat duduknya. Kemudian dia menatap ke luar cermin. Awan kelihatan mendung, mungkin bumi akan dibasahi sebentar sahaja lagi. Dia perlu balik menemani bidadari yang perlukan kehangatan darinya.

"Baik aku akan tunaikan. Kalau itu yang boleh membuatkan kau berhenti, aku akan tunaikan." Datar Chairil mengutarakan perkara tersebut.

"Semua persiapan biar yang aku yang aturkan. Kau jangan risau." Senada Chairil berkata. Kemudian dia bangun meninggalkan Marsya yang terkulat-kulat melihat tubuh sasa itu pergi meninggalkan dirinya.

Tidak lama kemudian terpancar riak kegembiraan di wajah cantik Marsya. Akhirnya impiannya untuk berkahwin dengan lelaki yang didambakan sudah tercapai. Tidak kisahlah digelar sebagai isteri kedua ataupun perampas asalkan dia dapat mencapai kegembiraannya yang sudah lama dia idamkan.

***

"Kau dah bersedia?" Marsya mengukir senyuman sinisnya kepada Amira yang kini sedang menyiapkan dirinya.

"Tak sangka pula kau yang akan jadi MUA aku. Tak payah susah-susah lelaki aku upah MUA lain." Terangkat satu alis Amira.

"Haruslah. Kau kan bakal madu aku. Perlulah aku siapkan kau. Jimat sikit duit. Lagipun kita kan bakal bermadu, jadi apa salahnya bukan?" Amira tampak sumringah melihat wajah bahagia Marsya. Tidak lekang senyuman itu dari bibirnya.

"Pandai pun kau. Macam nilah madu yang baik. Tahu bertolak ansur. Kan senang kalau dari dulu lagi kau mengalah tak lah susah-susah aku nak goda bagai." Marsya membetulkan sedikit penampilannya dihadapan cermin besar itu.

"By the way ingat ya, kalau kau nak jadi isteri mithali kau kena lah adil. Dalam erti kata lain, kau kena lah bagi madu kau ni keutamaan. Orang kata apa? Biarlah yang muda pula rasa yang lama boleh kut pergi jauh-jauh. Dan kau pun dah lama pegang Chairilkan? So bagi orang lain pula ya. Jangan nak tamak kasih sayang sangat." Marsya menuding jari telunjuknya kepada Amira. Riaknya kini bukan sahaja gembira malah juga riak dan bongkak.

"Jangan risau aku percaya abang tak akan berat sebelah. Lagipun dah lama aku bersedia terima yang kau ni bakal madu aku" Amira mengukirkan senyuman manisnya kepada Marsya. Marsya mendengus perlahan.

"Huh! Apa-apa jelah. Sudahlah, aku nak jumpa bakal suami aku" Amira menganggukkan kepalanya lalu menuntun Marsya untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

Sejurus mereka keluar dari butik mewah itu bola mata Marsya terus memancarkan sinar kegembiraan apabila mereka tiba dihadapan sebuah kereta mewah. Bahkan bukan sahaja itu, bakal suaminya juga berdiri tegap di tepi kereta mewah itu sambil menunggu ketibaan mereka.



'All beautiful relation don't depend on how well we understand someone. But it depends on how well we manage the misunderstanding.'

Heyyo my friends. Maaf sebab saya late update. Saya minta maaf sangat2. Tapi saya harap lepas saya update korang tak merajuk dah sebab tunggu lama sangat. Sorry tau.

Btw terima kasih sebab masih tunggu story ni. Masih on point ke story ni? Kalau ada apa2 kesalahan ke apa2 ke, comment je. Jangan segan2. Maaf kalau jalan ceritanya lari or mmbuatkan korang tak berkenan sebab ni actually plot baru, plot lama hilang. Saya shedih.

Jemput vote, komen and follow. Matacih.

Study dulu baru baca story ni kalau tak stg bengkak bawah mata

150 votes for unlock next chapter

Update: 18/12/2023 (10:04 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro