Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 43

'You can cry tonight and still find a reason to smile tomorrow as Allah's blessings are endless'









"Sa-yang! Sa-yang! Sayang!"

"Abang"

"Sayang... sayang!"

"Abang bangun!" Pekikan kuat itu berjaya membuatkan Chairil terjaga daripada lelapnya. Amira memasangkan riak aneh apabila melihat Chairil bangun secara mendadak. Matanya meliar seakan mencari sesuatu. Dadanya pula berombak naik turun dengan laju.

"Abang okay?" Amira menekup rahang kokoh itu dan mengelap perlahan peluh yang merenek didahi suci itu. Chairil menarik nafasnya dalam setelah merasakan pegangan erat dari Amira. Chairil meneteskan air matanya kebawah.

"Sayang" Chairil mendekatkan wajahnya pada ceruk leher Amira dan dia melepaskan segala-galanya disitu.

"Kenapa ni? Mimpi buruk eh? Dari tadi sayang dengar abang mengingau panggil nama sayang. Abang mimpikan apa tadi?" Amira menenangkan seketika Chairil yang berada didakapannya. Tadi sebelum mereka bersiap sempat pula si suaminya ini terlelap sebentar. Sementara hendak mengejutkan suaminya, Amira bersiap terlebih dahulu.

"Are you okay right now?" Kepala Chairil yang sudah tersandar didada Amira digeleng kecil. Menghirup dalam aroma gadis yang sangat dia cintai itu.

Setelah menenangkan diri, dia memanggungkan kepalanya dan menghadap wajah sang pencinta hati. Amira menaikkan alisnya menunggu untuk Chairil membuka suara.

"Abang mimpi buruk tadi" Chairil menelan air liurnya yang terasa payau.

"Abang mimpi abang tertikam sayang. Dekat sini" Air matanya kembali menitis seraya pandangannya jatuh ke perut Amira yang dilaputi fabrik. Tangan besarnya menekup disitu seakan memberhentikan cecair mengalir keluar.

"Ab-abang takut"

"Mimpi tu macam dia akan jadi kejap lagi, masa kita tengah keluar dengan perempuan tu"

"It's just a dream abang" Pujuk Amira sambil mengelus perlahan rahang kokoh Chairil.

"NO! It's not" Chairil menyonggol dibahu Amira.

"It's real" katanya lagi.

"Mungkin Tuhan nak bagi hint dekat abang. Sebab abang dari tadi rasa tak sedap hati" Amira tidak berkata apa-apa sebaliknya menarik Chairil untuk masuk kedalam pelukannya lebih erat. Jujur dia juga rasakan seperti ada benda buruk akan berlaku.

"Untuk elakkan benda buruk berlaku, sayang mesti sentiasa disisi abang. Jangan sesekali pernah tinggalkan abang. Tahu?" Chairil mengucup lama di dahi mulus Amira lalu membalas pelukannya erat. Amira tersenyum tipis. Pipinya pula memanas.

"Sayang dah siap?" Tanya Chairil kepada Amira apabila melihat pakaian yang tersarung pada tubuh Amira sudah bertukar daripada tadi. Dari Oversize shirt polos kepada blouse berwarna putih yang disertakan manik-manik dibahagian lengan.

"Cantik bidadari syurga abang ni" Chairil mengelus surai panjang Amira dengan lembut.

"Jangan puji sangat nanti kembang hidung sayang ni. Lagipun, kata Imam Al Ghazali racun yang paling mematikan adalah pujian"

"Yes I know. Tapi tak salahkan abang puji isteri abang ini. Bagus isteri abang ini, hanya cantik dimata abang. Tidak berniat kelihatan cantik untuk ajnabi, tapi sebaliknya kelihatan cantik untuk yang terhalal. I really love you little pumpkin." Balas Chairil dengan lembut.

"Sweetlah abang ni. Dah lah, pergi bersiap. Nanti kita lambat pula, itulah tadi tidur tak ingat dunia sampai mengigau-igau" melepaskan pelukan mereka, Amira bertindak berdiri dihadapan Chairil dan menayangkan wajah garangnya. Tangannya dilipatkan didada.

"Tadi itu nightmare sayang" cecar Chairil.

"Sudah. Pergi bersiap sekarang"

"Sayanglah tolong siapkan abang. Tiba-tiba rasa malas pula nak bangun." Amira yang tidak betah melihat Chairil yang ingin melondehkan seluarnya terus berlari keluar dari bilik mereka.

"Eee! Siaplah sendiri." Ketawa besar Chairil meledak diruang udara bilik mereka. Melihatkan sang isteri berlari pergi meninggalkannya dia kembali mengejar jejak langkah isterinya.

"Sayang!" Dapat sahaja tubuh mungil itu terus dia mengheret Amira masuk kedalam wardrobe mereka.

"Jomlah pakai baju sama-sama. Macamlah tak biasa sebelum ni" Terlakar senyuman bahagia dibibir merah Chairil. Kunci pintu wardrobe sempat ditekan sebelum menghalang Amira untuk keluar.

"Love you little pumpkin" Bicara Chairil dengan cepat. Bibirnya pula masih setia dengan senyuman.

Deluxe boutique

"Sayang tak nak beli apa-apa kah?" Amira menggelengkan kepalanya sebagai balasan kepada Chairil. Cukuplah bajunya yang penuh didalam almari mereka. Tak terpakai dibuatnya jikalau dia membeli lagi.

"Tak naklah abang. Baju dekat rumah dah banyak. Nanti kalau beli lagi jadi membazir pula. Daripada kita membazir lebih baik kita sedekahkan dekat orang susah ataupun rumah anak yatim" Jawab Amira sambil memberikan pandangan lembut kepada Chairil. Chairil memasangkan senyuman lancip dibibirnya apabila mendengar ujaran dari sang isteri tercinta.

"That's my queen. Always berhati mulia. But it's okay, sayang ambillah. Kalau sayang tak nak pun, nanti kita sedekahkan dekat orang. My golden card always available untuk sayang. Lagipun perbelanjaan sayang bulan ni tak banyak. So why not sayang guna untuk kearah kebaikan. Sayang dapat pahala, abang pun dapat pahala. Kalau tak cukup beritahu jer abang. Abang ada lima black card dalam dompet. Yang lain abang tertinggal dekat rumah. Sorry ya little pumpkin" Chairil mengecup ubun-ubun Amira yang dilaputi kain tudung bawal yang berwarna cream itu. Tangan mereka pula tidak lekang dari bersentuhan. Ikutkan hati Chairil, mahu saja dia mengikat tangan kecil itu bersama dengan tangannya. Tidak kiralah dimana mereka berada samaada di tempat umum ataupun privasi.

Sedangkan Marsya yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya mampu menahan kemarahannya yang kini makin membuak-buak. Naik lemak jadinya apabila melihat pasangan itu dari tadi asyik berkepit. Dari awal mereka masuk ke shopping mall sehinggalah sekarang.

Tidak betah dengan situasi tersebut dia berjalan menghampiri pasangan mempelai itu.

"Baju ni cantik tak?" soal Marsya lebih kepada Chairil. Sengaja menyelitkan dirinya diantara Chairil dan Amira supaya Chairil dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dirinya.

'Huh! Asyik kau jer dapat perhatian dia. Sekarang aku pula!' getus suara hati kecil Marsya. Matanya mengerling sekilas kepada Amira yang kelihatan terkebil-kebil melihat dia.

"You dengar tak?" Tanya Marsya sekali lagi apabila melihat tiada sebarang jawapan yang keluar daripada bibir Chairil.

"Excuse me!" Marsya merengus geram. Tangannya menggenggam kuat baju yang diambilnya.

"Abang dia tanya tu" kata Amira kepada Chairil

"Siapa?" Soal Chairil kepada Amira. Amira mengernyitkan dahinya. Akik, depan mata takkan tak nampak.

"Ni dia tanya" tuju Amira kepada Marsya yang berdiri ditengah-tengah mereka. Kemudian dia berjalan sedikit jauh daripada mereka berdua.

Chairil mendengus tidak suka. Dia memandang sekilas baju yang berada dipegangan Marsya.

"Baju jaring-jaring macam ni kau cakap cantik? Macam jala ikan dah aku tengok. Kata nak berubah asal pilih baju macam ni lagi? Nak tayang body kau yang makin memboyot tu? Kau sarung baju ni nanti aku yakin nampak macam sarung nangka nanti." bidas Chairil dengan riak sinis. Matanya pula memandang naik turun tubuh Marsya. Tudung singkat seakan kepunyaan budak sekolah. Seluar jean ketat dan baju blouse pendek dan sendat.

"Huh! Sekarang pun dah nampak macam sarung nangka" dinding bibir sendiri, Chairil tolak dengan lidah.

"Perempuan murah" Tubuh Marsya kaku. Dia cuba untuk menyorok perasaan tidak senangnya didalam hati.

"Ish you ni! Mulut puaka betul" bibir Marsya memuncung kehadapan.

"Eh! Kau baru tahu ker nyah?" Chairil menyeringai sinis.

"Sampai hati you! I pun nak perhatian juga. You ni memang tak adil!" Marsya meluahkan rasa yang bertandang dihati. Hatinya sakit melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Chairil kepada Amira. Oleh itu, dia juga mahu Chairil melayani dirinya seperti sedemikian rupa.

"Apa ni cakap pasal keadilan? Eh! Kita tak kahwin lagi tau perempuan. Kau jangan melebih-lebih." Tempik Chairil dengan kuat. Matanya pula menjegil panas ke arah Marsya.

"I'm sorry" Menikus Marsya dibuatnya. Dikerling Amira yang berada tidak jauh darinya. Dia tahu, pasti Amira dan seluruh kedai dapat mendengar tempikan itu. Sungguh dia berasa sangat malu saat ini.

"Malas aku layan kau" Tidak dapat menahan kemarahan yang makin membuak-buak, Chairil lalu berjalan meninggalkan dirinya.

Chairil mendatangi Amira yang tekun membelek baju-baju mahal yang tersangkut dihadapannya. Dia perlu menjauhkan diri dari Marsya. Dia perlu melindung insan yang dia sayang.

"Situation ni sama macam mimpi" Gumam Chairil perlahan. Adakah ini yang dipanggil sebagai mimpi prekognitif? Dimana jenis mimpi yang terjadi dalam kehidupan nyata, beberapa saat setelah mimpi yang dialami.

"Why husband?" Amira mengernyitkan dahinya apabila melihat Chairil sudah tidak tentu arah. Dahi suaminya berpeluh hebat, tangan pula bergetar kecil.

"Sama macam mimpi abang tadi"

"Maybe mimpi prekognitif kut. Isi mimpi yang memiliki kemiripan secara menyeluruh dengan kejadian yang terjadi di masa yang akan datang. But all I believes is, ini semua hanya petunjuk dari Tuhan" Ujar Amira sambil menenangkan Chairil yang berada disisinya.

"Abang pergi kedepan kejap ya sayang. Hati-hati. Ingat, mata abang selalu memerhatikan sayang" terlepas tawaan kecil dari Amira apabila melihat Chairil memberikan isyarat berpandangan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya. Bibirnya sempat tertarik ke atas sebaik sahaja melihat Chairil melayangkan flying kiss kepadanya.

Netra penglihatan Marsya menikam tajam menyimpan dendam. Tubuh Chairil yang sudah makin mengecil menghilang pergi ke suatu tempat. Mungkin tandas atau ke kedai lain dia tidak tahu dan tidak mahu tahu. Apa yang dia tahu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membalas dendam.

Kakinya menapak laju kearah Amira setelah memastikan tiada orang disekeliling mereka.

"Bahagia eh kau perempuan?" Soal Marsya kepada Amira. Tangannya dilipatkan kedada dengan gaya yang angkuh

"Woi perempuan! Aku cakap dengan kau ni" Marsya menolak kasar bahu Amira. Bibirnya melakar senyuman sinis apabila melihat Amira seakan hendak hilang timbangan akibat tolakannya.

"Aku ada nama lah makcik" balas Amira bersahaja.

"Makcik kau panggil aku?! Biadap kau eh?! Kau tak kenalkah aku siapa?" Marsya menarik tangan Amira dan menggenggamnya erat.

"Kenapa? Sakit?" Ucapnya lagi apabila melihat wajah berkerut Amira.

Bukannya meringis sakit sebaliknya Amira hanya mengusung senyum ringan. Dia berhenti bergelut. Bibirnya berdecak sinis.

"Pfftt asal kau genggam perlahan sangat. Sepatutnya kau genggam macam ni" Dengan sigap tangan Amira yang bebas mencekau tangan Marsya dengan kuat dan erat. Dapat dirasakan tulang-tulang yang dia tekan disebalik isi kulit itu.

"Macam ni lah baru dinamakan cengkaman, Marsya Aurora." Suara deraman itu menyapa di halwa pendengarannya. Dapat didengar juga tulang-tulang tangannya yang berbunyi. Marsya mula berdesis sakit.

"Sakit?" Masih dengan senyum manis, Amira mencengkam erat tangannya. Senyum dan cengkaman yang berbeza. Senyuman yang penuh manipulatif. Siapapun yang melihatnya tidak akan berfikir buruk tentangnya. Hal ini kerana beberapa orang yang berjalan melalui mereka berdua hanya buat tidak tahu dan menatap mereka dengan sekali pintas.

Matanya pula menikam tajam ke arah Marsya. Serasa seperti memberikan isyarat bahawa aura negatif sudah mengelubungi dirinya.

"Lepaslah budak!" Marsya berusaha untuk melepaskan diri. Berkali-kali dia menarik tangan mulus Amira yang melekap erat dengan tangannya.

"Lepaslah perempuan gila! Apa yang kau nak sebenarnya ni?" Teriak Marsya sambil ligat berusaha melepaskan diri dari cengkaman Amira.

"Sepatutnya aku yang tanya kau, apa yang kau nak sebenarnya? Kenapa masih ganggu rumah tangga orang sedangkan ramai lagi lelaki bujang dekat luar sana? Kalau kau gian sangat, pergilah minta dekat sugar daddy kau tu. Ingat, aku memerhati kesemuanya cuma aku bersikap seolah-olah tidak ambil peduli." Marsya terkesiap untuk beberapa saat. Macam mana Amira boleh tahu kegiatan hidupnya? Matanya kembali memaku ke dalam pandangan sinis dan senyuman misteri Amira.

"Kan aku dah cakap aku nak kan Chai! Kau yang tak faham bahasa. Kau yang datang menyemak dalam hidup kitorang apa hal?" Dengan angkuh Marsya mengangkat kepalanya tinggi-tinggi.

Sejenak riak wajahnya berubah pudar apabila melihat senyuman Amira tiba-tiba menghilang. Tangannya pula Amira lepaskan dengan kasar. Terbelakang sedikit jadinya.

Dengan perasaan takut dan tidak tenang, Marsya melangkah ke belakang. Tangannya pula menggigil mencari keberadaan pisau belatinya. Air liurnya diteguk kasar. Lagi bertambah takut apabila melihat mata bulat itu menikam tajam ke arahnya.

"What belong to me, is belongs to me" Suara deraman itu tersapa di pendengarannya.

"Tiada siapa yang boleh ambil ia daripada aku. Kau, perosak rumah tangga perlu dihapuskan." Suara Amira makin menajam dan Marsya melihat tanda-tanda perubahan sikap gadis itu.

"Kau sepatutnya cermin diri kau dulu. Siapa yang PENDATANG sekarang ini? Siapa yang tiba-tiba datang MENAGIH kasih dekat suami orang? Dasar tak tahu malu ini lonte! Memang murah sekali diri kau. Berebut HAK MILIK orang lain" Lanjut Amira lagi tanpa senyuman. Wajahnya datar.

Marsya mengepal jariya erat. Nafasnya memburu dan kemarahannya juga kian melonjak naik.

"KURANG AJAR!" Dengan pantas dia mengeluarkan pisau belati dari belakangnya.

"Kau memang cabar kesabaran aku lah perempuan! Aku akan pastikan yang kau menghilang atas muka bumi ini buat selama-lamanya!" Amira dengan pantas mengelak serangan hendap daripada Marsya.

"Sepatutnya aku yang duduk ditempat kau!" Lagi sekali Marsya menyerang Amira dengan pisau belatinya. Tetapi kesemuanya dapat dielak oleh Amira.

Bibir Amira terjongket ke atas apabila melihat Marsya sudah tercungap-cungap ingin menyerang dirinya. "Stamina kau lemah" Lihatlah dirinya, masih kekal berdiri tanpa sebarang luka. Segala serangan dapat dia tepis dengan cepat.

"Penat ker sis?" Amira menyilangkan kedua belah tangannya dibelakang. Alisnya diangkat tinggi.

"TAK GUNA!" Amira menyeringai sinis apabila melihat Marsya kembali menyerangnya. Dirasakan sudah cukup bermain, dengan sigap dia menangkap pergelangan tangan Marsya yang memegang pisau belati itu dan memulasnya kuat. Bukan setakat itu sahaja, tulang pergelangan tangan itu pula dia genggam hingga terdengar bunyi retakan. Terlepas pisau tajam itu ke lantai.

"Argh!" Marsya memekik keras.

"Jangan berlawan ikut emosi kerana nanti kau yang akan kalah." Amira berbisik keras di cuping telinga Marsya. Kemudian dengan kekuatan yang ada, dia menolak Marsya ke dinding. Dengan lincah pergerakan Marsya dikunci oleh tubuh kecilnya. Tangannya yang bebas naik mencengkam leher Marsya. Tidak terlalu kuat namun tetap dirasakan kesakitan oleh Marsya.

Huh! Budak-budak nak ajak main dengan pisau. Apa curlas?

"Kau nak bunuh aku?" sinis Amira bertanya kepada Marsya.

"Baik kau berfikir dahulu sebelum bersuara Marsya" Suara rendah itu berjaya membuat bulu roma Marsya merinding.

"Kau silap besar kalau kau cabar orang yang salah" Amira menolak dinding dalam pipinya lalu berdecak sinis.

Wajah Marsya kelihatan memerah kerana menahan kesakitan yang dialami. "Kan aku dah cakap, jangan sesekali cabar aku kalau kau nak hidup lama dekat dunia ini" Perintah Amira seraya melepaskan cengkamannya perlahan-lahan. Dia bergerak beberapa langkah kebelakang menjauhi Marsya. Bibirnya terangkat naik mengukirkan senyuman sinis.

Amira mengerling sekilas kearah pisau yang terpelanting akibat pergelutan mereka. Dia menunduk dan mengambil pisau tersebut lalu diberikan semula kepada Marsya yang berdiri dihadapannya. Tetapi, malang tidak berbau kerana situasi tersebut dilihat oleh Chairil yang baru sahaja tiba di tempat itu.

"Apa sayang buat ni?" Soal Chairil lalu memandang dua wajah wanita yang berlainan itu. Seorang hanya bereaksi tenang seorang lagi sudah bermandi peluh. Matanya pula dijatuhkan pada pisau belati di tangan Amira.

"What are you guys doing?" Tanya Chairil kembali. Amira hanya diam memandang mereka dengan riak kosong. Manakala Marsya pula menggeliat gelisah.

"Di-dia cuba nak bunuh I!" Tuduh Marsya meluru kepada Amira yang hanya bereaksi tenang. Amira memutar bebola matanya ke atas. Urgh! Drama dah start.

Chairil menjongketkan keningnya ke atas. "It's true sayang?" Chairil menyoal lembut kepada Amira. Dia mengambil pisau tersebut lalu diberikan pisau itu kepada anak buahnya, Akash.

"Abang sepatutnya lebih kenal sayang macam mana" Amira memandang lembut ke dalam tatapan redup Chairil.

"Yes... Yes I know you little pumpkin. Dan apa-apapun sayanglah orang yang paling abang percaya" Sahut Chairil lalu langsung melelar tangan Amira untuk masuk kedalam pelukannya.

"Hanya sayang yang abang percaya. Hanya sayang yang abang cinta" Marsya merengus tidak suka apabila Chairil tidak mempercayainya.

"You sendiri nampakkan yang dia pegang pisau. Tak akanlah itupun you masih nak percayakan dia? Kalau dia tipu pun you nak percayakah?"

"Of course aku akan percaya. Always have and always will. Aku akan sentiasa percayakan dia walaupun dia tipu sekalipun, aku tetap akan percaya" melongo Marsya dibuatnya. Begitu juga dengan Amira.

"Sebab aku tahu, dia tipu mesti bersebab. Bukannya macam kau, penipu dan masih bermuka tembok melakukan kesalahan tu. Bukannya nak minta maaf ataupun mengaku kesalahan itu." Chairil memandang ke arah Marsya dan tersenyum senget.

"Munafik" bidas Chairil kepada Marsya.

Matanya berkabut dengan air mata. Jujur dia juga terasa dengan segala penghinaan Chairil yang diberikan selama ini. Namun dia tahankan jua kerana ingin menagih cinta manusia yang diagungnya. Salahkah dia berbuat demikian?

"Tergamak you buat dekat I macam ni. I ni siapa bagi you? Dah lama I taruh perasaan dekat you tapi you tak pernah pun... Tak pernah sekalipun pandang I. Kenapa Chai?" Lirih Marsya berkata. Amira pula naik kasihan kepada Marsya yang seolah-olah merintih kasih sayang kepada suaminya. Dia melangut ingin melihat reaksi suaminya tetapi seperti biasa ekspresi itu kekal datar.

"Aku dah beritahu kau dari dulu lagi Marsya. Nak aku ulang sekali lagi kah? Kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Kita berjumpa pun disebabkan hal kerja dulu kalau tak, tak hingin aku nak jumpa kau. Bahkan sebelum kau hadir, Amira yakni isteri aku. Sudah lama hadir dalam hidup aku. Hubungan kami sudah terjalin dari dulu lagi" Marsya mengertap bibirnya erat. Tidak terima dengan pengakuan yang terbit dari bibir Chairil.

"Perempuan itu tak layak untuk berdamping dengan you"

"Kau siapa nak putuskan siapa yang layak siapa yang tak?!" Chairil mula membentaknya dengan kuat. Jatuh menitis air mata Marsya.

"Tapi orang yang you cinta ini pembunuh!" Teriak Marsya kuat.

"Hey! Sepatutnya yang pembunuh tu engkau! Kau ingat aku tak tahu ker apa yang kau buat tadi dekat isteri aku? Suka hati kepala lutut dia jer nak tuduh isteri titew!" Chairil merangkul erat pinggang ramping Amira.

"You ni butakah? Tak nampak tadi dia pegang pisau"

"Kau ingat aku ni bodoh sangatkah nak percaya kata-kata kau. Aku dah tengok CCTV la tadi sepanjang aku tak ada. Ada sebablah kenapa kitorang bawa kau dekat sini. Kau masuk tempat aku, jangan harap kau boleh cari pasal dengan orang yang AKU SAYANG dekat tempat aku." Benar, shopping complex ini adalah kepunyaan dirinya. Begitu juga kedai-kedai yang berada didalamnya. Semuanya adalah miliknya. Milik hasil titik peluhnya. Selain daripada beberapa buah syarikat, Amirul juga memiliki aset seperti beberapa buah gedung shopping complex dan kilang perbuatan senjata tajam dan peluru berpandu. Daripada sebuah syarikat warisan keluarga, dia mula berusaha mengembang kepada beberapa cabang yang lain.

"I akan pastikan hidup dia merana!" Marsya meluru kearah Amira yang berada didalam pelukan Chairil

"Celaka punya perempuan!" Tempik Chairil dengan kuat apabila melihatkan Marsya ingin menyerang permaisurinya.

PANG!

Melotot Amira dibuatnya apabila tamparan padu menyinggah di pipi Marsya. Marsya yang terjatuh ke lantai itu tidak berkata apa-apa. Dirinya diam terkutik. Tangannya bergetar memegang pipinya yang memanas akibat tamparan kuat itu.

"Jangan. Sesekali. Kau. Sentuh. Bidadari. Aku!" Tiada belas kasihan yang dipaparkan pada wajah Chairil. Matanya menikam tajam kearah Marsya yang sudah tersungkur jatuh dihadapannya.

"Ab--abang" Amira menarik lengan kekar Amirul apabila melihat suaminya ingin berjalan menghampiri Marsya.

Amirul memandang sekilas ke arah Amira seakan memberikan amaran supaya tidak memberhentikannya. Amira mengemam bibirnya erat.

Chairil merungkai pelukan di lengan kekarnya dengan lembut. Dia kembali menapak ke arah Marsya yang makin mengundur diri.

"Takut?" Sinis Chairil bertanya. Kemudian dia berjongkok mencengkam rahang Marsya.

"Aku tak akan buat lebih daripada ini kerana aku takut akan menjadi dayus. Tapi... Disebabkan kau selalu mencabar kesabaran aku. Jangan salahkan aku kalau aku bertukar menjadi syaitan yang akan menyeksa hidup kau" ugut Chairil kepada Marsya. Jari panjangnya menikam rahang Marsya dengan kuat

Chairil melepaskan rahang Marsya dengan kasar lalu bangun menarik lengan isterinya pergi meninggalkan kawasan tersebut. Anak buah yang berkawal setia mengikuti melindungi ketua mereka.

Marsya mengertak gerahamnya kuat. Dia mengepal buku limanya erat. "This is not over." Dengan laju dia berdiri menuju ke suatu tempat. Kalau plan ni tak jadi, akan dia jalankan plan lain. Walauapapun mesti dia lakukan pada hari ini, kalau tak terlepaslah peluang keemasannya itu. Tetapi, siapa sangka perasaan terburunya ini akan menjerat dirinya dalam pembentung kesalahan yang besar.

Dalam Amira dan Chairil berjalan menghampiri kereta mereka yang terletak di parking basement. Chairil melihat ada sebuah kereta Myvi berwarna merah jambu meluru laju ke arah mereka. Matanya menajam ingin melihat gerangan tersebut namun terhalang kerana tinted kereta itu terlalu gelap.

Dirinya dan Amira yang terpasak di tengah jalan melotot luas apabila kereta itu makin mendekat dan tidak memberikan tanda-tanda berhenti.

"Celaka!" Chairil terus menarik Amira ketepi dengan kuat. Anak buah yang berada dibelakangnya sempat menahan dirinya daripada terjatuh. Manakala Amira pula terhempap diatas dadanya yang keras.

Akash dan anak buahnya yang lain berlari mengejar gerangan individu tersebut tetapi tidak berjaya. Akash dengan lincahnya membaling pelacak ke arah kereta itu. Mujur pelacak itu jatuh tepat diatas bumbung kereta itu.

"Sayang okay?" Soal Chairil sambil membelek-belek tubuh ramping sang isteri.

"Okay. Abang?" Chairil hanya mengangguk dan menyauk Amira masuk kedalam pelukannya. Matanya pula memberi isyarat kepada Akash.

Seperti tahu apa yang tuannya mahukan, dia bergerak ke hadapan berjalan terlebih dahulu diikuti oleh Chairil dan anak buahnya yang lain yang berkawal dari tepi dan belakang.

"Kau tunggu nasib kau, manusia durjana" Gumam Chairil keras. Rahangnya mengeras.






'A little hello and lots of love to start your day off bright. Stars are the proof that even on darkest night there is a light'

Have a nice day cutie pie. Thanks for everything❤️❤️. I'm sorry for everything. Maaf kerana lambat update, ada hal mustahak yang berlaku kebelakangan ini. Wishing you a wonderful day and a blessed week.

Saya nak beritahu yang bulan ni saya kembali late update? Why? Sebab kitonya ada hal penting sikit awok. Maafkan titew tau. Nanti ada masa titew update. Moga2 story ini dapat dihabiskan dalam tahun ini. Aamiin.

Tolong beritahu saya kalau ada Grammar/tatabahasa error. matacihh

Jemput vote, komen & follow

150 votes for unlock chapter

#FreePalestine. Jgn lupa baca Qunut Nazilah

Update: 2/11/2023 ( 12:56 p.m.)



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro