Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 42

'Imagine you hurt someone your love and ignoring her all the time without knowing today is the last day for her'






Hari minggu yang sangat menggembirakan bagi Chairil kerana hari ini mereka bercadang untuk mengemas rumah mereka bersama-sama. Sekali-sekala bibirnya bersenandung kecil dan tidak lupakan juga senyuman manis yang sentiasa terukir dibibirnya.

‘Nanti lepas dah habis kemas bolehlah sambung manja-manja dengan isteri. Sukanya kiter’ monolog Chairil sendirian. Dia tersenyum sendiri sambil memegang batang mop dan mengemop lantai ruang tamu rumahnya. Kadang-kadang dia akan tersenyum kecil dan merenjis-renjis air sabun diatas lantai itu dengan gembira.

“Bila dah merelit-merelap nanti mesti sayang bangga, ehek! Bangga dapat suami macam abang” tubuh tegapnya tergedik-gedik bergerak ke kiri dan ke kanan. Sejenak dia melangutkan kepalanya. Apabila sudah dipastikan tiada orang dikawasan itu dia kembali bersenandung kecil.

“Nasib tak ada orang.” Semua orang suruhannya sudah dia pesan untuk tidak masuk kedalam rumah agam ini sehingga diberitahu olehnya. Habis sahaja kerjanya dia berjalan laju menuju ketingkat atas untuk melihat sang pujaan hati.

Kaki jenjangnya pula terlompat-lompat kecil sambil memanggil Amira. Tetapi keningnya berkerut apabila tidak mendapat sahutan daripada Amira.

Kemudian dia berjalan kearah mini perpustakaan mereka kerana seingatnya Amira ada memberitahu bahawa gadis kecil itu ingin mengemas mini perpustakaan mereka.

Sampai sahaja disana, dia terus disapa oleh pemandangan yang erotis.

Chairil menggigit bibirnya saat melihat Amira menari kecil sambil mengemas ruang mini perpustakaan mereka. Dia memeluk tubuhnya yang elok bertenggek di pintu kayu itu. Lama dia mencari keberadaan sang kekasih hati rupa-rupanya disini. Patutlah orang panggil tak dengar kerana telinga itu sudah disumbat elok dengan headphone berwarna biru.

Dia menutup pintu dengan perlahan-lahan lalu berjalan menghampiri Amira dengan langkah yang kecil. Matanya pula tajam memandang pergerakan erotis dari Amira. Halkumnya mendadak naik turun dengan laju.

Amira yang membelakanginya langsung tidak menyedari kehadirannya. Sampai sahaja dibelakang tubuh gadis itu dia membungkukkan sedikit tubuhnya ke arah Amira menjadikan isterinya itu terperangkap diantara tubuh sasanya dan rak buku dihadapan mereka. Chairil memanjangkan lehernya lalu mengucup leher mulus Amira yang menggoda. Tubuh Amira mendadak kaku. Tetapi tidak lama kemudian dia mengeringai sinis. Dia tahu sebenarnya yang Chairil sudah berada dibelakangnya tadi. Bau maskulin dari tubuh lelaki itu terlalu kuat. Oleh itu, dia dengan sengaja menari dengan gaya yang menggoda dan seksi.

Amira memasang riak polos lalu membuka headphonenya dengan perlahan. Liurnya ditelan kesat.

Your ass looks so sexy sugar. Geram tengok, montok sangat!” Entah apa yang merasuki Chairil, tangannya melekap elok di bahagian punggung Amira lalu memberikan usapan lembut.

Pap!

Plump sungguh!” punggung itu ditampar sekuat hati. Bibirnya pula tersengih nakal apabila Amira mendadak memusingkan tubuhnya dan melindung punggung montok itu dari dipukul olehnya.

“Gatal” Ujar Amira sambil memberikan jelingan manja kepada Chairil.

Chairil pula masih memandangnya kearahnya dengan matanya yang barkabut nafsu. “Gatal dengan sayang jer.”

Chairil terkekeh perlahan kemudian bibirnya didekatkan ke arah cuping telinga Amira. Sempat dia memberikan gigitan kecil pada telinga itu. “Remember Sugar. You’re mine” Suara bariton nan berat menyapa di halwa pendengaran Amira.

Pinggang ramping itu didakap kemas olehnya “If you wanna dance, just dance for me. Only me can see it” bisiknya lagi dengan nada posesif.

Amira terus menatap Chairil dengan sayu. Dagunya pula sengaja dipaku diatas dada bidang jejaka itu. Dia mengerlip matanya beberapa kali kearah Chairil. “Bukan sayang selalu menari dengan daddy ker dalam bilik?”

Chairil mengeram kecil apabila melihat reaksi Amira. Sentiasa berwajah polos tetapi masih menggoda. Jangan harap lelaki lain boleh melihat reaksi sebegini. Hanya dirinya sahaja yang boleh!

Dengan sigap Chairil terus menggendong Amira dengan gaya koala. Terlepas jeritan kecil dari bibir mungil Amira. Nasib dia sempat berpaut pada tubuh sasa Chairil.

In our room right now!” suara Chairil sedikit tajam. Tangannya mencengkam kuat paha mulus Amira yang bersalutkan seluar pendek paras lutut. Sempat dia memberikan gigitan pada tulang selangka Amira ketika jalan berlalu pergi.

Bukan takut yang dirasakan oleh Amira sebaliknya teruja pula yang dia rasakan. Bibirnya hanya mengoyakkan senyuman lebar. “Okay daddy!” Sahut Amira bersemangat. Dengan sengaja dia memberi gigitan pada leher putih Chairil. Netra Chairil terus menggelap apabila merasakan pijitan dari bibir mungil Amira.

I can’t hold it anymore, sugar” Dengan suara rendah dia berjalan laju masuk kedalam kamar utama mereka. Amira pula melepaskan ketawa riang apabila melihat Chairil yang sudah tidak tentu arah.

***

“Sayang janjikan nak teman abang keluar dengan Marsya?” tanya Chairil yang melihat Amira masih bersenang-lenang diatas katil empuk mereka. Bukan isterinya itu sudah berjanji bahawa mahu menemaninya keluar bersama perempuan itu?

“Iya abang. Sayang janji”

Chairil menyelusup masuk kedalam selimut dan bergabung dengan Amira diatas katil itu.

“Habis tu sayang tak siap lagi?”

“Amboi! Tak sabar nampak.” Amira menoleh dan dibalas Chairil dengan senyuman kekok.

“Bukanlah sayang. Abang tengok sayang relax jer tak siap lagi sebabtu abang tanya.” Chairil menenggelamkan wajahnya pada leher putih mulus Amira.

“Abang pun tak siap lagi” Amira melingkarkan tangannya di pinggang Chairil. Rasanya sangat hangat dan nyaman.

“Abang tahu dia jenis lambat sebab itu abang tak bersiap awal. Kalau kita datang awal mesti kena tunggu dia berjam-jam. Macam sloth!” Gerutu Chairil yang kini menyesap haruman yang keluar dari tubuh Amira.

“Jahatlah abang ni” Amira ketawa kecil apabila mendengar suaminya mengomel. Kemudian dia menunduk menghirup bauan shampoo yang terbit dari rambut Chairil.

I will miss this” Tuturnya perlahan. Kemudian dia menarik wajah tirus itu supaya berhadapan dengannya. Mereka bertatapan buat seketika.

You’re mine” ujar Amira lalu menjatuhkan ciuman pada dahi bersih Chairil.

You’re my knight” dijatuhkan lagi ciuman pada puncak hidung Chairil

Forever, you’re mine” dan berakhir pada bibir merahnya yang sedikit terbuka. Jangan ditanya seperti apa wajah Chairil sekarang ini. Sudah tentulah merah bagaikan cili. Matanya terkebil-kecil melihat perlakuan Amira namun tidak lama kerana dia juga turut membalas pijitan itu dengan lembut dan syahdu. Entah kenapa perasaan tidak enak mula bersarang didalam jiwanya.

“Abang always remember. Apapun yang jadi abanglah yang pertama dan yang terakhir dalam hidup sayang. I really love you abang. I really do. Abang adalah syurga sayang. Abang adalah my knight. Knight yang dikirimkan oleh Tuhan untuk lindungi sayang dan bakal keluarga kecil kita. Abang adalah segala-galanya dalam hidup sayang. If they try to harm you, say something bad about you, I’ll fight for you. Because I never want to lose someone I love. I promise our love will never stop but will keep on rolling. I love you my knight. I love you so much” lirih Amira berkata lalu melekapkan dahi mereka bersama. Tanpa sedar air mata jantan Chairil menetes jatuh mengena tangannya.

Why you said like that?” Tutur Chairil lalu memeluk erat tubuh Amira. Nadanya berbisik sayu.

Don’t say like that. Ia seolah-olah kata-kata selamat tinggal dari sayang” bibir Chairil bergetar menahan tangisan. Dia tidak mahu Amira pergi meninggalkan dirinya.

“Tetaplah disisi abang selama-lamanya” Ungkap Chairil perlahan. Air matanya yang dibiar jatuh disapu oleh jari runcing Amira.

“Kenapa menangis? Jangan risau. Sayang sentiasa ada dengan abang” Ucap Amira tenang. Dia mengelus kepala Chairil dengan lembut.

I’m nothing until you came in my life. You’re the reason why I’m beating. I won’t forget you and always loving you until my last breath because you didn’t just come into my life, you became a part of it.” Lirih Chairil memandang manik coklat gadisnya itu. Ciumannya jatuh bertalu-talu di wajah itu. Tangannya  mengusap perlahan rahang Amira. Pipi tembam itu itu pula dibelai lembut. Tubuhnya kecil sahaja tetapi pipinya tembam. Geram tengok, nampak comel! Rasanya adakah ini kali terakhir dia akan membelai pipi mulus ini?

“Kadang-kadang apa yang kita nak tak semestinya dapat kerana ia bukan apa yang Allah izinkan. Kita merancang, Allah juga merancang dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Sebab itu, seberat manapun ujian yang kita atasi, always remember pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Jangan mengeluh sebaliknya bersyukur kerana ianya adalah salah satu cara Allah sampaikan rasa kasih sayangNya kepada kita. Allah tak akan menguji hambaNya di luar kemampuan kita. Oleh itu sentiasalah menganggap ujian itu sebenarnya menguatkan bukannya melemahkan.” Suara Amira yang lembut itu membuatkan Chairil mengeratkan lagi pelukannya di pinggang ramping itu.

Deluxe boutique

Marsya merengus geram apabila melihat pasangan sejoli itu asyik berkepit sahaja daripada tadi. Naik berbulu jadinya. Sepatutnya jejaka itu berdua-duaan sahaja dengan dirinya tetapi entah kenapa boleh pula Chairil mengajak isterinya untuk menemani mereka sekarang. Al-hasilnya tengoklah sekarang. Kelihatan seperti orang ketiga pula dia rasakan.

“Rosak rancangan aku kalau macam ni” Ucap Marsya perlahan sambil memandang tajam kearah Amira yang bergelak sakan dengan Chairil. Tak toleh kiri kanan langsung! Chairil pun satu, turutkan saja kemahuan budak kecil itu.

“Baju ni cantik tak?” Marsya yang tidak betah bersendirian terus menapak kearah pasangan bahagia itu. Tanpa tahu malu dia terus melosok masuk ketengah berada diantara Chairil dan Amira.

Chairil dan Amira hanya menatapnya sekilas. Amira dengan santai kembali melihat pakaian-pakaian yang berada dihadapannya, begitu juga Chairil.

Excuse me!” bicara Marsya sekali lagi apabila melihat kedua orang itu mengabaikannya.

“Dia tanya tu abang” kata Amira kepada Chairil

“Siapa?” Soal Chairil kepada Amira. Amira mengernyitkan dahinya. Depan mata takkan tak nampak.

“Ni dia tanya” tuju Amira kepada Marsya yang berdiri ditengah-tengah mereka.

“Laa... awat hang duduk sini. Ingatkan makhlus halus tadi. Dah lah pakai baju serba hitam serupa macam jembalang. Mujur isteri aku pakai macam bidadari, sedap mata memandang.” kata Chairil lalu melayangkan flying kiss kepada Amira. Marsya yang mendengarkannya itu cemberut hebat.

“Ish you ni! Mulut puaka betul” bibir Marsya memuncung kehadapan

“Eh! Kau baru tahu ker nyah?” Chairil menyeringai sinis.

“Sampai hati you! I pun nak perhatian juga. You ni memang tak adil!”

“Apa ni cakap pasal keadilan? Eh! Kita tak kahwin lagi tau perempuan. Kau jangan melebih-lebih” Tempik Chairil dengan kuat. Matanya pula menjegil panas ke arah Marsya.

I’m sorry” Menikus Marsya dibuatnya. Dikerling Amira yang berada tidak jauh darinya. Dia tahu, pasti Amira dan seluruh kedai dapat mendengar tempikan itu. Sungguh dia berasa sangat malu saat ini.

“Malas aku layan kau” Ujar Chairil lalu berjalan meninggalkan dirinya. Dia melihat Chairil berhenti sekejap pada Amira lalu pergi meninggalkan mereka berdua didalam butik itu.

Matanya menikam tajam menyimpan dendam. Tubuh Chairil yang makin mengecil menghilang pergi ke suatu tempat. Mungkin tandas atau ke kedai lain dia tidak tahu dan tidak mahu tahu. Apa yang dia tahu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membalas dendam.

Kakinya menapak laju kearah Amira setelah memastikan tiada orang disekeliling mereka.

“Woi perempuan!” Ujar Marsya kepada Amira. Malangnya Amira tidak memberikan sebarang reaksi dengan panggilannya.

“Woi pekak kah?!” Marsya menarik lengan Amira kasar. Amira tersentak dengan tarikan tersebut.

“Kau nak apa makcik?” Amira merentap kembali lengan kecilnya.

“Aku panggil kau apasal kau tak jawab huh?”

“Aku ada nama” Balas Amira dengan datar. Dia kembali berjalan kehadapan ke bahagian yang ramai orang. Amira tahu pasti akan terjadi sesuatu jika tempat itu hanya tersisa mereka berdua.

“Kenapa kau ganggu kehidupan aku eh?”

“Siapa ganggu siapa? Kau sepatutnya cermin diri tu dulu sebelum tanya soalan macam itu dekat aku” Bidas Amira dihadapan Marsya. Wajahnya tenang menghadap serangga perosak itu

“Kau ni memang tak tahu malukan. Asyik nak berebut jer kebahagian orang lain. Sepatutnya kau ni mampus jer supaya tenang hidup orang lain”

“Wah! Wah! Sedap mulut kau eh. Kau tunggu kejap” Amira menggapai cermin kecil yang berada disisinya.

“Kau tengok sini kau nampak apa?”

“Nampak akulah”

“Haa... tau pun! Cakap dekat sendiri ke sis?” Marsya mengepal erat buku limanya. Dengan pantas dia mengeluarkan pisau belati dari belakangnya.

“Kau memang cabar kesabaran aku lah perempuan! Kau patutnya mati supaya aku dapat bahagia dengan dia” Biji mata Amira melotot luas. Tubuhnya menggigil hebat apabila Marsya mengacung pisau tajam itu dihadapan wajahnya.

Marsya mengeringai sinis apabila melihat reaksi Amira yang seakan dalam ketakutan. Dirinya puas apabila dapat melemahkan pihak lawan. Namun, selang beberapa saat dahinya mengerut hebat. Tadi dia melihat Amira menggetar ketakukan tetapi kenapa sekarang Amira seolah-olah bergetar kerana menahan ketawa?

Bibir Amira naik menyungging keatas. Kemudian tidak lama tawaan besar terlepas diudara. Tubuhnya pula terjungkit-jungkit kerana menahan ketawa. Amira menunduk sejenak lalu kembali memanggung kepalanya perlahan melihat kearah Marsya. Terukir senyuman sinis di bibir mungil itu.

“Kau nak bunuh aku?” sinis Amira bertanya kepada Marsya.

“Baik kau berfikir dahulu sebelum bersuara Marsya” Suara rendah itu berjaya membuat bulu roma Marsya merinding.

“Kau silap besar kalau kau cabar orang yang salah” Amira menolak dinding dalam pipinya lalu berdecak sinis.

Ketakukan yang melanda dalam diri Marsya membuatkan dirinya terburu-buru menyerang Amira. Pisau yang berada ditangannya dihayunkan tepat ke arah Amira. Tetapi Amira lincah menghindar dari serangan tersebut.

Dirinya kelihatan tenang menepis segala serangan yang diberikan oleh Marsya. Melihatkan ada peluang untuk membalas balik, Amira langsung menarik lengan Marsya dan memulasnya dengan kuat sehingga pisau itu terlepas dari genggamannya.

“TAK GUNA!” Umpat Marsya yang tidak menerima serangan Amira. Kenapa Amira dengan mudah dapat menyerangnya sedangkan dia termengah-mengah ingin mencederakan Amira.

“Jangan berlawan ikut emosi kerana nanti kau yang akan kalah.” Ujar Amira dengan tenang. Dia kukuh berdiri sambil meletakkan kedua tangannya dibelakang. Dia mengerling sekilas kearah pisau yang terpelanting jatuh dekat dengannya. Dia menunduk dan mengambil pisau tersebut.

Pisau itu diberikan semula kepada Marsya yang berdiri dihadapannya. Tetapi, malang tidak berbau kerana situasi tersebut dilihat oleh Chairil yang baru sahaja tiba di tempat itu.

“Apa sayang buat ni?” Soal Chairil lalu memandang dua wajah wanita yang berlainan itu. Seorang hanya bereaksi tenang seorang lagi sudah bermandi peluh. Matanya pula dijatuhkan pada pisau belati di tangan Amira.

What are you doing?” Tanya Chairil kepada Amira. Amira hanya diam memandang mereka dengan riak kosong.

“Ahh! Chai. Tengok apa yang isteri you nak buat. Dia nak bunuh I” Marsya mengadu sakan kepada Chairil.

It’s real?” Soal Chairil kembali. Amira masih berdiam diri

“Jawablah!” pertama kali rasanya Chairil membentaknya dihadapan orang ramai.

“Abang percayakan dia?” Soalan dibalas soalan

“Kenapa sayang pegang pisau tu?” Chairil cuba bereaksi tenang.

So you believe her?” Tebak Amira lalu berjalan mendekati pasangan itu. Amirul tidak menjawab sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga apabila melihat Amira mendekati mereka.

Stop!” tersentak Amira apabila Chairil tiba-tiba sahaja mengacungkan dao blade kearahnya.

“Huh! Action speak louder” Amira tersenyum sinis lalu dia berlari pantas menuju kearah Chairil dan Marsya. Hatinya membara apabila melihat Chairil seolah-olah mempercayai orang luar lebih daripadanya. Hatinya sakit apabila melihat suaminya yang dia percaya melindung musuh yang terang-terangan ingin merosakkan rumah tangga mereka.

Amira mengacungkan pisau belati itu kearah mereka berdua. Chairil pula bersiap siaga dengan dao bladenya.

Srakk!

Terbuntang luas biji mata Chairil apabila melihat perut isterinya sudah dipenuhi dengan darah. Sangkanya Amira ingin menikam mereka berdua tetapi rupanya Amira malah menerbalikkan muncung tajam pisau itu supaya tidak terkena pada dirinya.

Mulutnya terkumat-kamit tanpa suara. Melihatkan tangannya yang memegang dao blade itu sudah tertusuk dalam ke perut Amira membuatkan dia terbungkam.

“Ha—huh... sa—sayang.” Ucap Chairil tergagap-gagap mengeluarkan suara. Dia menyambut tubuh yang makin lemah itu masuk ke dalam pangkuannya. Tangannya yang dilumuri darah menangkup wajah Amira yang kini sedang memuntahkan darah tanpa henti.

“Sa—sayang. I’m sorry” Chairil mengelap darah yang mengalir dari mulut Amira. Kemudian dia menekup bahagian tikaman diperut Amira bagi mengurangkan darah yang keluar.

So-so Th—this is the real you” Ujar Amira kepada Chairil.

I’m sorry. Ab—abang tak sengaja”

Action speaks louder” Ulang Amira sekali lagi

I’m really sorry” air mata jantan Chairil jatuh menetes diwajah Amira. Marsya yang berdiri dibelakang hanya berdiam diri. Memang niatnya ingin Amira hilang dari hidupnya tapi entah kenapa dia berasa sedih apabila melihat Chairil teriak meratapi kesakitan Amira.

“Abang memang tak guna. I’m sorry sayang. Please bertahan” Ucap Chairil dengan sayu. Dia mendakap tubuh isterinya yang lemah dengan erat.

“Sa—sayang. Tolong Ya Allah” Tersedu-sedan Chairil disisi Amira. Orang ramai yang membanjiri kawasan mereka dihiraukannya.

“Ab—abang. Say—saya cin—cintakan ab—abang selama-lamanya” Sayup-sayup suara itu berkata. Pandangannya tertutup setelah merasakan dia tidak mempu lagi bertahan.

“Sayang. Sayang! Sayang! Jangan tinggalkan abang!”

Lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan dan selalu mengingat kesalahan yang pernah kita perbuat, agar hati kita ini akan selalu beristighfar.’ Alhabib Quraisy Baharun

Have a nice day cutie pie. Thanks for everything. I’m sorry for everything. Maaf kerana lambat update, ada hal mustahak yang berlaku kebelakangan ini.

Tolong beritahu saya kalau ada Grammar/tatabahasa error. matacihh

Jemput vote, komen & follow

150 votes for unlock chapter

#FreePalestine

Update: 26/10/2023 ( 8:31 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro