BAB 40
'Please don't break me because I'm so delicate'
'Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya, "Kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual) yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun daripada umat-umat sebelum kamu - ayat 28 (Surah Al-'Ankabut)
Ting! Tong!
Bunyi loceng yang bergema di rumah agam itu berjaya menarik perhatian pasangan sejoli yang berada didalamnya.
"Biar sayang yang buka" tanpa sempat Chairil menjatuhkan ciuman di pundak kepala isterinya, Amira terus meluru ke pintu besar untuk mendapatkan tetamunya.
Chairil merengus kecil. Kacau line betul! Harini lah dia dapat bermanja dengan isteri kerana hari ini adalah hari cutinya.
"Abang ada ajak kawan abang datang rumahkah?" Tanya Amira kepada Chairil yang kini sedang berpeluk tubuh menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka.
"Why?" Amira menganjak ketepi bagi memperlihatkan sosok tubuh yang tinggi dan kekar itu. Kelihatan individu tersebut mempamirkan senyuman sinis apabila melihat ketegangan diwajah Chairil.
"Hye bro!" Sapaan lelaki itu dihadapannya. Tangan dihulur untuk memberi salam. Tidak mahu sang isteri curiga, dia menyambut salaman tersebut.
"Kau buat apa dekat sini?" Perlahan Chairil bertanya kepada Elmer. Hanya mereka berdua sahaja mendengarnya.
"Saja. Nak melawat kau. Tak boleh ker?"
"Macam mana kau tahu rumah aku?" Soalan dibalas soalan kembali.
"I've my own ways honey" Chairil merengus kecil. Tanpa menunggu lama, dia berjalan menjauhi Elmer dan mendekati Amira yang berada tidak jauh dari mereka.
Dasar baperan.
"Abang temanlah kawan abang. Sayang nak pergi dapur kejap sediakan apa yang patut. Lagipun dah nak masuk waktu lunch ni" Amira cuba menolak tubuh sasa yang melekat dengannya sebaik mungkin. Bagaikan sudah digam. Susah sungguh nak direnggangnya.
"Abang" Rintih suara Amira bergema digegendangnya.
Helaan nafas dihembus dikala dia berat melepaskan isterinya. "It's okay abang. Just call me if you need something. I love you my knight" tanpa menghiraukan tatapan orang lain, Amira menjinjit sedikit lalu menjatuhkan kucupan didagu sang suami bagi meredakan keresahan yang dialami. Rasa takutnya sedikit berkurangan setelah Amira menyalurkan kekuatan ke dalam dirinya.
"So sweet huh?" Sinis Elmer bertanya setelah melihat Amira makin menjauh daripada mereka.
"Diamlah kau! Lebih baik kau berhambus dari sini sebelum bersepai muka kau kat ruang tamu aku" Chairil menghempas tubuhnya kasar diatas sofa mahalnya itu. Elmer menggigit pipi dalamnya melihat kelakuan Chairil.
"Inikah cara layan tetamu?" Chairil mengetap bibir erat menahan marah. Dia tidak mahu bergaduh dihadapan isterinya. Malah, dalam rumahnya pula tu!
Elmer berjalan menghampiri jejaka itu dan menjatuhkan tubuhnya disebelah Chairil. Dia menghimpit Chairil sehingga ke hujung sofa.
"Jaga tingkah laku kau Elmer. Kau berada didalam kawasan aku" Chairil berbisik keras. Matanya sesekali memandang kearah dapur. Takut jikalau isterinya ternampak kedudukan yang intim ini.
"Makin lama makin garang! Buat abang lagi nak gayang lah. Rawr!" Ucap Elmer secara nakal. Tangannya menepuk pundak Chairil dengan lembut.
"Mana sifat dominant you ni honey? Tak akanlah dah terkubur" Elmer dengan beraninya melabuhkan wajahnya dibahu lebar Chairil. Sesekali dia menghembus perlahan pada leher putih itu. Kelihatan halkum itu naik turun menahan sesuatu.
"Don't you feel it? Jangan simpan. Just let it out like the beast" nafas Chairil terengah-engah. Dirinya dibelengu saat ini. Cepat-cepat dia menggeleng dan beristighfar didalam hati.
"C'mon babe" Elmer mula merengek melihat reaksi Chairil yang sedemikian rupa.
'Ingat Tuhan Amirul!' getus suara hati Chairil.
Chairil menunduk seketika bagi menenangkan diri. Apabila dia merasakan gesekan halus dipahanya terus tubuh sasa Elmer ditolak jauh.
Elmer cuba untuk mendekati Chairil lagi tetapi tidak berhasil kerana Chairil bangun menjauhinya dengan nafas yang memburu. Dapat dia lihat dada itu naik turun dengan laju.
Belum sempat dia berjalan mendapatkan Chairil semula, kedengaran satu suara dari dapur.
"Makanan dah siap!" panggil Amira sambil datang mendekat kearah dua jejaka itu. Dia melihat Chairil mempamerkan riak masam mencuka manakala Elmer pula tampak ceria hingga memperlihatkan gigi yang tersusun rapi.
"Jom makan" Chairil tidak berkata apa-apa selain terus memeluk bahu Amira erat dan berjalan laju kearah dapur meninggalkan Elmer dibelakang seorang diri.
"So, sejak bila awak dan Amirul kenal?" Soal Amira kepada Elmer. Tangannya lincah memasukkan lauk kedalam pinggan sang suami. Chairil hanya tersenyum melihat kelakuan Amira.
Elmer mengangkat alisnya lalu melihat sekilas kearah Chairil.
"Suami you tak cerita dekat you kah? Auch! That's hurt bro." Ucap Elmer seakan menjauh hati.
"Kitorang kenal sejak zaman study lagi. Time tu kitorang study dalam University yang sama. So dari situlah kitorang start rapat. Rapat sangat... Bilik yang sama, makan bersama. Tidur pun sekatil" Dengan rahang tegas dan bibir yang tersenyum miring dia memandang kearah Chairil yang kini seakan tidak terkesan sama sekali.
"Ouh ya? Rayyan dengan Qhaliq sekalikah daddy?" Amira menyoal pula kepada Chairil. Hampir tersedak Chairil dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja dia menerima usapan lembut diatas pahanya. Chairil mengerling kebawah meja untuk melihat siapa gerangan yang berani membuat demikian. Dalam diam dirinya menghela nafas lega setelah mengetahui individu tersebut.
"Ta-tak baby" jawab Chairil perlahan. Elmer pula hanya memerhati sahaja kelakuan pasangan itu. Something fishy here.
Amira menganggukkan kepalanya. "Are you okay husband?" Tanya Amira dengan prihatin. Dia menangkup wajah suaminya apabila melihat ianya makin memerah.
Tanpa malu Chairil menarik lengan kecil itu lalu memposisikan tubuh genit itu diatas paha kekarnya. Amira dapat merasakan jantungnya berdetak begitu kencang. Wajahnya pula bersemu merah. Sudahlah Elmer memandang mereka tidak lepas.
Chairil menyembunyikan wajahnya rapat ke leher jenjang isterinya. "Suap abang little pumpkin" suara serak basah itu tersapa di halwa pendengarannya. Sempat dia mengecup singkat kening Amira.
Amira tertawa kecil sambil membetulkan kedudukannya diatas ribaan sang suami. Chairil masih berdiam diri dengan wajah yang masih menekap dileher Amira.
"Manjanya suami saya ni" Bicara Amira lalu menyuapkan nasi yang berlaukkan ayam masak merah itu kedalam mulut suaminya. Tanpa sempat Amira menarik jarinya semula, sempat Chairil menggigit kecil jari runcing itu.
"Auch! Nakallah abang ni. Sabarlah, malam nantikan dapat juga" Chairil tersengih nakal mendengar perkataan yang agak vulgar dari isterinya. Boleh tahan juga gadis licik ini.
Chairil merapatkan lagi tubuhnya dengan Amira dan mengelus perlahan pinggang ramping itu. Elmer yang melihatnya itu mampu menyembunyikan perasaan tidak berpuas hati. Sepatutnya dia yang duduk diatas riba itu! Sepatutnya dia yang Chairil patut berikan layanan istimewa! Bukannya perempuan kecil polos ini! Makin membara pula hatinya duduk disitu lama-lama. Tangan kasarnya pula mengenggam sendok makanan dengan erat. Tanpa dia sedari, segala gerak-geri tubuhnya telah dirakam di indra penglihatan pasangan itu.
"Tahu tak apa pengajaran yang akan kita dapat dalam kisah kaum Nabi Lut? Homoseksual adalah perbuatan yang paling keji, yang sudah semestinya mendapat azab Allah SWT. Sesiapa ynag diuji dengan perbuatan keji tersebut, selain hilang agamanya, kebaikan pada dirinya juga telah berganti dengan keburukan. Disebabkan itu, dia akan menganggap baik suatu perbuatan tercela dan berpaling daripada yang baik. Demikian itu pula sebagai petunjuk atas penyimpangan akhlak." Bicara Amira bersahaja sambil tangannya masih sigap menyuap makanan kepada suami dan dirinya secara bergilir. Chairil dan Elmer terpempan seketika. Mereka tidak tahu apa motif sebenar Amira berkata sedemikian. Adakah sebagai peringatan halus untuk mereka ataupun hanya bicara mulut yang bersahaja?
"Kenapa korang diam?" Terkebil Amira apabila melihat Chairil dan Elmer seperti tercengang.
"Makanlah, nanti lauk dah sejuk tak sedap pula nanti" Amira terkekeh canggung. Dah kenapa masing-masing senyap? Chairil dan Elmer bagaikan tersedar kemudian terus menikmati hidangan yang terhidang dihadapan.
'Dia (Lut) berdoa, "Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpa azab) atas golongan yang membuat kerosakan itu.' Ayat 30 (Surah Al-'Ankabut)
ASHTA PALACE
Bang! Bang! Bang!
Bunyi tembakan berkumandang di tempat itu. Masing-masing gagah dalam posisi untuk menyelesaikan satu matlamat yang sama. Iaitu menjatuhkan musuh tanpa ada perasaan belas kasihan.
"Zoro! Cover Alpha." Arahan tegas diterima oleh anak buahnya dengan cekap.
"Tiger stay in position!" Dengan sigap dia meluru kehadapan menyerang musuh yang makin banyak. Tangannya lincah menggerakkan Glock Meyer 22 kiri dan kanan bagi menumpaskan musuh yang menghampirinya.
"Berapa lagi yang ada?"
"Enam dihadapan Capó!"
"Copy that!" belum sempat dia menjalankan serangan semula, ada satu kelibat datang dari sisinya lalu menumbuknya dengan kuat. Chairil yang tidak sempat mengelak tersungkur jatuh. Darah yang mengalir dari bibirnya diseka dengan baju hitamnya.
"Si*l!" umpat Chairil kasar lalu bangun membuat serangan balas. Tumbukan dan pukulan berpusu-pusu diberikan oleh Chairil kepada musuh itu. Geram dan marah bersatu dalam tubuhnya membuatkan musuh itu lunyai ditangannya.
Bbukk! Bbukk! Bbukk!
Chairil membanting musuhnya diatas lantai dengan kuat. Terbaring lemah dibuatnya dengan darah yang berlumuran mengalir sehingga ke kakinya.
"Anjing!" kata Chairil dingin. Dia meludah tepat kearah jasad yang sudah tidak bernyawa itu. Tanpa berlengah dia mencapai semula pistolnya yang terpelanting agak jauh akibat pergelutannya tadi.
Dalam mereka sibuk berlawan, Chairil tidak sedar ada seorang musuh yang ingin menyerang hendapnya dari belakang.
"Capó!" jerit seorang anak buah yang berada dibelakangnya. Belum sempat dia mengelak, dia dapat merasakan sesuatu benda yang lalu ditepinya dengan laju.
Zzaass! Zzaass! Zzaass!
Terkujat Chairil apabila melihat satu-persatu musuhnya tercundang akibat panahan yang tepat di jantung.
Dia melihat anak panah yang datang dari atas kena tepat pada musuh yang berada dihadapannya. Matanya melilau keatas ingin mencari gerangan tersebut tetapi tidak berjaya kerana kawasan diatas gelap gelita.
Ruang itu kemudiannya senyap sepi, darah pula banyak melimpah diatas lantai. Anak-anak panah yang tertusuk pada tubuh musuh sempat diamati.
Kemudian anak panah yang tertancap pada dada salah seorang musuhnya diambil. Dia meneliti anak panah yang bercorak unik itu. Macam dia kenal anak panah ini kepunyaan siapa.
***
Tap!
Terhinggut sedikit tubuh kekar Chairil apabila melihat bekas makanan yang sudah mendarat diatas meja kerjanya. Dia mendongak melihat individu tersebut.
"I bawakan makanan untuk you" Ujar Marsya kepada Chairil. Dia menunduk menggigit bibirnya apabila melihat tatapan tajam dari Chairil.
Gulp!
"Kenapa kau buatkan aku makanan?" Tanya Chairil dengan datar. Dia menyandar selesa pada kerusi empuknya.
"I nak balas jasa baik you sebab sanggup tolong I selama ni." Chairil menatap Marsya.
"Duduklah dekat sofa tu." Chairil berjalan mendekati sofa yang berada diruangan tengah bilik kerjanya. Marsya pula duduk dihadapan Chairil dengan ayu.
"Terima kasih" Ucap Chairil senada. Kemudian dia membuka bekas makanan itu. Dia tatap tanpa riak. Hanya datar semata-mata.
Marsya pula hanya diam tanpa bersuara. Bersiap sedia untuk dihalau keluar selepas ini. Tetapi, dia terkedu pula apabila melihat reaksi Chairil yang tenang mengambil garfu dan memasukkan bihun goreng itu didalam mulutnya. Ungkapan bismillah turut juga dia dengari.
Memang lelaki idaman pilihan ramai.
"Sedap" Ucap Chairil dengan seikhlas hati. Kemudian dia mengambil telefon yang berada didalam kocek seluarnya.
Marsya melihat jari jemari besar bermain lihai diatas papan kekunci itu. Dia meneguk ludahnya dengan kasar.
'Abang tak balik lunch hari ini. Sayang makanlah dulu'
"Kau tak makan?" Tanya Chairil kepada Marsya yang kelihatan termangu itu.
Marsya mengambil bekas yang terisi bihun goreng itu mendekat dengan dirinya. Dengan cermat dia menyumbat bihun goreng itu kedalam mulutnya. Tanpa dia sedar, wajahnya kelihatan comot kerana ada sedikit bihun yang terlekat dibibirnya.
Chairil menahan tawanya lalu menyuakan tisu kepada Marsya. Marsya mengangkat sebelah alisnya. "Kenapa?"
"Makan pun comot" getus Chairil kepada Marsya. Marsya merentap tisu dari tangan Chairil dan mengelap bibirnya.
"Comel" gumam Chairil perlahan. Marsya memegang tisunya kuat-kuat menahan debaran dihati. Bersikap seolah tidak mendengar apa-apa.
Lain pula keadaan gerangan yang berada dilain tempat. Dirinya menatap sayu makanan yang terhidang diatas meja. Kemudian setelah menghela nafas yang panjang, baru dia mengukir senyuman yang lebar.
"Tetaplah senyum dikala dikau tersakiti. Kerana aku pasti, kebahagiaan akan kunjung tiba tidak lama lagi."
W'B MANSION
"Sayang" Panggil Chairil yang berada dihadapan Amira. Mereka saling menatap antara satu sama lain diatas kain sejadah kerana masing-masing baru sahaja selesai solat berjemaah.
"Hurm"
"Abang nak tanya pendapat sayang boleh?" Amira hanya memerhati sahaja pandangan yang diberikan oleh Chairil. Penuh dengan maksud yang tersirat. Tahulah dia sudah tiba masanya untuk dia bersedia.
Amirul berdehem gugup. "Kalau abang pasang lagi satu boleh?" Wajah lelaki itu tampak merona setelah mengatakannya.
Wajah Amira seketika sumringah. Dia tidak berkata apa-apa cuma bibirnya sahaja yang melengkung cantik.
Mountbatten Cafe
"Kau nak pesan apa-apa tak?" Tanya Fatin kepada Amira. Hanya mereka berdua sahaja yang keluar. Diana pula katanya ada hal kecemasan sebab itulah dia tidak dapat turut serta.
"Tak ada" Amira kembali merenung diluar jendela dengan tenang.
Fatin merenung wajah manis sahabatnya itu. Entahlah, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Walaupun Amira mempamerkan riak yang manis, ceria dan gembira. Tetapi dia tahu, itu hanyalah lakonan semata-mata.
"Letih ya, Mira?" Amira terdiam dengan pertanyaan dari Fatin. Entah mengapa ia membuatkan Amira merasa sesak dan sayu tiba-tiba. Senyuman yang terlakar dibibirnya perlahan memudar.
"Aku tahu kau kuat. Terima kasih ya sebab masih bertahan. Sampai masanya nanti aku percaya, kau dapat rehat yang seutuhnya." Fatin terus menyauk Amira masuk kedalam pelukannya. Tanpa sedar air matanya menitis menjatuhi pipi. Benar, sejujur-jujurnya dia kuat diluar, tetapi rapuh didalam.
It's okay to be strangers again, setidaknya kita pernah sedekat itu.
Okay tak story ni? Puas tak?
Sejujurnya kan, saya tak reti sangat dalam hal tembak-menembak ni dan saya masih belajar dalam bab tu. Jadi, kalau korang rasa tak menarik ker or suka ke dengan adegan tu just tell me. Bolehlah saya tambah baik pulih untuk next scene kelak.
Nanti saya bagi cornflakes madu percuma ya. Take care cutie pie. Have a nice day ❤️❤️
Jemput vote, komen and follow.
150 votes for unlock chapter
Ouh, I see you, see you, see you every time and oh my I, I, I, like your style. Haaa sambung!
Update: 4/10/2023 ( 9:25 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro