Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 4

'My life is you baby'









"Korang jangan lupa datang tau majlis pertunangan aku nanti" Fatin memesan sekali lagi kepada dua orang rakannya itu.

"Iyer, kami akan datang. Hari Gemilang kau kut! Kelar leher sendirilah kalau tak datang" kata Diana

"Betul tu! Tapi kami still tak sangka yang bakal tunang kau tu Abang Rayyan. Gempak lah! Dalam diam eh kau." Sahut Amira pula

"Hmm... Apa boleh buat, jodoh"

"Apa-apa pun kami tetap doakan korang bahagia hingga ke Jannah. Pertahankan hubungan korang sebaik mungkin dari apa segala ujian dan dugaan" pesan Amira kepada Fatin. Diana pula menganggukkan kepalanya sebagai mengeyakannya.

"Betul. Kalau kau perlu kan kami, beritahu jer. Kami akan sentiasa berada dengan kau. Ingat, walaupun status kau berubah. Tapi persahabatan kita tetap tak berubah. Selamanya kekal bertiga hingga ke Jannah . Aamiin" sejurus itu Diana memeluk erat rakannya itu

"Nak hug juga" memuncung tirus mulut Amira dibuatnya

"Come little girl" Diana menggamit rakan karibnya itu.

Dikala mereka berpelukan, tiba-tiba sahaja Fatin bersuara. "Kenapa mamat tu tengok sini eh?"

"Siapa?" Tanya Diana. Amira pula memusingkan kepalanya ke belakang. Membuntang matanya apabila melihat seorang lelaki yang menegurnya di kafe sewaktu mereka masuk ke University ini sedang melambai-lambai dan tersenyum kearah mereka

"Kau kenal ker Mira?" Tanya Fatin

"Huh? Tak... Kenal pun sebab dia Tiba-tiba datang tegur aku masa first day kita masuk University dekat kafe. Tu jelah kitorang jumpa. First and last. Selepas tu lesap." Jelas Amira kepada dua orang rakan karibnya

"Hai Mira!" Tegur Ulwan secara tiba-tiba. Entah sejak bila dia berjalan datang ke sini. Rasanya tadi elok jer duduk dekat meja hujung sana.

"Hai Ulwan" balas Amira bersahaja. Rasanya ini kali kedua mereka bertegur sapa selepas berapa minggu tak berjumpa. Fatin menyinggung perlahan lengan Amira dan memberikan isyarat mata kepadanya

"Ouh! Kenalkan ni kawan-kawan saya. Fatin dan Diana"

"Hi! Ouh, ni lah kawan-kawan yang awak tunggu tu kan?" Fatin menjongket keningnya sedikit apabila mendengar pertanyaan itu. Dapat dia rasa perasaan yang tidak enak dengan lelaki muda ini.

"Don't do that face. Hahaha, Saya selalu nampak korang bertiga bersama"

"Okay" balas Diana ringkas dengan mengeyakannya sahaja

"Ulwan pelajar sini juga kah?" Tanya Fatin

"Haah. Oops! I think I didn't introduce myself properly. My name is Ulwan Zhefly bin Uwais Zarif. Student of Diploma Science Computer."

"Ouh mesti cekap dalam bidang IT ni" puji Amira

"Hehehehe masih mentah lagi" Ulwan mengusap lehernya bagi menghilangkan rasa gemuruhnya. Entah kenapa hatinya berdegup laju pula apabila melihat pandangan mata Amira yang seakan memujanya itu.

"Nanti boleh lah tolong ajarkan saya berkaitan IT ni" Amira menunjukkan reaksi positif apabila Ulwan mengenalkan dirinya secara menyeluruh. Tidak seperti ketika kali pertama mereka berjumpa. Masam jer muka

"In Syaa Allah" Ulwan menunjukkan senyuman manisnya hingga lesung pipitnya kelihatan

"Boleh saya dapatkan number telephone awak?" Tanya Ulwan secara tiba-tiba. Terlunas juga niatnya yang terpendam sejak dari tadi lagi. Memang dia datang sini semata-mata ingin meminta number telephone gadis molek itu.

"Saya?" Amira menuding jari kearah dirinya sendiri

"Ya" Fatin dan Diana memandang aneh kepada Ulwan

"Jangan risau, saya cuma nak berkawan jer" Kata Ulwan bagi mengelakkan dirinya dari sebarang keraguan. Amira yang polos memikirkan niat baik lelaki itu hanya berikan saja nombornya. Orang dah niat nak berkawan kan? Tak kan nak bersombong pula

"Okay. Meh sini telefon awak" selepas saja dia menyimpan nombor telefonnya di telefon bimbit lelaki itu terus lelaki itu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Tanpa dia duga, kebaikkannya itu akan mendatangkan kesan negative terhadapnya nanti

"Step one done" bisik halus lelaki itu setelah mendapat apa yang diingini

"Can't wait to make you mine pretty" dia mengusap gambar yang ditangkapnya dalam diam dan menghidu sapu tangan Amira yang diambilnya secara senyap-senyap ketika mereka berborak tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Dia ada dekat sini. Kau tak nak jumpa dia kah?"

"Soon bro" Amirul tersenyum sinis memandang wajah ayu yang kelihatan cantik berbaju kurung berwarna navy blue dan tudung senada dengannya. Sungguh cantik gadis kecilnya hari ini. Setelah sekian lama mereka tidak berjumpa, makin berbuak-buak perasaan rindu yang tersemat dalam diri ini

"Kau tak nak jumpa tunang kau ker?" Tanya Amirul kepada Rayyan pula. Bukan dia tidak tahu, rakannya ini cuma tunggu nak 'start gear' jer masuk dalam rumah tu. Tengok muka tu macam dah tak sabar. Gelojoh

"Nak masuk lah. Nak buat surprise sikit dekat bidadari aku tu" Rayyan ketawa lalu mengangkat kakinya berjalan masuk ke dalam rumah agam itu. Amirul pula hanya menggeleng-gelengkan sahaja kepalanya 'dasar pakcik tua gelojoh '

"Jomlah masuk!" Laung Rayyan yang berada dihadapannya tidak sampai 100 meter lagi. 'Boleh kut cakap baik-baik, tak payahlah terpekik-pekik macam aku ni pekak' komen Amirul didalam hati

"Nantilah! Nak makan dulu" Rayyan mendengus perlahan mendengar balasan dari rakan karibnya itu

"Tak habis-habis makan!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Korang pergilah makan dulu. Nanti aku datang" Fatin menyuruh rakan-rakannya menjamu selera terlebih dahulu sebelum dia mengikuti mereka.

"Nak tunggu bakal tunang dia ler tuw~~" sakat Amira. Laju sahaja ketam kecil berjalan dilengannya

"Auch! Sakitlah kau ni" aduh Amira setelah terkena cubitan itu. Tak lah sakit mana, saja nak manja lebih dengan tunang orang ini.

"Haih, baru jadi tunang. Tak jadi isteri lagi. Kalau dah jadi isteri, silap-silap haribulan dah berbiru badan aku. Bukan setakat aku, lelaki kau pun sama." Bebel Amira kepada Fatin

"Alololo sorry lah. Tu la kau, siapa suruh sakat aku" Fatin menggosok lengan Amira perlahan. Amira mencebikkan bibirnya menahan rasa

"HAHAHHA tak payahlah buat muka macam tu. Hodoh" kata Diana kepada Amira. Amira apa lagi, lagi muram lah wajahnya itu.

"Dah, dah... pergi makan ajak si Paan tu sekali" Fatin menggeleng perlahan melihat karenah dua orang rakannya itu

"Okay... Nanti kau datang tau. Kau pun kena makan juga" kata Amira kepada Fatin

"Pandai-pandai lah dia makan dengan tunang dia" Diana mengheret lengan Amira menuju ke khemah makan.

"Oii!"

"HAHAHAHAHA" terhembur ketawa kuat dua orang gadis itu. Puas kenakan rakan mereka itu.

Ketika mereka sampai di khemah makan itu. Amira berhasrat untuk mengambil pembuka hidangan yang tersusun elok diatas meja panjang itu

"Ana, aku nak pergi ambil buah jap" kata Amira

"Okay, aku tunggu sini"

"Okay" Amira mengambil buah tembikai lalu diletakkan diatas pinggan. Tiba-tiba semasa dia mahu mengambil lagi buah tembikai itu, telefonnya berbunyi.

"Haih time aku sibuk nak makanlah ada orang call, time aku tak sibuk.. sorang pun tak call" Amira mengumam lalu mengambil telefonnya dan ditekapkan ketelinganya sambil dikepit oleh bahu kanannya. Manakala tangannya pula masih gigih mengambil buah-buah itu untuk meletakkan diatas pinggan. Setelah dia selesai melakukan kerja tersebut, dia ingin mengangkat pinggan tersebut.. tapi apakan daya telefonnya yang kini berada ditelinga seakan ingin jatuh..

"Omo omo telefon gue! Please jangan jatuh lagi" kata Amira perlahan. Belum sempat telefonnya terjatuh keatas tanah, ada satu tangan menyambutnya dari belakang lalu menamatkan panggilan tersebut.

"Lain kali jangan buat kerja sambil call, nanti tak fokus" kata Amirul lalu menyimpan telefon Amira didalam poketnya.

"Okay, my mistake. Tapi hei!! Telefon saya"

"Nope, I akan simpan dulu. Lepas makan nanti, baru I bagi."

"tapi--"

"No buts, let's eat" kata Amirul sambil mencari meja kosong

"Tak ada mejalah" Amira mengeluh perlahan

"Tu, dekat Atin ada" kata Farhan.

"Hm jomlah." Kata Amirul

"Dah dah la tu sweet dekat tempat awam. Tunggu jelah kahwin nanti" kata Amirul selamba lalu duduk sebelah Rayyan yang kini sedang mengayat bidadarinya. Rayyan yang merasakan kehadiran seseorang merengus kasar

"Kacaulah korang ni"

"Biarlah, dah.. aku nak makan"

"Dasar single" Amirul buat tidak tahu sahaja dengan kritikan Rayyan dan terus saja menyambung aktiviti makannya. Tiba-tiba, semasa dia sedang makan, ada satu tangan berada dihadapan mukanya. Dia mengangkat kening kearah pemilik tangan tersebut

"Fon saya"

"Tak menyabar eh?"

"Cepatlah"

"Kenapa wei?" Tanya Diana. Fatin pun memandang pelik kearah Amira. Dalam diri mereka, tertanya-tanya apa yang terjadi diantara Amira dan Amirul.

"Kejaplah. Nah" sebelum Amirul menyerahkan telefon itu, dia sempat menaip sesuatu

Amira mengambil telefon tersebut dan duduk di sebelah Diana

"Kenapa kau ambil telefon Amira?" Tanya Rayyan kepada Amirul

"Tadi aku tolong simpankan telefon dia" jawab Amirul ringkas. Rayyan hanya mengangkat keningnya 'something is wrong here'. Manakala Diana, Farhan dan Fatin pula memandang kearah Amira.

"Tadi Telefon aku nak jatuh, dia yang kutipkan" Amira menjelaskan kepada mereka yang kini sedang memandang kearahnya dengan pandangan yang meragukan.

"Ouh patutlah" balas Diana

"Jomlah makan, lapar" kata Farhan.

Sebelum Amira makan makanan yang diambilnya, dia sempat membelek telefonnya dan didapati sesuatu yang membuatkannya dia 'blushing'. Dia mengangkat kepalanya lalu tanpa diduga matanya bertembung dengan si dia dan membuatkan si dia mengenyitkan matanya. Disebabkan keadaan tersebut dan text 'dont delete my number little pumpkin ' dari contact my knight itu membuatkan dia sukar untuk menelan makanannya. No talk, just eyes shows thousands feeling that feel from the bottom of each other's heart










Missing someone gets easier everyday because even though you are one day further from the last time you saw them ,you are one day closer to the next time you will - my love ❤️

Jemput votes & komen

Update: 12:11 a.m. (19/7/2022)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro