Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 39

'Dan (ingatlah kisah) Nabi Lut a.s, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu membuat perbuatan yang keji 'maksud fahisyah disini ialah penyimpangan seks, termasuk homoseks.' Padahal kamu sedar akan kekejian perbuatan maksiat itu?" - ayat 54 (Surah Al-Naml)









VERGA COMPANY

Chairil menatap lekat pemandangan yang terhiasi dengan bangunan gah dihadapannya ini. Dua butang baju kemejanya yang terbuka tidak dihiraukannya. Tangan sasanya pula masih setia didalam kocek seluar slack hitamnya.

Kepalanya menerewang dengan apa yang telah berlaku baru-baru ini. Sangat menyesak baginya. Dia hanya ingin hidup bahagia dan tenang dengan kekasih hati tetapi masalah yang timbul membuatkannya menjadi runsing.

"Sepatutnya abang bawa sayang jauh dari sini dan kurung sayang dalam sangkar emas abang sahaja" gumam Chairil. Tapi apakan daya, sebelum menikmati kebahagiaan yang akan tiba, dia perlu melakukan rancangan ini dulu. Rancangan dimana akan membebaskan dirinya dari kegelapan.

Dalam dia larut dalam bayangannya, tiba-tiba sahaja dia merasakan ada sepasang lengan berlingkar ditubuhnya. Chairil memejamkan matanya menikmati momen saat ini. Lelaki itu hanya berdiri kaku menikmati usapan didadanya yang masih dibalut fabrik.

"I know you'll come to me" tangan besar itu membelai lembut dada Chairil. Berdiri bulu roma Chairil dibuatnya. Chairil sehabis mungkin berlagak tenang

'Darn it! Plan ni memang makan diri!' getus suara hati kecil Chairil.

"Why you're shaking? Don't you feel it? C'mon bro... I know you miss me." Pemuda itu menghirup dalam-dalam aroma rambut Chairil.

"Wanginya master" dia memusingkan tubuh sasa itu untuk menghadap dirinya secara berhadapan. Netra matanya berkilat penuh obsesi ketika memandang wajah datar milik Chairil.

Dengan berani lelaki itu mengelus rahang Chairil yang tajam dan memajukan wajahnya untuk mendekati wajah kacak Chairil. Chairil yang tahu akan niatnya segera berpaling ketepi. Terjatuh ciuman itu di cuping telinganya. Lelaki itu terdiam namun tidak lama kerana dengan pantas dia menggigit kecil telinga Chairil.

Chairil segera menolak kasar tubuh tegap itu. Mereka beradu mata buat seketika. Chairil memandang jejaka itu dengan tajam. Kalau dilihat dengan mata kasarnya ini, tubuh itu makin tegap dan sasa. Tiada perbezaan diantara mereka berdua. Kedua-dua mempunyai body yang baik dan maskulin.

Bibirnya tersungging naik. "Jual mahal huh?" bicaranya pada Chairil yang berdiri dihadapannya dengan wajah yang memerah. Entah marah ataupun malu terhadapnya.

"Kenapa kau buat macam ni?" Tanya Chairil dengan nada sedikit tegas.

"Because I want you back! Kau dah lupakah dengan moment-moment kita sebelum ni? Kau dah lupakah dengan janji kau dengan aku sebelum ni?"

"Itu bila aku khilaf Elmer! Cukuplah Elmer. Berubah sebelum terlambat. Azab Allah itu lagi menakutkan!"

"Habis kenapa kau still layan aku baik kalau kau nak buang aku?! Kenapa kau still cakap kau sayang aku huh?!"

"Sebab kau kawan baik aku Fadeyka Elmer! Aku sayang kau as a friend! Not a couple anymore!" tegas suara Chairil berkata.

"Don't you miss our moment? Don't you miss us?" lirih Elmer bertanya kepada Chairil

"Please answer me Chai. Please... Amirul" sayu tatapan itu melihat kearah Chairil. Chairil yang mendengarkan namanya itu mula memandang redup kearah Elmer.

"Yes. Aku tak nafikan yang aku rindu moment kita berdua. Tapi ianya hanyalah lintasan sahabat sahaja bagi aku. Not more than that. Aku sedar khilaf aku dulu Elmer. Aku minta maaf." Melihat Elmer terdiam membuatkan Chairil untuk meneruskan bicaranya.

"Aku betul-betul minta maaf dekat kau Elmer. Betul, aku sayang kau. Tapi cuma sebagai kawan." Elmer yang mendengarkan hal itu pun tersenyum miring lalu berjalan perlahan bagaikan predator kearah Chairil.

"Alasan. Katakan ianya adalah alasan! Aku tahu kau malu sebab kawan-kawan kita yang lain tahu tentang hubungan kitakan! That's why kau terus minta putus dengan aku!" kalau tak disebabkan mereka terserempak dengan Rae Kyrell dan kawan-kawan yang lain semasa keluar berdua, mesti hubungan mereka masih berjalan baik sekarang ini. Bukan itu sahaja, mereka juga menentang hubungan songsang diantara Chairil dan Elmer.

Sahabat-sahabat mereka kerap sahaja menasihati mereka berdua dan kembali mahu membetulkan hubungan yang sebetulnya semula.

Semuanya mengambil masa yang lama. Elmer yang dirasakan dirinya cinta mati dengan Chairil tetap tidak berubah. Dia hanya berlakon sahaja dihadapan sahabat-sahabatnya.

Tetapi tidak disangka, Chairil ini akan beralih arah setelah berjaya di brainwash oleh yang lain.

Melihatkan Chairil yang terdiam membuatkan Elmer menaikkan satu alisnya. "Jangan diam honey!" Ulang Elmer. Chairil mengenggam erat buku limanya.

"Cukup Elmer!" Manik mata mereka bertemu, namun tak lama kerana Chairil memalingkan wajahnya kesisi.

"Bukan sebab itu Elmer. Cukup kau tahu, yang aku sebenarnya mahu pulang ke jalan Allah. Maha Penciptaku" Elmer terbungkam sendiri.

Chairil menghelakan nafasnya perlahan. Salahnya kerana terlalu mengikut dengan budaya asing. Salahnya kerana disaat dirinya digelar tunangan orang, dia sudah menceburi diri dalam hubungan haram. Salahnya kerana terlalu mengabaikan hal agama setelah dia pergi ke luar negara sedangkan ibu dan ayahnya sudah berikan didikan yang cukup dalam ilmu agama. Cumanya dirinya sahaja yang lalai dan leka dengan hal duniawi.

Betullah kata orang, dimanapun kamu berada. Jangan sesekali tinggalkan solat, agama dan al-Quran. Kerana disaat engkau telah tinggalkan perkara penting itu, nescaya lebih mudah untuk kau tenggelam dalam kemungkaran dan kemaksiatan.

"Aku betul-betul minta maaf Elmer. Aku sedar salah aku. Dan kita tak sepatutnya terjebak dalam hubungan macam ni. Aku nak kita macam dulu, I mean as a friend. Like pertama kali kita berdua berjumpa" Ucap Chairil dengan tatapan teduh.

Ya, kali pertama mereka berjumpa semuanya berjalan dengan baik. Tetapi, entah bagaimana satu saat itu, tertimbul pula perasaan yang aneh diantara mereka berdua.

Elmer menggigit pipi dalamnya. "Useless! Mari tengok berapa lama kau boleh bertahan" ucap Elmer sebelum berlalu pergi meninggalkan ruangan kerja itu dengan senyuman misteri.

'Mengapa kamu datang kepada lelaki bukan kepada perempuan untuk memenuhi syahwatmu? Sesungguhnya, kamu adalah kaum yang tidak mengetahui akibat perbuatanmu' - ayat 55 (Surah Al-Naml)

***

Pandangan Chairil disajikan dengan pemandangan indah yang berada dihadapannya ini. Tertelan air liurnya apabila merasakan kerongkongnya kering mendadak. Dia mengerling sekilas kearah jam dinding yang berada didalam bilik tidur mereka. Sudah pukul 12.30 malam.

Chairil berjalan perlahan menghampiri tubuh genit itu. Tangannya tangkas membuka ikatan tali leher dan cufflink. Matanya pula tajam memerhati wanita yang sudah tertidur pulas itu

Bbraak!

Terbuka luas kemeja hitam Chairil yang tersarung ditubuhnya. Butang-butang baju yang terkeluar akibat tarikannya itu tidak dihiraukan. Tidak menunggu waktu yang lama dia ikut bergabung dengan Amira yang berbungkus didalam selimut.

Dengan berhati-hati dia mengangkat tubuh kecil itu untuk duduk diatasnya.

Amira yang merasakan gerakkan itu tergerak kecil. Jari-jemari halusnya tanpa sedar meraba abdomen Chairil dengan lemah lembut.

Chairil mengeram kecil. Bibirnya digigit kuat untuk tidak mengeluarkan bunyi.

Bulu mata lentik dan helaian nafas kecil itu membelai lembut dadanya yang tidak dilindungi fabrik.

"Abang?" retina mata Amira terhidang dengan dada polos sebelum dia mendongak melihat rahang yang mengeras dihadapannya ini.

"Abang dah balik?" Dia menginjak sedikit untuk menjatuhkan kucupan pada rahang tajam itu. Chairil yang sudah hilang kendali menarik kasar tengkuk Amira untuk mendekat dengannya. Dirinya terbuai apabila memijat 'makanan kegemaran'.

Setelah itu, Chairil sendiri yang memutuskannya apabila dirasakan sudah cukup lama. Dilihat bibir ranum itu seperti basah dan bengkak hasil olahannya sendiri. Dia puas!

Chairil kemudiannya menarik wanita itu kedalam dakapannya lalu memeluk erat tubuh kesayangannya itu. Dia menyeluk tangan kasarnya kedalam baju tidur Amira yang nipis untuk merasakan sensasinya usapan kulit ke kulit.

Amira pun tidak kalah dengan membalas pelukan itu. Wajahnya tepat jatuh pada leher putih Chairil.

"Abang okay?" Alih-alih menjawab pertanyaan itu Chairil bertindak memejamkan mata dan bersandar pada kepala katil. Dia menghela nafas buat seketika.

"Abang okay sayang" Chairil mengelus perlahan kepala Amira.

Amira sedar itu hanyalah lakonan sahaja. Dia dapat lihat raut wajah sebenar Chairil. Tidak sia-sia dia belajar teknik dari uminya dulu. Uminya pernah berpesan, cubalah baca raut wajah seseorang dengan mata hati. Jangan dengan mata kasar. Sebabnya ialah dengan mata hati, kita dapat tahu perasaan yang sebenar yang tersembunyi pada wajah itu. Mungkin dengan mata kasar kita melihatnya seperti baik-baik sahaja, tetapi jikalau dengan mata hati kita dapat tahu bahawa disebalik raut wajah itu, terdapat banyak kesedihan dan masalah yang dialami oleh dirinya.

"Jom teman abang mandi" Ucap Chairil sambil menatap intens pada Amira. Bibirnya tersenyum miring apabila Amira mengalungkan lengan kecilnya pada leher Chairil.

"Sayang tak ada pilihan untuk berkata tidak, bukan?" Chairil mengangguk pelan. Bibirnya masih tersungging keatas.

"You know me well sugar." Chairil memasukkan ibu jarinya kedalam mulut isterinya lalu menyentuh perlahan lidah lembut itu.

"Sayang betul-betul buatkan abang tertunduk pada sayang. I love you little pumpkin" bisiknya perlahan lalu mencempung laju tubuh genit itu masuk ke dalam bilik air mewah mereka.








'Who speaks to you about others, will speak about you to others.' - Imam Ali

Uqbah bin Amir r.a berkata, Nabi SAW bersabda, "Jika kalian melihat Allah memberikan dunia kepada seorang hamba pelaku maksiat dengan sesuatu yang dia sukai, maka sesungguhnya itu hanyalah istidraj." Kemudian Rasullulah SAW membacakan ayat, (Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami seksa mereka dengan tiba-tiba. Maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa.) Surah al-An'am, 6 : 44, (Hadis Riwayat Ahmat, Musnadul Imami Ahmad)

Have a nice day❤️❤️. Thanks sebab masih membaca, vote, komen and follow. Maaf sebab always late update. Jikalau ada kesalahan, kekurangan, kesilapan please mention me. Take care cutie pie ❤️

Okay tak story ni? Masih ikut storyline? Jangan risau, segala pertanyaan anda akan dijawab nanti pada next chapter.

Jemput vote, komen & follow

180 votes for unlock next chapter

Update: 2/10/2023 ( 4:12 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro