BAB 37
"Whoever truly loves you will mention your name in their dua's"
Amira menghembus nafasnya perlahan. Tangannya menggenggam erat pelana kuda yang berwarna koko itu. Manakala satu tangannya yang bebas masih kukuh memegang busur panah Horsebow miliknya.
Ianya adalah salah satu busur berkuda yang handal dan memiliki kekuatan yang bagus dalam melemparkan anak panah. Ukurannya yang ringkas sangat memudahkan bagi sesiapa saja yang ingin belajar memanah dengan baik.
Matanya tajam memerhati target yang berada dihadapannya.
"C'mon Ariste" Amira mengusap perlahan kepala kudanya itu seakan-akan mahu memberikan kata-kata semangat.
"Hiyyak!" Kuda putih yang telah menjadi kesayangan Amira bergerak laju kehadapan menuju ke sasaran mereka.
Amira memegang grip dengan erat lalu menarik bowstring itu kebelakang. Matanya tajam memerhatikan sasaran. Dia melepaskan anak panah itu setelah memastikan dia betul-betul mengunci sasaran bernombor sepuluh.
Zzzaass!
Seperti yang dijangka, kali ini adalah kali ketiga anak panah itu mendarat pada nombor sepuluh. Menjadikan tiga anak panah berada disitu. Memang tepat sasaran yang disasarnya.
Diana dan Fatin mengukirkan senyuman bangga melihat prestasi sahabat mereka ditepi gelanggang. Tidak pernah sesekali Amira mengecewakan mereka dalam aktiviti memanah sambil menunggang kuda.
"Macam pahlawan Islam aku tengok kau ni Amira" Fatin menatap kagum kearah Amira. Dengan pemakaian yang menutup aurat, mukanya pula berselindung disebalik face mask. Menunjukkan seolah-olah gerangan misteri muslimah yang handal memanah.
"Alhamdulillah, korang pun apa kurangnya." Amira terkekeh melihat reaksi kedua sahabatnya. Macam tak biasa tengok. Selalu datang training bersamakan
"Korang dah simpan kuda korangkah?" Tanya Amira seraya meneguk perlahan air mineralnya. Mask yang berada dimukannya dibukakan untuk menyenangkan dia meminum air itu.
"Dah. Sebab tu kami datang tengok kau sekarang ni" balas Diana kepada Amira. Amira hanya senyum lalu mengangguk.
"By the way korang ada nak pergi mana-mana lagikah lepasni?"
"Tak kut. Lagipun aku dah kena balik ni. Suami aku dah bising." Ujar Fatin dengan wajah memelas.
"Aikk? Baru keluar dua jam dah bising" Tanya Amira dengan dahi berkerut.
"Itulah... Suami kau marahkah?" Diana pun menyoal kepada Fatin. Takut kalau-kalau disebabkan mereka, Fatin yang akan kena tempiasnya. Kalau ya, memang dia akan talk women to men dengan Rayyan. Selalu kurung sangat isteri ni sampai tak bagi keluar.
"Tak. Korang macamlah tak kenal dia. Manja lebih macam tiga kembar tu. Aku dah macam jaga empat baby tau sekarang ni" Fatin mengerucutkan bibirnya kesal. Sejak dari mula dia keluar rumah, suaminya itu tidak habis-habis menghantar mesej kepadanya. Sesekali ditelefonnya dengan bertanyakan keberadaannya dimana.
Fatin mencebikkan bibirnya. Kenapa tanya kalau boleh jejak guna trackers yang telah dia masukkan dalam tubuh Fatin? Memang Rayyan sengaja. Tolonglah bagi dia me time sekejap.
Rayyan:
Baby kat mana? Sampai hati tinggalkan hubby dengan Hayyan, Haziq dan Humaira. Kami kesepian ni *Emoji menangis*
We need our mommy back!
Sudah-sudahlah tu berkudanya baby. Tak cukup lagikah berkuda dengan hubby tiap-tiap masa?
Janganlah baca jer mommy. Daddy merajuk kang nanti
Mommy! Daddy geget kang! Eee babyyy sayang busyuk-busyuk. Baliklah kaih!
Fatin hanya menggelengkan kepalanya sahaja setelah membaca mesej yang dihantar oleh Rayyan. Meroyanlah kau sorang-sorang bang. Balik nanti jelah dia pujuk Rayyan. Senang sahaja nak jinakkan si singa tu balik.
"Penat tau... Tapi tak apalah penatnya berbaloi" Ujar Fatin membuatkan Amira dan Diana ketawa serentak. Mereka faham apa yang dimaksudkan dengan Fatin itu.
"Okaylah. Aku pergi simpan Ariste kejap. Lepastu kita balik" Ujar Amira lalu menarik tali kudanya untuk masuk kekandang semula.
"Come honey"
Setelah dia memastikan kudanya itu memasuki kandang. Kedengaran telefonnya berdering meminta untuk diangkat.
"Assalamualaikum mommy" seru Amira dengan gembira.
"Waalaikumussalam my dear" Balas Datin Aara merangkap ibu mertuanya.
"What are you doing right now?" tanya wanita tersebut.
"As usual. Archery mom"
"Minat sungguh Mira dengan sukan itu ya?"
"Of course mom. Ini pun salah satu daripada aktiviti kegemaran Rasulullah kan? Rasulullah bersabda: 'Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kalian memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda' HR, Ahmad." Kagum Datin Aara mendengar ungkapan yang terbit dari bibir Amira.
'Kau berjaya dalam membesarkan anak, sahabat syurgaku' getus suara hati kecil Datin Aara.
"Sungguh, umi Mira pasti kagum melihat keadaan Mira sekarang" Amira hanya mengukirkan senyuman manis. Dalam diam, dia menatap kearah langit nan biru. Menunjukkan cuaca hari ini sangat baik, tidak hujan dan tidak terlalu panas.
"Inn Syaa Allah. She will"
"Tak sia-sia mommy pilih sayang jadi menantu mommy" Ujar Datin Aara dengan riang.
"By the way, Mir dengan Mira okay?" Tanya Datin Aara kepada Amira.
"Okay. Kenapa mommy?" sahut Amira aneh.
"Mommy tahu apa yang berlaku. I know everything my dear. Jangan ingat mommy tak pasang mata-mata." Terlepas tawaan kecil dari bibir ranum Amira. Bersyukur dia kerana Allah menghadirkan seorang ibu mertua yang sangat sayang kepada menantunya. Pada mula dia berkahwin, dia sangkakan bahawa ibu mertuanya ini memiliki type-type seperti didalam drama. Rupanya tidak. Dia sangat bersyukur akan itu.
"Kitorang okaylah mommy. Don't worry. So far ni I can handle it."
"Are you sure? If you need help. Jangan segan-segan datang dekat mommy" tawar Datin Aara. Ada sesuatu yang membelenggu di mindanya tapi dia diamkan sahaja kerana tidak mahu membimbangkan anak menantu kesayangannya.
"Yes mommy. You know me right?" tanyanya perlahan.
"Alright dear. But if you need something, terus jer beritahu mommy. Jangan diam. Dan mommy cuma nak cakap, mommy dah anggap Mira dan Ayuni macam anak mommy sendiri."
"Thank you mommy. Thank you for everything. I love you bidadari syurga"
"Subhanallah. I love you too anak solehah, yang bakal menjadi bidadari syurga" Datin Aara tersenyum manis setelah panggilan itu dimatikan.
"Semoga segala urusanmu dipermudahkan oleh Allah, anak muda" bibir itu melengkung cantik sehingga memancarkan kemanisan diwajahnya.
***
Tersentak Amira yang sedang berdiri dibalkoni apabila ada satu tangan kekar yang memeluknya dari belakang. Amira mengukir senyum semanis madu apabila melihat wajah bersih yang mendarat dibahu kirinya. Tatapan mata lelaki itu juga tidak lepas memandangnya dengan lirikan yang nakal.
Chairil mara kehadapan lalu menjatuhkan ciuman sekilas diatas puncak hidung Amira. Kemudian dia menggeselkan hidung mereka berdua dengan lembut. Pelukannya masih belum dilepaskan. Malah dieratkan seakan-akan ianya akan hilang. Terketap-ketap bibir Amira cuba melepaskan diri.
"Ketat sangatlah abang. Tak boleh bernafas sayang" getus Amira dengan dahi yang berkerut.
"Sorry sugar. Abang addicted sangat dengan sugar" Chairil merenggangkan sedikit pelukan mereka tapi masih tetap tidak melepaskan bidadari kecilnya ini. Anak matanya menangkap senyuman sinis yang terukir pada bibir Chairil.
Pinggangnya direngkuh sehingga tiada ruang lagi untuk mereka berdua. "Abang!" hampir tersembam Amira pada dada bidang Chairil yang keras itu.
"I love you little pumpkin. I really love you sayang" acapkali dia mendengar ayat itu dari bibir merah suaminya. Setiap hari, setiap jam, setiap saat.
"I love you too" wajah cantik isterinya ditarik untuk mendekat dengannya. Tanpa amaran, dia menjatuhkan pula kucupannya dibibir ranum Amira. Hak miliknya. Selama-lamanya akan menjadi hak miliknya.
Amira terkekeh ketawa melihat Chairil yang makin manja dengannya. Sentiasa ingin bersama 24 jam. Bagaikan ulat beluncas. Dia menyandarkan seketika kepalanya pada dada kekar Chairil. Sejenak tubuhnya menegang.
Chairil yang perasankan itu menjongketkan sebelah keningnya.
"Kenapa ada bau perempuan lain dekat abang ni?" Tanya Amira melihat kearah suaminya.
"Kenapa ada bekas lipstick dekat baju abang?" Dapat dia lihat, wajah kacak itu seperti gugup untuk menjawab persoalannya.
"Remember what I said before husband? I'm very dominant, possessive, obsessive girl. What's mine is mine, I don't like sharing. Kalau ada yang snatch away saya punya, saya tak teragak-agak untuk menjadi pembunuh. Do you remember that daddy?" Menyeringai Amira apabila merasakan tubuh badan suaminya mengeras.
Pada dasarnya orang lain takkan pernah benar-benar peduli kepadamu, kecuali kamu menguntungkan buat mereka. Ini adalah fakta.
Have a nice day. Maaf diatas segala kesalahan, kekurangan dan kesilapan. Jalan cerita ni still okay ke tak? Jikalau ada apa2 please mention me, okay. Take care cutie pie. Thanks for everything. ❤️❤️
Jemput vote, komen and follow
130 votes for unlock chapter
Update: 28/9/2023 (11:51 p.m.)
Salam Maulidur Rasul ❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro