BAB 33
'Please don't make history repeat because I still want you'
Terkebil-kebil mata bundar Amira menatap polos sang suami yang berdiri gagah dihadapannya. Ekspresi comel Amira membuatkan Chairil merasakan gemas lalu terus maju menarik pipi gebu dan sesekali dia memberi kucupan ringkas di bibir merah itu. Sungguh menggoda baginya.
"Kejap, nak turun" Amira menaikkan semula dirinya dan duduk diatas palang tersebut dengan betul. Belum sempat dia ingin menginjak turun, sang suami terus menarik kaki jenjangnya dengan kuat.
"Arghh!! Abang!" Tersentak Amira dibuatnya. Nasib Chairil sempat menahannya dari jatuh ke atas lantai. Kini kakinya terlilit elok dibadan kekar Chairil manakala tangannya pula melingkar di leher Chairil.
Mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Chairil memandang redup bidadari miliknya ini. Amira yang merasakan darah naik menyerbu kewajahnya terus berdehem perlahan. Tangannya yang mulus itu bergerak memperbetulkan rambut Chairil yang berantakan.
'Kenapa suami aku ni handsome sangat even baru bangun tidur?' getus suara hati kecil Amira.
"Kenapa bangun ni, hurm?" Amira membelai rahang Chairil dengan lembut. Chairil terbuai buat seketika. Kakinya menapak menuju kearah sofa kecil yang sudah tersedia didalam gim tersebut. Lengannya yang berurat masih gagah menampung berat kekasih kecilnya.
"Sayang tak ada depan abang. Sebab tu abang bangun cari sayang. Ingatkan sayang dah hilang" Kata Chairil sambil menyesap harum yang terbit dari tubuh Amira. Walaupun badan gadis itu dipenuhi dengan peluh, tetapi masih tetap menerbitkan haruman semula jadi yang menjadi igauannya.
Life is too short to wake up in the morning with regrets. So love the people who treat you right and forget about the ones who don't and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it would be easy, they just promised it would be worth it.
"Gediknya lahai. Suami siapa ni?" Kata Amira meleret sambil menarik perlahan hidung mancung Chairil. Chairil ketawa perlahan.
"Suami sayang la" dengan senyuman lebar dia menggeselkan kepalanya dibahu Amira. Kekiri kekanan kepalanya bergerak.
"You know what sugar? I wouldn't mind if you steal the show. We're just meant to be together. You are the sky I'lll be a whether." Gumam Chairil perlahan.
Tersenyum nipis Amira mendengarnya. "Awat macam lirik lagu huh?"
"Sebab lagu tu macam tuju dekat sayang"
"Sayang makan lagi tak?" tanya Chairil kepada Amira
"Belum. Saya nak tunggu abang bangun dulu baru kita makan sama-sama" Chairil mencebikkan bibirnya. Kelihatan air yang berada ditubir mata menunggu saat untuk jatuh.
"Why?" Amira bertanya dengan nada yang lembut. Pelik dengan perangai suaminya ini. Memang kalau bercuti luar negara hati suaminya ini akan berubah menjadi hati tisukah?
"Terharulah sayang tunggu abang"
"Habistu selama ni saya tunggu abang tak terharulah?"
"Hmm mana ada. Terharulah. Hari ni entah kenapa lagi rasa terharunya" Chairil mengetatkan lagi pelukannya di pinggang ramping Amira.
"Jomlah kita pergi makan"
"Jom!" tanpa sempat Amira turun dari pangkuan Chairil, dia terus mengangkat tubuh ringan Amira menuju ke ruang makan.
"Abang!" Amira berpaut erat pada tubuh sasa Chairil. Dapat dia rasakan lekuk-lekuk tubuh kekar itu. Dan dia tak menafikan, mungkin suaminya merasakan hal yang sama pada tubuhnya.
"HAHAHAHAHA pegang kuat-kuat sayang" bahagia dengan pasangan yang telah ditetapkan untuk kita memang satu nikmat yang tak dapat diungkapkan
***
Setelah puas mereka berehat dirumah, kini Chairil mengajak Amira untuk meluangkan masa bersama-sama di Lake Como. Banyak tempat yang mereka lewati. Malah, sempat juga mereka mengambil gambar untuk kenangan. Tidak dilupakan juga dibelikan cenderamata untuk orang yang tersayang di Malaysia.
Amira menghembus nafasnya perlahan sambil menikmati pemandangan di I Giardini di Villa Melzi iaitu salah satu taman botanic yang berada disini. Dikenali juga Taman tasik yang indah di Bellagio.
Walaupun mereka memanggil vila ianya adalah lebih kepada pemandangan tasik dan taman-taman yang subur. Taman yang cantik terawat dan dijaga dengan baik. Kawasan taman yang indah dengan banyak tempat untuk diterokai seperti alam semula jadi, tempat untuk mengambil gambar dan akses ke tasik yang berhampiran penghujung.
Tetapi, sontak matanya menjadi tajam sebaik sahaja pandangannya disapa oleh sesuatu. Merengus geram apabila dia melihat sosok tubuh itu. Dia memerhati pula sang suami yang leka melihat bunga-bunga yang berada dihadapan mereka ini. Tangan kecilnya setia berada didalam genggaman Chairil. Bagaikan gam uhu yang tidak dapat dipisahkan.
"Abang" Panggil Amira kepada Chairil.
"Hmm"
"Saya nak pergi tandas kejap"
"Okay" Chairil menarik Amira menuju ke tandas awam yang berada berdekatan dengan mereka.
"Eh! Tak payahlah abang, saya boleh pergi sendiri" Chairil menaikkan keningnya menandakan dia tidak menerima sebarang bantahan.
"Abang please..." meleret Amira katakan sambil menggoyangkan tangan mereka ke depan dan belakang. Matanya bulat memancarkan kecomelan seperti seekor anak kucing yang meminta makanan.
Chairil yang lemah terus menaikkan sudut bibirnya. Hampir tersenyum tetapi oleh kerana tidak mahu dilihat oleh sang isteri, dia beralih ke sisi lain lalu meraup perlahan wajahnya.
'Damn! So cute. Tak boleh aku, macam nak makan'
Setelah menenangkan jiwanya yang bergelojak naik, dia kembali menatap sang isteri dengan senyuman lebar. "Okay, sayang pergi. Abang tunggu dekat luar"
"Okay abang" berdesup laju Amira menuju ke tandas awam sebaik sahaja terlepas genggaman tangannya daripada Chairil.
Tergeleng kepala Chairil melihat karenah Amira "tak tahan sangat la tu" ujar Chairil dengan wajah yang memerah.
"Cepat sikit yang, jangan lama-lama. Nanti abang rindu." Jerit Chairil sedikit kuat dari luar tandas. Saja dia laungkan dengan kuat sehingga menarik beberapa perhatian pelancong lain.
Dalam dia leka menunggu isterinya melepaskan hajat. Tiba-tiba sahaja dia terdengar suara jeritan daripada orang awam dari suatu tempat yang tidak jauh dari keberadaannya. Ditempat itu kelihatan sungguh huru-hara kerana terdapatnya pergaduhan yang teruk.
Sontak matanya mengecil melihat gerangan beberapa individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut. Kakinya bergerak perlahan-lahan menuju ke tempat itu tanpa dia sedari.
'Kenapa tubuh tu macam aku kenal?' Tanya Chairil didalam hatinya.
Seketika semasa dalam pertarungan, kelihatan satu sosok tubuh kecil yang berpakaian hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana telah ditutupi oleh topi dan topeng yang juga berwarna hitam.
Tubuh kecil itu lincah mengelak dari terkena sasaran daripada beberapa orang lelaki yang bertubuh besar dan sasa. Setelah mendapat peluang untuk menyerang kembali, dengan cekapnya dia membalas tanpa henti.
Matanya menajam apabila melihat salah seorang daripada musuhnya ingin mengeluarkan senjata. Tanpa melengahkan masa dia mengambil pisau belati yang berada dihadapannya lalu membalingkan tepat pada buku lima lelaki itu. Meraung kesakitan lelaki tersebut kerana pisau yang tertusuk dalam ke tangannya. Kemudian, dia menendang kuat rahang lelaki tersebut sehingga menghasilkan bunyi retakan.
Tumpas sahaja salah seorang lelaki itu, dia kembali mengerjakan beberapa musuh yang berbaki tiga sahaja lagi.
"Another three huh? Mari dan tunjukkan taring korang" Empat jarinya mengisyaratkan tiga lelaki tersebut untuk datang menyerang balas terhadapnya. Sudut bibirnya ternaik melihat pergerakan mereka yang teragak-agak.
Dengan langkah yang laju, dia bergerak menyerang tiga orang lelaki tersebut. Lelaki pertama berjaya dia jatuhkan dengan mengepak kasar kaki kekar itu dan memberikan beberapa tumbukan padu dibahagian abdomen serta wajahnya.
Kemudian, bagaikan bayang dia muncul dibelakang dua orang lelaki itu lalu memberikan beberapa pukulan yang tepat di tulang belakang mereka.
Tercungap-cungap dirinya apabila berjaya menumpaskan musuh-musuh itu dalam beberapa minit sahaja. Dengan tarikan nafas yang panjang, dia gagahkan diri untuk mendekati mangsanya. Sampai sahaja pada tubuh yang tidak bernyawa, dia menyelak sedikit kolar baju dan melihat tanda yang berada dileher salah satu lelaki tersebut.
"It's you" gumamnya perlahan dengan nada yang kecewa.
Chairil yang berada disuatu sudut tercengang melihat situasi tersebut. Halkumnya bergerak naik turun. Hatinya menyuruh untuk membantu individu yang sedang berlawan tersebut tetapi akalnya berkata tidak. Mencegah untuk tidak mencampuri hal yang bukan dari kenalannya.
Baru kakinya ingin mendekati gerangan yang berpakaian hitam tersebut, matanya bertemu dengan mata itu. Bagaikan terhenti seketika masa dan pergerakan yang berada disekeliling mereka.
Mata itu. Mata itu macam pernah dia lihati. Tapi, tak mungkin.
Chairil ingin mendekati gerangan tersebut tetapi tidak sempat kerana laju sahaja dia bergerak melarikan diri daripada Chairil. Chairil pula hanya membatu melihat kemana sosok itu menghilang tanpa niat untuk mengejarnya. Entah kenapa, hatinya mengatakan untuk biarkan. Biarkan dia pergi terlebih dahulu kerana dia percaya. Mungkin mereka akan bertemu lagi.
Retina matanya bergerak pula melihat beberapa tubuh kekar yang terdampar tidak jauh dihadapannya. Seketika rahangnya mengeras melihat tanda tersebut. "Fadeyka Elmer" gumamnya perlahan
"Abang!" jeritan yang memanggilnya berjaya mengalihkan pandangannya.
"Abang pergi mana? Saya cari abang tau tak?! Cakap nak tunggu ni kenapa tinggalkan kita ni?" Amira menjuihkan bibirnya lalu memeluk tubuhnya seraya memandang ke tempat lain. Saja mahu suaminya memujuk.
Chairil yang melihat bidadari yang berada dihadapan mata terus terlupa apa yang berlaku tadi. "Sorry sayang. Tadi ada chaos. Abang datanglah tengok apa yang teruk sangat tu"
Kening Amira ternaik seraya berpaling kembali kearah sang suami dan melihat situasi huru-hara yang dikatakan oleh Chairil. Terlopong kecil mulut Amira melihat kekecohan yang telah berlaku. Sekarang ini, kelihatan pihak polis dan beberapa orang bahagian forensik sedang melakukan penyiasatan ditempat itu.
Tempat itu juga kelihatan tidak teratur kerana mayat, meja dan kerusi yang bertaburan dimerata tempat. Darah jangan ditanya, hampir seluruh tempat kena.
'Oops I'm sorry'
"Jomlah sayang. Kita dating dekat tempat lain" Chairil mengajak Amira untuk pergi ke tempat yang lebih aman dan tenteram. Jangan risau, dekat sini banyak lagi tempat yang aman. Sempat matanya menghantar isyarat kepada beberapa anak buahnya yang berkawal tidak jauh dari kawasan mereka.
Amira mendesis perlahan semasa Chairil ingin memeluk bahunya. Chairil yang peka dengan keadaan tersebut terus menanyakan kepada bidadari kecilnya.
"Kenapa sayang? Sakit kah?" Soal Chairil dengan raut wajah yang risau. Mana tak risau, ini adalah nyawanya.
Tersenyum nipis Amira melihat ekspresi dari Chairil. "Tak adalah abang, saja jer nak attention abang" Amira menutup wajahnya dengan badan yang terhinjut-hinjut menahan ketawa.
Chairil yang melihat karenah Amira itu terus menyauk tubuh kecil itu masuk kedalam pelukannya. Terlepas jeritan kecil dalam pelukan itu. Mereka sama-sama ketawa bahagia tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"Mengapa harus marah ketika di tinggalkan orang secara tiba-tiba? Bukan ke kadang kita juga terbiasa meninggalkan Allah secara sengaja."
Have a nice day❤️❤️. Maaf sebab late update. Sebarang kesalahan please mention me. Thanks for everything. And I'm sorry for everything.
Maaf. Terdapat kesalahan tatabahasa/grammar & broken English dimana2 sahaja.
Jemput vote, komen and follow kawan2 ❤️❤️
110 votes for unlock chapter
Update: 14/10/2023 (12:40 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro