BAB 31
'My fantasy has turned to madness and all my goodness has turned to badness.
You're an obsession. You're my obsession'
HOTEL D'LIXION
"Are you ready little pumpkin?" Tersentak Amira dibuatnya apabila merasakan hembusan nafas lembut ditelinganya. Pinggang rampingnya pula dipeluk erat. Tubuhnya sedikit menggigil apabila sang suami bertindak memberi gigitan kecil di cuping telinganya. Amirul tergelak perlahan apabila menerima reaksi Amira yang sedemikian.
Amira mengetap bibir sebelum mencuba untuk melepaskan diri dari pelukan sang suami. "Ab-abang buat apa dekat sini? Bukan sepatutnya abang dekat luar kah?" Tanya Amira kepada Chairil dengan nada yang tertahan.
"Nanti abang keluar lah. Apa salahnya kalau nak usha sikit isteri abang ni"
"Tiap-tiap hari abang dah usha kan?"
"Iya. Tapi hari ini rasa tak puas" Balas Chairil dengan tatapan yang nakal. Hari ini adalah hari kebahagiaan mereka iaitu majlis resepsi untuk mereka berdua. Walaupunbegitu, Chairil tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana dia tahu, lepas ini makin banyak mata-mata akan menjatuhkannya selepas sahaja dia mengumumkan perkahwinannya ini. Ramai tetamu dan wartawan dijemputnya tetapi semuanya telah 'ditapis'. Nasib baik sahabatnya Rayyan dan Qhaliq membantu dia dalam menguruskan hal ini.
Amira berdecit mendengar balasan Chairil. Tidak lama kemudian, dia memusingkan tubuhnya menghadap Chairil secara berhadapan. Matanya memandang penampilan Chairil dengan kagum. "Macam putera diraja suami saya ni" Amira menepuk perlahan bahu Chairil. Chairil melorekkan senyuman bahagia. Dia makin mengeratkan pelukannya di pinggang Amira
"You too sugar. Opulent gown very suitable with you. You looks like a queen. MY QUEEN" Chairil menggeselkan hidung mancungnya dengan hidung Amira. Amira ketawa kecil. Suka apabila Chairil memperlakukannya sebegitu. Sangat sedondon melihat dua pasangan suami isteri ini. Bagai pinang dibelah dua.
"Macam mana abang boleh masuk ni?" Soal Amira kepada Chairil. Matanya tidak puas memandang suaminya yang memakai Prince Suit Royal Blue with Light Brown Lace. Nampak sangat kacak dan berkaliber
'Selama ni aku kah yang buta tak nampak kekacakkan suami aku ni?'
"I have my own ways sayang" kata Chairil dengan senyuman mengusiknya itu. Matanya redup membalas tatapan tunak sang isteri. Tidak dia menafikan, isterinya hari ini kelihatan sangat cantik bak bidadari. Gown Gold Champagne with Floral Train Princess yang tersarung ditubuh ramping isterinya membuatkan dia makin jatuh kedalam lautan cinta sang isteri. Tetapi dalam masa yang sama, perasaan memiliki makin membuak-buak dalam dirinya. 'I will never leave you out of my sight, little pumpkin' getus suara hati kecilnya.
"I love you sayang. I'm so addicted with you" Chairil menenggelamkan wajahnya ke ceruk leher Amira.
Ahh! What a beautiful day
"Woi! Tak habis lagi ker berkepit?" Tanya Rayyan yang bersandar di pintu bilik. Dia memeluk tubuh seraya memandang dua merpati sejoli itu
"Lepas majlis habis nanti, kau nak berkepit, berkepitlah. Nak juga berkepik sekarang! Lenguh tahu tak aku jadi bodyguard tak berbayar dekat sini" Chairil menjulingkan matanya apabila mendengar bebelan daripada Rayyan. "Habistu kau?! Tak berkepit dengan bini?" Soal Chairil dengan kasar. Geram betul ada orang kacau waktu manisnya bersama pujaan hati.
"Alah kau! Bukti dah ada depan mata. Tiga ketul aku bagi, boleh pula kau tanya aku berkepit ke tak dengan bini aku" Selamba sahaja Rayyan berkata sedemikian.
"Pfft. Kau tunggulah nanti. Aku akan bagi empat terus" tidak ingin kalah, Chairil bergerak perlahan menghampiri Rayyan dan mengikutinya keluar. Sempat dia memberikan kucupan tipis di pipi Amira. Tergelak kecil dia dibuatnya apabila melihat pipi Amira bersemu kemerahan.
"I love you little pumpkin. Jumpa dekat luar nanti" Laung Chairil dihujung pintu. Lengannya ditarik kasar oleh Rayyan. "Sangap punya member." Chairil mencebikkan bibirnya lalu menepis tangan berurat Rayyan. "Cakap tak serupa bikin. Dia pun apa kurangnya, huh!" Chairil membetulkan suitnya yang kelihatan senget sedikit akibat tarikan kasar itu.
"Perangai macam dia sorang jer ada bini" Rayyan berdecit lalu membantu Chairil membetulkan suit itu. Dalam mereka bergaduh manja pun mesti akan berbaik juga dipenghujungnya nanti.
"Tahniah. Dah jadi suami orang kawan aku ni. Tunggu masa lagi, jadi bapak pula yer" Rayyan menepuk bahu Chairil sambil gelak ketawa. Chairil juga terhibur dengan kelakuan Rayyan. "Inn Syaa Allah. Soon dude"
"Oit korang! Semua dah settle. Anak-anak buah aku dah recover bahagian security" Ujar jejaka tinggi lampai yang baru tiba. Jarinya masih lincah menaip sesuatu diatas skrin telefon mahalnya. Rayyan dan Amirul mengalihkan wajah mereka menatap jejaka itu. Terpapar wajah maskulin dihadapan mereka. Jambang halus di strim rapi dengan suit yang melekap elok ditubuh sasa itu dapat membuatkan wanita-wanita diluar memandang tanpa berkelip. Bagai anak teruna!
"Thanks duda! Tak sia-sia kami upah kau. Free of charge pula tu" Kata Amirul sambil menjongketkan keningnya. Bibirnya terherot ketepi seraya memberi tatapan sinis kepada Qhaliq. Qhaliq berdecit mendengar ngomelan tersebut.
"Pfft. Nasib kawan jer korang ni" Qhaliq menjulingkan matanya apabila melihat karenah dua orang rakan karibnya. Lama tidak bertemu dengan dua orang rakan karibnya ini. Majlis Rayyan dahulu sempat dia kunjung, tetapi hanya sekejap sahaja kerana ada hal mustahak. Dia terlalu sibuk menguruskan syarikatnya di dalam Malaysia, tidak terhitung juga beberapa anak buah Syarikat yang berada di luar negara seperti Singapore, USA, Spain dan Italy. Semuanya dia perlu uruskan. Walaupun memiliki orang bawah yang bagus dan sangat dipercayai. Dia perlu turun padang juga sekali-sekala. Orang cakap, jangan dibiarkan sangat, takut naik lemak. Tetapi, masanya dengan keluarga tidak terabai. Tidak pernah sekali dia mengabaikan tanggungjawab kepada anak tunggalnya, Ku Qhalisha Inayah. Dimana dia pergi, dia akan membawa Qhalisha mengikutinya sekali. Anak tunggal itulah permata dan kaca dalam hidupnya.
"Alahhh, bukan selalu. Lagi pun kitakan jarang berjumpa. Kaulah sibuk sangat dengan kerja, nasib anak kau tu tak terabai" kata Rayyan kepada Qhaliq. Benar, sejak makin berusia ni. Masing-masing dah sibuk dengan aktiviti yang tersendiri. Kerja, tanggungjawab, komitmen. Walaupunbegitu, hubungan mereka masih lagi akrab dengan kepercayaan dan kefahaman yang kukuh.
"Anak tu permata aku. Mana boleh abaikan" Qhaliq melambaikan tangannya kepada anaknya iaitu Ku Qhalisha Inayah. Sempat dia mengukirkan senyuman manis kepada anaknya yang berada dibawah jagaan bodyguardnya
"Kau tak nak cari yang lain kah?" Tanya Chairil kepada Qhaliq.
"Itulah, lama sangat kau menduda ni. Kau tak boleh lupakan betina hangit itu kah?" Rayyan dan Chairil tahu kisah silam yang terjadi kepada Qhaliq.
Qhaliq mengukir senyuman sinis mendengar soalan daripada dua orang sahabatnya. "Soon. Aku akan tunjukkan dekat korang"
"Wow! Dalam diam eh. Memang duda yang kami kenal" Rayyan tersenyum mengusik sambil menepuk perlahan bahu luas Qhaliq.
"Dasar punya kawan"
"Macam kau tak kenal dia, Mirul. What he wants, he will get it"
"Kenapalah aku berkawan dengan korang? Gila bebenor! Aku rasa macam dah duduk dalam kumpulan alpha male pula"
"Eh dude! Kau pun sama. Actually kita tiga macam tu" Rayyan menunjukkan senyuman dimana hanya mereka bertiga sahaja yang tahu. Well, masing-masing ada sisi bad boy. Tapi, hanya yang tertentu sahaja yang akan dapat melihatnya.
***
Amira menggenggam kuat lengan sasa Chairil bagi menghilangkan gemuruhnya. Chairil yang merasakan genggaman itu terus meleraikan jemari kecil itu lalu mencamtumkan jari-jemari itu dengan tangannya yang besar. Dia membawa tangan kecil itu kebibirnya lalu memberikan kucupan hangat disitu. Chairil mencuba untuk mengalurkan ketenangan buat isteri tercinta.
"Sejuknya tangan sayang ni" Chairil mencium sekali lagi tangan mulus itu.
Amira tersenyum kekok. "Nervous at the same time. Takut" Adu manja Amira kepada Amirul
Chairil membalas dengan memberi tatapan hangat kepada isteri kecilnya. "It's okay sayang. Semuanya akan okay. Abang ada kat sini. Your knight always here, beside you" gumam Chairil ditepi sisi telinga Amira. Sejenak Chairil teringat pesanan dari ayah mertuanya.
'Kalau Mirul tak nak dengan anak abi. Tolong, tolong pulangkan dia kepada abi dengan cara yang baik' mendadak Chairil melihat Encik Emir. Dengan nafas yang tenang dia menjawab. 'Maaf abi. Saya tak dapat pulangkan Amira dipelukkan abi semula. Maaf, sebab telah mengambil mutiara abi. Tetapi. Jujur saya cakap, saya TAK AKAN sia-siakan dia, saya mencintai dia setulus jiwa dan raga saya. Dia bagaikan udara saya. She's my life abi. Without her, I can't breath. Dah lama saya cintakan dia, saya tak akan sia-siakan peluang ini. Dan, terima kasih sebab serahkan dia kepada saya. Am akan jaga dan sayang mutiara abi, seperti mana abi menjaganya. I'm really fall in love with her so much' Encik Emir mengukirkan senyuman manis dan membalas pandangan Chairil. Didalam anak mata itu, dia nampak ketulusan dan kepercayaan dalam diri anak muda itu.
'Baik. Abi percaya. Tapi kalau Am sakiti dia, jangan salahkan abi nanti'
'Baik abi' katanya bersama senyuman dibibir.
"Abang! Abang!" Amira menggoncangkan sedikit genggaman itu bagi menyedarkan suaminya yang mengelamun.
"Ya sayang" terhapus segala bayangan didalam kepala Chairil.
"Abang mengelamun apa?"
"Tak ada apalah sayang" Chairil mengusap kepala Amira dengan lembut lalu menjatuhkan beberapa kucupan diubun-ubun sang isteri. Tangannya makin mengeratkan lagi genggaman mereka berdua.
"Hold me tight okay, little pumpkin" Amira membalasnya dengan menganggukkan kepalanya.
Selang beberapa minit kemudian, pintu gerbang itu terbuka. Amira makin menggenggam jari-jemari kasar sang suami. Chairil pun tidak kalah, dengan membalas genggaman itu. "Relax sugar" ibu jarinya mengusap tangan gebu sang isteri.
Kelihatan ramai tetamu yang datang memenuhi ruang dewan. Meja-meja makan semuanya sudah penuh dengan ribuan tetamu. Ramai sungguh tetamu yang dijemput. Katanya sikit, tetapi apabila dilihat, ini bukanlah sikit!
Bunga rambai berserta pelamin indah menghanyatkan perasaan Amira. Kelihatan keluarga dan teman rapatnya berdiri hampir disana menenangkan sedikit jiwanya yang gemuruh.
"Subhanallah, cantiknya!" baru kali ini dia memberanikan diri untuk melebarkan pandangan keseluruh ruang dewan. Cantik! Dengan tema ala-ala diraja dan disertakan turunan salji palsu diatas kepalanya.
Dia ada bertanya apakah tema mereka berdua kepada Chairil. Tapi apa yang Chairil jawabkan adalah 'Rahsia'. Tercebik bibirnya apabila mendengar jawapan daripada Chairil. Sikit-sikit rahsia, puk kang!
"Kan. Khas untuk sayang" meleret sahaja Chairil berkata.
"Penat tau abang perah otak"
"Abang kah yang rancang semua ni?"
"Iyalah... apa? Ingat abang tak tahu bab-bab wedding planner ni. Hello! This is Wan Amirul Ilham tau aka Chairil Bahran. Si jejaka multitasking ni" Chairil menjongketkan keningnya berkali-kali dan mempamerkan riak wajah yang bangga.
"Tak baik tau riak" sedas Amira berkata setelah mereka tiba di pelamin.
"Auch sayang. Deep bebenor. Tapi tak apalah, apa yang pasti abang nak hadiah untuk semua ni nanti" Amira meneguk air liurnya sukar.
"Alamak! Saya tak beli apa-apa hadiah lagi lah untuk abang. Abanglah! Tak beritahu"
"Hadiah ni sayang tak payah beli" Amira mengerutkan dahinya mendengar statement dari Chairil
"Huh?"
"Izinkan Abang unboxing sayang nanti. In special way" Chairil mengenyitkan matanya yang berwarna hazel itu. Terasa darah merah terus menyerbu kewajah Amira. Amira berdehem seketika lalu memandang tetamu yang hadir bagi menghilangkan rasa malunya. Chairil pula masih leka memandang bidadari yang malu-malu kucing disebelahnya. "Tak sabaq kami nak makan hampa. Grr" Amira menjauhkan sedikit tubuh kecilnya dari Chairil. Tetapi, sempat Charil mengaut semula pinggang ramping sang isteri untuk duduk mendekatinya.
Rayyan yang tanpa sengaja melihat kemanisan sang mempelai itu terus berdecit."Auch baby!" Rayyan memanggil isterinya, Fatin dengan sedikit kuat. Fatin yang berdiri dipenjuru meja Kelam-kabut datang menghampirinya. Fatin memaparkan riak wajah risau apabila mendengar ringisan daripada sang suami.
"Why hubby?" Soal Fatin kepada Rayyan yang kelihatan sakit itu.
"My eyes" Terkebil-kebil mata Rayyan dihadapan Fatin. Tangannya masih mengusap kornea mata sebelah kiri.
"Kenapa?"
"Masuk habuk. Tak boleh buka." Rayyan mengadu manja kepada Fatin.
"Meh sini nak tengok" Fatin menarik wajah Rayyan untuk mendekatinya. Sebelum sempat Fatin berura-ura mahu meniup matanya, Rayyan mengalihkan wajahnya ketepi.
Cup!
Tergamam seketika Fatin dibuatnya. Tindakan yang sangat pantas. Sempat dia melihat ukiran senyuman nakal di bibir merah suaminya.
"Baby, kalau nak hubby cium. Beritahulah hubby" Meleret sahaja tone suara Rayyan. Kini dia pula memberi kucupan ringkas dibibir Fatin. Meluas terus mata Fatin menerima tindakan itu.
"Hubby!" Fatin menepuk lengan sasa yang berlingkar di pinggang rampingnya. Haih, dah ada tiga ketul still ramping. Pandai sungguh jaga badan. Isteri siapalah ya? Of courselah isteri aku!
"Orang tengoklah" Fatin berbisik kearah telinga Rayyan dengan wajah yang kemerahan. Jangan dikata, sekarang ini seluruh tubuhnya berasa panas. Sudahlah ini tempat umum. Sesuka hati pakcik ni jer nak hentam!
"Biarlah. Let them know that you're mine" terkeluar aura posesif disisi Rayyan ketika menyuarakan itu. Manakala, Chairil pula sudah mencebikkan bibirnya. "Dasar punya kawan! Ini majlis aku tahu tak? Sepatutnya aku yang buat macam tu" Ucap Chairil dengan nakal sembari tatapan untuk sang isteri.
"Nanti abang buat lagi sweet dari tu untuk sayang" Bisik Chairil di cuping telinga Amira seraya memberi kucupan tipis dipipinya. Amira hanya mampu membalasnya dengan senyuman kekok. Tidak tahu untuk memberi reaksi seperti apa. And she know, when he is cold hearted to everyone but has a soft spot and clingy for his lover when he's with her.
Sejenak Amira merasakan tubuh Chairil menegang. Dia memerhatikan rahang suaminya mengetap kuat. Pegangan pada pinggangnya pula makin erat. Kelihatan Elmer datang kearah mereka. Tidak lama kemudian, Ulwan juga datang. Adakah kebetulan ataupun Elmer dan Ulwan saling berkenalan?
'Macam mana Ulwan boleh datang?' getus suara hati Amira. Kalau Elmer dia tidak kisah memandangkan dia yang menjemputnya tempoh hari lalu. Tetapi, Ulwan? How can?
Dia memerhati pula wajah Chairil. Kelihatan suaminya itu sudah pun mengukirkan senyuman sinis.
"Tahniah bro" Kata Elmer kepada Chairil. Senyuman manis terukir pula untuk Amira sebagai ucapan tahniah.
"Thanks." Ucap Chairil tanpa basa-basi.
"Sampai hati you tinggalkan I" Chairil terdiam. Matanya pula masih tetap memandang ke hadapan.
"How can you forget about your first love" Chairil mengetap bibirnya kuat. Tangannya yang bebas mengenggam buku limanya dengan erat. Hampir tercetak urat hijau di tangannya itu.
"Diam and get lost" Chairil berkata perlahan kepada Elmer. "Aku. Dah. Berubah. Forget about me and find your true love" Didalam masa yang sama Chairil cuba untuk mengawal emosinya. Dia tidak mahu emosinya penyebab majlis mereka hancur. Dan, dia tidak salahkan isterinya menjemput tetamu 'ini' kerana isterinya belum tahu tentang kisah silamnya. Belum lagi. Tiba masanya, dia akan menceritakan kesemuanya.
"Huh. Kalaulah senang" Elmer menundukkan wajahnya. "Tapi, jangan ingat aku akan kalah." Chairil memberi tatapan tajam kepada Elmer. "Don't you dare" tanpa sengaja Chairil mencengkam sisi pinggang Amira. Elmer membalasnya dengan tatapan sinis. Dia mengumpul kekuatan dan berlalu pergi, turun dari pelamin itu. Sempat dia mengucapkan kata-kata manis kepada Amira.
Kemudian Ulwan pula tiba dihadapan mereka. "Tahniah abang Amirul dan Mira" Amira mempamerkan riak wajah tanda tanya. Suaminya ini kenal dengan Ulwan?
"Terima kasih Wan" Balas Amirul. Ulwan memeluk tubuh sasa Amirul lalu membisik. "Jaga dia baik-baik. Kalau tak, aku rampas dia" Chairil nampak tidak terkesan pun. "I know bro. Thanks memahami" Ulwan hanya mengangguk.
"Tahniah Mira. Maaf untuk segala perbuatan saya selama ini" kata Ulwan kepada Amira.
"Terima kasih. Tak apa. Awak tak ada salah apa-apa pun dekat saya"
Sebelum Ulwan berlalu pergi, dia berkata kepada Amira "Mira. Boleh kita berkawan?" Amira melihat wajah Ulwan yang kelihatan ikhlas. "Boleh". Ulwan mengukirkan senyuman manis mendengar response positive dari Amira.
"Walaupun saya tidak memiliki awak diatas didunia ini. Setidaknya saya adalah kawan sedunia dan akhirat awak, kan. Agak sakit juga apabila kita tidak dapat bersama dengan orang yang kita sayang. But I know, Tuhan sudah mengaturkannya untuk kita. Boleh jadi, benda yang kita suka adalah buruk untuk kita, dan benda yang kita benci adalah benda yang baik untuk kita. Saya redha dengan semua itu. Dan awak, saya tak pernah anggap perkenalan kita adalah perkara yang terburuk sebaliknya saya menganggap bahawa dia adalah peristiwa yang terindah dan bermakna buat saya." Amira terharu mendengar luahan daripada Ulwan. Maaf Ulwan. Dia tahu. Dia tahu perkara itu, tetapi dia membuat keputusan untuk tidak membesar-besarkan perasaan itu. Entah kenapa dia hanya selesa untuk berkawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Dulu dia agak keliru tetapi kini dia sudah mendapat jawapannya.
'Sesungguhnya doa abang terlalu kuat untuk saya' Amira memandang sekilas wajah sang suami yang masih memandang kearah mereka berdua.
"Kawan sampai syurga?" Ulwan tersengih sambil mengangguk perlahan
"Kawan sampai syurga."
'He fell harder but she never fell. It's gonna hurt for a bit of time and we all know that Only love can hurt like this'
Amira mengeluh perlahan lalu melihat wajah kacak Chairil yang berada disampingnya. "Macam mana abang boleh kenal Ulwan?" Amira memandang kagum tubuh belakang Ulwan yang kelihatan seperti jejaka matang. Walaupun umur mereka masih muda, tetapi Ulwan seolah-olah sudah mengeluarkan sisinya yang maskulin dan matang itu. Baju kemeja navyblue yang di tuck in dan seluar slack hitam menambahkan lagi kekacakkan yang tersedia ada. Dia perasan ada beberapa wanita melihat rakannya itu tanpa berkelip. Tetapi, tak boleh kalah dengan kekacakkan suaminya, Chairil. Kekacakkan suaminya ini memang tiada tandingan.
"Rahsia"
"Again" Amira menjuihkan bibirnya lalu menjeling suaminya tajam. Tergelak kecil Chairil dibuatnya. Tubuh Amira dimasukkan kedalam pelukkannya. Bagaimana pertemuan dia dan Ulwan biarlah rahsia. Cukup dirinya dan Ulwan sahaja yang tahu. Tetapi dia lega, tidak susah mana dia mahu brainwash jejaka muda itu. Biarlah Ulwan merantau dan menikmati kehidupan mudanya dahulu. Dia tidak mahu berkasar dengan jejaka itu.
Ulwan kini sedang berusaha menaikkan syarikat keluarga miliknya ketika mereka sedang menjalani latihan praktikal lagi. Masanya dengan rakan juga berkurang kerana dia banyak menghabiskan masa dengan belajar dan membaik pulih syaarikat. Dengan kesempatan yang ada, dia mencuba untuk menolong keluarganya. Tetapi, setiap perjalanan pasti ada cabarannya, dan disitulah munculnya penyelamat masa depan keluarganya. Wan Amirul Ilham atau disisi yang satu lagi Chairil Bahran
'Mungkin bukan saat ini, tetapi suatu hari nanti pasti bahagiamu akan kunjung tiba. Lalu, sedih dan kecewa semua akan hilang'
Maaf lambat update. Have a nice day my cutie pie
100 votes for unlock chapter. Can?
Update: 11/10/2023 (3:03 a.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro