Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 27

'You still love me and now show me that I'm your priority'








"Sayang! Little Pumpkin! Sugar ooi! Cepatlah sikit keluar dari toilet tu!" Mendengus kuat Amira dibuatnya apabila mendengar suara Chairil yang sedang memekik-mekik memanggil namanya.

"Haish, bisinglah orang tua ni!"

"Apa abang? Boleh tak jangan bising-bising, nanti orang dengar macam mana?" kata Amira lalu membuka pintu tandas itu.

"Orang nak ambil mood pun tak te---"

Cup!

Tanpa sempat Amira membebel lebih jauh, dia merasakan sentuhan lembut dibibirnya. Tergamam Amira dibuatnya.

"Abang tak tahan lah sayang" Kata Chairil

"Apa yang tak tahannya?"

"Tak tahan nak berpisah dengan sayang" Kata Chairil lalu memeluk erat tubuh ramping Amira.

"Saya cuma masuk tandas jer. Bukannya pergi mana-mana"

"I know. But still, I can't afford to lose you" Chairil menggeselkan hidung mancungnya dicelah leher jinjang Amira

"Sudahlah! Pergi mandi, siap-siap. Diorang mesti dah tunggu dekat bawah" Amira menolak tubuh Chairil perlahan lalu mengucup sekilas hidung mancung tersebut.

"Go my sweet hubby." Memerah wajah Chairil apabila Amira dengan selambanya mencium sekilas halkumnya lalu mengenyit mata kepadanya.

Dia mengusutkan rambutnya setelah melihat Amira keluar daripada milik mereka

'Urgh! Damn baby. One week Mirul. Just one week'

"Haa dah turun pengantin baru ni. Eh, mana suami adik?" Tanya Encik Emir kepada Amira

"Tengah siap-siap abi, kejap lagi dia turun" Balas Amira kepada Encik Emir lalu menolong kakaknya menghidang makanan diatas meja makan itu.

"Kau okay ker dik?" Tanya Ayuni kepada Amira

"Okay jer, kenapa?"

"Tak ada apa, saja tanya. Kau Nampak happy lain macam hari ini" Amira hanya ketawa kecil sambil menekup bibir merah miliknya.

"Ada lah" Amira melibas sekilas rambutnya itu

"Ceh! Dah malam pertama lah tu"

"Eh, Kak! Kesitu pula. Bukanlah!" Amira terus duduk di tempatnya apabila melihat Chairil sudah berjalan turun dengan pakaian santai iaitu sweatpants berwarna kelabu dan baju T hitam kosong.

"Assalamualaikum, selamat pagi abi, akak" Chairil menyapa terlebih dahulu Encik Emir dan kakak iparnya sebelum terus menyerbu kearah Amira dan memberi kucuman ringkas di pipi isterinya. Maklumlah, hari pertama perlulah menjadi menantu yang terbaik.

"Am, awal bangun hari ini. Kenapa nampak monyok jer?" Encik Emir bertanyakan kepada Chairil.

"Tak adalah abi. Letih sikit"

"Letih malam pertama kah dik?" Tanya Ayuni tanpa berlapis. Agak kekok memanggil Chairil dengan panggilan adik sebenarnya kerana umur mereka tidaklah jauh.

Coi!

Tersedak Amira dibuatnya. Kakaknya ini memang tidak tahu malu ker apa?

"Taklah kak. Letih sebab majlis semalam jer."

"Ouh. Ingatkan hal lain"

"Hmm... macam mana nak ada 'hal lain' kak, adik akak ni kibar bendera jepun" monyok sahaja wajah Chairil ketika itu.

Lagi sekali Amira tersedak. Tadi ketika minum air teh, sekarang ketika tertelan banyak sambal.

Chairil menggosok belakang Amira bagi menghilang rasa kesakitan.

"Kau ni dik. Makanlah pelan-pelan sikit. Gelojoh jer" Kata Ayuni sambil ketawa

"Kakak, sudah-sudahlah tu sakat adik" Encik Emir hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat perangai tidak semengah anak sulung dengan anak menantunya. Masuk air rupanya mereka berdua ini.

"Diorang ni abi. Buli adik" bela Amira

"Eh! Fitnah sungguh. Mana kitorang buat apa pun"

"Betul tu" Chairil pun setuju dengan kata kakak iparnya.

"Amboi! Dah kamching noh sekarang terus buli adik" mereka sekeluarga ketawa melihat wajah cemberut Amira.

***

"Find that bitch right now! Berani betul betina tu cari pasal dengan aku!" Marah Chairil yang ketika ini sedang bercakap melalui telefon didalam bilik mereka. Amira yang sedang bersenang-lenang diatas katil tersentak sedikit apabila mendengar suara garang itu.

Amira menghembus nafasnya perlahan lalu bangun berjalan menuju ke arah suaminya. Tangannya yang kecil itu terus memeluk pinggang Chairil dengan erat.

Chairil melepaskan keluhan kecil apabila merasakan sentuhan tersebut. Dia menarik lengan kecil itu untuk berada dihadapannya lalu mengangkat tubuh kecil itu dengan satu tangannya. Amira menjerit perlahan kerana tidak bersedia dilakukan sedemikian. Tangannya berlingkar di leher, manakala kakinya pula erat berlingkar di pinggang Chairil bagi mengelakkan dirinya terjatuh. Terasa Chairil gagah mendukungnya dengan sebelah tangan manakala tangannya yang satu masih setia memegang telefon. Dada bidang yang polos dari sebarang fabrik menjadi usapan perlahan sang isteri

Chairil memaniskan wajahnya untuk Amira buat seketika tetapi kembali menegang sehingga mempamerkan urat apabila dia memfokuskan untuk mendengar aduan daripada anak buahnya. Amira yang melihat Chairil seperti hendak meletup, terus dia membelai rambut lebat suaminya itu lalu memberi kucupan ringkas di pipi Chairil. Kelihatan seperti Chairil sudah sejuk sedikit.

"Aku nak diorang hidup-hidup!" suara keras milik Chairil menyapa halwa pendengaran Amira. Panggilan ditutup serta merta lalu membaling Iphone 14 miliknya diatas katil lembut mereka.

"Abang okay tak?" Tanya Amira sambil membelai rahang keras milik sang suami.

"Abang okay sayang" kata Chairil lalu berjalan menuju ke sofa kecil yang terletak didalam bilik tersebut.

"Habistu, kenapa marah-marah ni? Siap guna kata-kata kesat lagi" Amira membelai pula halkum sang suami yang bergerak naik turun.

"Little pumpkin. Don't start it. Tahulah dia tu cuti, terkam kang" Chairil mendengus perlahan menahan sensasi dengan menggosok perlahan pinggang ramping milik isterinya

"Tak tahan bang, seksi sangat. Addicted pula rasanya" Amira terkekeh ketawa melihat kesungguhan Amirul menahan rasa yang satu itu.

"Ada seorang betina tu. Dia guna duit syarikat abang untuk joli dengan jantan dia." Terang Chairil setelah dia dapat menenangkan diri.

"Apa ni panggil betina, jantan. Panggillah perempuan"

"Ada beza sayang betina dengan perempuan"

Kening Amira berkerut mendengar ucapan Chairil. Apa bezanya diantara perempuan dengan betina? Definisinya bukan sama sahajakah?

"Mesti sayang tak faham bukan?" Chairil berkata seolah mampu membaca fikiran Amira.

"Perempuan pandai menjaga maruah, betina pula pandai menjual maruah." Amira menatap Chairil tanpa berkelip sedikit pun. Dapat dia rasakan aura hitam yang berada disekeliling Chairil jikalau dia tidak menenangkan jejaka ini.

"Untuk perempuan, ia akan mendapat kehormatan. Manakala, untuk betina pula..." Chairil mengurai rambut Amira yang panjang berkilat itu dengan lembut.

"Akan mendapat kematian" Chairil mengeluarkan smirknya kepada Amira. Amira terkebil-kebil melihat perubahan Chairil

Chairil dalam diam menyeringai sinis apabila melihat wajah polos Amira. Tetapi reaksi tersebut hanya seketika sahaja apabila Amira membalas senyuman tersebut.

"Wow! Ganasnya daddy kiter ni. Rawr! I like it!" Amira membelai bawah dagu Chairil seperti kucing. Meow meow kita ni seksi lah bila marah.

Chairil tercengang melihat reaksi Amira. Sangkanya Amira akan takut kepadanya, tetapi lain pula yang terjadi. Baru sahaja dia bercadang mahu bermain something naughty dengan isterinya ini

"You know what abang? Abang Nampak terlalu hot apabila marah. Jadi, jangan sesekali keluarkan baran abang tu yer. Sebab nanti ramai langau-langau datang. Dan kalau diorang datang, jangan salahkan saya kalau diorang mati ditangan saya" Amira mendekatkan wajah mereka dan memberikan tatapan intens terhadap Chairil. Chairil hanya mampu mendiamkan diri apabila melihat Amira berubah seperti ini

"Ingat abang. Saya pernah pesan, saya jenis posesif dan obsesif terhadap alpha saya. Saya harap abang tak lupakannya" tetapi tiba-tiba sahaja tatapan Amira beralih kearah telinga suaminya yang memerah.

"Kenapa telinga abang memerah ni?" soal Amira seperti sedia-kala. Nada suaranya tidak begitu keras seperti tadi.

Kenapa dengan suami aku ni? Sejuk ker apa? Aircond tak buka pun pagi ni

"Abang sejuk ker?" darah merah lagi sekali menyerbu ke wajah Chairil apabila Amira menekup wajahnya dengan telapak tangan kecilnya. Wangian losyen semerbak masuk kedalam rongga hidungnya. Dia meneguk air liurnya berkali-kali sehinggakan Amira melihat halkum tersebut naik turun dengan laju.

"Don't tell me, abang..."

"Abang nak mandi air sejuk kejap" Tanpa aba-aba, Chairil meletak lembut tubuh Amira di atas sofa tersebut lalu berlari kecil masuk kedalam tandas. Terkebil-kebil Amira dibuatnya.

'Parah sangat suami aku ni' getus suara hati Amira

She doesn't beg, force or chase, she just prays and has faith.

Sedangkan Chairil pula sedaya-upaya menahan dirinya dengan memegang sinki yang berada didalam tandas itu.

"What you have done to me, little pumpkin?" Chairil membuka pili air tersebut dan membasahkan sedikit wajahnya.

"But I like it when you being like that" Chairil menyeringai suka apabila mengingatkan kembali amaran daripada sang isteri. Terasa dia adalah HAK MILIK MUTLAK AMIRA EARINA

He sat with her, listens to everything she says, and when she asked him "can you give yourself to me?" So he said to her, "por ti, puedes amar"




keep someone who's busy and still manage to communicate with you.

Thank you for those yang still menunggu, membaca, vote, comment this story. Saya sayang awak semua❤️. Tapi Saya nak maklumkan yang saya akan slow update sebab saya tengah siapkan sesuatu sekarang ni, but *jangan taruhkan harapan* dan saya akan cuba untuk agihkan masa saya untuk yang tu, dan juga update yang ini. Maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu. Again. I'm really sorry.

Sebarang kesalahan please mention me. Thank you.

Ada siapa² tahu cara nk hilangkan jerawat didagu 😭

Update: 21/6/2023 (4.36 p.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro