Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24 (ɴᴇᴡ)

'I'm sorry for whatever I've caused
Before today I knew I felt lost but now you're my lady
Sir, I'm a bit nervous so bare with me please'









"Ya Allah, betul ker apa yang aku rasa selama ini?" Amira berteleku diatas kain sejadah itu, dia memandang kearah jam dinding yang menunjukkan sudah masuk pukul 3.30 pagi. "Jika benar perasaan ini timbul kerana kehendak Engkau, maka permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja aku berserah" sesudah sahaja dia mengerjakan solat istikharah dan hajat, dia memandang sebuah kotak yang berada diatas meja soleknya.

"Berdebarnya nak menanti esok. Good luck my husband-to-be" Amira membuka telefonnya mengirim satu pesanan kepada seseorang.

'Saya dah jumpa jawapan'

***

"Kenapa aku nak rasa nervous eh? Padahal selalu jumpa kan?" Amira menarik nafasnya perlahan dan membetulkan pakaian blouse labuhnya yang berwarna babyblue itu. Awning tudungnya kerap-kerap kali juga dibetulkan. Walaupun dah elok, tetapi bila nervous semuanya dia nak perbetulkan.

"Hati-hati keluar tu, adik." Kata Encik Emir kepada Amira

"Baik abi, doa yang baik-baik tau"

"Fighting adik. Walauapapun keputusan adik, kami tetap support" kata Ayuni pula kepada Amira seraya memeluk adiknya erat.

Kelihatan sebuah kereta Maserati Ghibli berwarna biru sudah memarking elok di kawasan hadapan rumahnya. Amira menaikkan keningnya sedikit melihat orang yang menjemputnya

"Jemput masuk" kata Alaric dengan senyuman manisnya. Tangannya membuka pintu penumpang itu untuk Amira

"Mana bos awak?" tanya Amira kepada Alaric

"Dia sudah berada ditempat itu. Why? You miss him already?" terkekeh ketawa Alaric apabila melihat Amira sudah mencebikkan bibirnya. Diantara Alaric dan Akash, Alaric lah yang paling rapat dengan Amira kerana dia telah diperintahkan oleh Amirul untuk sentiasa menjaga keselamatan Amira. Oleh sebab itu, Amira tidak hairan kalau Alaric sentiasa berada dimana saja dia berada.

Setelah beberapa minit kemudian, mereka sampai ke tempat yang mahu ditujui.

"Subhanallah, cantiknya." Amira memandang sekeliling taman bunga itu. Sangat bersih dan wangi. Bunga-bunganya juga kelihatan mekar dan cantik. Tapi yang dia hairankan, kenapa tiada seorang pun ditaman ini

"Kenapa tak ada orang dekat sini?"

"Ini tempat Capo (boss), jadi dia arahkan untuk tutup taman ini untuk hari ini" Amira hanya menganggukkan sahaja kepalanya

"Here we are. Come follow me, my queen. Your king is already waiting" Alaric membongkokkan sedikit tubuhnya lalu tangannya dialukan kehadapan. Gayanya itu seolah-olah mengajak sang permaisuri mengikuti pembantunya. Amira ketawa perlahan melihat kelakuan Alaric.

Semasa mereka menyelusuri taman bunga tersebut, mata bulat Amira tidak habis-habis memandang sekeliling. Maklumlah, jakun sikit. Mendengar deheman seseorang, terus dia mengalihkan pandangannya kehadapan. Terlalu khusyuk dia memandang sekeliling sehinggakan dia tidak sedar bahawa ada pemandangan yang lagi indah berada dihadapannya ini.

Berdirinya Seorang jejaka yang memakai suit berwarna dark blue, rambut keperangan yang disikat kemas dan jawline tajam menghiasi pandangannya sekarang. Kemudian, matanya tertumpu pula kearah tangan jejaka itu yang memegang sejambak bunga orkid. Mulutnya juga tidak lekang dengan lakaran senyuman lebar.

"Assalamualaikum sayang" gemersik sungguh suara itu menyapa di halwa telinga Amira. Sesaat Amira merasakan bahawa dia sudah berjumpa dengan lelaki fictional characternya.

"Wa-waalaikumussalam" Amira mengemam bibirnya perlahan. Pada waktu beginilah dia mahu tergagap-gagap. Lagi gemuruh dia apabila mendengar jejaka itu melepaskan tawaan kecil

"Have a sit eazizati (sayang)" Chairil menggamit Amira untuk duduk dikerusi dihadapannya itu. Makin malu Amira dibuatnya. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu dari Chairil. Ketika waktu dahulu, dia pelik juga apa maksud panggilan itu, tetapi setelah dia bertanya kepada pakcik google, makin bersemu merah pula wajahnya.

"Before we talk, saya nak awak makan dulu. Saya tahu awak mesti lapar kan?" kata Chairil seraya memotong hirisan chicken chop itu menjadi kecil.

"Nah"

"Tapi ni awak punya"

"Nope, it's yours sugar" Chairil menukarkan pinggan mereka berdua dan meletakkan chicken chop yang telah dipotongnya dihadapan Amira.

"Kita baca doa dulu ya, eazizati (sayang)" suara lembut Chairil membuatkan Amira menjadi malu-malu kucing. Mereka berdua mengangkat tangan apabila Chairil membaca doa tersebut.

Suasana sunyi membuatkan Amira berasa kekok. Matanya hanya memandang ke bawah sahaja, dia malu untuk bertentang mata dengan Chairil. Bukan dia tidak tahu, mata helang itu asyik memandang kearahnya sahaja.

"Do you like it?" Amira hanya mengangguk perlahan.

"Kenapa ni? Rasa kekok kah?" seperti yang dijangka Chairil dapat menebak sesuatu yang berada didalam fikiran Amira. Amira mengemam bibirnya.

"Nak tengok something tak?" Amira mengangkat kedua belah keningnya kepada Chairil.

"Loot at the sky" Amira memandang keatas langit. Dia berkerut kerana tiada apa-apa yang berlaku.

"Tak ada apa-apa pun"

"Wait for a second eazizati (sayang)" setelah Chairil bersuara kedengaran seperti pesawat jet pejuang menuju kearah mereka. Kemudian, Amira dan Chairil dapat melihat kini dua pesawat jet pejuang itu berterbangan di udara. Walaupun kedengaran bising, tetapi tidak menghalang suasana tersebut. Lebih menggembirakan apabila pesawat-pesawat tersebut melepaskan asap berwarna merah.

"Wah, cantiknya!" Amira memandang kagum melihat dua pesawat tersebut. Tetapi, apa yang membuatkan dia tergamam adalah dia melihat dua pesawat itu melakarkan sebuah love besar diatas langit tersebut. Terharu dia dibuatnya. Dan apa yang lebih membuatkan dia terharu, sebaik sahaja dia memandang kebawah, terlihat Chairil sedang melutut sebelah kaki memandang kearahnya.

"Melihat awak tersenyum membuatkan jantung saya tidak henti berkencang" tiada apa yang mampu Amira ucapkan selain daripada berdiam diri.

"You're my love, my life, my soul and I love you so much sayang. Please take my hand and standing here with me. I swear to you with all of my heart, there's no doubt in my mind and my heart. I can't believe what I have found. You're the greatest gift in my life. I'm ready to make you my queen and I will never give up on you sayang" sebaik sahaja Chairil meluahkan semua perasaannya. Lampu LCD yang berada ditaman itupun memancarkan cahaya menunjukkan momen-momen mereka berdua pada hari pertama mereka bertemu sehinggalah sekarang. Tanpa dipinta, air mata Amira mengalir membasahi pipi

"Why are you crying my love?" Chairil bertanya lembut kepada Amira. Hendak mengesat tidak halal lagi, nanti kalau redah, silap-silap kena reject lagi.

Amira mengesat air matanya perlahan. "Terharulah" kedengaran rengekan kecil daripada Amira.

"So how?" tanya Chairil kepada Amira

"Awak nak saya setuju kah reject"

"Aloo, setujukanlah" Chairil menggoyangkan tubuh sasanya kekiri dan kekanan.

"Cute. Baiklah, saya setuju"

"Serius sayang?!"

"Mesti awak ingat saya akan cakap macam tu kan?" Amira memeluk tubuhnya dengan menyedut sedikit hingusnya.

"Sayang ni, Betul-betullah!" muka cemberut Chairil menghiasi pandangan Amira. Amira ketawa bahagia apabila dapat mengenakan jejaka itu. Bukan senang nak tengok sisi ini.

"Ya abang, saya setuju" memerah muka Chairil mendengar suara lembut Amira. Jadi malu-malu kucing pula dia. Dia bangun, lalu melompat kecil "YEAY YEAY AKU DAH BOLEH KAHWIN!"

"Excitednya, tak sabar nak beritahu Ray. Ahh... someone needs to come and pinch me now" sejurus dia berkata, dia merasakan kesakitan yang menjalar pada lengannya.

"Aduh, sakitlah sayang!" apa ni? Belum kahwin dah kena cubit

"Apa? Tadi dia yang suruh cubit"

"Kiter saja jer" Chairil memuncungkan mulutnya.

"Alolololo babyboo saya ni sakit eh?"

"Haah" Chairil mengangkatkan sedikit lengannya.

"Meh saya hembuskan. Bismillah hoooo hoooo. Sakit lagi tak?"

"Tak sakit dah, tapi kalau sayang cium lagi cepat sembuh." Chairil melakarkan senyuman gatalnya.

"Gatal. Reject kang" ugut Amira

"Eh, janganlah sugar! Habis duit nanti dekat hantaran yang tak jadi"

***

"Wan Amirul Ilham bin Wan Amiruddin Bakri"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nur Amira Earina binti Emir Adlan dengan mas kahwinnya RM 20 000 ringgit tunai" kata Encik Emir

"Aku terima nikahnya Nur Amira Earina binti Emir Adlan dengan mas kahwinnya sebanyak RM 20 000 tunai" tenang dan lancar sahaja Amirul mengucapnya

"Sah?" tanya Encik Emir kepada saksi pertama

"Sah"

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah" menitis air mata Amira apabila mengetahui dirinya sudah bertukar status. Fatin yang ternampak air mata Amira, laju sahaja dia mengesatnya.

"Don't cry. You're an angel you know" Fatin menggenggam tangan Amira dengan erat.

"be happy little girl.This is your day." Diana memeluk erat sisi tubuh rakan-rakannya.

"thank you guys. I love you so much" mereka bertiga memeluk erat buat seketika. Mengalirkan sedikit semangat untuk rakan kecil mereka itu.

"dah lah husband kau datang tu. Nanti dia ingat kitorang culik kau pula" mereka mengekek ketawa apabila melihat wajah cemberut Amira.

"Assalamualaikum sayang" Amira yang mendengar suara garau sang suami hanya mampu menunduk. Salamnya hanya dijawab dalam hati. Tiba-tiba sahaja mulutnya ini berasa berat untuk dibuka serta kata-katanya juga turut sukar untuk dikeluarkan.

Tiba-tiba mereka terdengar ada tangisan kecil dari pihak lelaki. Amirul mengerutkan dahi tidak percaya dengan apa yang dia Nampak.

"awat hang menangis?"

"aku tak sangka kawan aku dah kahwin. Tua dah kawan aku tu mat. Hiks hiks hiks" Rayyan menangis teresak-esak diatas bahu Farhan.

"ya Allah abang. Jangan nangis" Farhan cuba untuk memujuk Rayyan tapi tidak Berjaya, malah makin kuat pula tangisan dia.

"wei Atin, laki kau ker tu? Awat cengeng sangat" Fatin hanya menggelengkan sahaja kepalanya. Haih tak mengaku suami, tak sanggup pula

"entahlah, sejak-semenjak ni memang dia cengeng pun. Aku pun tak tau sama ada aku yang mengandung atau dia mengandung. Dah lah, aku nak pergi pujuk dia jap." Diana membantu Fatin untuk bangun memujuk suaminya yang sedang menangis itu. habis merah muka kesayangannya ini. Tetamu yang hadir hanya tersenyum melihat pasangan itu. terhibur mungkin dengan suasana ini, yer lah, abang sado yang garang tengah menangis guys.

Rayyan yang Nampak kedatangan sang isteri terus merengek lalu mendepakan tangannya "baby"

"ya ya saya datang" kata Fatin sambil masuk ke dalam pelukan Rayyan.

"don't cry" Fatin memujuk lembut Rayyan dengan menggosok perlahan belakangnya. Haih, nampaknya nanti dia kena jaga baby tua ni sekali.

"alolololo kesian dia. Habis merah muka dia."

***

Amira mengeluh apabila merasakan dirinya sukar untuk membuka baju pengantin itu. "tak guna punya baju. Siapa ajar kau buat zip baju kat belakang ni. Tahu tak menyusahkan masyarakat." Dia membebel seorang diri didalam bilik air sehingga tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang merenungnya dengan tajam.

Seseorang itu merenungnya dengan tajam lalu meneguk kasar air liurnya. Haih, iman dia ni dahlah tak kuat bila melihat bidadari halalnya ini. Rambut hitam Panjang yang bebas dari sebarang ikatan, ditambah pula dengan wajah innocent bidadarinya tanpa mengenakan sebarang make up. Memang sangat mencabar nafsunya itu. tidak tahan dengan gelagat kekasih halalnya, dia terus melulu pergi kearahnya dan membantunya

"lain kali jangan malu minta tolong orang." Tubuh badan Amira terus mengejung apabila mendengar suara serak basah yang berada hampir dengannya. Ditambah pula dengan suhu dingin yang dirasainya apabila zip bajunya itu sudah dibuka.

"you looks so hot little pumpkin" Amirul mencium lembut bahu putih mulus Amira dan memeluk pinggang rampingnya erat bagaikan tidak mahu lepas. Nasib baik Amira memakai singlet putih, kalau tak lagi gugurlah imannya ini. Mahu 'berkerja' mereka didalam bilik air ni nanti. Dahlah hanya duduk berdua jer sekarang.

Amira yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa hanya mampu berdiam diri sahaja. Nak dihalang, sudah digelar pasangan yang sah, dah halal disisi hukum agama. Jadi, dia hanya mampu biarkan sahaja perbuatan sang suami terhadap dirinya.

Amirul yang melihat reaksi Amira terus ketawa kecil. "it's okay sayang. Abang tak akan buat sekarang. Masih awal lagi." Dia berkata sedemikian sambil memberi kucupan dileher Amira. Bulu roma Amira terus menegak apabila merasakan gigitan dan ciuman lembut dilehernya. Dia mengemam mulutnya untuk tidak mengeluarkan sebarang suara.

"pergi bersiap dulu. Nanti turun, kita nak potong kek pula" kata Amirul sejurus selesai kerjanya itu.

"this mark will remind you that you're always mine" tersenyum sinis dia melihat kesan-kesan merah dileher Amira.

"jangan lama-lama okay? Abang rindu" Amirul mencium sekilas bibir Amira dan mengenyitkan mata kanannya lalu keluar untuk ke almari pakaian mereka. Tak boleh berdua lama-lama, nanti lain jadinya.

Amira yang baru tersedar terus dia meluru ke cermin dan melihat tanda-tanda itu. "apa ni?" dia cuba untuk menyentuh kesan merah dilehernya itu lalu dia mendesis sakit. "jangan bagitau aku ni love bite"

"Awalnyaa dia aim" Amira menangis kesenduan mengenangkan nasib yang ditimpanya selepas ini

***

Ting!

Sejenak Amirul yang ingin mengemaskan apa yang patut menghentikan seketika untuk melihat pesanan yang baru tiba di telefonnya.

'Dia dah tahu'

Terlakar jelas urat-urat yang timbul di pelipisnya. Amirul menghembus nafasnya perlahan dan kembali menatap skrin tersebut.

'Thanks Kyrell. I trust you'

Amirul membalas kembali pesanan tersebut kepada sahabat lamanya yang bernama Rae Kyrell. Selain Rayyan dan Qhaliq, Kyrell juga merupakan salah satu orang kuatnya yang tahu tentang kisah silam dan kenal baik buruknya. Syukurlah dengan bantuan mereka, dia tidak menyimpang jauh dan sempat berubah.

Tetapi, ada seseorang yang membuatnya terkilan. Seseorang yang dahulu rapat dengannya tetapi kini sudah menjadi musuh buat dirinya.

Allah Plan is better than our expectations

Maaf sebab tulisan saya semakin teruk. I'm really sorry. Saya harap awak semua okay dgn this chapter

Siapa senyum time baca, esok tumbuh jerawat dalam hidung

Update: 29/5/2023 ( 9:46 p.m)
Re-edit: 3/10/2023 (6:42 a.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro