BAB 20
With my real voice
Ill tell you my true feeling
The world is beautiful when we're together
"Eh, Chairil Kenapa datang?" tanya Encik Emir kepada Amirul apabila ternampak tubuh sasa Amirul berdiri cegat dihadapan pintu rumahnya
"Jangan panggil saya Chairil pakcik. Panggil jer Mirul"
"Apa salahnya? Nama kamu juga" Encik Emir mengukir senyuman manis kepada Amirul.
"Jemputlah duduk dulu" sapa Encik Emir
"Terima kasih pakcik" kata Amirul
"Haa, tu kamu panggil pakcik. Kan dah pesan, panggil jer abi. Lagi pun tak lama lagi kamu tu nak jadi bakal menantu abi dah" Amirul mengangguk dengan senyumannya yang semakin lebar.
"Kakak, panggilkan adik turun. Cakap kat dia, ada tetamu datang"
"Baik abi"
Knock knock
"Kejap!" Amira bergegas membuka pintu setelah dia menyarungkan pakaiannya.
"Kenapa akak? Adik baru jer habis mandi"
"Ada prince charming datang, turunlah. Pakai segak-segak tau hehehe"
"Amboi hang kak. Gatai merla noh. Sapa yang mai?"
"Kalau hang nak tau, turun la lekaih" Dahi Amira berkerut. Main teka-teki pula kakak aku ni.
"Ya lah, adik nak turun lah ni" Amira berkata sambil melakarkan senyuman manis kepada kakaknya lalu dia kembali merapatkan daun pintu
Amira berlalu ke arah almari pakaian dan mengambil tudung shawl malas lalu melilitkannya dengan gaya yang mudah. Easy jer.
Setelah itu, dia menuju ke cermin biliknya untuk menilik dirinya. Kelihatan sopan dan simple sahaja dengan baju t-shirt lengan panjang berwarna hitam, tracksuit yang berwarna navy blue berserta tudung shawl berwarna hitam.
Telefon diambil setelah dia berpuas hati dengan penampilannya lalu dia berjalan menuju ke tingkat bawah.
"Abi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat kamu sebab sanggup bayar kos rawatan Abi." Kata Encik Emir
"Small matter jer abi. Apa gunanya menantu kalau tak mampu tolong bapa mertua dia" Kata Amirul seraya melorekkan senyuman manis kepada Encik Emir. Amboi! Belum sah dah naik pangkat nampaknya si Amirul ni.
Itu perbualan yang didengari oleh Amira setelah dia menjejakkan kakinya di tangga terakhir.
'Menantu? Bapa mertua? Siapa yang dah kahwin ni?' monolog Amira sendirian. Dia berjalan menuju kearah Ayahnya dan tetamu yang duduk membelakanginya itu.
"Haa dah turun pun adik. Sini, jumpa tetamu" Encik Emir memanggil Amira untuk mendekati mereka. dia duduk ditengah-tengah diantara kakak dan ayahnya.
Matanya hampir tersembul keluar apabila melihat majikannya berada disini
"Apa encik buat dekat sini?" Amira bertanya tanpa berlapis. Dia memandang hairan kearah Amirul. Sempat dikerling kearah kakak dan ayahnya sekilas.
"Dia nak jumpa tunang dia lah sebab tu dia datang sini" kata Ayuni secara direct
"Tunang? Siapa?" Amira menghadap Ayuni dan Encik Emir dengan pandangan curiga.
"Adiklah"
Amira dengan kaku menggelengkan kepalanya, menatap wajah keluarganya dengan kehairanan.
"Mengarut. Sejak bila?"
"Sejak adik remaja. time tu lagi korang dah bertunang" Amira mula mengimbas kembali masa lampau. Ya, betul. Ketika dia masih berada dialam sekolah menengah, Memang ada satu keluarga datang dengan membawa rombongan, tapi dia tidak tahu itu adalah untuk siapa. Oleh kerana sikapnya yang tidak suka mengambil tahu, dia mengabaikan sahaja persoalan itu terkubur dalam fikirannya.
"Apa?" seru Amira lirih di dalam hatinya.
Amirul yang melihat wajah Amira yang kelihatan mendung itu terus bersuara. "Abi, boleh tak Mirul nak bawa Mira keluar? Kitorang ada hal yang perlu dibincangkan"
Amira terus mengangkat kepalanya menatap wajah Amirul yang kebetulan sedang menatapnya juga. Amira ingin mengalihkan pandangannya tetapi matanya seolah-olah sudah melekat dengan Amirul. Dia mula merasa gementar kerana Amirul yang berada dihadapannya kini menatapnya dengan intens
"Boleh jer Chairil. Tapi ingat ya, bawa anak abi balik sebelum maghrib. Kalau tak abi babap kamu" tegas sahaja suara Encik Emir ketika itu
"Aip aip kapten"
Dalam beberapa saat, Amira merasakan kehadiran Amirul dibelakang tubuhnya tetapi dia tetap tidak mengalihkan tubuhnya menghadap Amirul
"Jom sayang" kata Amirul kepada Amira lalu dia bergerak terlebih dahulu ke arah keretanya.
Amirul membuka pintu kepada Amira dan memberi isyarat kepadanya untuk masuk kedalam kereta. Nafas Amira terasa seperti tersekat dikerongkong kerana dia berasa dirinya sangat dekat dengan Amirul. Belakang tubuhnya tidak menyentuh Amirul tetapi this proximity dapat membuatkan dia berasa tidak selesa. Dengan laju dia terus meluru masuk kedalam kereta.
"Relax little pumpkin, I'm not gonna eat you. Not yet. so don't be nervous." Kata Amirul dengan suara yang lembut. Dirasakan seperti ayat itu adalah sebuah amaran untuk dirinya. Tapi dia tidak tahu, apa salah dirinya sampai Amirul sanggup bertindak seperti ini.
"I really want to know why you took off this ring from your finger." Amira menatap wajah Amirul dengan perasaan yang gementar.
"How di--?"
"I have my way little pumpkin" terkejut Amira apabila melihat Amirul mengambil cincin yang berada didalam poketnya dan disarungkannya kembali ke tangan mulus Amira.
Sejurus Amirul menghidupkan keretanya, dia mengenggam jari lembut Amira dengan jari kasarnya.
"Apa ni? Lepaslah!" Amira berusaha merungkaikan genggaman tersebut tetapi tidak berjaya. Tangan Amirul seolah-olah bagaikan gari untuknya. Amirul tidak berkata apa-apa sebaliknya dia hanya mendiamkan diri dan menguatkan lagi genggamannya pada tangan mereka
Amira yang sudah lelah untuk merungkaikan genggaman itu mula berdiam diri dan memandang kearah tingkap kereta.
Amirul juga tidak melepaskan genggaman mereka walaupun dia menggunakan tangannya untuk menukar gears.
Setelah memandu selama hampir satu jam, mereka tiba disebuah pantai yang cantik dan indah. Sebelum sempat Amirul keluar dari keretanya, Amira bersuara
"Look encik, saya---"
"Don't never ever break this engagement" kata Amirul tiba-tiba. Dia memandang Amira dengan pandangan yang tajam. Amira meneguk air liurnya kasar.
Amirul menarik lengan Amira dengan kuat dan mengangkat Amira untuk duduk diatas ribanya. Nasibnya baik kerana keretanya ini bertinted, kalau tak, mesti orang luar akan nampak apa yang sedang terjadi. Tapi bagus juga kalau nampak, senang sikit dia nak kahwin dengan bidadari kecilnya ini.
"Lepaslah! Haram tahu tak?!" Amira meronta dengan kuat, menolak-nolak tubuh sasa Amirul dari mendekatinya. Amirul menangkap kedua belah tangan Amira dengan cekap dan menarik Amira supaya dekat dengannya. Amira pula sedaya upaya menahan dirinya dari terus bersandar pada dada bidang itu.
"Diam!" keras suara Amirul membuatkan Amira terdiam
"Encik ni gilalah. Lelaki gila!" kata Amira dengan perasaan yang marah
"Memang! Memang aku gila!"
"Dah lama aku tunggu kau. Kau ingat senang-senang macam tu jer ker aku nak lepaskan kau!" Lagi sekali Amira terdiam. Jantungnya berdetak tidak normal kerana perasaan takut telah hadir dalam dirinya. Wajahnya pucat. Air matanya juga turut mengalir.
"Kenapa menangis ni sayang? Abang tak buat apa-apa pun lagi" Amira memejamkan matanya apabila merasakan kulit kasar lelaki itu menyentuh wajahnya perlahan. Amirul mengetap giginya apabila melihat Amira seakan-akan mengelak dari bersentuh dengannya.
"Don't disobey me" Amirul mencengkam pipi gebu Amira dengan kuat sehingga membuatkan Amira meringis sakit. Amira tersedu-sedan menahan tangisan. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba dia boleh menjadi lemah seperti ini
"I wonder, apa rasanya bibir manis ni. But it's okay, belum masanya lagi" Amirul mengusap bibirnya halus dengan mata yang kuyu.
Amira kekal berdiam diri apabila melihat perubahan dalam diri Amirul. Jari kasar yang mengusap bibirnya tadi perlahan berubah tempat ke belakang lehernya dan mencengkamnya kuat sehingga membuatkan dia meringis sakit.
Bebola mata itu kian menajam melihat reaksinya. Kemudian bibirnya terukir senyuman miris apabila melihat bidadari kecilnya ini menitiskan air mata.
Amira terus-menerus menumpahkan air mata. Nafasnya tidak teratur kerana sikap Amirul. Matanya kekal tertutup tidak mahu menatap wajah lelaki kejam itu.
"Remember. You're mine"
"Kita akan berkahwin tak lama lagi. Jadi, behave. Jangan buat perangai" Amirul menatap wajah basah Amira dengan perasaan sayang. Pelukannya terhadap Amira juga makin kukuh. Langsung tidak renggang.
Cukuplah. Dia sudah penat jadi baik. Jadi, apa salahnya dia keluarkan sedikit side devilnya bukan. Saja mahu memberikan peringatan sedikit buat gadis kecilnya ini.
I'm losing my mind
Finally I found a girl that I couldn't impress. Last man on the Earth still couldn't hit this.
Good night my all cuties pie❤️❤️
Tidur awal. Jangan baca time ni, kalau tak esok mata bengkak
Update: 23/2/2023 (11: 47 p.m.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro