Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 18

'I was hurt but I'm always silent'











Tap tap tap

Kedengaran khusyuk sekali Amira menaip diatas keyboard komputer itu. Bertungkus-lumus dia menyiapkan laporan yang baru sahaja diterima. Sesekali dia mengerling pula file-file yang bertimbun diatas meja kak Sally. 'hmm banyaknya kerja hari ini' monolog Amira bersendirian.

Kak Sally pula tidak kelihatan pada hari ini kerana telah mengambil emergency leave. Katanya ada hal penting yang melibatkan keluarganya.

Walaupun dirinya kelihatan sibuk, tetapi pemikirannya menerewang kearah lain. Acap kali dia memikirkan keadaan ayahnya yang berada di hospital itu. Bagaimanakan keadaannya ayahnya itu? Dah bangun ke belum? Dah makan ke belum? Dia nekad, selepas sahaja tamat waktu kerja, dia akan pergi melawat ayahnya.

Tuk tuk

Sedang Amira mengelamun, tiba-tiba dia mendengar ada seseorang yang mengetuk mejanya. Dia mengangkat kepalanya lalu bertembung empat mata dengan sang jejaka itu.

"Kenapa mengelamun ni?" tanya Amirul sambil berdiri ditepi meja Amira. Tangannya melipat lengan baju kemeja ke siku mendedahkan tangannya yang beruarat manakala Matanya lunak memandang kearah Amira.

"Huh? Tak ada apa-apa" Amira menafikannya lalu menyambung kerjanya yang tergendala.

"Jom, ikut saya"

"Pergi mana?"

"Lunch" Amira melihat jam didinding. Sudah masuk lunch hour rupanya, patutlah keluar dari 'bilik emas' dia. Kalau tak, susah betul nak nampak muka dia kat luar ni.

"Ouh... Encik pergilah, nanti saya keluar." Amira menolak ajakan itu dengan lembut.

"I don't care. This is the command" balas Amirul mendatar. Dia paling pantang kalau ada orang tolak permintaannya, lebih-lebih lagi dari si pemilik hatinya ini.

"Just follow me" keluar terus dark aura dari Amirul. Tanpa kata, Amirul mengambil sling bag Amira dan menarik lengan baju Amira menuju ke lift peribadinya.

"Tapi encik" Amirul menajamkan matanya sebagai amaran kepada Amira supaya tidak membantahnya. Terdiam terus Amira apabila melihat pandangan helang Amirul.

RED RAVON RESTAURANT

Wan Amirul Ilham menarik lengan baju Amira dengan lembut dan mengambil tempat duduk yang telah ditempah atas namanya yang kedua iaitu Chairil Bahran. Dia menarik kerusi yang berhadapan dengannya dan mempersilakan Amira untuk duduk. Setelah itu, Amirul mengambil tempatnya lalu memberitahu Amira untuk memesan makanan apa yang dia mahukan. Sesekali dia menggerakkan otot lehernya yang terasa tegang.

Amirul menaikkan sebelah keningnya apabila ternampak wajah Amira yang berkerut.

"Why eazizati ( sayang )?"

"Awak pasti ker kita tak salah meja?"

"Meja ni ada nama orang lain" Amirul ketawa kecil melihat wajah tanda tanya Amira itu.

"It is my second name eazizati ( sayang )" Amirul kembali melihat buku menu tersebut.

"Chairil Bahran?" Ahh! Terasa indah pula apabila Amira menyebut nama keduanya.

"Yes my lady?" Amirul menongkat sebelah tangannya dan melihat mata bundar Amira. Naik segan pula Amira apabila Amirul berkelakuan sebegitu.

"Kenapa saya tak tahu pun?"

"Awak tak tanya" Amira mencebikkan bibirnya. Ceh! Jawapan cliché

"Tapi kenapa dalam maklumat peribadi tak ada pun nama encik yang tu"

"Private little pumpkin. Only certain people yang tahu nama tu" Amira memasangkan riak wajah biasa walaupun didalam hatinya berasa terkilan sedikit. Entahlah, tiba-tiba sahaja dia terasa seakan tidak penting dalam hidup Amirul kerana tidak mengetahui sedikit sebanyak tentang perihal lelaki tersebut sedangkan mereka pun bukannya ada hubungan apa-apa.

Amirul yang dapat mengesan riak wajah tersebut terus berkata. "You're an important person in my life. So, if you want to know more about me, you should marry me. Then you'll know everything about me. Inside and outside" jari jemarinya bermain disekitar bibirnya bersama riak wajah yang nakal. Sesekali mengusap dagunya yang licin.

"Pfftt. Tak hingin" Amira kembali membelek buku menu itu dengan perasaan yang malu.

"It's not a joke little pumpkin. I promise to you that you'll be my wife no matter what." Amira merengus perlahan. dia mula terasa muak apabila isu ini sering dibangkitkan. Nampak sungguh tekad pula si Amirul ini mahu menjadikannya seorang isteri. Dia tak tahu kah? Banyak lagi perempuan yang sesuai untuk dijadikan isteri.

"Let's drop this topic"

Suasana menjadi hening setelah mereka selesai membuat pesanan. Amira memandang sekeliling restaurant sebelum matanya berlabuh ke arah Amirul yang kebetulan sedang memandangnya dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsirkan. Amira berdehem seketika untuk menghilangkan rasa gusarnya.

"Saya nak bayar balik hutang saya dekat encik"

"Hutang apa?" Amirul mengerutkan dahinya

"Bill hospital"

"Ouh... No need."

"Tapi... banyak tu. Saya tetap nak bayar dekat encik. Saya tak nak terhutang budi dengan encik" Amirul mengetuk perlahan meja makan mereka. Perbuatannya itu seperti memikirkan sesuatu.

"Saya ada cadangan lagi menarik dari awak bayar hutang awak" Jantung Amira berdetak tidak normal. Ahh, sudah! Kifarah apa lagi ni?

"Marry me, then hutang awak settle" terus terbungkam mulut Amira apabila mendengar cadangan tidak masuk akal dari Amirul. Apa dia ingat ni drama, novel, webtoon, wattpad semua tu?

"Amboi amboi! Tak na---"

"I just accept yes or yes" lagi sekali Amirul berjaya membuatkan Amira terdiam. Amirul mengukirkan senyuman sinisnya lalu melipat tangannya ke dada dan menaikkan keningnya sebelah

"Kenapa encik selalu cakap pasal kahwin? Sangap sangatkah? Single lama sangat?" Selamba Amira bertanya kepada Amirul. Dia menghembus nafasnya perlahan dan matanya tidak kalah membalas panahan mata tajam Amirul. Apa? Ingat dia takut.

Amirul menolak lidahnya ke pipi dalamnya. Wah! Budak muda sekarang memang mencabar kesabarannya. Bohonglah dia tidak terkilan dengan persoalan dari bidadarinya. Tapi tak apa, dia kena kawal keadaan supaya dia boleh menang dalam 'pertarungan' ini.

"Yes. Memang pun. Only you can satisfy me. Not only my need, but also my life." Balas Amirul dengan nakal. Membuntang mata Amira. Dia terus memeluk tubuhnya erat.

"Insane!"

"Only you sugar" Amirul menjilat bibirnya yang terasa kering lalu mengenyitkan matanya kepada Amira.

"Saya tak nak kahwin dengan encik"

"Why?"

"Jarak umur kita jauh. Saya target jarak umur future husband saya sepatutnya dalam lingkungan lima tahun je dengan saya."

"Biarlah. Lebih tiga tahun jer pun. Saya umur 28 awak pula 20." Amira menggelengkan kepalanya kekiri dan kekanan.

"Jauh juga tu encik"

"Age is just a number baby"

"Tapi dia orang cakap orang tua ni sensitive. Suka manipulate, emosi tak boleh control" membulat mata Amirul apabila mendengar Amira seakan-akan mengutuknya.

"Hey! It's not me. Orang lain tu, saya tak"

"Yer yer jer. Tuptup nanti lepas kahwin mulalah tunjuk true colours tu."

"No!" berkeras Amirul menidakkannya

"Marry me first and you'll know. Don't judge a book by a cover eazizati (sayang)."

"Tapi, encik tak boleh kahwin dengan saya"

"Why not?"

"Saya ni pemalas. Pengotor. Baju kat rumah tu bertimbun tak basuh. Dalam raga tu pun tak lipat-lipat dari bulan lepas" Amirul mengisip sedikit air minumannya yang baru tiba lalu mencubit sedikit isi ayam yang berada dipinggan Amira lalu dibawa kemulutnya. Sempat Amira menjengilkan matanya apabila melihat Amirul mencuri isi ayamnya tanpa meminta izin.

"Ouh iya?" Tanya Amirul ringkas. Kepalanya tersengguk-sengguk menikmati makanan yang baru tiba. Amira mengeram perlahan. Punya gigih aku cerita 'ouh iya' ja dia bagi.

"Lagi satu. Saya tak pandai masak, kemas rumah pun tak. Muka saya ni buruk kalau tanpa make up. Kalau awak tengok bare face saya, pergh! Confirm punya! REJECT! Selepas tu kan, saya suka pakai bedak sejuk. Siang malam, nonstop. Kalau awak bertembung, dengan saya confirm lagi! REJECT seratus peratus!" Amira kembali berhujah tanpa lelah. Tetapi Amirul tetap dengan muka selambanya.

"Oit! Sudah-sudah la tu ambil makanan orang. Makanan awak ada kan!" Amira merengus kuat. Pantang sungguh dirinya kalau orang lain kerap ambil makanannya tanpa izin. Amirul memberi senyuman tak bersalah.

"Lagi?" Tanya Amirul kepada Amira

Amira dengan spontannya kembali memikirkan lagi tabiat buruknya. "Saya ni tidur berdengkur. Kuat! selepas tu kan, air liur saya ni mesti meleleh bila bangun dari tidur. Bau kentut pun basuk bakhang!" Amirul ketawa kecil apabila melihat telatah Amira yang bersungguh-sungguh cerita kepadanya

"Ouh... selepas tu?"

"Selepas tu apa?"

"Cerita awak. Kalau ada, sambunglah lagi"

"Ini bukan ceritalah. Ini fakta tau"

"Ouh... ingatkan cerita." Balas Amirul senada. Dia memotong isi-isi steak yang berada dipinggannya dan meletakkannya didalam pinggan Amira. Geram pula Amira apabila melihat tingkah laku Amirul yang kelihatan sambil lewa. penat tau dia cerita. habis air liur bersembur.

Amira mengambil garfu tersebut dan mencucuk steak itu dengan matanya kekal tajam kearah Amirul. Amirul yang terasa dirinya diperhatikan terus bersuara.

"Tahulah steak tu sedap tapi janganlah tikam dia macam tu. Haih sayang, sayang" Amirul menggelengkan kepalanya dan mengangkat steak yang telah dipotongnya lalu dimasukkan kedalam mulutnya secara menggoda. Halkumnya yang naik turun seakan-akan menggoda Amira yang berada dihadapannya.
Darah merah menyerbu kewajah Amira yang melihat tingkah Amirul yang nakal itu.

"But don't worry, you more delicious than this."

"You're an idiot"

"Agree. But only you" Amira menghiraukan kata-kata Amirul lalu menyambung makan makanannya.

Kemudian Amirul memeluk tubuhnya dan memerhati Amira yang khusyuk makan tanpa senyuman. Amira cuba untuk menenangkan diri tapi tidak berjaya. Dia tahu, Amirul kini sedang melihatnya dengan tatapan intens. Tetapi, sengaja dia hiraukannya.

"Saya tetap akan kahwin dengan awak" mendadak Amira mengangkat kepalanya.

"Awak takut kah?"

"Diamlah! Saya tak takut pun dengan awak. Awak siapa yang saya nak takutkan? Awak bukannya tuhan" Amirul menyungging senyuman nipisnya. Ini yang dia suka, gadisnya petah berkata-kata tanpa adanya sebarang penipuan. Semuanya disebabkan reaksi spontannya.

"Okay then. Marry me."

"But---"

"I don't accept any excuse. Kita akan kahwin selepas Rayyan and Fatin berkahwin." Terbungkam terus Amira buat kali kedua. Kenapa Amirul buat keputusan tanpa bertanya kepadanya dulu?

"Tak cepat sangat kah?"

"You choose. Kahwin selepas majlis Ray and Fatin or kahwin minggu depan" Amirul tersenyum melihat wajah tercengang Amira. Dia menginjak badannya kehadapan sedikit dan berbisik halus dihadapan Amira

"Like I said before. I only accept yes or yes" suara husky Amirul berjaya membuatkan bulu roma Amira merinding. Dia dapat merasakan ada satu aura yang tidak enak disekeliling Amirul. Walaupun wajah itu memaparkan riak wajah yang manis, yang sentiasa dengan senyuman tetapi ia dapat merasakan bahawa ia adalah satu tanda yang tidak bagus.

Amirul kembali duduk tegap dikerusinya sambil memandang ke wajah Amira yang kelihatan terkedu itu. Tak lama lagi, dia pasti akan memiliki gadis itu sekaligus mengurung gadis itu kedalam 'sangkar emasnya'. What's mine is mine. Nobody can take it from me.

I'm afraid of all I am, please carry me home.
I got addicted to a losing game.

siapa yang baca time ni, esok mata dia jadi panda

Update: 28/1/2023 (12:06 a.m.)










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro