Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 15 (ɴᴇᴡ)

I will forever enjoy for the moment I used to spend accompanying you, Angel








Beberapa minggu yang lalu

M'S Alight Company

'Huh. Again. Hari yang memenatkan' bicara hati kecil Amira. Kini, sudah tiga minggu dia dan juga rakan-rakannya membuat praktikal disyarikat ini. Walaupun, dia Cuma pembantu kepada kak Sally, kerjanya bertimbun juga.

"Mira" panggil kak Sally

"Ya? Ada apa kak?" tanya Amira kepada kak Sally yang duduk bertentangan dengannya.

"Boleh tolong akak hantarkan surat ni dekat Encik Khairul dekat level department marketing?"

"Boleh akak. Saya sedia berkhidmat!" Laju sahaja dia berdiri menghampiri kak Sally dan mengambil surat itu. Ahh... bolehlah dia berjalan-jalan sikit melawat kawasan sekeliling. Hehehehe.

Alang-alang tu, bolehlah hindarkan sikit dari bapak singa yang ada dalam bilik tu.

"Amboi, Laju dia noh!" usik kak Sally

"Saya semangat kak. Saya pergi dulu eh" kata Amira sambil menjeling sekilas kearah bilik Amirul. Aman dunianya buat seketika. Boleh sesak nafas jadinya apabila berada satu level dengan Amirul. Maklumlah, dia kan pembantu Amirul.

***

Knock knock

"Masuk!" dengar saja arahan tersebut Amira terus masuk kedalam bilik tersebut.

"Encik, ni ada surat dari kak Sally." Ujar Amira kepada Encik Khairul. Encik Khairul yang dari tadi tampak sungguh asyik menghadap komputernya melangutkan kepalanya

"Eh, Mira! Terima kasih ya. Susah-susah jer. Sepatutnya Serlinda yang patut naik ambil surat ni. Tapi sampai kesudah tak ambilnya. Dah dua minggu dah." Encik Khairul menggelengkan kepalanya memikirkan karenah pekerjanya yang satu itu. Dah tunjuk perangai big boss dah minah tu sedangkan baru sahaja bekerja disyarikat itu dua tahun. Awal-awal masuk dulu tak macam ni pun perangainya.

"Tak apa encik. Hal kecil jer" Amira memberikan senyuman kecil sebelum berlangkah keluar dari bilik pejabat itu.

Sedang dia menunggu lift di level itu, dia terdengar dirinya dipanggil.

"Woi budak!" Amira memusingkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan individu tersebut. Amira menaikkan keningnya keatas

"Saya ker?" Amira menunjukkan dirinya dengan tanda tanya.

"Yalah, kau! Ada sapa lagi dekat sini?" dia mendengus geram

"Tapi saya ada nama" Balas Amira sengaja. Dia melihat nametag yang berada didada wanita tersebut. Serlinda. Ohh... inilah Serlinda, perempuan pemalas tu.

"Ada aku kisah. Ni, bawa kotak ni ke bahagian IT" arah Serlinda

"Tapi ni bukan kerja saya. Kerja saya dekat bahagian CEO"

"Buat ja lah apa yang orang atas suruh, yang kau melawan apasal?" marah Serlinda kepada Amira. Wow! Mak singa naik tocang

Tanpa sempat Amira membalas, dia meletakkan kotak A4 yang berat itu kepada Amira. Amira tercengang sebentar.

"Eh, saya kena cepat ni. Ni kerja cik kan? Kenapa saya kena buat?"

"Buat je lah! Aku ni senior kau tau. Kau tu junior sepatutnya dengar cakap aku" apabila mendengar kata-kata itu, dengan selamba Amira melepaskan kotak-kotak itu ke lantai hampir terkena kaki jenjang Serlinda

PPAK

"Tak guna kau!" marah Serlinda

"Apa? Cik cakap saya ni Junior, junior kena dengar cakap senior. Senior saya tak suruh pun hantar kotak ni dekat bahagian IT. So, kenapa saya kena buat?" ujar Amira senada

"Kau melawan aku ya budak! Tak sedar diri kau tu budak intern! Pemalas!" jerkah Serlinda sehinggakan menarik perhatian orang ramai disitu.

"Siapa yang tak sedar diri? Siapa yang pemalas sebenarnya? Saya ker cik? Malas buat kerja tapi rajin ponteng. Ni ker attitude yang patut pekerja baru contohi?" Bidas Amira berani. Tercengang mereka apabila mendengar Amira melawan kata-kata Serlinda. Ini adalah kali pertama mereka melihat budak baru melawan Serlinda yang dikenal sebagai pembuli tegar.

"Kau!"

"Dahlah menggatal. Kerjanya sepatah pun tak jalan" sambung Amira lagi. Memerah wajah Serlinda ketika itu. Dia mengerling keadaan sekelilingnya, ternyata ramai pekerja yang memandang kagum dengan tindak balas Amira. Ini kerana, semua yang dikatakan oleh Amira benar-benar belaka. Mereka pun tidak sanggup bekerja dengan Serlinda. Mereka Cuma bertahan sehingga ada sesesorang yang sanggup mengadu kepada pihak atasan.

"Kau memang tak lama dengan aku!"

Dengan amarah yang membara, Serlinda menampar kuat pipi kanan Amira. Baru kali ini ada budak baru yang berani melawannya.

PANG!

Sentuhan kuat dan deras terkena pada pipi Amira. Kelihatan garis panjang sedikit kerana kukunya yang panjang. Panas pipinya sebentar.

PANG!

Amira tidak kekal diam, sebaliknya dia juga menaikkan tangan dan menampar pipi Serlinda sehingga tersungkur menghentam lantai pejabat. Terkujat Serlinda dibuatnya.

"Berani kau!" Tempik Serlinda kuat. Memijar dirinya seketika kerana tamparan padu oleh Amira.

"Jangan ingat aku orang baru, budak polos, kau boleh buli aku. Kau belum kenal lagi siapa aku!" Kata Amira dengan nada keras. Matanya tidak kalah tajam bak helang melawan mata lawannya. Amira menarik nafasnya dalam. Rasa geramnya masih terpendam dalam jiwanya. Cuma Tunggu masa untuk dia lunaskannya sahaja.

Mendengarkan itu, Serlinda mengeram rendah. Tidak berpuas hati dia kalah dipihak orang lemah. "Jaga mulut kau! Kau orang baru disini. Budak praktikal pula tu, kau ingat kau berkuasa dekat sini?"

"Kau perlu terima pengajaran kerana jadi budak kurang ajar dekat sini" kata Serlinda tegas. Rata-rata pekerja disitu melihat sayu kearah Amira. Mahu menolong, tetapi mereka takut jikalau mereka pula terkena tempiasnya. Jadi, mereka membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Tangan Amira mengepal kuat.

Sebelum sempat Amira mengelak, Serlinda maju dengan laju dan mencengkam lengan Amira dengan kuat lalu menekan kukunya yang panjang ke lengan Amira sehingga berdarah. "Kau berani lawan cakap aku yer, jalang"

"Sebaiknya cermin diri tu dulu sebelum cakap dekat orang jalang." Amira tersenyum sinis sambil mendesis sakit seraya melihat penampilan Serlinda atas bawah. Dengan pakaian yang ketat hingga menunjukkan sosok tubuh macam buah nangka. Make up di wajah yang tebal. Boleh berdebu kalau tampar sekali lagi.

Dada Amira turun naik, lalu dengan tenaga yang ada. Dengan menggunakan sebelah tangan yang bebas dia menarik kuat rambut Serlinda.

"Arghh!!" Teriakan Serlinda bergema dalam ruang pejabat itu. Mereka terkejut melihat Amira yang bertenaga berlawan dengan Serlinda.

"Kau yang sepatutnya diberikan pengajaran" Emosi Amira semakin membara. Alang-alang lama dia tak menyiksa mangsanya, apa kata bagi dia sedikit beraksi hari ini. Tarikan Amira lebih kuat dari tadi. Rasa nak tercabut kulit kepalanya apabila merasakan tarikan Amira serupa orang hilang akal.

"Beach"

"Lepaskan aku lah perempuan gila!"

Amira menghiraukan rayuan tersebut sebaliknya dia mengangkat kakinya kemudian menendang kuat perut Serlinda hingga dia terasa senak. Dia kembali menapak kearah Selinda yang menahan kesakitan itu.

BUSHH

Satu tumbukan padu dari Amira terkena diwajah Serlinda. Amira melihat tangannya sekilas. Hmm. Berdebu. Dia mengelap sisa foundation itu di baju seksi Serlinda.

"Nak lagi ker?" Amira menarik lagi sekali rambut Serlinda dengan kuat. Kelihatan kilauan tajam bersinar dimatanya. Dia menghempas wajah Serlinda dengan kasar.

Bibirnya menyunging sinis. Huh! Ada hati nak lawan dengan aku.

Amira memusing tubuhnya menghadap para pekerja yang lain. Dia menunduk pula melihat tangannya yang luka itu.

"hmm... kurang dah duit hantaran aku lima ribu" Amira mengumam halus.

Serlinda yang melihat Amira leka bangun menegak badan dan berniat untuk menyerang Amira dari belakang. Sebelum dia menapak hampir ke Amira, dia dapat merasakan satu benda tajam yang laju lalu ditepinya.

"Arghhh!!!" Tiba-tiba Serlinda merasakan pipinya pedih kerana terkena hujung mata anak panah yang tercucuk didinding dibelakangnya.

Semua yang berada disitu kelihatan terkejut. Wajah mereka memucat sebaik sahaja melihat kedatangan seseorang yang paling mereka takuti.

Terasa aura kegelapan memenuhi ruang pejabat tersebut. Aura itu berhasil membuatkan bulu roma mereka berdiri tegak. Sosok yang lain tidak bukan, Wan Amirul Ilham

Suasana terasa sangat dingin, tiada seorang pun yang berani bersuara. "Are you okay baby?" Suara husky Amirul menyapa perdengaran mereka. Mereka terkejut mendengar gelaran Amirul kepada Amira. 'Baby? Jangan cakap...'

Amirul memandang Amira dengan pandangan yang redup. "Siapa yang sakitkan tunang abang ni?" kelihatan wajah semua orang termasuk Serlinda memucat. Alamak! Nampaknya dia sudah salah mencari mangsa baru untuk dibuli.

Serlinda yang dikenal sebagai pembuli tegar untuk pekerja baru menelan salivanya payah. Tubuhnya bergetar dan jantungnya berdetak tidak normal. Dia melihat pasangan yang akrab dihadapannya dengan mata yang terbuka luas dan mulut yang terbuka seperti mencari nafas.

"Daddy, they hurt me" Adu Amira manja seraya menunjukkan wajah yang sedih. Mulutnya mencebir sedih. Sengaja dia mahu berbuat sedemikian. Amirul mengusap tangan Amira yang terluka itu dan menatap Amira intens. Dia mengesal kerana tidak dapat melindungi bidadari kecilnya dengan baik. Amirul mengepal tangannya erat. "Tell me, siapa yang buat baby macam ni?"

Tanpa aba-aba Amirul memeluk Amira dengan erat seolah-olah memujuk anak kecil. "Daddy akan buat mereka lebih terluka darimu sayang" Ujar Amirul tenang. Mereka yang berada disitu meneguk air liur kasar. Manakala Amira pula sudah menayangkan smirk kepada wanita jalang yang sudah cari pasal dengannya sebentar tadi.

'Habislah kau!' kata Amira kepada wanita itu tanpa suara.

"Agak-agak hukuman apa yang harus daddy buat untuk mereka, sayang?" nada keras menyapa kulit mulus Amira

Basement D'Drago Mansion

Kelihatan Amirul asyik memainkan pisau kesayangannya. Wajahnya kelihatan gembira dengan senyuman sinis terlakar dibibirnya.

Dihadapannya kelihatan begitu banyak darah dari mangsanya yang kini sedang berdiri dengan tangan dan kaki terikat. Terdapat kesan luka-luka besar dan ada juga bahagian tubuh mangsanya yang sudah terpisah. Sangat mengerikan.

Tetapi, Amirul kelihatan menyukai seksaannya begitu. Tiada istilah simpati langsung dalam dirinya. Dengan hati yang menggembira, dia mengambil bebola biji mata itu dan memukul kuat ke dinding dengan menggunakan kayu besball hingga terpercik mengeluarkan darah.

"Tamatlah riwayat kau jalang tak guna" gumam Amrul halus. Dia mengambil pistol yang berada berdekatan dengannya dan melepaskan beberapa das tindakan kepada wanita malang tersebut. Inilah nasibnya jikalau mereka berani menyentuh dan menganggu hak miliknya

Rayyan yang duduk bersandar pada sofa dengan satu kaki naik diatas riba lagak seperti big boss hanya melihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh Amirul pada wanita itu. Jangan ingat rakannya yang kelihatannya tenang, baik ini tiada sisi kegelapan dalam dirinya. Sebaliknya mesti ada, walaupun sedikit.

Tetapi, ketahuilah. Sepsiko mana pun Rayyan, Amirul sepuluh kali ganda pscyho darinya. Cuma sisinya yang itu jarang mempamerkan diri.

Bau hamis darah tidak menghalang Rayyan dan Amirul melepaskan gian mereka terhadap darah.

"Settle?" tanya Rayyan seraya berdiri sebelah Amirul yang kelihatan sedang menenangkan diri. Amirul hanya mengumam halus.

"Thank you. Aku nak naik bersihkan diri dulu. Nanti aku terus balik, nak melawat gadis aku" Balas Amirul senada.

"Alright. Apa-apa nanti kau roger" kata Rayyan. Dia menghampiri anak-anak buahnya dan mengarah mereka untuk membersihkan tempat ini.

Sejurus kerjanya selesai, dia bercadang mahu melihat keadaan gadis kecil miliknya. Mesti gadis kecil miliknya ketakukan dan fobia.

Unknown place

Matanya memandang sayu kearah gambar yang berada didalam telefonnya. Dilihat satu-persatu gambar yang ia miliki. Suasana yang bingit itu tidak menganggu tumpuannya terhadap gambar-gambar tersebut.

"Kenapa kau tinggalkan aku?" lirih suaranya berkata. Rahangnya mengeras manakala air ditubir matanya diseka pantas.

"What a lie, huh" dia meletakkan kepalanya diatas meja bar itu. Matanya dipejam. Nafas dihela kasar.

"Jikalau kayangan itu indah. Tolong, tolong bawa aku pergi. Aku ingin pergi sebentar" katanya dalam suara yang halus. Tiada siapa yang dapat mendengar apa yang dia katakan. Masing-masing sedang sibuk melayan keasyikan duniawi.

Dalam ketika dia hanyut dalam dunianya. Dia dapat merasakan tepukan pada bahu lebarnya.

"Jom balik" kata seorang pemuda itu.

Dia melihat rakannya itu. Bibirnya tercebik manakala wajahnya merah menahan rasa. "Aku tahu kau sakit. Tapi ini bukan jalannya. Dia dah ada tunang dan dia juga sudah berubah. So you are. Kau pun kena berubah. Please... Move on"








Everything in your life is about to change. Be a little more patient, trust the process and trust yourself in everything you are doing.❤️❤️

Have a nice day. Thanks for everything. Jemput vote and komen. Sebarang typo sila mention saya.
Update: 14/1/2023 (11:27 p.m.)
Re-edit: 28/9/2023 (1.26 a.m.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro