Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 14

Do'a itu romantis , walaupun diwarnai dengan tangis tapi InsyaAllah akan berujung manis .










Di suatu tempat

"Arghhhhhhhh!!! Kenapa? Kenapa?" dia menarik rambutnya kuat.

"Arghhhh!!! Sakit!" jeritnya lagi apabila dia mengubati tubuh badannya sendiri. Kelihatan dirinya sekarang sungguh serabut dan terabai. Terdapat banyak luka dan darah di tubuh dan wajahnya.

"Sampai hati you buat dekat I macam mana, Chai. Sampai hati you" kata Marsya dengan nada yang sayu. Tangannya sibuk membersihkan lukanya. Dia terpaksa membersihkan lukanya sendiri kerana tidak mahu sugar daddynya tahu tentang kecederaannya ini. Kalau tak, tak laku lah dirinya ini kerana mempunyai tubuh badan yang sudah buruk. Luka-luka, calar-balar.

Marsya merehatkan diri di atas katil. Dia memejamkan mata sambil sebelah tangan diletakkan diatas dahi manakala sebelah lagi diatas perut lepernya. Dia mengusap perlahan. Disitu terdapat janin kecil, nasib baik dia tidak mengalami sebarang pendarahan kerana dipukul teruk oleh Amirul tadi. Sesungguhnya dia tidak tahu itu anak siapa, oleh kerana terdesak mahu mencari ayah kepada bayi ini. Dia terpaksa menggunakan cara kotor dan menebalkan muka untuk mendapatkan Amirul supaya dia bersama-sama Amirul menjaga bayi ini sehingga besar. Lagi pun dia sudah jatuh cinta dengan Amirul sejak kali pertama mereka berjumpa. Jadi, tak salahkan kalau dia jadikan Amirul sebagai kambing hitamnya?

"Walauapapun yang jadi aku akan tetap dapatkan kau Chai! Kau milik aku! What's mine is remain mine! Tak sepatutnya ada orang lain menghalang laluan kita berdua bersama"

"Tunggu I yer sayang. Tunggu masanya you akan datang melutut dikaki I" Marsya ketawa kuat seraya memikirkan kemenangan yang akan tiba tidak lama lagi. Walaupun dia sudah cedera teruk angkara kekasih hati, apa yang dia kisah. Janji dia dapat kebahagiannya. Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak.

Tetapi, tanpa diduga. Marsya bukan sahaja membuat masalah dengan the King of Lion, tetapi juga dengan Queen of Lion. Dia belum kenal lagi siapa Queen of Lion itu. Diam-diam, ubi berisi.

***

"kau orang check lagi tak kat mana tempat intern kita?" tanya Diana kepada dua orang rakannya itu. Mereka kini sedang berada di perpustakaan untuk meluang waktu bersama. Maklumlah, dekat sini sahaja mereka berasa aman tanpa gangguan. Kelihatan Fatin tekun menulis sesuatu dibuku notanya manakala Amira pula khusyuk bermain dengan pen yang berada dihujung mulutnya itu.

"Belum, asal?" balas Fatin.

"Aku nak tahu, kut-kutlah ada rezeki. Kita bertiga boleh intern sama-sama" Sejurus Diana berkata sedemikian Amira laju membuka telefonnya untuk menyemak keputusan itu.

"Jap, aku check" setelah beberapa minit kelihatan mata Amira membulat besar.

"GUYS! GUYS! OMENJI! KITA DAPAT TEMPAT SAMA DHO!" kata Amira dengan nada yang teruja.

"Seriuslah?!" terus saja Amira diserbu oleh Diana dan Fatin.

"Iya! Dekat M'S Alight Company. Tapi position aku lain dengan kau orang"

"Alah, tak apa lah. Janji kita dapat kerja satu bangunan. Time lunch hour bolehlah jumpa" Ujar Fatin lalu memeluk dua orang rakannya itu.

Seketika telefon Amira berdering menunjukkan ada panggilan masuk. Dia melihat kearah telefonnya dan sejenak menayangkan wajah peliknya

'Apa dia ni nak?'

Amira menjawab panggilan tersebut. "Dekat mana?" tanpa salam dan khabar terus niat utamanya diutarakan. 'Aik'

"Dekat library."

"Keluar kejap"

"Kenapa?"

"Keluarlah, saya dah sampai depan library ni."

"What?!" ternaik sedikit suaranya akibat kejutan itu. Dia terus memberitahu Fatin dan Diana tentang situasi tersebut dan meluru keluar mencari gerangan tersebut.

Sejurus sampai dihadapan lelaki tersebut, dia bertanya "Kenapa encik ada dekat sini?" memincing matanya apabila melihat lelaki itu selamba bersandar dikereta mahalnya dan membuka kaca mata hitamnya lalu mengenyit matanya kepada Amira sebagai sapaan. Tangannya yang memeluk tubuh menunjukkan his toned muscular body. Blazer hitam miliknya dibetulkan seraya dia berdiri dengan tegak. He looks devilishly handsome. Semua perempuan terliur melihatnya.

"Nak ajak awak keluar"

"Tak boleh, saya ada hal dengan kawan-kawan" tolak Amira tegas.

"Boleh jer, pergi lah. Tapi jangan lupa pau makanan dekat kami" kata Fatin yang datang entah dari mana.

"Betul tu. Jemu juga asyik makan makanan yang ada dalam kampus jer" Diana setuju kata-kata Fatin itu. Amira hanya mengebil-ngebilkan matanya apabila tidak percaya apa yang baru sahaja dia dengar tadi. Adakah kawan-kawannya baru sahaja menyuruhnya keluar 'date'?

"Sejak bila kau orang ada dekat sini?" Tanya Amira kepada Fatin dan Diana

"Sejak tadi. Kau jer yang tak perasan. Kelam-kabut sangat lari takut kena tinggal la tu"

"Mana ada" Amira menafikan kenyataan tersebut. Dia mengepal erat kedua belah tangannya itu menahan malu dan geram. Bibirnya sudah menunjukkan muncung panjang.

"Tak payah malu-malu. Ambil jer Abang Am. Tapi kenalah pulangkan balik secara baik lepas ni. Dia ni anak dara tau, tak baik keluar lama-lama. Kalau jadi apa-apa saya report dekat tunang saya" Fatin mengeluarkan amaran seraya mengincing matanya tajam kepada Amirul. Amirul tersenyum melihat karenah Fatin lalu mengangkat kedua belah tangannya keudara.

"Aip Aip Kapten" Ujar Amirul dengan gembira.

"Jom lah masuk" Jemput Amirul kepada Amira untuk masuk kedalam kereta.

"Bye bye. Hati-hati. Jangan lupa jalan balik yer. Jangan melencong ke pejabat agama sudah" kata Fatin selamba. Amira mendengus mendengar usikan kawannya itu.

"Diamlah kau!" Amirul ketawa apabila mendengar kata-kata Fatin itu. "Not until your wedding princess" Amirul membalasnya lalu terus masuk kedalam kereta Nissan Navaranya itu.

***

Sedang ketika mereka menunggu makanan tiba, Amira meminta diri untuk ke tandas terlebih dahulu. Amirul yang berada disitu hanya tersenyum manis memberi keizinan kepadanya. Sejenak dia menunggu, tiba-tiba terdengar deringan telefon dari telefon bimbit Amira. Amirul mengambil kesempatan untuk melihatnya kerana telefon Amira hanya berada diatas meja makan. Dia mengerut dahinya menandakan dia tidak suka dengan nama panggilan tersebut. Dia terus mengangkat panggilan itu tanpa bersuara terlebih dahulu.

"Hello, Mira. Awak dekat mana?" tanya gerangan sana terlebih dahulu. Dia mendengus kasar menandakan tidak suka.

"Yang kau sibuk nak tahu pasal tunang aku apasal?"

"Ni siapa?"

"Tunang Amira Earina lah"

"Pakcik gatal?" berasap telinganya apabila mendengar ayat tersebut.

"Berani kau panggil aku pakcik?! And untuk maklumat kau, aku tak gatal macam kau yer Ulwan. Yang keluar lewat malam pergi club cari betina." Memerah muka Ulwan. bagaimana Amirul boleh tahu tentang perangai syaitannya?

"Kau tak tahu apa-apa kau diam" keras nadanya itu sebagai amaran. walaupun dia begitu, tapi percayalah, cintanya untuk Amira adalah sejati.

"Kau siapa nak diamkan aku? Sebelum kau ugut aku, baik kau cermin diri kau tu dulu. Kau tu siapa? Aku ni siapa? Kau tu Cuma budak mentah sedangkan aku lelaki matang yang berkerjaya. And one more thing, baik kau jauhkan diri kau dari tunang aku, Amira. Kalau tak, siap kau dengan aku."

"Aku akan dapatkan dia walau apa cara sekalipun."

"Try me. If you dare to take her away from me, I'll kill you" Ugut Amirul dengan nada kasar. Dadanya turun naik menunjukkan dia sedang menahan marah. Dia meletak panggilan tersebut dengan kasar dan melemparkan pandangannya ke luar bangunan.

"Choose me eaziziti (sayang). Marry me instead of marrying another man you don't know" gumam Amirul halus.

Tersentak Amirul dengan lamunannya ketika diganggu oleh pelayan yang sedang menghidang makanan mereka. Dan ketika itu jugalah Amira tiba setelah menunaikan hasratnya di tandas.

Amira duduk ditempatnya dengan perasaannya yang kekok. Makanannya pun hanya mampu ditelan dengan jumlah yang sedikit. Mana tidaknya, dari tadi Amirul menenungnya dengan pandangan yang intens. Makanan di piring Amirul langsung tidak disentuhnya. Dalam hati Amira, dia meringis. Aura bersama Amirul sangat kuat dan janggal. Nasib baik tempat ini terbuka dengan orang awam, bolehlah ia bernafas dengan sedikit lega.

"Makanlah" Ujar Amirul dengan lembut. Gadis itu lantas mengangguk.

"Encik pun makanlah. Jangan tengok saya. Nervous titew" kata Amira dengan selamba bagi menghilangkan gemuruhnya. Dia tidak tahu bahawa perkataan terakhir itu cukup didengari oleh Amirul

Amirul tersenyum sinis. Dia berdiri kearah Amira dan duduk disebelah Amira. Sebelah Tangannya naik diletakkan diatas kerusi Amira. Makanannya diambil dan diletakkan dihadapannya Amira. "Suapkan" suruhnya tanpa ragu-ragu. Melihat wajah tercengang dari Amira dia ketawa halus.

"I'm sorry. Habiskan makanan awak. Mahal saya belanja ni."

"Relax. Jangan risau, saya akan makan makanan saya dengan senyap. Tapi lepasni awak pula jadi makanan saya" Bisik Amirul lagi ketika melihat tiada sebarang reaksi dari gadis kecilnya ini. Ayat terakhir dari bibirnya diperlahankan supaya tidak dapat didengari oleh Amira. risau, jikalau gadisnya itu takut pula dengannya nanti.

"Do you love your teeth?" kata Amira ketika melihat Amirul tersenyum ketika menjamu seleranya.

"Makan baik-baik. Tersenyum-senyum dah kenapa?" kata Amira sejurus menyambung aktiviti makannya yang tergendala tadi. Pelik-peliklah lelaki zaman sekarang. Tadi tenung orang macam nak makan. Bila dah makan, duk tersenyum-senyum pula macam orang gila.

Amirul menajamkan matanya dan mendekatkan dirinya ke tubuh Amira ketika Amira sedang khusyuk menjamu selera. Dengan tenaga lelakinya, dia memusingkan kerusi Amira menghadap kearahnya.

"Apa awak ni?!" habis comot bibirnya terkena sos kerana tindakan tak diduga Amirul sebentar tadi. Sedang enak dia menikmati kebab, tiba-tiba sahaja ada orang memusing kerusinya kasar.

Amirul mengangkat Amira untuk diletakkan diatas ribanya dan memegang pinggangnya erat. Amira cuba untuk melepaskan dirinya dari rangkulan Amirul tetapi Amirul berjaya menariknya kembali dan membuatkan dia duduk diatas ribanya lagi.

"Don't move little pumpkin or else..." bisik Amirul perlahan ditelinga Amira.

"Leave me alone" Amirul mengendahkannya dan mengambil tisu yang berada diatas meja dan mengesat bibir Amira perlahan tanpa disuruh. Amira pula tidak berputus asa untuk melepaskan diri dari rangkulan Amirul

"Lepaslah. Orang tengok nanti"

"Biarlah. You're my wife. So why not kita duduk macam ni. Tapi, lagi menarik jikalau dekat sini tak ada orang, boleh bagi privacy dekat kita berdua."

"You pervert!" Amira mengangkat tangannya tinggi untuk menampar Amirul tetapi cekap sahaja Amirul menangkapnya dan menggenggamnya erat lalu membawanya kebibir untuk memberi kucupan ringkas dibelakang tapak tangan mulus itu.

"Lepas sebelum saya jerit." Kini hilanglah selera makannya kerana perbuatan Amirul ketika ini.

"Saya tak buat apa-apa lagi pun untuk buat awak menjerit"

"Amirul!"

"Ahh!! My sugar. My name sound really suitable from your mouth. Jeritlah sekuat mana pun yang awak nak sayang"

"Apa yang awak nak?"

"Little pumpkin. Awak memang naif or buat-buat naif? I want you, you're my wife."

Amira mula memukul dada bidangnya dengan kuat dan memberontak. Air matanya pula laju turun tanpa dipinta. Amirul yang mendengus kerana tidak dapat tahan perasaan yang satu itu terus memeluk tubuh ramping Amira erat. Dengan pemberontakan yang kuat diatas ribanya, dia tidak rasa dia dapat tahan lebih lama. Oleh sebab itu, dia membuat keputusan untuk menenang gadis kecilnya ini seketika.

Terdengar esakan kecil dari bibir merah jambu itu. Amirul menunduk dan menyapu lembut air mata itu. "Shushh I'm sorry. I'm just joking" kata Amirul seraya meletakkan Amira ditempat asalnya kembali. Amira dengan wajah yang bengang terus memukul kuat perut Amirul sehingga terbatuk kecil.

"Joking tengkorang awak!" marah Amira dengan kuat. Dia akan memberitahu kepada Fatin bahawa Amirul membulinya. Biar padan muka Amirul kena marah dengan Abang Rayyan nanti.

Amirul ketawa dengan kuat melihat wajah sembap Amira

***

"Awak habis belajar bila?" tanya Amirul kepada Amira setelah mereka tiba di Universiti.

"Hmmm... satu tahun lagi encik, kenapa?"

"Good then... prepare yourself to be my wife" Dia menunduk memberi tiupan kecil di telinga gadis yang dilapik tudung itu. Melopong mulutnya apabila terdengar pernyataan yang keluar dari mulut jejaka itu.

"Bye Little pumpkin. See you soon" sempat juga Amirul memberi kucupan angin sebelum dia masuk ke keretanya itu.

Yes. rancangan pertama selesai. Mengikut pengiraannya, dia akan mengikat Amira dengan cara yang halal tidak lama lagi. Dalam erti kata lain, sah menjadi suami isteri. Memandangkan sahabatnya juga akan berkahwin pada masa terdekat. Jadi tidak mengapa bukan jika dia pun turut serta. Tidak sanggup dia mengambil masa yang lama. Sudah lama dia bersabar, sudah lama dia memberi masa. Kini, tiba masa untuk dia menuntut HAKNYA kembali. jikalau dia tidak dapat dengan cara yang baik, jangan salahkan dia kalau dia terpaksa guna cara yang kasar. Apa yang dia nak, pasti dapat. Dan, sekarang apa yang dia nak adalah gadis miliknya, Amira Earina. Tidak ada seorang pun yang akan dapat memisahkan mereka kecuali maut.

Jika ikutkan perasaan dan fikirannya, mahu saja dia bernikah dengan Amira secepat mungkin. Kerana dia tidak rela jikalau ada lelaki lain menaruh perasaan kepada Amira.

Katakanlah Amirul gila. Dia memang sudah gila dan tidak waras. Cuma belum masanya lagi dia mahu menunjukkan sidenya yang itu.

Amira adalah MILIKNYA. Kedengaran posesif, obsesif. Tapi ini adalah hakikatnya apabila Amirul mencintai seseorang. Sekali ia tertarik, justeru ia tidak akan melepaskan orang itu. Kehadiran Amira pada berbelas tahun yang lepas dapat membuktikan bahawa Amira adalah kekuatan dan kelemahan untuk Amirul. Malah, ia juga dapat membuatkan dirinya tenang.


"Allah akan selalu menolong hambanya, selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya" - HR.Abu Daud

Have a nice day. Jemput vote and komen. Sebarang typo, please mention me. Thank you❤️❤️

Update: 11/1/2023 (11:16 p.m.)


New cover from ❤️❤️ stvrlove_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro