BAB 12
"What a marvellous feeling it would be, if we could say exactly how we felt. What a monumental victory. What a terrifying thought"
Beberapa hari kemudian
"You can do it Mira! You can do it!" kata Amira dihadapan cermin itu. Dia memerhati penampilannya dicermin, ternyata memberi kepuasan yang memberangsangkan untuk dirinya. Baju T-shirt berlengan panjang khas untuk event mereka tersarung elok ditubuh genit Amira. Amira membetulkan sedikit awning tudungnya yang berwarna chocolate nude bagi memperkemaskan lagi penampilannya itu. Setelah puas dengan penampilannya itu, dia mengambil barang-barang yang penting dan masukkan kedalam tote bag miliknya itu.
Ting!
Kedengaran seperti satu notification didalam telefon pintarnya itu. Amira melihat jam dinding yang tertera didalam bilik mereka. Baru pukul 6 pagi.
"Siapa yang mesej aku pagi-pagi buta ni?" Amira mengumam perlahan. Dia melihat sejenak kearah dua orang rakannya yang sedang tidur. Dia bergerak kearah Diana dan Fatin yang sedang enak dibuai mimpi
"Atin, Ana bangun solat subuh" Amira menepuk perlahan tubuh rakannya itu. Oleh kerana dia yang bangun awal hari ini, menjadi tugasnya untuk mengejut kedua sahabatnya itu untuk menunaikan solat subuh. Selalunya yang menjadi tugas ini adalah Fatin. Fatin yang akan selalu mengejut mereka berdua untuk menunaikan solat. Haih! Untung betul abang Ray dapat Fatin. Dia? Siapa yang nak? Hmm
Setelah selesai mengejut rakan-rakannya barulah dia melihat mesej tersebut. Berkerut dahinya apabila membaca mesej tersebut.
Mr.Knight
Good luck little pumpkin! I know you can do it sugar! Do your best! I'll always watching you
Awalnya pakcik ni bangun. Tapi, eh! Macam mana dia tahu hari ini ada event aku?
And btw, morning for you little pumpkin!
Last mesej ni dia tidak terkejut kerana memang setiap hari dia akan mendapat morning wishes dari jejaka ini.
Tq, back to u too sir
Balasan ringkas Amira kirimkan kepada jejaka tersebut. Dia tidaklah cold heart sangat, masih ada soft heart ya didalam dirinya. Walaupun adalah kadang-kadang dia sengaja memberi bluetick kepada jejaka itu. Well! Bluetick kan cantik. Tetapi tanpa diketahuinya, disuatu tempat, jejaka itu tersenyum riang mendapat balasan tersebut. Bagaikan menang sebuah loteri.
Dia berguling diatas katil kekiri dan kekanan. Bantal peluknya pula dipeluknya erat bagaikan memeluk tuan punya badan yang membalas mesejnya itu. Bibirnya memuncung mencium hujung bantal itu. Eee geram! Dia melihat sekilas kearah jam yang berada dibiliknya. Dia bangun menayangkan otot-ototnya itu. Terlihat jelas v-line disitu. Dia meregang urat-urat lehernya kekiri dan kekanan. Ah, Hari yang indah! Rasa bersemangat sungguh dia hari ini. Walaupun setiap hari dia bangun awal, tetapi hari ini, auranya memang mendatangkan semangat yang berlainan.
"I'm coming for you little pumpkin!" ucapnya lalu megambil tuala dan menuju ke bilik airnya dengan gembira.
***
Don't blame me
Your love made me crazy
Oh Lord save me my drugs is my baby
I'll be using her rest of my Life
Mulutnya rancak menyanyi lagu itu dikala matanya tajam memerhati gerangan sang gadis disana yang sedang sibuk melakukan kerja. Dia menyandar tubuh badannya dikereta Maserati Ghibli yang berwarna biru itu. Tangannya pula bergerak memutarkan kunci yang tersangkut dijarinya. Pandangan dari orang ramai dia hiraukan. Tahu lah dia handsome tapi janganlah pandang dia macam tu. Hot sangat ker dia ni? Dia pandang pula dirinya, tiada yang pelik pun, baju T-shirt polo yang berwarna chocolate nude itu tersarung elok ditubuh tegapnya. Sama padan dengan warna tema baju T-shirt untuk event Amira. Sang kekasih pujaannya itu.
"Daddy is coming for you sugar" kata Amirul disaat melihat Amira yang sedang keseorangan kerana disaat itu, program itu baru sahaja selesai. Jadi, tak berapa ramai orang ditempat tersebut kerana ramai sudah bergerak pulang.
"Dah habis ker?" terkejut Amira apabila disergah seperti itu. Amira menoleh kearah individu tersebut.
"Eh, encik! Ma-macam mana?" membulat matanya apabila melihat Amirul berada dihadapannya. Dia memusingkan kepalanya kekiri dan kekanan bagi memastikan tiada siapa yang melihat mereka.
"Kenapa encik ada dekat sini? Cari Fatin ker? Fatin tak ada dekat sini, dia tengah kelas" Sekali nafas sahaja dia mengucap kata-katanya itu. Dia yang tanya, dia lah yang jawab. Amirul mencebik bibirnya.
Pfftt
"Kenapa saya nak cari dia sedangkan tunang dia dah 'culik' dia dari awal lagi" kata Amirul selamba. Macam tak tahu si Rayyan tu buat kerja. Macam Spy dah pun. Tak boleh berenggang langsung dengan tunang. Kalau boleh nak berkepit 24 jam.
Amira mengerutkan dahinya. Aikk, pergi dating tak beritahu pula minah ni
"How do you know?"
"Well, I'm his friend remember."
"Habistu Diana pula?"
"Kawan lelaki kau orang tu ada" Amira menganggukkan kepalanya. Betul juga, Farhan memang lebih banyak masa dengan Diana berbanding dengan dirinya dan Fatin. Maklumlah, kawan tengah try hard.
"Okay, back to my question. Kenapa encik ada dekat sini?" tanya Amira kepada Amirul
"Nak ajak awak keluar makan" Amira menaikkan keningnya.
"Sejak bila encik ada dekat sini?"
"Dari awal pagi tadi." Membuntang mata Amira. What?
"Jadi, kereta tadi tu..."
"Yeah, it's mine. I'm waiting for you for whole day sayang" ternganga Amira dibuatnya.
"Kenapa?" tanya Amira perlahan. Walaupun suara begitu halus seakan berbisik tetapi dapat didengari oleh telinga lintah Amirul.
"Because you're my priority sayang" Bisik Amirul diwajah Amira. Menerima bisikan tersebut berjaya membuatkan bulu romanya meremang. Entah bilanya Amirul mendekatkan wajahnya pun Amira tidak sedar. Sedari kedudukan mereka yang begitu rapat Amira terus menjauhkan sedikit wajahnya. Takut orang lain salah faham pula.
Amirul merenung wajah basah Amira yang dipenuhi dengan peluh-peluh kerana program sukannya ini. Bulu mata yang lentik, pipi tembam yang bertukar menjadi warna merah kerana cuaca yang panas, Bibir kecil berwarna pink yang tidak pernah pudar sungguh menawan. Walaupun sudah bermandikan peluh, tetap juga cantik. Terbayang pula jikalau Amira berpeluh bersama dengannya ketika mereka bersenam lepas kahwin nanti. Ah! Boleh jadi gila nanti.
Amira mengalih wajahnya kearah lain. Tak sanggup pula dia nak memandang wajah tampan Amirul yang kini sedang lunak memandang kearahnya.
Amirul menayangkan smirknya apabila memerhati gelagat Amira yang kelihatan malu-malu kucing itu.
Amirul merapatkan jurang mereka kembali dan berbisik perlahan.
"Jom, teman saya makan." Amirul menyunggingkan senyuman. Tanpa mendengar kata-kata Amira dia terus menarik lengan Amira yang berlapikkan baju itu.
Sejurus sampai di restaurant itu, Amirul disapa dengan pelayan restaurant itu. Tangannya pula tidak lepas dari memegang tangan Amira. Dikala di situasi Amira pula bersusah-payah merungkaikan tangan kasar yang membelit pergelangan tangannya. Bukan melepaskan tetapi Amirul mengeratkan lagi genggaman itu. Amirul merengus perlahan.
"Stop struggling little pumpkin" Ujar Amirul dalam nada rendahnya. Menarik badan kecil Amira untuk dekat dengannya. Serentak, Amira diam berhenti memberontak.
Sampai sahaja dimeja makan mereka, kelihatan makanan sudah pun terhidang. Mungkin Amirul sudah membuat tempahan lebih awal. Amirul menarik kerusi untuk Amira seperti gentleman. Setelah itu dia duduk dihadapan Amira.
"Mesti makanan dekat sini mahal" Ujar Amira sambil melihat disekitar restaurant itu. Sambil itu, mulutnya pula tidak berhenti mengunyah selepas sahaja mereka membaca doa makan. Dia memandang pula kearah dirinya, kelihatan seperti budak sekolah. Kolotnya. Sudahlah dia hanya memakai baju tadi. Hmm, tak bergaya langsung.
Mulutnya memuncung memikir penampilannya yang sederhana itu.
"You looks so beautiful even though hanya T-shirt saja" kata Amirul bagaikan tahu apa yang bermain difikiran Amira.
'But more beautiful when you're naked' kata itu hanya bersuara dihati. Tak mampu nak luahkan dibibir. Takut pula Amira lari daripadanya.
Laju sahaja Amira mengalihkan wajahnya menghadap Amirul. Kemudian dia menurunkan pandangannya apabila tidak dapat menahan penangan dari mata cantik Amirul.
Amirul berdecih rendah lalu ketawa apabila melihat perbuatan Amira itu. Berani gadis kecilnya ini mengalihkan pandangan daripadanya. Halkumnya pula bergerak naik turun kerana wajah si gadis ini menganggu fikirannya. Alangkah indahnya jikalau masa berhenti disini, berdua dengan kekasih kecilnya ini. Hak dia, milik dia. Ada lagi beberapa masa sahaja lagi untuk dia menghalalkan gadis pujaannya ini. Bagaimana? Well, tengoklah nanti. Jikalau bukan dengan cara yang baik, mungkin dengan cara yang kasar.
"Kenapa tak makan ayam tu?" Tanya Amirul kepada Amira ketika melihat Amira tidak menyentuh langsung ayam dipinggannya itu. Rasanya itu makanan favourite Amira.
"Panas. Kejap lagi lah" Ujar Amira sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Matanya pula sentiasa menatap makanan di meja makan mereka. Ada sebab kenapa dia tak nak pandang dihadapan. Satu, kerana malu. Kedua, kerana makanan lebih menarik dari wajah tampan Amirul yang flawless itu.
"Meh sini" laju sahaja tangan itu mengutil isi-isi ayam itu tanpa sempat Amira menghalang.
"Eh panas lagi tu" naik seram pula bila melihat asap-asap yang keluar dari ayam itu. Nampak macam baru lepas masak.
"It's okay. Untuk awak, saya sanggup." Katanya bersahaja sambil tangannya menggaul nasi putih bersama ayam yang telah dikutil itu. Amira yang hanya menatap wajah tampan itu dapat membuatkan jantungnya berdegup tidak normal
"Terima kasih"
"Sama-sama sayang" suara dalam itu menyapa dihalwa pendengarannya. Menatap gadis itu dengan pandangan yang membawa beribu makna.
"I can't be your perfect man, but I can be your fictional character sugar. Love me hard then I'll show you our paradise" ujar Amirul dengan pandangan yang kuyu. Ini bukan masanya lagi, dia perlu menahan dirinya sehingga masa itu tiba.
Damn it this boy!
I need a big boy
I want a big boy
I need a big boy with polar bear arm
keeps me warm in the winter snow storm
Is your name is Wi-Fi?
Because I'm feeling strong connection between us
"Semakin engkau berilmu, semakin engkau tidak banyak menyalahkan orang lain". Sayyid Ahmad Bin Muhammad Al-Maliki
Have a nice day for all my cutie pie . Happy new year. sorry for the late wish❤️❤️
Update: 4/1/2023 (11:22 p.m.)
Jemput votes, komen & follow
130 votes for unlock chapter
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro