BAB 11
ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.
Firman Allah SWT :
وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
[Surat Al-Baqarah 213]
"Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)."
"Huwaarrggg!! Finally sampai juga bilik" Amira menguap didepan bilik pintunya.
"Assalamualaikum!! I'm coming home!" sempat salam diberi. Matanya mengerling sekilas jam yang berada dibilik mereka. Fuhh! baru pukul 10:30 malam. awal 30 minit, selamat aku!
"Ehem! Awal balik cik kak" suara dehemen seseorang hampir membuatkan gugur jantungnya ini.
Amira tersenyum nipis lalu memusingkan tubuhnya perlahan-lahan. "hehehe awal la ni babe. Kalau tak awal, aku kena stay up dah dekat luar" kata Amira sambil menggaru hidungnya. Maklumlah, nervous sikit bila melihat tatapan curiga dari Diana. Dengan gaya kedudukannya di meja belajar itu seperti detective, baju tidurnya pula seksi sehingga hampir menampakkan bahu mulusnya. Kaca mata bulat pula terletak elok dimatanya.
Huishh! Nasib dia gegirl. Kalau tak dah lama ngap! Astaghfirullah, Nauzubillah. Amira! Amira menampar pipinya perlahan. Diana yang melihat kelakuan aneh dari sahabatnya itu, berkerut hebat. 'Dah kenapa budak ni? Kena sampuk dengan jin ker apa?'
"Kau dah kenapa gila?"
"Huh? Tak ada apa" Amira berjalan kearah katilnya untuk merehatkan diri.
"Atin pergi mana?"
"Pergi jumpa groupmate dia kejap. Buat assignment"
"Habistu kau?"
"Group aku nak buat esok" balas Diana sambil menyapu krim malam diwajahnya. Biasalah perempuan. Kena jaga muka.
"Makanan atas meja tu siapa punya?" Amira membelek bungkusan plastik merah yang berada diatas meja yang terletak tidak jauh dengan katilnya itu.
"Kau punyalah"
"Eh! Aku tak beli pun tadi"
"Ulwan yang bagi"
"Bila?"
"Time kau keluar tadi" Amira mengeluh perlahan. Ni satu lagi masalah, kenapalah lelaki ni baik sangat? Haih...
"Kenapa awak baik sangat Wan? Saya bukan perempuan yang awak sangkakan." Amira mengumam perlahan. Terharu pula dia melihat kesungguhan Ulwan untuk berkawan dengannya. Tetapi, entah kenapa dia dapat merasakan bahawa terdapat agenda yang tersembunyi disebalik semua ini.
"Tapi, kalau saya berkawan dengan awak. Saya harap saya tak silap beri peluang dekat orang yang tidak sepatutnya." Amira meletakkan bungkusan itu diatas meja semula.
"Ana, nanti kau bagi lah makanan ni dekat bilik sebelah ker. Aku dah kenyang makan dengan classmate aku tadi" Amira menuju ke almarinya untuk mengambil baju bersih dan dibawa ke bilik air. Diana hanya berdehem sahaja. Dia tidak akan bertanya kenapa Walaupun dia berasa pelik, kenapa susah sangat si Amira ni nak bukakan hati untuk Ulwan sedangkan dengan orang lain dia okay jer.
"Aku nak pergi mandi jap"
"Okay. Hati-hati, lambat aku kunci pintu"
"Woi, Janganlah!" Diana terkekeh perlahan. Tahu takut! Padah untuk orang yang mandi 30 minit. Entah buat apanya dalam bilik air tu. Baiki paip ker apa?
***
"Huh huh huh" tercungap-cungap dia mengambil nafas. Setelah jumpa tempat yang dijamin selamat untuknya terus dia meluru masuk kedalam tempat tersebut.
"Do you wanna play with me baby?" meremang bulu romanya apabila mendengar suara nyanyian itu semakin dekat dengan tempat persembunyiannya.
"Okay. Come on, let's play together" kata lelaki itu.
"Don't let me see you baby... come out the door" meleret sahaja suara itu membuatkan Amira menekup kuat mulutnya bagi menghalang sebarang bunyi bising. Jikalau dia sudah memiliki telefon bimbit, sudah lama dia menghubungi pihak polis. Sudahlah hanya dia dan lelaki itu sahaja yang berada disini.
"Ahh... it's like you've gone away" sayu suara itu menandakan bahawa emosinya tengah sedih sekarang.
"I've started talking to the pictures on the walls baby!"
"Tick tock tick tock tick tock tick tock"
"Just watching the hours tick by HAHAHAHAHA" menitis air mata Amira apabila mendengar ketawa tidak siuman itu.
"I know you're in there baby. We only have each other. It's just you and me" lelaki tersebut berhenti dihadapan tempat persembunyian Amira. Amira makin ketakutan, jantungnya berdegup laju. Dalam hatinya tidak berputus asa berdoa semoga Tuhan menjauhi lelaki tersebut daripadanya. Seketika dia tercengang apabila lelaki itu seolah-olah menghidu sesuatu.
"Hmmm I can smell your fragrance." Tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja lelaki tersebut menarik tangannya dengan kuat.
"I GOT YOU BABY"
***
"AHHHH TAK TAK TAK! TOLONG!!" Amira menjerit dengan kuat. Tangan dan kakinya pula memeronta kuat untuk dilepaskan diri. Kemudian dia membuka matanya dan melihat dia berada didalam bilik asramanya. Kelihatan pula Diana dan Fatin terburu-buru datang kekatilnya.
"Kenapa ni Mira?! Kau okay tak?" tanya Fatin sambil membelek tubuh badannya. Tangannya pula mengelap peluh didahi Amira.
"Kau okay tak Mira? Apa jadi?" tanya Diana sambil memandang sekeliling bilik mereka. Kelihatan lucu pula melihat dua orang rakannya ini. Nak ketawa tapi kesian. Dengan topeng muka bertempek, rambut pula tak serupa dengan gadis melayu terakhir. Kus semangat. Nasiblah siapa yang dapat dia orang ni. Hahahaha.
"Okay. Cuma nightmare" Amira mengerling jam didinding. Hampir pukul 3 pagi.
"Ouhh... ni mesti kau tidur tak basuh kaki" kata Fatin. Amira hanya berdiam sahaja. Dahinya pula tak habis-habis berkerut memikirkan mimpi tersebut. Seolah-olah betul pula mimpi tu. Dia melihat pula kearah pergelangan tangannya, terdapat kesan merah sedikit. Amira mengeluh perlahan. Mungkin kuat sangat kut dia mengingau tadi sampai naik merah dekat tangan dia.
"Dah lah, kau tak payah fikir pasal mimpi tu. Mainan syaitan jer tu semua" kata Diana sambil menepuk bantal Amira.
"Kita orang teman kau tidur, come here little girl" Fatin menarik tangan Amira untuk berbaring diatas katil tapi Amira tetap keraskan badan.
"Kejap. Aku nak pergi solat tahajjud dulu. Alang-alang dah terbangun pukul 3 pagi ni"
"Okay. Kita orang tunggu kau dekat sini memandangkan kami pun tak boleh solat"
"Okay. Tunggu tau, sayang kau orang" Amira memeluk sekejap dua orang rakannya dan berlari anak ke tandas untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solatnya itu..
Peace is found in Sujood. Inn Syaa Allah, Your next tears will be tears of joy.
"Ya Allah. Apa yang kau nak tunjuk dekat aku sebenarnya?"
"جميع الأدوية مره إلا القرآن"
"All medicines are bitter, except Quran."
Kerugian yang sangat besar bagi mereka yang meninggalkan Al Qur'an.✨🌹
Have a nice day. Thanks for everything my cutie pie. ❤️❤️
Jemput vote and komen.
Sesungguhnya saya rasa story ni x berapa nak memuaskan. Pengulangan ayat pun asyik berlaku, saya tak tahu macam mana nak buat ayat dah. I'm so sorry guys jika tak dapat memuaskan semua. I'm really sorry
Update: 19/12/2022 (8:39 p.m.)
Jemput votes, comment & Follow
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro