BAB 10
'manusia sering tertipu dengan penipuan dunia sehingga dia lupa akhirat itu selamanya'
Beberapa hari kemudian
Cuti pertengahan semester sudah tamat, kini masing-masing sibuk dengan aktiviti mereka kembali. Tak terkecuali Amira dan rakan sekelasnya yang kini sibuk menyediakan persiapan untuk event mereka tidak lama lagi.
Fatin dan Diana jatuh kasihan dengan Amira, terlalu sibuk membuat persiapan sehingga tidak sempat menjamah makanan. Kadang-kadang Hingga hampir pulang lewat ke bilik asrama.
Hmmm
Mengeluh panjang Amira membuat lakaran di card board itu.
"letihnya... bilalah subject event management ni nak habis." Dia mengerling sebentar kearah telefon bimbitnya yang dari tadi asyik berdeting. Mesti pakcik tu. Selalu time macam ni lah dia hantar mesej. Benar, sejak peristiwa itu, Amira selalu sahaja mendapat pesanan daripada Amirul. Tetapi, Amira seperti biasa sahaja, membalasnya dengan acuh tak acuh. Saja, nak tengok effort pakcik tu sampai mana.
"nanti lah aku reply. Busy, busy."
Sedang Amira khusyuk menghias tempat untuk program sukan mereka, ia terdengar esakan halus dan suara seseorang yang seakan memaki hamun. Sudahlah waktu sekarang tidak ramai yang berada dipusat sukan ini. Waktu maghrib, siapa jer yang ada. Lalu, dengan sedikit keberanian, Dia mencari sumber tersebut dan mendapati rakan sekelasnya yang bernama Elaina sedang menangis sambil memegang telefonnya di tempat yang bersembunyi.
"Aina?" Elaina terperanjat sedikit apabila mendengar orang menegurnya. Dengan pantas dia mengelap air matanya dengan kasar.
"Mira" Sayu sahaja panggilan itu
"kau okay?" Elaina menggelengkan kepalanya menandakan emosinya tidak baik sekarang ini. Wajahnya juga kelihatan mendung.
"kenapa ni? Gaduh dengan boyfriend ker?" tebak Amira. Dia menghampiri Elaina dan memegang lengannya. Elaina yang mendengar kata-kata itu terus merembeskan lagi air mata yang sedia ada.
"dia... di---diaa" Elaina memeluk Amira dengan kuat melepaskan apa yang dia rasa. Amira membalas pelukan tersebut.
"shushh shushh" Amira menepuk perlahan belakang Elaina bagi menenangkan rakan sekelasnya ini. Setelah beberapa minit, barulah Elaina kelihatan sedikit baik.
Amira menarik tangan Elaina untuk duduk diatas bangku yang kosong.
"janganlah nangis, tak cantik nanti" tangan Amira naik menghapus air mata Elaina yang berada di tubir mata gadis itu. Jikalau ada sesiapa yang tengok, mesti akan berkata 'sweetnya dapat kawan macam ni'
"dah okay?" Elaina hanya berdehem sahaja. Mereka mendiamkan diri beberapa minit. Tangan mereka juga saling menggenggam antara satu sama lain. Amira faham, dia perlu memberi masa kepada Elaina terlebih dahulu.
"aku--- ak-aku"
"it's okay, take your time. kalau nak cerita, ceritalah. Aku sudi mendengar. Jangan pendam, kalau kau pendam lagi kau sakit." Tubir mata Elaina kembali panas. Dia bersyukur kerana dapat menjadi sahabat kepada Amira. Walaupun mereka hanya rakan sekelas tetapi Amira melayannya seolah-olah dia seorang keluarga. Elaina menarik nafas panjang
"Hakim curang dengan aku" senafas Elaina mengatakannya. Amira membulatkan mata. Tak mungkinlah, Hakim dengan Elaina macam belangkas kut. Pergi mana-mana mesti si Hakim tu nak melekat dengan Elaina.
Melalui riak wajah Amira, Elaina tahu dia tidak mungkin percaya. Dia ketawa perlahan "mesti kau tak percayakan? Kalau reaksi kau macam ni, apatah lagi aku"
"mula-mula aku pun tak percaya, tapi sejak-semenjak ni perangai dia dah berubah"
"maksud kau?" Elaina menghembus nafasnya kasar. Sakit apabila mengingati apa yang Hakim telah buat kepadanya beberapa hari yang lepas
"dia marah aku depan orang ramai sebab aku beli barang lama sangat. Dia tengking aku dekat cafe. Kalau nak call pun selalu jer bagi alasan 'busy'. Perangai dia lain time hari pertama kami couple."
"kau biar betik dia tengking kau?!" Elaina mengangguk kepalanya. Amira mengepal tangannya erat. Berdecit halus dia mendengar kata-kata itu. 'tak guna punya jantan. Siap kau!'
"tapi tak kanlah, punya susah dia nak dapatkan kau. Dari dulu dia kejar kau kut. Sampai sanggup bermandikan hujan semata-mata nak kau terima jadi girlfriend dia." Elaina hanya ketawa halus.
"buaya, kalau time nak dapat sanggup buat apa sahaja. Cuba kalau dah dapat, ghosting terus" Amira menghembus nafasnya kasar. Sebab inilah dia tak nak bercinta. Takut patah hati, takut salah pilih pasangan
"macam mana kau tahu dia curang?" Elaina menghulurkan telefon bimbitnya kepada Amira. Terbeliak biji mata Amira melihat gambar-gambar tersebut.
"mana kau dapat ni?"
"aku stalk dia"
"sampai kesini?"
"kalau dah timbul syak wasangka, kita sanggup buat apa sahaja." Amira scroll gambar-gambar yang tidak senonoh itu. Ia memaparkan Hakim dengan seorang perempuan asing sedang bercium depan pintu hotel. Sedang bermesra didalam kereta dan sebagainya. Semua gambar-gambar tersebut memaparkan kedudukan yang sangat intim.
Pfftt
"memang tak lama jantan ni dengan aku" Amira mendengus perlahan dan memulangkan kembali telefon itu kepada Elaina
"so, sekarang ni kau nak buat apa?"
"minta putus."
"dah ker belum?"
"dah" Amira mengerutkan dahinya. Biar betul, tu jer. Tak nak revenge ker?
"tak nak balas dendam ker?"
"nak buat apa jer? Nak merayu-rayu balik ker apa?"
"tak lah, buatlah something yang boleh dia rasa terseksa."
"tak nak lah aku. Nanti jadi hal besar pula"
"biarlah, janji hati kau puas. Aku pun dah lama tak lempias geram ni" senyuman sinis terukir dibibir merah jambu Amira
"kau nak buat apa?" Elaina mengangkat keningnya.
"nak ikut aku tak?" soalan dipulangkan dengan soalan
"pergi mana?"
"pergi enjoy"
"club ker?"
"ngek kau! Aku masih ada iman lah nak pergi tempat-tempat macam tu"
"habis tu?"
"adalah" makin berkerut dahi Elaina
"Atin dengan Ana ikut tak?"
"tak... dia orang busy. Kena siapkan FYP. So, kau lah kena temankan aku"
"okay fine. Aku temankan kau."Elaina bersetuju dengan cadangan Amira. Alang-alang dia tengah sedih ni. Bolehlah kejap spend time nak sembuhkan luka yang lara ni
"lepas isyak kita keluar"
"eh, kenapa lewat sangat?"
"solat isyak dulu. Nanti mati tengah jalan berdosa pula tak tunaikan kewajipan" tersengih Elaina mendengar kata-kata itu. Menusuk jiwa dan kalbu. Deep
"dah. Pergilah balik. Nanti aku beritahu Aishah yang kita keluar."
"okay"
'Sejahat-jahat manusia, jahat lagi manusia yang mengabaikan Tuhan dan lupakan kewajipannya sedangkan dia sibuk berfoya-foya dengan dunianya'
***
"kau nak pergi mana ni? Kata nak pergi enjoy" tanya Elaina kepada Amira. Elaina memerhati sekeliling. dahlah kawasan ni sunyi. Yang ada pun hotel budget dan kedai serbaneka sahaja. Tapi ada satu yang dia perasan. Kereta ex-boyfriendnya tersadar diparking itu.
"iyalah, nanti kita pergi enjoylah. sekarang aku ada kerja sikit. Lepas settle yang ni, aku bawa kau pergi enjoy. Tapi. Kau boleh anggap yang ni 'permulaan' aktiviti kita untuk enjoy" senyuman sinis terlakar dibibir Amira sambil memerhati keadaan sekeliling. Hoodie hitam ditubuhnya dibetulkan. Kain tudung juga dirapikan bagi tidak menampakkan selekeh. Topi besball diambil dan dipakai diatas kepala.
"kau nak pergi mana ni Amira?" tanya Elaina kepada Amira setelah melihat pemakaian sahabatnya itu.
"just stay here and watch me play" Amira berbisik halus kepada Elaina. Senyumannya kian melebar sehingga menampakkan sedikit gigi taringnya. Baru Elaina perasan, terdapat Aura baru dari Amira yang dia belum lihat. Sebelum ini, dia hanya melihat seorang Amira yang lemah lembut, periang, hati tisu dan selalu memberikan senyuman manis kepada semua orang. Tetapi kali ini, senyuman dia seolah-olah senyuman psycho.
Amira memanjangkan tangannya mengambil barang dari sofa belakang dan keluar dari kereta.
"lock pintu ni. Kalau ada apa-apa picit hon" pesan Amira sejurus dia menutup pintu kereta itu. Tudung hoodie itu ditarik menutup kepalanya, tidak dilupakan juga mask hitamnya lalu ia berlalu pergi kearah satu kereta. Mulutnya terkumat-kamit menyanyi satu lagu. Tangannya pula lincah menggoncang botol spray yang berwarna merah
If you gonna treat me right
I'll give you to heaven every night
But God forbid you leave me by myself
I'll take you to hell. Take you to hell.
If you plan on be mine
Boy you'll blessing shining night
But God forbid you leave me by myself
I'll take you to hell. Take you to hell bastard
Lagu take you to hell kedengaran berkumandang dihalwa telinganya. Kedengaran seperti lyrics tersebut diubah sedikit. Pada masa yang sama, Tangannya pula cekap menghasilkan seni dikereta hitam tersebut. Pelbagai kata maki-makian terlakar dikereta tersebut. Bit*ch, Bas*ard, S*ut, Sh*t. Tidak dilupakan juga lukisan tengkorak besar dicermin hadapan kereta tersebut. Manakala, dicermin belakang pula terlakar tulisan 'go to hell bastard. Dasar pencurang'
Amira mengesat peluhnya didahi. Terlakar senyuman lebar diwajahnya. Berpuas hati dengan karya seninya yang terbaru. Wah! Kalau jual dekat galleri agak-agak laku tak?
Setelah berpuas hati, dia kembali ke keretanya yang tidak jauh dari situ. Hampir tercabut jantung Elaina melihat kerja gila Amira. Lagi bertambah terkejut dia melihat Amira dengan sengajanya memancitkan kesemua tayar kereta ex-boyfriendnya dan menumpahkan kesemua cat merah pada kereta itu. Dia tidak sangka Amira akan berkelakuan sedemikian. Kecil-kecil cili padi. Ada vibes-vibes bad girl gituw...
"Mira" Elaina masih dalam keadaan terkedu.
"what?" soal Amira kembali. Kini, dia sedang mengibas wajahnya dengan topi hitam miliknya. Barang-barang yang dia gunakan tadi telah dicampak ke tong sampah luar. Air-cond kereta dibuka pada suhu yang sangat kuat. Huh! Panasnya bila buat lukisan ni. Patutlah harga beribu-ribu ringgit. Rupa-rupanya nak melukis pun tak senang. Susah benor.
"kau dah gila?!" terjerit kecil Elaina dibuatnya melihat new side of Amira.
"apa? Sikit jer tu. Nasib dia baik aku cari minyak petrol tak jumpa. Kalau tak, boleh buat ghaso-ghaso."
"ghaso-ghaso apa eh?!"
"ghaso-ghaso kereta bakar" meledak ketawa Amira didalam kereta tersebut. Lawak pula apabila memikirkannya. Tapi dia teringin juga nak rasa macam mana kereta bakar. Selalunya ikan bakar jer. Kali ni, kita buatlah kereta bakar pula. Elaina menggeleng kepalanya melihat karenah Amira.
"tak baiklah Mira." Walaupun dia agak puas dengan hasil kerja Amira, tapi entah kenapa dia rasa kasihan pula melihat kereta itu.
"tak apa. Kali ni jer kita buat. Lagipun kau mesti puas kan? Aku pun puas"
"memanglah puas, tapi kenapa kereta dia?"
"asal?" Amira mengerutkan dahinya. Baik sangat aih minah ni. Orang buat tahi pun still nak buat baik lagi.
"buatlah dekat owner kereta tu, janganlah dekat kereta tu. Kereta tu tak bersalah." Elaina mencebir bibirnya. Terlepas sekali lagi ketawa Amira. Ingatkan nak marah dia, rupanya nak suruh buat dekat owner. Hmm, nampak gaya hati Tuan Puteri ni belum puaslah.
"yang tu, lain kali. Aku dah rancang plan lain"
"seriuslah?"
"haah."
"aku nak join"
"WELCOME TO THE CLUB BESTIE"
"wah! New side of Amira. Aku masih dalam keadaan terkejut dho... Atin dengan Ana mesti dah hadam kan new side kau yang ni." Terbeliak biji mata Amira apabila mendengar nama dua orang rakan karibnya itu.
"coi! Kau jangan beritahu dia orang. Kalau dia orang tahu, mampus aku."
"apasal?"
"dia orang suruh aku behave, tapi harini. Disebabkan dah lama tak lepas gian, aku terlebih naughty pula. Kalau dia orang tahu, habis satu malam tu membebel jer kerja." Elaina ketawa melihat wajah cemberut Amira.
"habis tu, kau kelentong apa dekat dia orang?"
"aku cakap nak teman kau beli barang event kita."
"ouhh, okay. Sekarang ni kita nak pergi mana?"
"aku nak belanja kau pergi makan. Aku jumpa satu tempat ni, best! Makanan dia pun sedap!"
"JOM! AKU TAK SABAQ NAK MAKAN"
***
Elaina memerhati sekeliling restaurant tersebut. Sungguh eligent dan teratur. Terasa sungguh aman dan tenang sahaja.
"kau pilihlah nak makan apa"
"serius ni kau nak belanja. Memandangkan aku tengah stress, Aku akan pesan banyak tau." Pesan Elaina sekali lagi. Takut menyesal pula Amira belanjanya makan.
"Ya sayang. Order lah. All on me." Kata Amira sambil melihat kearah buku menu tersebut.
"yes!" Amira memberi senyuman nipis kepada Elaina. Sungguh, dia akan buat apa sahaja untuk orang yang dia sayang merasa puas. Biarlah dia yang sakit, tapi hati dia bahagia melihat orang yang dia sayang bahagia.
Masing-masing melayan perasaan mereka sendiri ketika Sedang menunggu makanan yang telah dipesan untuk sampai. Amira melihat pemandangan luar melalui cermin besar itu, manakala Elaina pula sibuk mengambil gambar pemandangan itu.
Strett
Kedengaran tarikan kerusi yang berada disebelah Amira. Mereka berdua menoleh melihat gerangan yang duduk disebelah Amira itu. Terjojol biji mata Amira melihat individu tersebut. Bau perfume maskulinnya juga meresap masuk kedalam lubang hidung Amira.
Elaina melihat kearah individu tersebut dan Amira yang tercengang itu bersilih ganti.
"siapa ni Mira?" Amira kembali menatap Elaina dengan riak wajah yang tercengang.
"Hi. Saya Mirul, bakal suami Amira" laju sahaja perkataan itu meluncur dari bibir jejaka itu tanpa sempat Amira berkata apa-apa
"WHAT?" terjerit kecil kedua-dua gadis tersebut. Eh! Kenapa si Amira pun nak terkejut sekali.
"bu-bukanlah."
"sorry. Sayang saya ni memang susah sikit nak mengaku. Malu mungkin." Amirul memberikan senyuman manisnya sehingga menampakkan susunan gigi putihnya yang cantik itu. Tangannya pula bergerak menarik kerusi Amira untuk berada lebih dekat dengannya.
"kau tak beritahu kami pun Mira yang kau ni dah berpunya"
"eh memang aku be-" laju sahaja Amirul memotong kata-kata Amira.
"dia ni memang suka private" tangannya yang berada diatas kerusi Amira dimain-mainkan sedikit diatas bahu Amira. Meremang bulu romanya
"ouhh faham. No wonderlah" Elaina tersenyum sumbing melihat wajah Amira yang kelihatan gelisah itu.
"bilanya majlis?"
"Elaina!"
"Inn Syaa Allah, soon"
"Encik! Saya tak kata apa-apa pun" Amirul hanya mengenyit matanya kepada Amira. Amira mendengus melihat kelakuan Amirul.
"Encik buat apa kat sini?"
"Saja. Cari tunang saya. Susah sangat nak reply mesej, saya turun padang jer lah"
Urghh! Menyakitkan hati jer mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Amirul. Amira memeluk tubuhnya dan memalingkan wajahnya memandang pemandangan luar. Lebih baik dia tengok pemandangan luar dari memandang wajah lelaki ini.
"don't you think you do something bad, sugar?" hembusan nafas kedengaran sangat dekat dihalwa telinga Amira. Amira menjarakkan sedikit dari Amirul sambil mengerutkan dahinya. Nasib baik Elaina tak nampak kerana ralit bermain telefonnya.
"what?"
"jangan ingat saya tak tahu sayang"
Huh! Mendengus kasar Amira dibuatnya.
"bad girl should be punish"
"I'm a good girl" Amirul menganggukkan kepalanya
"then, siapa yang pergi buat art dekat kereta tadi tu?" terjegil biji mata Amira sambil bersandar kasar di kerusinya.
"deserve"
"I don't know my girl will be this wild. I love it" merinding bulu roma Amira mendengar suara husky itu. Dia mengerling sedikit Amirul yang kelihatan seksi ketika ini. Dengan dua butang baju kemeja terbuka hingga menampakkan dada bidangnya dan lengan baju yang dilipat hingga kesiku menyerlahkan tangan-tangannya yang berurat. Rambut pula digayakan dengan gaya-gaya bad boy.
"siapa girl awak?"
"it's you sugar" tersungging sedikit bibir Amira.
Huh.
"if you wanna be my boy then you should be prepare" Amirul menjongket kening sambil satu tangan menongkat dagunya memandang gadis yang telah mencuri hatinya ini.
"what?"
"I'm very dominant, possessive, obsessive girl. What's mine is mine, I don't like sharing. Kalau ada yang snatch away saya punya, saya tak teragak-agak untuk menjadi pembunuh. So, saya harap encik berfikir dua kali." Amirul menggigit bibirnya dengan gaya menggoda apabila mendengar kata-kata daripada Amira. Wow! I Like kena control dengan perempuan
"so am I baby. But, I'm more dominant, possessive, obsessive man, maybe sepuluh kali ganda. Well, alpha male vibes always in me sugar. I'm the one yang akan lead." Suara serak basah itu membuatkan Amira kembali hanyut ke dunia khayalan.
"what belong to me, is belong to me. Saya tak suka kalau ada orang lain tengok, bercakap or menyimpan perasaan dekat awak. Kalau saya dapat tahu, saya tak teragak-agak untuk bunuh. I'm very capable off" sangat dekat jarak mereka sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada Amira. Amirul yang perasankan itu, terus menjarakkan sedikit tubuhnya. Mati kejung pula nanti gadisnya nanti. Nasib baik Elaina sudah pergi ke tandas. Tak nampaklah kejadian tadi.
"Saya pegang kata-kata awak tu sayang. And saya anggap awak dah terima saya" terkebil-kebil mata Amira menghadam kata-kata Amirul
"eh-eh"
'jangan terlalu dikejar, jika memang jalannya pasti Allah memperlancar, kerana yang menjadi takdirmu akan mencari jalannya untuk menemukanmu.' Ali bin Abi Talib
Have a nice day❤️❤️. Take care of yourself and your loved ones.
Grammar dan tatabahasa error detect.
Jemput komen and votes. Terima kasih.
Update: 14/12/2022 (12:17 P.M.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro