BAB 6-WARIS
AMI duduk menghadap kakaknya, melihat Ayda Jebat menyemak profil suspek.
"Walaupun kita kehilangan Nico, kita dah dapat konco dia untuk bantu siasatan. Jangan risau!" kata Ayda Jebat, tenang.
Ami berdiam seketika. "Sekarang apa?"
"Kak nak Arif tangkap dia ni pula." Ayda Jebat melempar fail ke atas meja.
Ami mengambil fail itu lalu menyemak profil suspek baharu. "WARIS?"
"Budak baru dekat Shah Alam. Asal dari Negeri Sembilan. Dia nak cipta nama dekat sini. Baik Arif tangkap dia sebelum dia naik nama." Ayda Jebat mengambil air minuman dari atas meja lalu menghirupnya.
Ami melihat air dari Tealive diminum sampai habis. "Arif tau dia dekat mana sekarang."
WARIS berbual rancak dengan Nico di kafe Tealive seraya menikmati air.
"Kau nak join aku, tak? Aku kekurangan orang ni," kata Nico terdesak lalu menghirup airnya.
"Boleh juga, tapi elaunnya berapa?" kata WARIS, selamba.
"Kau tangkap dia ni. Nanti, aku bagi 1K." Gambar Ami dihulurkan.
WARIS melihat gambar kecil itu. "Budak ni!??"
Ami melangkah masuk ke kafe yang pernah dia singgah sebelum ini. Dia menghampiri kaunter lalu melihat menu di situ. Telinganya mendengar lagu Basmallah (seperti video di atas) dari radio.
"Chocolate hazelnut cawan kecil satu!" kata Ami membuat pesanan.
"Tunggu sebentar ya!" pinta jurukaunter kafe itu.
Ami menunggu dengan sabar di depan kaunter itu. Bahu kanannya ditepuk dari belakang. Ami menoleh muka ke kanan, terlihat WARIS menahannya. Dia kembali memandang ke depan.
"Kau silap tempat ni," kata WARIS, garang.
Ami tersenyum sinis. "Kau silap tempat ni."
WARIS menyerang Ami dari belakang tetapi Ami sempat mengelak serangan itu. Tangan WARIS dipegang. Ami terus menyepak perut lawannya dengan lutut kanannya, pantas. Para pelanggan di kafe itu melihat aksi mereka berentap. Ada yang merakam perbuatan mereka itu. Ami menghempuk muka lawan ke atas kaunter berkali-kali lalu melepaskannya. WARIS rebah dengan kesan lebam. Kaki Ami dinaikkan lalu memijak badan lawan. Nico terpegun melihat Ami mengalahkan WARIS dalam masa yang singkat.
"Chocolate hazelnut siap!" ujar seorang pekerja meletakkan minumam ke kaunter.
Ami meletakkan duit di atas kaunter. Pekerja tersebut mengambil duit itu lalu memberi duit baki beserta resit kepada Ami. Ami mengambil duit dan resit dari tangan pekerja itu.
"Terima kasih!" ucap pekerja itu, mesra.
Ami mengambil minumannya lalu menghirup sedikit. Sedap! Dia melihat WARIS bangun. "Kau rehatlah dulu!"
WARIS melangkah ke mejanya lalu melabuhkan punggung di situ. Nico menjadi sasaran Ami pula. Dia mamandang Ami, melihat Ami mencelanya. Air coklat bersama kacang hazel membasahi tekak Ami. Nico menyerang serta-merta. Ami mengelak dengan tenang, merasai keenakan air hipster itu.
"Wah, sedap juga air ni!" puji Ami, lega.
Nico menyerang Ami lagi tetapi sempat dielak. Ami melunjurkan kakinya ke depan, menjatuhkan Nico. Dia menghirup airnya sampai habis lalu melontarkan bekas minuman ke dalam tong sampah yang disediakan, tepat. Pandangan dialihkan ke arah Nico yang baru bangun dari lantai.
"Puas rehat?" kata Nico, geram.
Nico menyerang Ami serta-merta. Ami hanya mengelak dan mengelak. Sedikitpun tidak mengenai badan Ami.
Mustahil! Dia guna ilmu apa sampai tak kena langsung ni? Desis hati Nico terpegun.
Tumbukan diberikan ke muka Ami tetapi berjaya dielak. Tangan kiri Nico dipegang. Ami memusingkan badan lantas mematahkan lengan lawan pada bahunya. Nico meraung kesakitan lalu rebah tak terkata. WARIS melihat Nico terbaring di tanah. Ami memandang WARIS yang berseorangan itu lalu melangkah keluar dari kafe itu.
"Okey, boleh masuk!" kata Ami, selamba kepada Ayda Jebat yang menunggu isyaratnya dari tadi.
Ayda Jebat menepuk belakang badan Koperal Zulhelmi. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam kafe bersama. Koperal Zulhelmi menggari tangan Nico yang masih di lantai manakala Ayda Jebat menggari WARIS tanpa banyak bertanya.
"Hei, apa ni!?" kata WARIS tidak tahu apa-apa.
"Kita cerita dekat balai!" ujar Ayda Jebat, dingin.
Dua penjenayah itu dibawa keluar dari kafe itu lalu menaiki kereta peronda. Ami sekadar memerhati dari jauh. Lampu merah biru menyala di atas bumbung kereta polis, menerangi jalan malam itu. Koperal Zulhelmi memandu kereta putih itu pergi dari situ. Telefon Ami berbunyi menandakan mesej masuk. Ami membaca mesej tersebut.
~WhatsApp POV📱~
Kak AJ🚓
Arif baliklah dulu.
Akak balik lambat sikit malam ni.
Nanti, akak bagi duit ganjaran untuk kes ni.
Orait, kak!
👌
~End WhatsApp POV📴~
Ami melangkah beredar dari situ dengan berjalan kaki. Sempat lagi melihat jam tangannya. Hampir pukul 9 malam. Dia menetapkan destinasinya.
7ELEVEN dibuka selama 24 jam. Ami melihat Safiyah Zulaikha berjalan keluar dari kedai itu, baru habis syifnya.
"Ika!" seru Ami mengangkat tangan tetapi tidak mandapat sahutan.
Mata Ami terlihat seorang lelaki menghampiri Safiyah Zulaikha. Ami meneliti jejaka itu, menilainya dari segi sikapnya. Nampak baik sahaja. Peramah. Sopan-santun. Hormat dalam pergaulan. Tak ada apa yang hendak dicuriga melainkan...
"Mak ayah dah tak ada... terlibat dalam kemalangan... waktu saya tingkatan dua lagi. Saya anak tunggal."
Kalau dia anak yatim, anak tunggal, laki tu mesti..., desis hati Ami membuat andaian.
Ami memberanikan diri mendekati mereka berdua.
"Assalamu'alaikum!" ucap Ami, mesra.
"Wa'alaikumussalam!" balas mereka berdua memandang Ami.
"Haa... awak! Nilah orang yang selamatkan saya hari tu!" ujar Safiyah Zulaikha kepada lelaki di sebelahnya itu.
Lelaki itu terpegun sedikit. "Oh!"
Ami melihat lelaki itu menghulurkan tangan lalu bersalaman dengannya, mesra. "Ami."
"Faruq," Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
"Haa... Abang Mi, nilah boyfriend saya," kata Safiyah Zulaikha mengukirkan senyuman manis.
Dah agak, desis hati Ami kecewa.
"Oh!" Ami menyembunyikan kesedihannya. "Kerja apa?"
"Koreografer, guru seni tari," kata Faruq Suhaimi tersenyum.
"Wow! Boleh tahan."
"Kerja apa?"
Alamak! Nak jujur ke bohong ni? Desis hati Ami, resah.
"Oh, dia kerja polis sama macam kak dia!" celah Safiyah Zulaikha, selamba.
Ami terus resah dengan kata-kata Safiyah Zulaikha itu, berpeluh.
"Wah, tak tau pula! Kak nama apa?" kata Faruq Suhaimi, kagum.
"Ayda Jebat," jawab Ami.
Riak wajah Faruq Suhaimi menjadi pucat mendengar nama yang disebut itu. Ami kehairanan.
"Lain macam je soalan tu. Tak nak dekat kita dah ke?" kata Safiyah Zulaikha, dingin.
Faruq Suhaimi sekilas memandang teman wanitanya itu. "Eh, mana ada!"
Safiyah Zulaikha berpaling muka. "Tengok muka tau dah!"
"Eh! Eh, janganlah macam ni! Jom makan! Saya belanja. Lagipun, saya baru habis kerja hari ni," celah Ami menenangkan keadaan.
"Hah! Jomlah! Kau bolehlah cerita pasal kakak kau tu," gurau Faruq Suhaimi memeluk bahu Ami, berjalan bersama Ami
Muka Safiyah Zulaikha menjadi merah. "Awak!"
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro