BAB 23-JOE FLIZZOW
PINTU diketuk.
"Masuk!" pinta seorang lelaki yang berdiri melihat panorama bandar Shah Alam.
Ami melangkah masuk seorang diri. Dia memandang lelaki bertubuh besar itu.
"Joe Flizzow!" kata Ami, dingin.
Lelaki itu memusingkan badannya, memandang Ami. Dia mengukirkan senyuman.
"Malique! Lama tak jumpa! Macam mana kau tahu aku dekat sini?" kata Joe Flizzow, ceria.
Ami menunjukkan surat yang diperolehnya. "Dunia ni kecil je."
Wajah Joe Flizzow yang ceria tadi bertukar menjadi marah pula. "Jadi, kau tahulah dalang kes ni!"
Laci meja di sebelahnya diselak. Pistol diambil lantas diacu ke arah Ami.
Bang! Satu tembakan dilepaskan.
Ami mengelak peluru itu, hampir mengenai kepalanya. Dia melihat tembakan itu mengenai pemain rakaman. Lagu Sampai Jadi (seperti MV di atas) dimainkan. Ami kembali memandang Joe Flizzow. Pistol diacu ke arahnya.
Bang! Bang!! Bang!! Tembakan dilepaskan dengan kasar.
Ami mengelak setiap peluru lantas berlindung di sebalik sofa.
Uhh, mula dari bawah.
Ramai orang makan nasi tapi tak pernah pergi sawah.
Uhh, dulu ku merangkak,
Sebelum ku lompat tinggi harus pandai kira langkah.
Tapi ramai orang diorang semua boo je!
'Step' Mat Bunga tak tahu mana Kemboja.
Gua tahu Laos, tahu Burma, tahu Thailand,
Tanya "Golden Triangle mana?" korang tunjuk dengan tangan.
Suka-suka hati, sebut Illuminati.
Hipokrasi hasil programming bergenerasi.
Dulu orang kami kais pagi makan pagi.
Sekarang lauk tengah hari udang galah dengan kari.
-Sampai Jadi-
Joe Flizzow ft. Alif
Ami melihat Joe Flizzow memegang mikrofon perak. "Kau nak bunuh aku pun nak menyanyi juga ke?"
Bang! Bang! Bang! Tembakan menembusi sofa yang Ami berada sekarang.
Ami mengelak peluru itu lalu menyorok di sebalik meja, terus menterbalikkan meja. Dia melihat lawannya makin dekat. Dia cuba mencari jalan lain.
Tahun lepas berapa majalah?
Setakat Maison Martin Margiela, memang takde masalah.
Uhh, Rizla L dalam risalah!
Pergi Harvard dengan LL aku bawak balik ijazah.
Dulu masa muda semua nak seronok je.
Nak sekolah tinggi tapi gayat tengok kerja.
Gua tanya Ajai, tanya Amy, tanya Awie.
Semua nasihatkan gua supaya selalu rendah diri.
Depan orang lama, lutut bengkok, badan bongkok.
Ikut resmi padi, takde guna kita angkuh.
Tony selalu kata "takyah bawak satu kampung".
Jalan perlahan perlahan tak payah nak kanchong.
Wahh~
-Sampai Jadi-
Joe Flizzow ft. Alif
Ami mula naik gila dengan semua ini. "Cukup-cukuplah dengan menyanyi tu!"
Ami bingkas dari tempat sembunyinya. Joe Flizzow terus menembak Ami dengan pistol di tangan kanannya. Ami menepis setiap peluru dengan pantas, terhenti langkah.
Kechak! Kechak!! Peluru habis.
"AMBIK NI!!!" jerit Ami menyerang Joe Flizzow.
Tangan kanan Joe Flizzow dikelar.
"Aaaaaarrgghh!!!" keluh Joe Flizzow melepaskan pistol dari tangan.
Ami menyepak mikrofon perak yang digenggam tangan kiri Joe Flizzow. Mikrofon perak terlepas dari tangan. Perut Joe Flizzow terus ditendang kuat. Badan lawan terpelanting ke belakang.
Kepash!! Jendela besar pecah.
Joe Flizzow terjatuh ke bawah dari tingkat 20 itu lantas terhempas ke atas trak yang sudah meletup tadi. Semua orang melihat mayat Joe Flizzow itu termasuk Ismail Izzaini yang sudah menukar pihak. Remaja itu memandang ke tingkat teratas itu. Ami berdiri di pinggir tingkat itu. Loket perak yang pernah dihadiahi oleh Joe Flizzow itu ditanggalkan dari lehernya.
"Kenangan semua ni!" monolog Ami, muram.
Loket itu dicampak ke bawah.
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu diketuk.
"Masuk!" ujar Ami, dingin.
Ayda Jebat memasuki bilik pejabat itu lalu melihat kesan tembakan di sekelilingnya. "Macam mana tadi?"
"Dah selesai!"
Ayda Jebat berdiri di sebelah Ami lalu melihat mayat Joe Flizzow dikelilingi orang ramai. Ami mendekati mikrofon perak yang terjatuh di lantai lalu mengambilnya.
"Aku peliklah dengan semua orang. Kenapa mereka nak gaduh sesama sendiri sedangkan dia orang semua penyanyi?" kata Ami tertanya-tanya.
"Entahlah. Akak pun tak tahu," kata Ayda Jebat, terfikir perkara sama.
Ami membuat ujian suara dengan mikrofon perak yang diambilnya. "Ujian suara."
Shing! Ami menjadi bengang sebaik bersuara.
Ayda Jebat melihat Ami menutup telinga. "Kenapa ni?"
"Tak tahu!" Ami terus menghempuk mikrofon perak itu ke meja.
Mikrofon perak itu hancur terus. Ami kembali lega.
"Apa ni?" kata Ami kehairanan.
Ami memandang Ayda Jebat, melihat wanita itu terasa pening. Dia menghampirinya. "Kenapa ni?"
"Rasa peninglah! Aduh!" kata Ayda Jebat memicit kepalanya.
Ami memandang ke bawah, terlihat orang lain turut sama seperti Ayda Jebat, pening.
"Rasanya, semua ni berpunca dari mikrofon ni!" kata Ami memahami situasi.
Ami mencampak mikrofon perak itu ke bawah lantas membimbing Ayda Jebat keluar dari situ.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro