BAB 19-ISMAIL IZZAINI
AMI berjalan di sekitar bandar yang sepi itu. Dia banyak merintih atas apa yang berlaku tadi.
"Kenapa semua ni patut berlaku dekat aku? Anak buangan… dikutip orang lain?" monolog Ami kesedihan.
"Ami!!" seru seseorang dari belakang.
Ami menoleh ke belakang lalu terlihat Safiyah Zulaikha berlari ke arahnya. Gadis itu berdiri di depan lelaki itu.
"Kenapa datang ni?" kata Ami, dingin.
"Kakak kau…" kata Safiyah Zulaikha kepenatan.
"DIA BUKAN KAKAK AKU!!!" tempik Ami meletus kemarahan.
Safiyah Zulaikha terdiam, terkunci mulut. Ami terus melangkah pergi dari situ. Safiyah Zulaikha mengekorinya.
"A… A… Ami!" panggil Safiyah Zulaikha tergagap.
"Apa?" balas Ami enggan memandang Safiyah Zulaikha, dingin.
"Awak nak ke mana tu?"
"Tealive."
KAFE Tealive dilangkah masuk. Ami melihat semua barang sudah bersepah. Air minuman bertaburan di lantai. Suasana begitu sepi di situ di dalam kafe itu.
"Mana semua orang?" kata Ami, hairan.
"Assalamu'alaikum!" ucap Safiyah Zulaikha bergema.
Tiada sahutan langsung. Sepi~
"Assalamu'alaikum!!" sahut Safiyah Zulaikha lagi.
Ami melangkah ke kaunter lalu melihat tiada pekerja di situ.
"Assalamu'alaikum!!!" ucap Safiyah Zulaikha sekali lagi.
"Tak ada oranglah!" kata Ami memandang Safiyah Zulaikha.
"HUWAAAAAAAARRRGGHH!!!!" jerit seseorang muncul dari kaunter itu.
Ami berundur, mendekati Safiyah Zulaikha. Mereka melihat AC Mizal muncul.
"Tak… Tak mungkin! Aku dah tikam dia kot!!" kata Ami terkejut.
"Habis tu, nak buat apa sekarang??" kata Safiyah Zulaikha keresahan.
"Kita lari!"
"Lari? Jangan harap kau boleh lari!" ujar seseorang dari belakang mereka berdua.
Pasangan itu menoleh ke belakang, terlihat Ismail Izzaini muncul di muka pintu.
"Whoa! Kau muda lagi. Janganlah nak cari pasal sangat!" kata Ami, selamba.
Ismail Izzaini mengeluarkan nunchuck miliknya lalu menyerlahkan bakatnya. Safiyah Zulaikha kagum tetapi Ami dingin.
"Kau ni biar betul!?" kata Ami berwajah dingin.
Ismail Izzaini menyerang Ami tiba-tiba. Serangan itu berjaya dielak Ami tetapi terkena Safiyah Zulaikha pula.
"Aduh!!" keluh Safiyah Zulaikha memegang pipinya yang diserang tadi.
"Ika!" seru Ami melihat Safiyah Zulaikha cedera.
"Saya okey!"
"HUWAAAAAAAARRRGGHH!!!" jerit AC Mizal menyertai perlawanan itu.
Ami terus menarik tubuh Safiyah Zulaikha ke tepi. Mereka mengelak ganas dari lawan itu.
"Kau duduk saja dekat tepi," kata Ami.
Safiyah Zulaikha duduk di pinggir arena itu, menyaksikan perlawanan. Ami kembali memasuki arena lalu menyerang dua lawannya itu. Setiap serangannya berjaya dielak Ismail Izzaini. AC Mizal pula kebas jikalau diserang. Ami sudah buntu. Safiyah Zulaikha melihat kawannya mati akal, terasa mahu membantu.
Sedang sibuk Ami memikirkan jalan untuk mengalahkan lawannya, tiba-tiba,…
Kepash!! Pukulan kerusi kayu mengenai badan Ismail Izzaini dari belakang.
Ismail Izzaini terjatuh lantas bangun dengan pantas. Dia melihat Safiyah Zulaikha memegang kerusi yang sudah patah dek pukulan tadi. Dia memandang AC Mizal. "Kau belasah perempuan tu!"
AC Mizal memandang tajam ke mata Safiyah Zulaikha, mendekati gadis kecil itu. Ami melihat Safiyah Zulaikha dalam bahaya lalu berlari ke arahnya. Malangnya, Ismail Izzaini sempat menahan Ami lalu menyerangnya bertalu-talu dengan nunchuck.
"Ami!" panggil Safiyah Zulaikha mula cemas melihat AC Mizal mendekatinya.
"LARI!!" jerit Ami, tegas.
AC Mizal menyerang Safiyah Zulaikha serta-merta. Mujurlah, gadis itu sempat mengelak. Ami yang cuba bertahan dengan serangan Ismail Izzaini, membalas serangan tiba-tiba. Muka remaja itu ditumbuk kuat. Tendangan Muay Thai menghinggap ke pinggul lelaki itu. Safiyah Zulaikha hanya mengelak setiap serangan dari raksasa itu. Habis barang-barang di situ berselerak terkena serangan AC Mizal.
Dbukk! Dbukk!! Pakk!! Krakk!! Ismail Izzaini rebah setelah menerima serangan tanpa henti itu.
Selesai juga satu masalah, desis hati Ami, lega.
"Ami!" panggil Safiyah Zulaikha berdiri di sudut ruang.
Ami memandang Safiyah Zulaikha, melihat gadis kebuntuan. Dia berlari ke belakang badan AC Mizal lalu memanjat badan raksasa itu. Dia duduk di atas bahu lalu menyerang kepala lawan. Safiyah Zulaikha mengambil kesempatan untuk menjauhkan diri. Dia sempat lagi mengambil nunchuck milik Ismail Izzaini lalu menyerang belakang badan AC Mizal. Ami bergerak turun dari badan raksasa itu lalu mengeluarkan pisaunya, terus menyerang. AC Mizal akhirnya rebah setelah ditikam dari belakang.
Dbukk!! Ami diserang dari belakang.
"Adoi! Sakitlah!" raung Ami memegang kepalanya lalu memandang belakang.
"Oh, maaf!" ucap Safiyah Zulaikha menunduk.
Ami melihat dua lawannya yang sudah tersungkur di lantai lalu kembali memandang Safiyah Zulaikha. "Awak nak air, tak?"
"Oh, boleh juga!"
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro