BAB 15-AC MIZAL IS BACK
DALAM kesibukan membelasah penjenayah, Ami dan Ayda Jebat menawan satu per satu kawasan bandar Shah Alam. Mereka berdua memeriksa setiap bangunan terutamanya kawasan industri.
"Ambik ni!" jerit Ami memberi tumbukan padu.
Dbukk!! Lawannya yang terakhir tumpas juga.
"Akak pun peliklah. Kenapa dia orang datang kilang ni sedangkan kilang ni kilang kimia?" kata Ayda Jebat, hairan.
"Entah. Mana Arif nak tahu?" balas Ami turut hairan.
Kepushhh!! Gas bocor mengeluarkan asap tebal.
Ami dan Ayda Jebat terus menutup hidungnya. Takut terhidu racun pula.
"Gas apa ni?" kata Ayda Jebat lalu terbatuk.
Mata Ami tertumpu pada susuk tubuh seseorang. "Siapa tu?"
Ayda Jebat melihat susuk tubuh tersebut. Seorang lelaki berbadan besar melangkah keluar dari asap tebal itu. Dahi Ami dikerut melihat lelaki itu.
"Tak… Tak mungkin!!" kata Ami tergagap.
Ayda Jebat memandang Ami, hairan. "Kenapa?"
"AC Mi… Mizal dah mati… sebelum ni!"
Throwback to HIPSTERIA (BAB 16–AC MIZAL)
Lampu dari tren menerangi stesen itu lagi. AC Mizal menarik kepala Ami keluar dari tong sampah lantas menolak Ami ke arah landasan. Kaki Ami memijak tebing platform manakala tangan pula cuba mengimbangkan badan. AC Mizal melihat lawannya masih bertahan lagi lalu berlari ke arahnya. Ami berjaya menstabilkan badannya lalu melihat lawannya datang dekat. Dia berganjak sedikit ke tepi. Kaki dilunjurkan. AC Mizal terlepas sasaran malah terjatuh ke atas landasan. Cahaya dari tren menarik pandangannya. Matanya terbuntang luas berserta mulutnya yang mengeluarkan jeritan. Jasadnya terus dirempuh tren itu. Ami tergamam melihat kejadian itu. Tren berlalu pergi. Jasad AC Mizal hilang dari pandangan. Ami terus melangkah keluar dari stesen terbiar itu.
End Throwback
"Kau bunuh dia?" kata Ayda Jebat kurang pasti.
Ami mengangguk laju. "Ya!"
"Aaaaaaaarrrgghhh!!!!" jerit AC Mizal, geram.
Jeritan itu menarik perhatian dua beradik itu. AC Mizal yang bertubuh lebih besar dari sebelum ini terus berlari ke arah dua beradik itu.
"Macam mana ni??" kata Ami mula cemas.
"Kita bunuh jelah!" kata Ayda Jebat mengeluarkan pistolnya.
Pistol dibidik ke tubuh AC Mizal lantas ditarik picunya.
Bang! Bang! Bang!
AC Mizal rebah serta-merta. Ami menghembus nafas lega.
"Selamat~" ucap Ami.
"Dah! Kita lapor pasal ni dekat kumpulan kita," kata Ayda Jebat, tegas.
"Huwaargghh!!" AC Mizal bangun semula.
"Apa!?" kata dua beradik itu serentak, terkejut.
AC Mizal berlari ke arah mereka, menyasarkan Ayda Jebat. Pistol dibidik lagi. Malangnya, AC Mizal sempat menyerang Ayda Jebat terlebih dahulu. Pistol terlepas dari genggaman. Ayda Jebat tersungkur ke lantai akibat ditolak kuat. AC Mizal bersaiz raksasa itu *bukan sebesar Hulk ya* terus menumbuk muka wanita itu.
"Kakak!!" jerit Ami, panik.
BUKK!! DBUKK!! BAKK!! Tumbukan kuat itu membuatkan Ayda Jebat menjadi lemah.
Ami menjadi cemas gila yang amat. Fikirannya buntu. Tiada jalan keluar. Matanya terlihat sepucuk pistol di lantai. Dia terus mengambil pistol itu.
Bang!
AC Mizal berhenti menyerang wanita itu. Dia menoleh ke belakang, terlihat Ami memegang pistol.
Bang! Bang! Bang! Tiada kesan langsung.
AC Mizal bangkit lalu menghampiri Ami, meninggalkan Ayda Jebat yang cedera teruk itu.
"Wupp! Uuwweeeeekkk!! Eerrkk!!" Ayda Jebat mengeluarkan darah dari mulut dengan banyak, lemah longlai di situ.
Ami melihat lawannya menghampirinya.
Bang! Bang! Klak! Klak! Peluru habis.
"Ah, sudah!" keluh Ami kian panik
AC Mizal terus berlari ke arah Ami yang bertubuh kecil itu lalu menyerangnya. Ami mengelak serangan itu. Sempat lagi menumbuk badan lelaki sasa itu. Tiada kesan sampingan langsung!
"Oh, TUHAN!!" ucap Ami terpegun.
AC Mizal menyerang Ami lagi. Ami sempat mengelak. Dia melihat tubuh Ayda Jebat di sebelahnya lalu mendekati kakaknya.
"Kak bawa pisau, kan?" kata Ami melutut di sebelah kakaknya.
Ayda Jebat memandang adiknya di sebelahnya. "Lari!! Tinggalkan akak!!"
"Tak boleh!! Kita keluar dari sini sama-sama. Kau tu akak aku!!" Ami membelek setiap poket uniform polis Ayda Jebat.
"Tak! Sebenarnya, aku bukan kakak kau dan kau bukan adik aku!"
Mata Ami terbeliak. "Apa?"
"Huuaarrrgghh!!!" jerit AC Mizal.
"Pergi!" kata Ayda Jebat, lemah.
"Tak, kita akan keluar dari sini sama-sama!" Ami mengambil pisau milik Ayda Jebat.
"Sebab aku cintakan kau tu yang suruh kau pergi!" arah Ayda Jebat sedikit tegas.
Ami terdiam seketika. "Akak cakap apa tadi?"
"Aku cintakan kau!"
Fikiran Ami menjadi berserabut. "Aarrghh!!"
Ami bangun lantas melontarkan pisau ke arah lawan. Pisau milik Ayda Jebat itu menusuk jantung AC Mizal. Lawan rebah terbaring. Ami melihat raksasa itu tidak mampu bergerak lagi.
"Selesai juga masalah!" ujar Ami, lega.
Pandangan dibuang ke arah Ayda Jebat. "Akak!"
Ayda Jebat sudah tidak sedarkan diri lagi. Ami memeriksa kadar nadi Ayda Jebat. Mujurlah, masih berfungsi. Ami menghembus nafas lega. Dia terus mendukung Ayda Jebat.
"Lepas akak sedar, akak tolong terangkan apa yang akak cakap tadi!" kata Ami kepada Ayda Jebat yang tidak sedarkan diri itu.
Selepas sahaja dua beradik itu beredar, tangan AC Mizal bergerak sedikit. Raksasa itu bangun. Pisau yang menusuk jantung itu terus dicabutnya. Dengan genggaman kuat, pisau itu hancur terus. AC Mizal bakal menyerang lagi.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro