Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 14-BERTAHAN

PETA bandar Shah Alam dibentangkan di atas meja.

"Okey, kita ada dekat sini. Kita cuma mempertahankan kawasan ni, ni dan ni!" kata Ayda Jebat menunjuk lokasi di peta itu.

"Kita nak pertahankan tiga tempat!!?? Kita bukannya cukup orang. Dia orang tu dahlah ramai. Lagipun, serangan dia orang lagi sakit tu, boleh mati tau, tak!?" kata Asthin terkejut.

"Guys, kita cuma nak pertahankan kawasan bukan nak tawan kawasan," balas Ayda Jebat, dingin.

"Kalau macam tu, kita berpecah!" kata Nico bersandar pada dinding.

"Aku setuju!" kata Faruq Suhaimi, akur.

"Kalau kita berpecah, kita boleh bertahan ke?" kata WARIS kurang yakin.

"InsyaAllah! Boleh! Kau orang semua kan orang kuat? Takkanlah kau orang takut pula?" cemuh Ayda Jebat, sinis.

"Takut? Mana adalah!" kata Alif mengerutkan dahi. "Right, guys?"

"Haa... betul tu!" kata Aman RA, akur.

"Nice! Kalau macam tu, empat orang pergi dekat barat. Empat orang lagi pergi timur. Biar aku dengan Arif settle dekat pusat bandar," terang Ayda Jebat.

"Okey, aku pilih WARIS!" kata Nico memegang bahu WARIS.

PUSAT bandar menjadi hiruk-pikuk di awal pagi itu. Ayda Jebat memberhentikan keretanya di tepi jalan yang sudah sesak teruk itu. Ami melihat sekelilingnya yang kucar-kacir.

"Dah kritikal sangat bandar ni!" kata Ami terpegun.

Ayda Jebat memandang Ami lalu menepuk bahu adiknya. "Jom!"

Mereka berdua menuruni kereta mewah itu. Langkah diatur mendekati beberapa orang yang sedang merosakkan sebuah kedai emas.

"Woi!!" jerit Ami mengeluarkan sifat marahnya.

Mereka-mereka di situ terus menyerang dua beradik itu. Ami dan Ayda Jebat turut menyerang mereka.

Dbukk!! Krraakk!! Urghh!! Bakk!! Arghh!! Krreeookk!! Eerrghhh!! Debushh!! Gedushh!! Bukk!! Bookk!!

Habis semua lawan tumpas.

"Boleh tahan juga dia orang ni!??" kata Ami mencekak pinggang.

Ayda Jebat menghampiri seorang lelaki lalu duduk di atas badannya. Kolar baju dipegangnya. "Siapa upah kau orang hah?"

"Aku takkan bagitau!" balas pemuda itu.

Dbushh!! Tumbukan kuat mengenai muka lelaki itu.

Lelaki itu rebah jua tak terkata.

BAHAGIAN timur bandar Shah Alam cuba dikawal Nico, WARIS, Aman RA dan Jay Park berhampiran dengan laluan KL-Shah Alam. Mereka berlawan di tengah jalan raya dengan ganasnya.

"Kalau macam ni setiap hari, penat kita nanti," kata Aman RA memandang rakannya yang lain lalu kembali berlawan.

"Entah! Tahap kronik dah ni!" kata Nico, akur.

"Lawan jelah sampai habis dulu! Nak sembang nantilah!" kata WARIS berlawan bermati-matian. "Tengok budak Kpop tu!"

Jay Park lebih banyak berdiam dan berlawan sahaja. Serangan Taekwando darinya habis memberi kesan mendalam terhadap lawannya. Pantas juga serangannya itu. Yang lain terpinga-pinga.

"Hebat!" puji Aman RA, kagum.

DI barat bandar Shah Alam semakin teruk keadaannya. Caprice, Ashtin, Alif dan Faruq Suhaimi bertarung dengan tangan kosong sahaja. Laluan Pelabuhan Kelang-Shah Alam cuba dikawal mereka.

"Hohoho... Kalau setiap hari macam ni, memang best dowh!" kata Alif teruja.

"Memang pun!! Hahaha!!" kata Ashtin berseronok membelasah lawannya.

Faruq Suhaimi hanya menari sahaja seraya menyerang semua lawannya. Kakinya banyak menyuap ke mulut lawan. Sekali-sekala bergabung serangan Caprice.

"Nice!" ucap Caprice berpuas hati.

Mata Caprice tertumpu pada Syamsul Yusof yang sekadar memerhatikan mereka dari tadi.

"S.Y.," kata Caprice mengerutkan dahinya.

Langkah diatur mendekati Syamsul Yusof yang bersandar pada tiang lampu.

Pin! Pin! Sebuah lori melalui di depan Caprice.

Setelah lori ais itu berlalu pergi, susuk tubuh Syamsul Yusof hilang dari pandangan. Caprice tercari-cari susuk tubuh itu.

Syamsul Yusof pasti merancang sesuatu, desis hati Caprice.

#vote

~~~★★★~~~

Minta maaf ya untuk part ni sebab agak kurang memuaskan. Penulis tak tau nak tulis apa sebenarnya. Please comment, guys if it's so boring!🙏

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro