Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 13-BEBASKAN, SATUKAN!

KERETA mewah milik Ayda Jebat berhenti di depan Pusat Koreksional Puncak Alam pada malam itu. Brek tangan ditarik.

"Terima kasih, kak sebab bawa sampai sini!" ucap Ami kepada Ayda Jebat.

"Sama-sama," balas Ayda Jebat.

Ami memandang Mimifly yang cuba menggodam kamera pengawasan di dalam penjara itu dengan komputer riba milik Ayda Jebat. "Dapat, tak?"

"Sekejap! Sikit lagi!" kata Mimifly menaip kekunci dengan pantas.

Bingo!

Mimifly memandang Ami. "Okey, boleh masuk!"

Ami membuka pintu kereta, mahu keluar.

"Ami, hati-hati!" pesan Safiyah Zulaikha.

Ami memandang gadis yang duduk di kusyen belakang bersama Caprice dan Mimifly itu. "Okey!"

Langkah diatur mendekati pondok pengawal penjara itu. Seorang pengawal keselamatan berdiri di muka pintu pondok itu. Ami mengintai sekeliling dahulu. Tiada seorang pun di situ. Inilah kesempatannya.

Kraakk!!

Pengawal itu diheret masuk ke dalam pondok pengawal. Ami bergerak keluar dari pondok itu setelah menukar pakaian, memakai uniform pengawal. Dia melangkah masuk dengan senangnya. Siap bersiul lagi.

Blok yang mengurung banduan yang dicekup Ami baru-baru ni dimasuki Ami. Matanya meliar malihat banduan di situ. Sebuah sel didekatinya. Pintu dibuka. Aman RA yang berkongsi sel dengan Faruq Suhaimi, melihat Ami berdiri di muka pintu sel.

"Cepatlah keluar! Aku nak minta tolong kau orang ni!" pinta Ami, dingin lalu beredar.

Aman RA dan Faruq Suhaimi kehairanan lalu berjalan keluar dari sel. Mereka melihat Ami membuka pintu sel yang lain.

"Alif, Asthin, keluarlah!" pinta Ami, perlahan tetapi sedikit kasar.

Ami melangkah ke sel sebelah lalu membuka pintu sel. Dia diserang tiba-tiba oleh Nico lalu terjatuh terbaring.

"Kenapa kau datang sini!?" kata Nico duduk di atas badan Ami seraya menumbuk muka Ami, kuat.

"Aku nak kita semua bersatu. Aku nak beritahu kau orang semua, Shah Alam sekarang dah huru-hara sebab ada geng baru buat kacau. Jadi, kalau bukan sebab dia orang buat kacau, aku takkan datang sini," kata Ami, dingin.

Nico bingkas segera, terkejut dengan kata-kata Ami itu. WARIS cuba menenangkan Nico. Ami bangun lalu mengesat mulutnya yang berdarah sedikit.

"Budak Kpop tu mana?" soal Ami.

"Hujung sana tu! Dia seorang sahaja," jawab Alif menunding jari ke arah sel di hujung koridor

Ami memandang sel tersebut lalu melangkah ke arahnya. Pintu sel tersebut dibuka.

"Hey! Let's get out from here!" ucap Ami, dingin.

Jay Park berjalan keluar dari selnya lalu melihat beberapa banduan yang dilepaskan Ami itu.

Tiba-tiba, seorang pengawal berjalan masuk ke kawasan itu lalu ternampak banduan terlepas. Walkie-talkie diambil. "Kod merah! Banduan terlepas!!"

Dbukk!! Pengawal itu rebah selepas ditumbuk Aman RA.

"Dah kantoi dah! Jom blah!" kata Ami, serius.

Mereka berlapan terus melarikan diri. Pengawal-pengawal di situ cuba menghalang tetapi diserang ganas oleh banduan terlepas itu. Kawasan penyimpanan kenderaan dipecah masuk mereka.

"Jom naik! Cepat!!" kata Ami menaiki trak milik penjara itu.

Banduan yang terlepas itu terus menaiki trak, mengambil tempat duduk di belakang. Enjin dihidupkan. Ami terus menekan pendikit trak itu. Beberapa orang pengawal mengepung pintu keluar

"Tembak!!" arah seorang pengawal yang berpangkat tinggi itu.

Tembakan peluru dari senapang dan pistol dilepaskan. Ami yang memandu, menunduk kepala. Trak banduan itu dipecut lebih laju lagi. Pengawal yang cuba menghalang trak itu terus berganjak ke tepi. Trak tersebut merempuh pintu pagar keluar lantas dipandu pergi dari situ.

"Okey, dia orang dah keluar!" kata Caprice.

Ayda Jebat terus memandu keretanya, membelakangi trak banduan.

KERETA Porsche dan trak banduan dipandu memasuki kawasan luar bandar lalu diletakkan di luar rumah kosong. Mereka semua menuruni kenderaan lalu melangkah masuk ke rumah terbiar itu.

Tuk! Tuk! Dum! Pintu dirempuh kuat oleh Nico.

Mereka memasuki rumah itu lalu melihat keadaan yang gelap dan beselerak di situ.

"Kenapa bawa kita orang ke sini?" soal Asthin, hairan.

"Sini, tempat yang paling selamat untuk sembunyi,… sebab dah tak ada tempat lain untuk sembunyi lagi," kata Ayda Jebat.

"Habis tu, kita nak buat apa sekarang?" soal WARIS pula.

"Kita bersatu. Amacam?"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro