EPILOG
BEBERAPA hari berlalu. Keadaan Fathia Latif semakin sembuh. Ami berjalan berdampingan di sisi sahabat perempuan itu, mengelilingi Tasik Titiwangsa.
"Tangan awak dah okey ke tu?" tanya Fathia Latif melihat biseps Ami tidak dibalut dengan kain lagi.
"Oh, dah okey semua!" balas Ami tersenyum.
Mereka melabuhkan punggung di atas bangku taman, menghadap tasik.
"Lepas ni, nak ke mana?" tanya Fathia Latif.
"Entahlah," balas Ami sepatah.
Fathia Latif melihat Ami berseorangan sahaja. "Mana bodyguard awak?"
Ami mengeluh kecil lalu berkata kuat, "Guys, boleh keluar, tak!? Aku tahu kau orang ikut aku dari tadi. Sam baca surat khabar. Fuzz di belakang pokok. Cat jadi cleaner bandaran. Sona memancing tepi tasik... dan Zizan, kau rendam dalam tasik, kan?"
Shaheizy Sam menurunkan surat khabar yang dibacanya. DJ Fuzz menampilkan diri dari belakang pokok. Cat Farish yang berpakaian seperti tukang sapu sampah, menanggalkan topeng mulut. SonaOne menoleh muka ke belakang seraya memegang batang joran. Zizan Razak pula munculkan diri dari permukaan tasik dengan topeng selamnya. Masing-masing memandang Ami.
"Akhir sekali,..." Ami menoleh muka ke kanannya, melihat Altimet memasak burger di situ. "...Altimet jadi peniaga dekat sini."
"Hei, aku kerja part-time dekat sini kot!" kata Altimet, serius.
"Ye ke?" Ami mengangkat kening kirinya.
"Yelah!"
"Kalau macam tu, burger nasi lemak dua!"
Altimet terkejut. "Woi!"
"Gurau je." Ami tersengih. "Okey, balik tempat masing-masing."
Semua 'pengawal peribadi' Ami kembali menyorok. Fathia Latif terpegun.
"Wah, dah jadi abang kawasan nampak!" kata Fathia Latif kagum.
"Tak adalah," balas Ami tersengih.
"Eleh, sendiri tak nak akui!" celah Altimet menyampuk.
Ami sekilas memandang Altimet dengan wajah dingin. "Kau buat kerja..."
Telefon Ami berbunyi membuatkan Ami hilang kata. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Ami melihat nama yang tidak tertera pada skrin.
"Siapa tu?" tanya Fathia Latif bersahaja.
"Tak kenal," jawab Ami, ringkas membiarkan telefon berbunyi.
"Alah, jawab jelah! Manalah tau ada benda penting," kata Altimet menyibuk lagi.
Ami memandang Altimet lagi, geram.
"Ha'ahlah, manalah tau! Tak apa. Take your time! Saya duduk sini saja," kata Fathia Latif, lembut.
Ami bangun lalu berjalan dari tempat duduknya. Panggilan dijawab.
"Helo! Boleh saya tahu siapa yang bercakap?" kata Ami, perlahan seraya menendang sebiji batu kecil ke dalam tasik.
"Ayda Jebat, kakak kau yang bercakap!" kata Inspektor Ayda Jebat.
Ami hilang kata. Sudah lama dia tidak mendengar suara kakaknya itu.
"Kenapa kak call Arif ni?" kata Ami kehairanan.
"Mama... baru meninggal."
Ami terkejut dengan kata-kata itu. Telefonnya terlepas dari tangannya. Air mata mengalir keluar perlahan-lahan. Kakinya lemah. Ami melutut di tengah-tengah lorong pejalan kaki. Dia menutup mukanya, menyembunyikan tangisannya.
"Arif? ARIF!? ARIF HAKIMI!! Aku nak kau balik Shah Alam juga! Aku ulang sekali lagi, aku nak kau balik Shah Alam juga!" kata Inspektor Ayda Jebat, lantang.
Panggilan diputuskan.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro