Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24-ZIZAN RAZAK

AMI melangkah ke arah arena di Kelab 357, lokasi terakhir untuk ditawan. Altimet tiba-tiba menghalang Ami dari depan.

"Tunggu dulu! Aku tak tahu apa masalah kau sampai kau join team Salam. Apa yang dah jadi dengan kau ni, Malique? Kalau kau nak join team Salam,..." kata Altimet, kecewa dan geram.

Loket pemberian Joe Flizzow yang dipakai Ami dari hari itu diambil Altimet dengan kasarnya. Ami hilang kata.

"...kau tak layak dapat benda alah ni!" tambah Altimet sebelum melangkah beredar.

Ami berwajah masam dengan pemergian kawannya itu. Langkahnya diteruskan ke arena. Dia memasuki arena lalu berdiri menghadap Zizan Razak yang menunggu ketibaannya.

"Bro, takkanlah pasal piza hari tu kau nak gaduh?" kata Zizan Razak tersengih.

Jari Zizan Razak dipetik. Seorang DJ memainkan lagu Kita OK (boleh didengar di video atas). Zizan Razak memghulurkan tangan ke arah penonton di luar arena.

"Bagi botol tu satu!" pinta Zizan Razak, selamba.

Botol arak diberikan kepada Zizan Razak. Pandangan Zizan Razak dialihkan ke muka Ami.

"Kau minum dulu. Baru kita mula!" ujar Zizan Razak, tenang.

Ami membuka penutup botol lalu membasahkan tekaknya. Air campuran buah itu membuatkan Ami berasa lega. Habis sahaja satu botol dihirupnya, pandangan Ami dibuang ke arah lawan. Zizan Razak tiba-tiba menyerang Ami dari depan. Ami rebah pada awal perlawanan. Dia terus disepak berkali-kali dalam keadaan terbaring. Ami tidak bersedia apa-apa lagi. Taktik Zizan Razak berkesan. Zizan Razak terus menyerang dan menyerang lagi tanpa henti. Kerusi lipat sengaja dicampak masuk ke dalam arena. Zizan Razak memberhentikan serangannya lalu mendekati kerusi itu. Ami bangun lalu berdiri menghadap Zizan Razak.

Pangg!!

Muka Ami mengenai kerusi lipat dengan derasnya. Ami sudah pening teruk lalu rebah lagi. Dia dipukul berkali-kali sampaikan kerusi yang digunakan oleh Zizan Razak itu menjadi patah. Zizan Razak mencampak kerusi itu lalu mengambil senjata baru, kayu hoki. Ami bangun sekali lagi lantas dipukul dari bawah dagu. Dia rebah terbaring. Perutnya dipukul bertalu-talu. Mulutnya terbatuk mengeluarkan darah. Kayu hoki terpatah dek serangan kuat dari Zizan Razak lalu dicampak ke tepi. Zizan Razak mengangkat Ami yang sudah lemah itu lalu menumbuk perut lawannya itu. Ami kian lemah untuk berlawan. Zizan Razak memberi tumbukan padu ke perut Ami, membuatkan Ami terpelanting ke belakang. Ami terbaring di sudut arena. Zizan Razak memandang para penonton di situ lalu meraih kemenangannya, merasakan dirinya sudah menang.

Ketangg!!

Zizan Razak rebah tertiarap dek pukulan batang besi dari belakang kepalanya. Ami masih mampu berdiri lagi. Dia melihat lawannya tidak mampu untuk bangkit berdiri lagi.

"Aikk!!? Baru pukul sekali, dah jatuh??" kata Ami, hairan.

Ami menyepak badan Zizan Razak perlahan-lahan. Badan lawannya tidak memberi tindakbalas langsung. Sudah pasti dia telah pengsan. Semua orang bersorak untuk Ami. Reputasi Ami kian melonjak menjadi legenda di situ. Ami melihat Salam berdiri di sudut kelab itu. Dia bergerak turun dari arena lalu mendekati Salam.

"Dah cukup! Semua kau dah ambil! Sekarang, mana dia awek aku tu!!??" kata Ami dengan penuh amarahnya.

"Rileks dulu! Aku nak kau selesaikan satu kerja ni! Lepas tu, aku akan bebaskan awek kau tu," ujar Salam, dingin.

Satu lagi?? Kerja apa pula kali ni? Desis hati Ami, geram.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro