Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 21-KHIANAT

KERETA dipandu masuk ke bawah bangsal. Ami menuruni keretanya seraya memegang telefonnya, masih berhubung dengan SonaOne melalui panggilan video.

"Thanks, bro pasal tadi!" ucap SonaOne tersenyum pada skrin.

"Tak ada hal punya! Okey, aku gerak dulu!" balas Ami melihat skrin telefonnya seraya mengatur langkah ke pintu belakang.

"Alright, see you later."

Ami menamatkan panggilan video itu. Dia melihat tombol pintu belakang rumahnya rosak. Perasaan curiga tertanam di dada. Pintu dibuka seluas-luasnya. Langkah diatur masuk ke dalam rumah yang gelap. Suis lampu dapur dibuka. Cahaya putih lampu pendafluor menerangi ruang dapur. Shaheizy Sam yang menunggu ketibaan Ami dengan kayu hoki, terus memukul belakang kepala Ami. Ami rebah lalu memusingkan badannya. Dia melihat Salam, Shaheizy Sam dan Fiquetional berdiri di depannya.

"Kau memang suka masuk tak bagi salam ke?" kata Salam, angkuh.

"Oh, tolonglah! Ni rumah aku!" kata Ami, geram.

Salam tertawa kecil lalu berkata, "Sekarang ni, itu bukan perkara yang nak dibincangkan. Aku nak kau sertai kita orang! Joe dah tak ada sekarang ni!"

"Aku dah bagitau kan sebelum ni! Aku tak nak..."

Salam mengeluarkan sehelai tudung yang pernah dilihat Ami lalu menghidunya. "Kalau macam ni?"

Mata Ami terbeliak melihat tudung biru muda milik Fathia Latif berada di tangan Salam. Dia bingkas. Serangan mahu dibuatnya tetapi dihalang Shaheizy Sam dan Fiquetional. "Tak!"

"Kenapa? Tak pernah tengok awek kau buka tudung ke?"

"Kau jangan nak apa-apakan dia!" Ami menjadi geram.

"Okey, boleh! Tapi, dengan satu syarat. Jangan sesekali cakap pasal ni dekat orang lain! Kalau tak, kau akan jumpa bangkai awek kau tu." Salam mengatur langkah keluar dari rumah sewa itu. "Jom kita belah!"

Dada Ami sudah sesak dengan ugutan itu. Fiquetional menolaknya jatuh lalu menyepak perut Ami sekali. Badan Ami dilangkah. Mata Ami melihat trio itu beredar dari situ. Fikirannya sudah buntu, tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi. Dia meratap di situ, merintih.

★★★

ALTIMET berborak rancak dengan seorang ahli Kru Joe Flizzow di estet bekalan tenaga elektrik. Dia melihat Ami muncul dengan muka masam. Tidak pernah Ami berwajah sedih itu. Takkanlah Ami putus cinta dengan Fathia Latif? Desis hatinya.

Ami tiba-tiba menumbuk salah seorang ahli Kru Joe Flizzow, mencari pasal. Altimet terkejut dengan tindakan Ami itu. Yang lain, cuba menghalang Ami tetapi turut dibelasah olehnya. Altimet melihat Ami berjaya menewaskan mereka semua yang berada di situ kecuali dirinya sahaja. Ami beredar dengan segera, terus hilang dari pandangan Altimet.

Apa yang kau cuba buat ni? Desis hati Altimet penuh keresahan.

★★★

TINDAKAN Ami yang kian agresif itu membuatkan ahli-ahli Kru Joe Flizzow terasa makin membenci Ami terutamanya orang atasan. Mereka sekadar melihat perbuatan Ami itu terlebih dahulu.

"Kenapa kau macam ni?" kata Altimet sebaik terserempak dengan Ami.

"Jangan kacau tepi kain orang boleh, tak?" pesan Ami, dingin.

Altimet melihat Ami mengatur langkah beredar setelah menawan satu kawasan untuk Salam. "Entah-entah kau join Geng Salam macam Fiq. Betul, tak?"

Ami terhenti langkah buat seketika sebaik mendengar kata-kata itu. Dia menoleh sedikit ke kanan sebelum memandang ke depan semula. Langkah diatur pergi dari situ. Memang tetap jangkaan Altimet.

"Kau jangan buat benda bukan-bukan, Malique!" ujar Altimet, perlahan.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro