Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 20-KERIANGAN SEMENTARA

TUMBUKAN dilepaskan berkali-kali ke arah Altimet. Altimet sekadar bertahan di tengah arena. Dia berjaya menggenggam tangan lawan lalu memutarbelitkannya. Lawannya mengerang kesakitan.Altimet melepaskannya. Lawannya menjadi tidak terkawal seraya meraung.

"Okey, cukup untuk latihan hati ni! Aku pun dah penat ni," kata Altimet tersengih seraya mencekak pinggang.

Ami yang menjadi pelatih itu masih tidak dapat menahan kesakitan. Dia menggulingkan badannya di atas lantai arena. "Okey, cukuplah dengan penderitaan ni! Pedih yang teramat ni."

Altimet melompat turun dari arena di tengah markas Kru Joe Flizzow itu. Dia melangkah masuk ke dapur. Zizan Razak dan DJ Fuzz bermain dam haji bersaiz 12×12  di tepi tingkap. SonaOne menjadi penonton perlawanan kecil itu. Fathia Latif tiba pada masa itu dengan satu beg plastik besar.

"Assalamu'alaikum, semua!" ucap Fathia Latif mengukirkan senyuman manisnya.

"Wa'alaikumussalam!" balas mereka tanpa memandang Fathia Latif langsung.

Ami lemah longlai untuk memandang punca suara itu sementara Altimet di dapur. Tiga yang lain pula obses terhadap permainan dam haji. Fathia Latif mengerutkan dahinya melihat mereka sebegitu.

"Saya bawa piza ni!" ujar Fathia Latif lagi.

"Betulkah!?" Zizan Razak sekilas menoleh muka ke arah Fathia Latif.

DJ Fuzz mengambil kesempatan untuk mengambil segelintir buah dam milik Zizan Razak seraya  menggerakkan buah dam haji miliknya. SonaOne menjadi saksi penipuan itu tetapi hanya membisu.

"Yalah!" kata Fathia Latif tersenyum.

"Zizan, kau kalau nak ngorat awek orang, laju! Cepatlah jalan!" pinta DJ Fuzz, selamba.

Pandangan Zizan Razak dihala ke papan dam haji semula. Dia perasan sesuatu. "Macam ada yang tak kena je?"

DJ Fuzz membisu, menyembunyikan senyumannya. Zizan Razak menolak sebiji buah damnya ke petak hujung lalu mengukirkan senyuman sinis.

"Naik haji doh!" kata Zizan Razak teruja sedikit.

Fathia Latif mendekati mereka bertiga. DJ Fuzz tersenyum sinis lalu menggerakkan buahnya, makan dua biji buah dam lawan. Satu petak lagi sahaja buah tersebut menjadi haji. Dia ketawa.

"Dam kau tinggal satu je. Nak buat macam mana tu?" kata DJ Fuzz, sinis.

Zizan Razak berfikir seraya melihat kedudukan beberapa buah dam milik DJ Fuzz yang tinggal tujuh itu. Dia mendapat jalannya. Buah dam hajinya digerakkan memakan buah dam lawan satu per satu sampailah buah dam yang terakhir. Zizan Razak menang juga biarpun dia tidak sedar dirinya telah ditipu tadi. DJ Fuzz terpinga-pinga. SonaOne tertawa kecil melihat si penipu kalah.

"Main tipu pun kalah!" sinis SonaOne tersengih.

Zizan Razak sekilas memandang DJ Fuzz. "Kau main tipu!"

DJ Fuzz membisu tetapi SonaOne memberi jawapannya, hanya mengangguk tanda mengiakan. Zizan Razak berwajah dingin seketika lalu ketawa besar.

"Penipu kalah! Hahaha!!!" tawa Zizan Razak.

SonaOne memandang Fathia Latif yang berdiri di sebelahnya. "Tia, where's the pizza?"

"Oh!" Fathia Latif mengeluarkan sekotak piza dari beg plastik lalu meletakkannya di atas meja di depannya. "Jemput makan ya!"

Tiga lelaki tampan itu mengucapkan terima kasih. Zizan Razak sempat menambah kata. "Tia pun maghi makang sekali!"

"Eh, tak apalah!" kata Fathia Latif menolak pelawaan itu lalu melihat sekeliling, tercari-cari susuk tubuh Ami. "Ami mana?"

"Oh, dia..." kata DJ Fuzz tersekat.

"Dekat sini~" kata Ami, lemah.

Fathia Latif memandang punca suara itu lalu melihat Ami berbaring di atas gelanggang. Dia terkejut. Langkah diatur menghampiri sahabatnya itu. Dia menaiki gelanggang itu.

"Tangan aku~" kata Ami, lemah.

Fathia Latif memegang lengan Ami yang sakit itu. Ami merintih kesakitan sebaik disentuh. Tangannya terus...

Krraakkk!!!

Jeritan Ami bergema di bilik itu. Fathia Latif serta-merta menampar muka Ami berkali-kali. Jeritan Ami hilang. Hanya tamparan kuat itu bergema. Fathia Latif berhenti menampar lalu memegang kedua-dua bahu Ami. Dia membimbing Ami untuk berdiri dan bergerak keluar dari arena. Mereka melabuhkan punggung di atas sofa. Altimet melangkah keluar dari dapur seraya memegang secawan kopi panas lalu melihat Fathia Latif merawat lengan Ami.

"Amboi~!" ucap Altimet sepatah berdengung. "Nampak molek di situ."

Telefon Altimet berdering lalu dikeluarkan dar poket seluar. Panggilan dijawab. "Ya, Altimet bercakap... Apa!?" Terkejut.

Semua memandang riak wajah Altimet yang serbu terperanjat. Zizan Razak mengambil kesempatan untuk mengambil piza lagi.

"Okey, kita orang datang sekarang! Buat masa ni bertahan dulu!" pinta Altimet, serius lalu menamatkan panggilan.

"Kenapa tu?" tanya Zizan Razak, selamba.

"Tempat kita dah kena serang, Kelab Zouk," Altimet menghirup airnya yang masih panas.

"Tempat aku tu! Biar aku pergi settle," kata SonaOne bingkas, geram.

"Aku ikut," ujar Ami turut bangun.

"Okey, kau orang pergilah! Good luck!" pesan Altimet.

"Hah, saya pun ada hal ni! Saya balik dulu eh," kata Fathia Latif.

"Yalah. Hati-hati balik tu!" pesan Ami.

Fathia Latif melangkah keluar dari markas itu.

"Amboi, siap berpesan lagi! Doh sampai kemuncak doh drama Sinetron ni! Tanyolah bilo nak jumpo mak abah dio tu," celah Zizan Razak, selamba.

"Sibuklah kau ni," kata Ami, dingin. "Jomlah Sona! Kita gerak dulu!"

SonaOne dan Ami terus melangkah keluar bersama. Mereka bergegas ke lokasi pertempuran itu.

★★★

SEMUA orang bersorak untuk SonaOne yang telah menumpaskan lawannya di tengah Zouk Club KL. Dua lawannya tiba-tiba muncul ke tengah arena.

"Whoa! Come on, man! This isn't fair," keluh SonaOne memcebik.

Ami muncul di sebelah SonaOne. "Don't worry! I'm here!"

Mereka terus bertarung dua lawan dua serta-merta.

★★★

FATHIA Latif memberhentikan kereta Perodua Axia di hadapan lampu merah. Dia memandang ke kusyen sebelahnya. Kenapalah aku tak ikut Ami sekali!? Dia tu bukannya tahan kuat manapun. Bila tangan dia ke, kaki dia ke, kena patah, mesti dia cari aku! Dia boleh jaga diri ke tu? Haih~, desis hati Fathia Latif keresahan.

Sebuah trak pikap Ford Ranger dipandu laju ke arah kereta Axia milik Fathia Latif dari belakang. Fathia Latif tidak menyedari kemunculannya kerana radionya dipasang dengan volume yang tinggi. Dia menyanyikan Keluarkan Aku dengan asyiknya.

Baammm!!!

Kereta kecil itu terpelanting ke depan lalu mengenai beberapa buah kenderaan yang sedang melintasi persimpangan di tengah mukim Bukit Bintang itu. Fathia Latif terjerit-jerit seraya bertahan dalam kemalangan itu. Keretanya terhenti di tengah persimpangan. Dahi kirinya lebam, mengalirkan darah. Fathia Latif yang separuh sedar itu melihat sekelilingnya. Cahaya lampu depan menyuluhi muka Fathia Latif. Pandangan wanita itu ditoleh ke kiri lalu ternampak kereta Subaru Impreza dipandu laju ke arahnya. Matanya terbeliak. Dalam keadaan yang tergentar-gentar itu, mulutnya sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum semuanya gelap-gelita.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro