Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Introduction 𝓗𝓲𝓶 𝓪𝓷𝓭 𝓗𝓮𝓻.

Pang !

Pipinya dipegang perlahan, matanya membulat memandang gadis dihadapannya itu. Tidak percaya dirinya baru sahaja ditampar oleh seorang gadis.

"Kau!" Matanya mencerlung tajam memandang wajah marah milik gadis itu. Seumur hidupnya tidak pernah lagi sesiapa pun naik tangan terhadap dirinya. Namun gadis dihadapannya ini benar-benar berani.

"Kau siapa nak tampar aku sial?!"

↢❅↣

"Wanna go out with me?" Dia menyoal dengan penuh kelembutan sambil memandang gadis itu. Bibirnya mengukir senyuman manis. Cuba untuk menarik perhatian gadis dihadapannya itu.

Gadis itu mencebik bibirnya dan memandang ke arah lain, tidak suka melihat wajah lelaki itu.

Menyampah!

Tak habis-habis mahu mengganggu ketenteraman hidup dia.

↢❅↣

"Kau nak apa lagi?! Tak cukup ke kau ganggu hidup aku?! Tak penat ke hah?! Aku penat tahu tak!" Tengking gadis itu kepada lelaki dihadapannya itu.

Sungguh dia pening kepala mahu menghadap perangai lelaki itu. Sudah hampir sebulan lelaki itu mengganggu hidupnya.

"Aku cuma nakkan kau." Balas lelaki itu sambil memandang gadis itu tanpa sebarang senyuman dibibir merahnya.

"Kau faham bahasa tak, aku tak nak kau. Aku. Tak. Nak. Kau!"

↢❅↣

"Kau nak lari mana lagi?" Soal lelaki itu perlahan, dia menyandarkan badannya pada daun pintu rumah itu.

Matanya memandang tajam ke arah gadis yang sedang berusaha untuk membuka pintu pagar rumah itu.

"Suka hati akulah nak lari mana pun, kau sibuk apahal? Buka pagar ni!" Balas gadis itu sambil menepuk-nepuk pintu pagar itu dengan kuat.

Jika sahaja pintu pagar itu tidak tinggi, sudah lama dia memanjat pintu pagar itu.

"Masuk!"

↢❅↣

"Fine! Kalau kau nak sangat kahwin dengan aku, apa kata kita mati sama-sama. So dekat neraka nanti bolehlah kita kahwin." Balas gadis itu pasrah. Dia memandang wajah lelaki itu dengan geram.

"Sure, kita mati sama-sama. Kau nak mati macam mana? Mati kena langgar? Mati kena tikam? Mati kena bakar atau kau nak mati sebab racun?" Soal lelaki itu semula dengan riak wajah teruja. Dia memandang wajah gadis itu sambil tersenyum lebar.

↢❅↣

"You are crazy, Hyrl Irz Mayt!"

"Yes, you drive me crazy, Hechy Eairy Rechy."

↢❅↣

𝓗𝓲𝓶 𝓪𝓷𝓭 𝓗𝓮𝓻.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro