Epilog
"Kenapa bunga matahari ini layu?"
Hana pernah bertanya, sewaktu dia dan Penonton duduk di bawah sebuah pohon. Kedua-dua kanak-kanak itu menatap bunga matahari yang sudah layu. Sejak pertemuan mereka sebelum ini, Hana suka benar datang ke tempat Penonton. Penonton sendiri menyuruh Tanpa Nama menghalau kabus pergi. Kononnya, kabus itu mengganggu pandangan.
Tanpa Nama waktu itu sekadar merenung Penonton, tetapi akur.
"Mungkin dia sunyi sebab tiada kawan," balas Penonton, melupakan ingatan lepas. "Penghibur suka patahkan batang bunga batahari."
"Apa?"
"Tiada."
Hana tiba-tiba mengambil botol air dan membuka penutupnya. "Hei... Penonton. Macam mana kalau kita jaga bunga ini? Mungkin bunga ini boleh sihat semula."
"Kalau macam itu... boleh aku minta sesuatu?"
"Cakap sahajalah."
Penonton terdiam, seperti berfikir. Walaupun dia diam, tetapi tatapannya jelas menunjukkan bahawa dia gugup.
"Apa rasanya, ada nama seperti manusia?"
Hana terkelip-kelip memandang Penonton. "Pelik betul soalan kau."
"K-Kalau begitu, aku pun mahu nama cantik macam kau!"
Hana menguis dagu beberapa kali. Barulah kanak-kanak itu menunjuk jari telunjuk. Mendapat idea.
"Aku suka nama watak kartun kegemaran aku." Hana tersengih-sengih. "Apa kata nama kau, Eva? Senang diingat."
Penonton perlahan-lahan menarik senyuman, sebelum dia mengangguk.
Beberapa hari kemudian, apabila mereka kembali ke tempat bunga matahari untuk disiram lagi, mereka berdua terkebil-kebil.
Bunga matahari sudah hilang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro