Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pulang sebentar

Meja makan istana yang memuatkan 50 orang itu dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan lazat. Kerusi-kerusi pun sudah hampir penuh dengan ketibaan sultan dari pelbagai negeri yng dijemput sama.

Sultan Pasha bangun dan serta merta keadaan hingar bingar menjadi senyap sunyi.

"Beta ucapkan selamat datang kepada semua ketua kerajaan negeri dan kerabat yang datang pada majlis kecil beta hari ini."

"Memandangkan semua sudah ada, marilah kita menjamu selera dahulu. Selepas itu baru kita berkumpul di ruang tamu diraja ya."

Semua kerabat yang ada mengangguk dan mula menjamu selera. Selain makanan kampung, ada juga makanan barat yang terhidang seperti udang, ketam dan sotong besar-besar fresh dari negeri Biru yang terkenal dengan makanan laut.

"Ayahanda dan bonda sihat?" Darma bersuara disebalik hingar-bingar keluarga diraja lain di meja makan itu.

"Alhamdulillah. Sihat orang tua." Bonda tersenyum menatap wajah kacak anakanda kesayangan.

"Eh jemput makan Arjuna. Jangan malu-malu." Baginda permaisuri menambah. Anak muda itu hanya tersenyum mengangguk mengambil daging masak merah dengan sudu bertatahkan emas yang tersedia.

"Bagaimana dengan pengembaraan anakanda? Sudah sampai mana anakanda berkelana?" Sultan Pasha meletakkan sudu dan garfu dengan sopan. Segera dayang mengambil pinggan kosong di hadapan baginda.

Baginda memang makan sedikit. Hendak jaga kesihatan katanya. Memang betul, di usia pertengahan abad, Sultan Pasha masih tegap dan bebas dari pelbagai penyakit yang biasa dihidapi oleh kebanyakan orang yang  seusia dengan baginda.

Cukup karbo, protein dan sayuran, dengan sejemput nasi. Baginda akan berhenti makan setelah itu.

"Alhamdulillah. Setakat ini sudah lebih 10 negeri anakanda berkelana. Banyak benda yang anakanda telah belajar." Andika mencapai segelas air sirap bandung.

"Syukurlah jika begitu. Ayahanda banyak menerima utusan terima kasih atas bantuan anakanda menyelesaikan masalah sahabat ayahanda. Syabas ayahanda ucapkan."

"Alahai, kanda. Pasti bangga kan nama kanda semakin melonjak naik sejak kebelakangan ini." Cebik Permaisuri Puteri sambil mencubit suaminya.

Sultan Pasha hanya menghambur tawanya. Darma dan Arjuna hanya berbalas pandang. Ada yang dia tak tahu ke?

"Sudahlah adinda. Andika melihat tu. Malulah!"

"Kisah apa adinda. Kanda suka bukan kalau ada isteri ramai?" Masam cemberut wajah Permasuri menjeling wajah riang suaminya.

"Huh, ayahanda nak kawin lain?" Bulat mata Putera Andika Darma mendengar kata-kata bonda.

Lagilah kuat baginda melepaskan tawa.

"Sudah, jangan percaya sangat ulah bondamu itu. Tak ada apalah Darma.  Bondamu hanya cemburu."

Permaisuri hanya makan dengan wajah masam. Enggan melayan suaminya yang tersenyum simpul di sisi.

"Jangan risau sayangku. Cinta kanda hanya pada adinda seorang sahaja." Baginda mencuit perlahan dagu isteri kesayangannya itu.

"Ah, kanda tipu. Kenapa kanda senyum pada perempuan itu? Kanda suka, bukan?" Jeling permaisuri tajam.

"Iyalah, dinda tahu, dinda sudah tidak secantik dulu. Kedut di muka mulai ada. Badan pula tidak seramping macam muda dulu."

"Eh, bonda masih jelita lah! Malah masih nampak muda!"

Darma mencelah. Memang benar, bondanya masih kelihatan awet muda. Jika mereka berjalan bersama, pasti tidak ada yang menyangka itu adalah bondanya!

Permaisuri tidak jadi mahu mencelah. Moodnya bertukar ceria semula. Segelas sirap bandung dicicip perlahan.

"Nasib ada anakanda yang sejukkan hati bonda. Bukan seperti ayahandamu, malah membakar hati bonda ini!"

Darma hanya memandang wajah ayahanda dengan tanda tanya. Baginda hanya menjungkit kening menandakan bahawa cerita akan menyusul kemudian.

"Tidak ada apalah, bonda. Nanti esok, Andika menempah tempat di kolam air panas ya. Bonda patut pergi menenangkan hati di sana. Mungkin bonda penat melawat kampung rakyat jelata ini."

Permaisuri hanya tersenyum. Menghela nafas berat. Mungkin benar ulah anakandanya itu. Penatnya masih tidak hilang berjalan jauh.

"Terima kasih anakanda bonda." Satu ciuman diberi di dahia anakandanya itu.

"Eh, kanda?" Sultan menadah pipinya ke arah permaisuri.

Permaisuri hanya menjeling tajam sebelum bangkit dari kerusi.

"Tua-tua gatal!" Baginda hanya tergelak kecil dengan jelingan manja isterinya itu.

"Bonda ke perpustakaan dahulu bersama permaisuri yang lain ya."

Darma hanya menangguk dengan hilaian tawan. Terhibur melihat gelagat bonda dan ayahanda yang seperti pasangan muda.

"Tenang ayahanda. Rasanya bonda marah sekejap saja tu. Nanti okaylah tu."

Sultan tersenyum.

"Ya, ayahanda tahu. Beginilah orang perempuan, Andika.  Nanti kamu akan merasa juga. Hah, bila agaknya kamu mahu beri ayahanda menantu?"

Darma buat muka.

"Eh, anakanda gembira solo begini. Nantilah apabila berjumpa yang sesuai."

Baginda hanya mengangguk faham.

"Ayahanda faham. Ayahanda pernah muda juga. Tak apalah, kamu nikmati hidup bujang dahulu. Sudah berkeluarga nanti, berat tanggungjawab, banyak pengorbanan."

Darma tersenyum. Mujur ayahanda faham.

"Ayahanda beransur dahulu ya. Mahu ke ruang tamu diraja melayan sahabat ayahanda."

"Baik ayahanda." Darma bangun bagi menunjukkan rasa hormat terharap ayahandanya yang mahu beredar dari meja makan diraja.

Darma kembali duduk. Arjuna yang senyap di sisi disiku perlahan.

"Haih, mengapa senyap?"

"Aku segan dikelilingi kerabat diraja semuanya."

Nasi di dalam pinggan pun tidak luak. Nervouslah katakan. Dikelilingi oleh keluarga diraja semuanya. Semua perbicangan di meja makan berkisarkan kehidupan mereka.

Sini politik.
Sana protokol istana.
Situ perebutan tahta.
Sinun Hal menteri.

Kekok dia dibuatnya. Selebihnya dia hanya mampu mendengar ulah Darma dan kedua orang tuanya. Apabila Permaisuri buat lawak, dia hanya tumpang gelak.

"Haish, kau macam tak biasa. Kaukan pengawal peribadiku. Haruslah makan bersamaku."

"Masalahnya, pengawal dan pengawal peribadi lain makan di ruang lain. Bukan di meja mewah serba panjang ini!"

Darma hanya tergelak. Dia faham akan rasa kekok itu.

"Tu, Putera Negeri Rembulan dan Awanan turut membawa Pengawalnya makan sekali."

Darma menunjuk ke arah bahagian tengah meja makan diraja.

"Eh benarkah? Jika begitu hilanglah sedikit rasa kekoknya."

"Dah, sambung makan. Pelik aku melihatmu makan sedikit begini."

Darma menjulingkan mata melihat nasi di pinggan sahabatnya tidak luak.

Arjuna hanya ketawa kecil.

"Iyalah, ni aku ambil sotong dan ketam."

Keadaan hingar bingar kerabat diraja yang saling bertanya khabar dan berbincang mengenai kerajaan masing-masing.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro