Majlis diraja-The end
Pagi itu suasana tenang dengan bunyi kicauan burung keluar mencari rezeki. Perkarangan istana sudah dibanjiri dengan tetamu diraja yang datang dari pelusuk negeri.
Arjuna tersenyum lebar melihat Putera Darma sibuk melayani tetamu yang hadir. Disisinya juga berdiri Sultan Pasha dan permaisuri yang tidak lekang dengan senyuman.
Syukur sahabat. Akhirnya kau menemui jalan bahagiamu jua. Setelah kau lelah dengan persoalan masa lalumu, dalam perjalanan kau mencari diri sendiri. Aku tumpang bahagia, Darma.
Dia tersenyum sendiri.
"Abah...Chempaka lapar..."
Dia menunduk apabila merasa tangannya digengam oleh jari kecil. Chempaka tersengih dengan mata bulatnya memandang wajah ayahnya lama.
Pipi gebu itu dicubit sebelum tubuh kecil dibawa dalam dukungan.
"Bonda mana, sayang?"
"Tuuu.. di sana..." Muncung si kecil.
Arjuna melebarkan pandangan pada sekumpulan wanita yang rancak berbual dengan mesra.
Itu pasti rakan sekampung Mawar. Getus hatinya.
"Mari ayah bawa Chempaka makan ya."
Tersengih si kecil itu dalam dukungan si ayah.
"Chempaka nak lima donut ya, ayah!"
Dia hanya tergelak kecil mendengar coleteh anaknya itu.
"Amboi, sampai lima? Tak sakitkan perut tu nanti?"
"Tak! Chempaka janji akan habiskan. Tak baik membazir kan ayah? Itu amalan syaitan!"
"Iya, nak. Tapi sebelum tu kita makan nasi dulu ya. Nanti baru kita makan donut .."
"Okay, ayah, boleh!"
Si kecil itu menayangkan sebaris gigi putihnya tatkala ayahnya melepaskannya dari dukungan untuk mengambil makanan di atas meja.
"Wah! Banyaknya makanan ayahh!"
Mata si kecil membulat teruja melihat pelbagai makanan yang terhidang.
Arjuna cuma mengangguk. Pinggan yang berisi sedikit nasi, ayam masak merah dan dalca diletakkan di hadapan anaknya. Tangan anaknya dibasuh cermat dengan air basuhan yang tersedia di setiap meja tetamu.
"Nah, makan dulu ya. Ayah mahu ambil nasi ayah pula."
"Baik!"
Laju sahaja tangan kecil itu mencapai pinggan dan mula menjamu selera. Matanya sesekali meliar memerhati gelagat tetamu yang hadir.
🦋🦋🦋
Mawar tersenyum melihat gelagat anaknya. Bahunya dicuit perlahan. Terangkat bahunya kerana terkejut.
"Tengok Juna ke tuu?"
Bahu Dahlia ditampar perlahan diiringi gelak kecil gadis itu.
"Aku tengok anak aku lah!" Mawar membuat muka cemberut.
Kuih bakar, kaswi dan tepung beras dalam pinggan dihadapannya membuatnya lapar. Dicapai sepotong kuih bakar.
"Eleh, macam aku tak tahu kau sudah berbaik dengan dia kan? Rujuklah semula, Mawar. Dia seorang lelaki yang baik."
Mawar hanya diam merenung Arjuna yang leka melayan anak perempuan mereka.
"Aku..."
Dahlia menghela nafas pendek.
"Kau masih sayangkan dia kan? Kalau dia ajak rujuk, rujuklah. Mana tahu boleh bagi Chempaka adik satu dozen? Ramailah anak buah aku nanti. Yahoo!"
"Aduh!"
Gadis berambut tocang itu mengaduh apabila lengannya dicubit perlahan.
"Kau merepek lagi, aku sumbat dengan kuih ni ya!" Mawar membulatkan mata tanda geram.
Dahlia hanya tergelak kecil.
"Betul kata Dahlia tu, Mawar. Rujuk sajalah kamu berdua. Dalam hatinya hanya ada kamu, Mawar. Ramai mahu jadikan menantu pun dia tolak mentah-mentah. Kuat sungguh cintanya padamu."
Seorang lelaki berpakaian segak menyampuk perbualan mereka.
"Putera Darma.."
Lelaki itu tergelak kecil.
"Tak usah formal dengan saya. Panggil Darma sahaja. Saya kawan baik suami kamu, Mawar."
"Er, bekas su..."
"Kita rujuk Mawar? Abang masih sayangkan Mawar." Arjuna muncul sambil mendukung Chempaka yang sudab lentok tertidur atas bahunya.
"Uhukk!" Mawar tersedak mendengarkan ayat itu.
Terkocoh-kocoh lelaki tampan itu mengambil air lalu disua pada wanita kesayangannya.
Chempaka sudah beralih kepada Dharma.
"Mari Chempaka. Ibu dan ayahmu mahu beri kamu adik lagi gamaknya."
Mawar membulatkan mata mendengarkan ayat nakal Dharma yang berlalu bersama Chempaka.
"Semoga berjaya!" Dahlia turut membuntuti langkah Dharma.
Mawar hanya menunduk merenung bawah. Dia segan sebenarnya.
"Kita rujuk ya, sayang? Abang janji akn bahagiakan mawar hingga akhir nafas abang."
Dia hanya diam. Mulutnya seperti digam. Namun hatinya berdetak kuat.
"Atau, Mawar masih tak maafkan abang lagi?"
Lelaki itu membelakanginya merenung keramaian yang sedang menjamu selera.
"Eh bukan begitu. Mawar sudah ikhlaskan semuanya, abang. Sungguh!"
"Habis tu? Mengapa Mawar tidak sudi?"
Arjuna merenung langit yang cerah. Cantik betul langit petang ini. Sedikit sebanyak meredakan gundah gulana dalam hatinya.
Mawar tak sayangkan dia kah?
Atau dia sudah ada yang lain?
"Abang..."
Dadanya berdebar kencang. Betul sudah ada orang lain? Sudahnya dia macam mana?
"Mawar..."
"Dah ada orang lain kah?"
Mawar tergelak kecil.
Eh gelak pula dia. Jawablah soalan dia tadi!
"Mawar sudah ada yang punya. InsyaAllah dalam masa terdekat kami akn disatukan."
BAM!
Lemah lututnya terasa. Kepalanya seperti dipanah petir mendengarkan ayat itu dari wanita kesayangannya.
"Oh, siapalah agaknya lelaki bertuah tu kan? Abang ucapkan tahniah ya."
Dia mula melangkah pergi dengan longlai. Hatinya sudah hancur berderai mendengar berita tersebut.
Hari itu merupakan hari paling buruk dalam sejarah hidupnya!
🦋🦋🦋
Chempaka yang nyenyak tidur diselimutkan perlahan. Pipi si kecil dicium sekilas sebelum dia bangun menuju ke bilik tidurnya.
Arghh mengantukny hari ini. Maklumlah sehari suntuk melayan tetamu tidak berhenti tadi.
Kini tubuhnya memerlukan rehat yang cukup. Tubuh kecilnya dihempaskan atas tilam. Selesa betul.
Ketika dia bergolek ke tepi, dia terlanggar sesuatu. Dahinya berkerut seribu.
Apa yang berketul-ketul ni? keras pula tu?
Matanya membulat besar apabila wajah Arjuna terhidang di depan mata. Dia cuba untuk mengawal rasa terkejutnya itu.
Mujur lelaki itu sedang nyenyak tidur. Dia menghela bafas perlahan. Maklumlah selama ini, dia tidur seorang.
Tiba-tiba bila ada lelaki asing di sebelah, janggal pula rasanya. Wajah tampan arjuna ditenung perlahan.
Dari kening yang cantik terbentuk, turun mata, hidung, dan bibir yang merah.
Indah sungguh ciptaan Tuhan ya!
Dia tersengih sendiri sebelum memejamkan mata. Bantal peluknya dipeluk erat. Semoga nyenyak tidurnya malam ni ditemani suami tercinta!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro