Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kolam renang diraja

Air tenang direnung tidak berkelip. Usai solat maghrib, dia terus ke situ. Suasana rumah tetamu di Istana ayahanda Darma sangat indah. Dengan pokok disusun rapi ditepi kolam menambahkan seri suasana.

"M-maaf tuanku."

Bakawali mengangkat muka. Seorang gadis berpakaian biasa berdiri dihadapannya.

"Patik mahu berterima kasih tentang perkara siang tadi. I-ni ada hadiah yang seberapa dari saya untuk tuanku puteri."

Puteri Bakawali menghadiahkan senyuman paling manis dan menerima sapu tangan itu dengan hati gembira.

"Tiada masalah, Seri. Kalau terjadi pada sesiapa pun, akan beta tolong. Lelaki itu sangat sombong. Huh, benci beta mengingatkan lelaki berambut bulu jagung itu!"

"Terima kasih tuanku. Patik beredar dulu ya. Ada tugas di dapur." Seri tergelak kecil mendengar luahan puteri raja itu.

"Baiklah. Terima kasih ya, Seri. Cantik sapu tangan ni. Beta suka."

Sengihan Puteri Bakawali membuatkan Seri tersenyum gembira. Mujur puteri suka.

"Patik yang kait sendiri tuanku. Patik beredar dulu ya."

"Baik, hati-hati. Kalau bulu jagung itu menganggu kamu lagi, beritahu beta ya!"

Seri mengangguk tersengih sebelum perlahan beredar dari situ.

🌹🌹🌹

Petang itu angin petang berarak perlahan. Warna langit sudah bertukar oren menandakan senja akan memunculkan diri sebentar lagi.

Lelaki berambut paras bahu sedang merenung langit. Seakan hendak tembus awan yang bergerak perlahan itu.

"Argh!?"

Dia menjerit bagi melepaskan rasa geram yang meragai jiwa sejak kelmarin. Rasa kesal, sedih dan kecewa bercampur baur. Kepalanya terasa kembang kerana terlalu banyak fikir.

Prakk!

Lantai bangsal yang sudah sedia reput berkeriuk patah dua apabila terkena tumbukan pemuda itu.

Kelihatan darah menitis dari celah jarinya namun tidak dipedulikan. Rasa sakit di hati lagi terasa berbanding luka di jarinya itu.

"Juna!"

Dia tidak berpaling. Matanya masih mendongak merenung langit oren. Dahinya berkerut tiga lapis menandakan dia terlalu stress saat itu.

"Hei, tangan kau luka!"

Dia menepis tangan kasar yang mencuit bahunya. Sekaligus menyedarkan dia bahawa ada darah mengalir di celah jarinya.

"Jom balik. Cuci luka. Malam ni kita lepak beranda. Melati ada hantar nasi tadi. Kau tak makan sejak semalam, tahu?" Darma bersuara.

Dia hanya mengeluh kasar. Rambutnya sudah serupa sarang tebuan. Tidak disikat rapi seperti selalu.

"Juna,setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau kau mogok begini, masalahmu akan selesai kah?"

Darma mencuba dari sudut psikologi pula. Cuba memancing perhatian sahabatnya yang kusut itu.

"Hmm.." Arjuna hanya mengumam seraya menyarung selipar jepunnya dan menonong berjalan.

Parah betul ni. Darma menggeleng. Dia menarik lengan sahabatnya untuk mengikutnya pulang ke rumah.

Dia ada mengajak Mawar dan Orkid ke rumah. Harapnya wanita itu datanglah. Harapnya malam ini akan terungkai segalanya.

Sahabat arwah ayah Mawar pun dipelawa juga. Ada sesuatu perlu dirungkaikan malam ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro