Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kelahiran Putera

Imbas kembali...

30 tahun dahulu, Istana Seloka, Negeri Cahaya Bulan.

"Permaisuri telah melahirkan seorang bayi lelaki. Kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat." Umum seorang pengawal istana kepada seisi balairungseri.

"Alhamdulillah!"

"Syukur."

"Dapatlah mewarisi kerajaan ini suatu hari nanti."

Seisi istana mengucapkan syukur yang tidak terhingga kehadrat Illahi. Para pembesar, para menteri, dan para ahli kerajaan turut hadir ke istana untuk menyambut berita gembira ini.

Namun ada satu sosok yang bermuram durja. Selendang merah direntap perlahan. Sesekali dia menggosok perutnya yang kempis itu.

" Sepatutnya aku yang melahirkan, bukannya adindaku!"

Dia menggumam perlahan. Sesekali dia memandang benci ke arah bondanya yang tersenyum gembira mendengar perkhabaran itu.

"Argh, tak gunaa! Kenapa kandunganku boleh gugur? Tidak?! Aku tidak boleh membiarkan anak itu mewarisi kekayaan kerajaan Cahaya Bulan!"

"Aku harus berbuat sesuatu!"

Dia mengigit bibir sebelum keluar meninggalkan balairungseri itu. Tiada siapa dapat mewariai harta kerajaan itu selain dia!

Dia yang paling tua berbanding adindanya. Hanya dia yang layak!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro