Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Jumpa

"Boleh aku tanya sesuatu?"
Bakawali menjongket kening lalu dia mengangguk perlahan.

Pasti lelaki itu bingung mengapa dia ada di sini kan?

Darma ligat menyapu daun kering di halaman rumah kecil Nek Mah. Pokok ciku, jambu dan mangga berbuah lebat nampaknya.

Petang nanti bolehlah mereka menjamah buah-buahan itu untuk minum petang.

"Kau buat apa di sini? Baiduri sudah sihatkah?"

Bakawali yang sedang mengasingkan pisang dan kulitnya menoleh sebentar kemudian menyambung kerjanya itu.

"Orkid merupakan dayang utamaku di istana. Aku sering mengikutnya pulang ke sini bertemu nenda kesayangannya."

"Oh begitu. Eh, mengapa aku tidak pernah terserempak dengannya ketika di istana tempoh hari?"

"Aku mengambil cuti kerana nenek kurang sihat ketika itu." Orkid muncul sambil memeluk cempedak sebesar pemeluk.

"Wah besarnya cempedak!"

Darma hanya tersengih dan kagum dengan cempedak yang besar itu.

" Syukur, adindaku sudah beransur pulih. Namun dia masih perlu menerima rawatan dari sana."

Darma hanya mengangguk. Penyapu lidi diletakkan kemas di tepi tiang rumah.

"Agaknya apa yg dibualkan oleh mereka ya?"

Enam pasang mata itu tertumpu kepada Mawar dan Arjuna di bawah pokok kelapa itu. Serius sungguh tampak mereka.

"Entahlah. Mudah-mudahan mereka mendapat kata sepakat."

Serentak Orkid, Bakawali dan Darma mengangguk.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro