Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Halaman 17: Istimewa

Beberapa hari yang lalu..

Imbas kembali...

"Boleh Mawar bertanya?"

Lelaki itu menguntum senyum. Dia menghirup sedikit air coklat panas. Suasana petang di tepi sawah itu nyaman sekali. Sesekali angin lembut berpuput lembut menamoar wajah.

"Boleh. Seratus soalan pun boleh untuk Mawar. Apa dia?"

Dia merenung kuih ketayap dan lepat pisang di pinggan. Dua biji cawan berasap nipis terletak cantik di tepi piring. Hatinya berbolak balik. Hendak bertanya atau tak?

Ayam berkejaran sesama sendiri ditenung lama. Hah, gasaklah, tanya sajalah. Bukannya Arjuna makan orang.

Terang lagi bersuluh lelaki itu sedang makan kuih. Setakat ini tiada lagi tanda yang lelaki itu berubah selera menjadi kanibal kan?

"Mengapa Mawar seorang sahaja yang memanggil Arjuna dengan nama Arjuna? Bukan Kasturi seperti kebanyakan orang?"

Ya, semua orang di kampung itu memanggil lelaki itu dengan nama Kasturi. Hanya Mawar seorang diharuskan memanggilnya Arjuna.

Pelik bukan?

Lelaki itu ketawa kecil. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.

"Mawar ada buat kelakarkah?" Gadis itu hairan. Eh, lelaki ini kan. Hempuk baru tahu!

"Ampunkan patik, tuanku. Terasa geli hati pula dengan soalan tuanku tadi."

Jawapan lelaki itu ternyata tidak memuaskan hati Mawar. Dia merengus geram.

Dia lantas tunduk mengutip batu kecil dan melontarkan kepada lelaki itu.

"Wow..wow..Ini tidak adil tuan puteri. Patik diserang sedangkan patik tiada perisai."

"Padan muka tuan hamba" Gadis itu hanya menjelirkan lidah. Kemudian dia bangun dan menyarung selipar.

"Eh, Mawar mahu ke mana?"

Lelaki itu bertanya. Takkan sudah mahu pulang? Aduh, Arjuna. Itulah, mengusik lagi kan. Padan muka!

"Eh, jangan!" Suara lelaki itu sedikit tinggi.

Mana tidaknya, gadis itu ingin mengangkat batu sederhana besar tidak jauh dari situ.

"Kesiankanlah patik. Kalau hancur muka kacak patik ini bagaimana? Membujang sampai tualah gamaknya!"

Mawar mengerutkan dahi. Apalah lelaki ini merepek?

"Apa Arjuna merepek? Mawar cuma hendak membasuh tangan di sini. Lagipun manalah Mawar larat angkat batu ini."

Gadis itu menyimpul senyum. Dia menunjukkan bekas tempayan kecil di tepi batu besar itu.

Dia masih waras. Takkan nak baling batu ni pulak. Dalam marahnya, ada terselit juga sayang pada lelaki itu.

"Manalah tahu. Kan Arjuna endahkan soalan Mawar tadi." Lelaki itu tersengih.

"Hah, cepatlah jawab."

Lelaki itu mengalihkan pandangannya kepada sawah terbentang luas itu. Satu ketenangan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Lagi-lagi apabila berkelah bersama pujaan hati.

"Cuba Mawar melihat burung-burung pipit itu."

Sekumpulan burung pipit yang terbang menghampiri padi tidak jauh dari mereka. Seketika mereka mengeluarkan bunyi nyaring dan bersahutan.

Gadis itu turut merenung sekumpulan burung pipit itu.

"Cantik." Gumam lelaki itu perlahan.

Mawar menoleh. "Apa yang cantik?"

"Er, Orang-orang di tengah sawah itu. Cantik." Kalut Arjuna membetulkan duduk.

Aduh. Cabul sungguh mulut ni. Nasib gadis itu tak perasan yang dia diperhatikan.

Keningnya bercantum. Ada sahajalah gelagat lelaki ini.

"Ehem, Kembali pada burung pipit tadi. Cuba Mawar fikir ya. Burung itu kalau mahu makan padi, mereka akan memilih padi yang sudah masak atau main sebat sahaja?"

"Hm.." Gadis itu terdiam seketika. Rambut ikal mayangnya terbuai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

"Sudah tentulah padi yang terpilih sahaja akan menjadi santapan mereka." Laju sahaja gadis itu menjawab.

"Mawar yakin?" Lelaki itu tersenyum senget.

Mawar hanya mengangguk tanpa suara.

"Begitulah juga pandangan Arjuna pada Mawar."

"Hah?" Gadis itu tercengang dengan jawapan lelaki itu.

"Apa kaitan Mawar dengan burung pipit? Mawar makan nasi ya. Bukan makan padi macam mereka."

Arjuna menghamburkan tawa. Terpesona dengan kepolosan gadis itu. Comel sungguh.

Kalau halal ni, sudah dipeluk erat gadis itu. Mengucap Arjuna. Anak dara orang tu.

Sekali datang temenggung Ali, dipenggal kepala kau, tamat riwayat.

"Hah, Kasturi, Mawar. Rancak berbual?"

Tegur satu suara parau. Kelihatan seorang lelaki separuh umur dengan cangkul disangkut atas bahu datang menghampiri mereka. Wajahnya dibasahi peluh diseka perlahan.

"Minum ayahanda."

Cawan disambut cermat. Temenggung Ali meneguk air sehingga habis, haus sangat gamaknya. Maklumlah musim menuai sudah tiba. Makin bertambah kerja.

"Serba salah saya, pakcik."

Temenggung Ali berkerut. "Mengapa pula Kasturi?"

"Sepatutnya saya menolong pakcik. Bukannya hanya duduk di sini." Wajah pemuda itu serba salah.

Lelaki separuh abad itu hanya ketawa kuat. Bahu pemuda itu ditepuk perlahan.

"Tidak mengapa, Kasturi. Sengaja aku suruh kamu teman anak aku di sini. Lagipula kan kamu baru saja pulang dari istana. Mesti penat belum hilang."

Pemuda itu tersengih.

"Apalah sangat kerja di istana itu pakcik. Saya cuma berdiri tegak macam tiang lampu sahaja. Tak memcabar langsung."

Mereka bertiga menghamburkan tawa. Terhibur dengan ulah lelaki itu.

"Sudah kerja kamu sebagai pengawal istana. Takkanlah mereka suruh kamu memasak pula."

Lelaki itu hanya sengih menayang gigi.

"Beginilah, jika kamu beria nak bantu ayah. Esok petang datang ke rumah, kita ke kebuh Ngah Salim. Katanya dia perlukan orang untuk menebas."

Mawar mengerutkan dahi.

"Ayah?"

Temenggung Ali menyembunyikan senyum. Arjuna tersenyum senget mendengar kesalahan tatabahasa itu.

Itu tersasul atau sengaja?

"Sudah tentu boleh ayah. Esok saya sampai. Jangan lupa siapkan bekal ya, Mawarku sayang."

Mawar tersentak. Darahnya menyirap ke kepala.

"Siapa ayah awak ha?"

Dulang kecil diangkat dan dihempuk lembut ke dada bidang lelaki itu.

Geram.

"Ayah pun sama! Dua kali lima. Sudah, Mawar mahu balik."

Gadis itu beriak masam sambil mengutip piring, cawan serta termos , menyarung selipar dan berlalu. Sempat diberikan jelingan tajam kepada Arjuna.

Arjuna masih dengan saki baki tawanya. Diseka hujung mata yang berair akibat terlalu banyak ketawa.

Entah mengapa dia gemar menyakat gadis ini.

Temenggung Ali hanya menggeleng melihat telatah anak daranya.

"Aku tidak menghalang kalau kamu benar mahukan Mawar. Aku tahu kamu lelaki yang bertanggungjawab."

Arjuna terkesima. Tidak menyangka hal itu keluar dari mulut orang tua itu.

"Maksud pakcik?"

"Aku juga pernah muda, Kasturi. Aku dapat lihat kamu berdua saling mencintai."

Arjuna tersenyum lebar. Matanya kelihatan bersinar. Bakal bapa mertua sudah bagi green light!

Namun kemudian wajahnya bertukar mendung.

"Saya jujur sayangkan Mawar, pakcik. Cuma ada perkara yang saya perlu selesaikan dahulu. Saya tak mahu Mawar menderita kemudian hari."

Temenggung Ali mengangguk.

"Aku faham. Kamu selesaikan dahulu. Setelah itu, rumah aku terbuka untuk kamu bila-bila masa. Kamulah paling sesuai aku rasa untuk jaga anak kesayangan aku itu."

Arjuna hanya mengangguk.

"Terima kasih pakcik kerana merestui."

"Aku sudah tua, Arjuna. Jika aku mati dahulu, aku amanahkan kau untuk menjaga Mawar ya."

Arjuna terkejut. Dia memegang bahu lelaki separuh abad itu.

" Hish, pakcik ni. Sudahlah tu berfikir buruk. Pakcik takkan apa-apa. Saya akan jamin itu."

Kata-kata Arjuna disambut dengan ketawa kecil Temenggung Ali. Sesekali lelaki separuh abad itu terbatuk kecil.

"Tahulah kamu pahlawan terhandal istana. Janji dengan aku ya. Kamu akan jaga dan sayang anak aku. Dia lah harta aku yang tidak ternilai dari arwah isteri aku."

"Baik pakcik. Jangan risau. Saya akan jaga dan sayang Mawar lebih dari saya sayang nyawa saya sendiri."

Temenggung Ali terbatuk lagi. Arjuna menggosok perlahan belakang lelaki berusia itu.

Sayu merajai hati lelakinya. Lelaki separuh abad itu bukan sahaja guru silatnya. Malah juga sudah dianggap sebagai ayahnya sendiri.

Selalu diberi nasiha, selalu dileteri. Tidka kurang juga di hempuk dengan batang penyapu jika perangai sengalnya datang.

Dia berdoa semoga gurunya itu kembali sihat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro