Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Halaman 13: Jasa

Petang itu cuaca mendung. Awan hitam berarak perlahan. Angin kuat menderu menampar pipi.

"Juna, sudahlah tu. Mari sini minum kopi nak oi!"

Dia menoleh. Keringat di dahi di kesat perlahan. Kayu api berselerakan di atas tanah. Kapak di campak ke tepi.

"Baik, pak."

Cuaca seperti hendak hujan saja. Lelaki berbadan tegap itu melangkah perlahan menuju ke gerai kecil itu.

"Terima kasih kerana sudi bantu Pak. Kalau tidak kerana kamu, Esok pagi baru siap kayu api itu." Lelaki beruban penuh itu tersenyum. Bibirnya terjepit rokok daun.

Anak muda itu tersenyum merenung rintik-rintik hujan menyembah bumi. Gerai Pak agak lengang petang ini. Mungkin kerana hujan lebat.

Adapun Seorang lelaki bersama anak kecil khsuyuk makan di sudut gerai.

"Tiada apalah, Pak. Pertolongan saya ini tiada nilainya dari jasa Pak menjaga saya selama ini."

"Ah, kau ini sudah pak anggap sebagai anak sendiri. Sementelah pak tidak punya zuriat dengan Mak kau itu."

Wajah tua penuh kedut ditenung lama. Wajah inilah yang bersusah payah membesarkannya hingga gagah begini.

Dia anak yatim, ditinggalkan ditepi surau dalam bungkusan kain batik tiga puluh tahun dulu. Mujur Pak yang baik hati menemuinya.

Sekonyong-konyong, mengambil keputusan sama Mak Temah untuk membela anak itu. Perkahwinan mereka yang berusia 20 tahun itu masih tidak dikurnia zuriat.

Mungkin anak ini adalah anugerah buat mereka berdua. Benarlah, dari tiada apa-apa kini Pak punyai sebuah gerai makan yang agak maju.

Orang kampung juga tidak putus-putus ke sini. Kopi o gerai Pak, antara yang termashur di sini.

"Hah Mawar, lama pak tidak lihat kamu hantar kuih muih? Selalunya ayahanda kamu."

Seorang gadis berselendang putih datang membawa bakul tersenyum manis. Dia menutup payung dan berlari kecil.

"Banyak tempahan di kedai kebelakangan ini, Pak. Itu yang mawar titip pada ayahanda saja."

"Ayahanda kamu sudah pulang dari negeri seberang?" Soal orang tua itu lagi.

"Belum, pak. Besok rasanya."

Orang tua itu mengangguk. Dia mengambil beberapa keping not dari laci buruknya dan menghulur pada gadis manis itu.

"Ini hasil jualan minggu lepas. Laku keras nampaknya kuih kamu ya."

Mawar membulatkan mata. Tangannya yang ligat menyusun kuih lapis, karipap, lodeh terhenti seketika.

"Banyaknya pak?" Gadis itu bagai tidak percaya.

"Ini aku gabung sama duit kelmarin. Ayahandamu bilang biar kamu yang ambil wangnya."

"Oh begitu."

"Memang tak dapat aku nafikan. Kuihmu amat sedap, Mawar." Arjuna menyampuk. Sesekali dia menghirup kopi.

Gadis itu hanya tersipu malu.

Mawar tersenyum. Kembang hatinya menerima pujian. Hatinya juga menahan debaran dek renungan mata anak muda itu.

Tidak lepas dari wajahnya!

"Eh, tidaklah. Kuih Mawar biasa-biasa sahaja, Pak. Mungkin pelanggan Pak kebulur agaknya. Itu yang dikatanya sedap." Seloroh gadis itu.

Kedua lelaki itu serentak ketawa geli hati.

"Eh, duduk dahulu Mawar. Hujan lebat ni. Kamu mahu minum apa? Pak belanja."

Gadis itu melabuh duduk di meja bertentangan dengan lelaki itu. Payungnya diletak di sisi.

"Erm.. teh susu satu, Pak." Pesan suara halus itu.

Pak hanya mengangguk. Dia mencapai cawan dan membuka tempayan berisi air panas. Sesekali dia menjeling anak terunanya yang ligat merenung anak dara Temenggung Ali itu.

Mawar pula asyik bermain dengan kucing oren. Tidak sedar akan renungan pemuda itu.

Orang tua itu menggeleng. Arjuna menaruh hati sama Mawar ya?

Bibirnya tersenyum lebar.

❤️❤️❤️

"Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali jua..."

"Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan"

"Ibu, mari makan." Seorang lelaki muda menyapanya sambil menatang dulang. Wanita itu menoleh dan tersenyum riang.

"Darma, ayahmu sudah pulang?"

Dia terkocoh-kocoh menyambar pinggan di tangan anaknya dan makan dengan lahap.

"Belum, ibu. Mungkin berhari di laut."

Wajahnya tampak muram. Sisa nasi yang melekat di pipi diabaikan. Gelas dicapai dan diteguk rakus.

"Minum elok-elok ibu. Nanti tersedak." Pesan lelaki itu lembut. Dia menyuap perlahan nasi gulai ikan kering ke mulut. Sudah lali dengan gelagat ibunya yang begitu selekeh waktu makan.

Dia sudah lali.

"Mari Darma sapukan." Dia mengelap pipi ibunya yang penuh dengan nasi. Bibirnya mengukir senyum.

"Sedap lauk hari ini. Kamu masakkah, nak?" Rambut wanita itu serabai ditiup angin.

Rasanya baru dia mengikat rambut ibu dengan reben tadi. Dia menggeleng perlahan.

"Ya , ibu. Darma masak." Balasnya sambil tersenyum.

"Sedaap. Nanti kamu masak seperti ini lagi ya! Ibu suka!" Temah menceceh hingga tersembur nasi dari mulutnya. Habis tumpah ke baju dan kain batiknya.

"Eh, ibu mahu ke mana?"

"Ibu mahu duduk di tepi sawah sana. Mahu tunggu ayahmu pulang dari laut!"

Dia bingkas bangun dan melangkah turun ke halaman rumah. Darma hanya menggeleng.

"Ayah sudah meninggal ibu. Sudah tiga tahun." Bisiknya perlahan. Sejak ayahnya meninggal tiga tahun lalu, ibunya jatuh sakit hari demi hari.

Keadaan ibu makin tidak terurus. Makan dan minum tidak dihiraukan. Malah makin banyak termenung.

Darma yang merupakan seorang cikgu di sekolah Melayu terpaksa berhenti kerja apabila mendapat khabar ibunya merayau tanpa arah.

"Hishh, jangan berhenti! Kalau ibu kamu sihat seperti dulu tentu dia sedih. Ibu kamu orang paling gembira ketika kamu dapat tawaran jadi cikgu dulu tahu! Mak Wan boleh jaga ibu kamu."

"Malu saya Mak Wan. Sudahlah MakWan sering hantar makanan ke rumah saya. Ibu saya suka merayau entah ke mana. Kasihan pada MakWan nak mencari."

"Hissh kamu ni. Ibu kamu tu kawan MakWan juga. Apa salahnya kita tolong antara satu sama lain? Sekarang waktu dia, mana tau nanti waktu MakWan pula?"

Darma membetulkan sila. Sejujurnya dia malu dengan jirannya yang satu ini. Terlalu banyak bantu menjaga ibu ketika dia ke sekolah. Ibunya pula tidak seperti yang lain.

"Saya sudah bertekad, Mak Wan. Ibu lebih penting."

Wanita bertahi lalat di bibir itu menggeleng.

"Bukan senang mahu jadi cikgu tahu? Kamulah anak kampung pertama yang berjaya menjadi guru. Kamu tidak menyesal?"

"InshaAllah, tidak. Saya percaya dengan rezeki tuhan,MakWan. Rezeki ada di mana-mana tetapi ibu hanya ada satu."

Jirannya itu meyeka air mata. Untung kau, Temah. Ada anak baik dan soleh seperti ini. Sanggup berkorban untuk menjaga ibunya yang sakit.

"Makwan sokong saja apa keputusan kamu. Jadi, lepas ni kamu mahu kerja di mana?"

"Kedai Ah Chong ada perlukan pembantu. Mungkin saya minta kerja di sana."

"Oh baguslah begitu. Lagipun kedai Ah Chong dekat saja. Mudah kamu untuk pulang jenguk ibu waktu rehat."

Kedai Ah Chong memang dekat. Jenguk saja kepala dari halaman rumah, sudah nampak atap nipah kedai Ah Chong.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro