Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21: Hari Bahagia

"Apa benar yang aku dengar?" Seorang lelaki yang menggulung rokok daun mengangkat muka apabila disapa.

"Eh? Awal kau pulang? Katanya pulang lusa? Ya benar. Buah hatimu akan menikah hari ini."

Lelaki berbadan tegap itu mengeluh lembut. Entah mengapa hatinya hancur berderai mendengar khabar itu. Plastik berisi beberapa botol minuman keras diletakkan disisi.

"Eh, kau bukan dah berhenti minum?" Lestari menegakkan badannya.

"Ermm, aku kusut, Tari."

"Kau tak apa-apa mendengar khabar pernikahan Mawar?" Lestari cuba mengalih topik. Tampak besar serabut lelaki itu. Dengan baju yang tidak terurus. Rambutnya serabai tidak bersikat.

" Baguslah. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh menjaga dia setelah pemergian Temenggung Ali." Senyuman tawar dilakarkan mesti hatinya sudah hancur berkeping-keping saat ini.

"Kau tidak mahu tahu dia bernikah sama siapa?" Soal lelaki yang menghembus asap rokok dengan tenang.

"Tidak perlu rasanya. Semoga suaminya dapat membahagiakan dia hingga akhir hayatnya. Itu sudah cukup buat aku gembira."

"Kenapa kau tidak bersemuka dengannya, Taha? Bertanya mengapa dia menolak pinanganmu hari itu?"

Lelaki bertubuh kekar itu menghela nafas panjang. Itu mustahil. Biarlah dia memerhati dan menyayangi dari jauh.

"Aku sedar aku bukan lelaki baik. Aku cuba untuk tidak minum dan berjudi sebab dia. Namun selepas dia menolak pinanganku tempoh hari, aku tidak dapat berhenti lagi. Tiada gunanya aku berhenti lagi."

Botol arak bersepah di atas tanah. Daun terup juga berselerak di sana sini. Bau masam arak mengelilingi kawasan bangsal kecil itu.

"Arak sajalah tempat aku melepaskan segala dendam di dada. Buat aku melupakan semua ini."

Lestari mencampak rokok daunnya yang sudah kontot ke tanah. Sesekali dia menggeleng.

"Bunga bukan sekuntum, kawan. Carilah wanita lain. Kau segak orangnya. Lainlah aku yang capik sebelah ini. Siapalah hendakkan aku?" Ujarnya sambil tersengih.

Lestari menepuk perlahan bahu sahabatnya.

" Bunga memang banyak. Tapi hati aku hanya setia pada satu bunga sahaja, kawan."

"Meski dia sudah dimiliki orang?"

"Ya. Biarlah aku membujang hingga tua jika jodohku tidak dengan si dia."

Taha merenung langit yang cerah. Awan yang terbentuk seakan melakar wajah gadis kesayangan.

Seketika tubuhnya rebah ke tanah. Kedua-dua tangan dan kakinya tiba-tiba kejang. Matanya pula terbeliak ke atas.

"Ya Allah, Taha! Gangsa, mari bawa Taha ke rumah Doktor Hassan. Dia terkena sawan lagi!?"

🌹🌹🌹

"Cantiknya mawar!"

Susuk tubuh tinggi yang menawan memantul di cermin. Tata rias wajahnya dari Kak Sally, pendandan kampung sebelah, menambah lagi kejelitaaan Yang sedia ada.

"Hish, aku biasa saja. Jangan puji lebih-lebih. Koyak baju pengantin nanti siapa nak bayar?"

"Dia." Melati dan Orkid saling menunding jari.

Mawar ketawa kecil melihat gelagat dua orang makhluk pelik itu.

Kalau orang lain tak mengaku kawan dah ni.

"Kau serius ni?" Melati bersuara perlahan.

Mawar menoleh memandang Melati pelik.

"Maksud kau?"

"Nak teruskan majlis ni? kau tahu tak, Kau tak tahu siapa bakal suami kau?" Melati menyoal lagi. Wajahnya yang riang tadi sudah bertukar muram.

Orkid menghela nafas. Banyak songeh sungguh Melati ni. Kalau dia jadi Mawar, dah terteleng muka kawan tu dia tempeleng.

Dah orang tu setuju nak kahwin, apa budak ni nak kecoh lagi?

"Ya. Soal siapa bakal suami aku, aku berserah saja. Arwah tahu yang terbaik untuk aku. Aku percaya pada pilihannya"

Melati buat muka tak puas hati.

"Ini soal masa depan kau. Kalau dia tua macamana? ha? Sebaya dengan ayah aku ke?"

"Kalau dia gemuk? Hitam? Berjerawat? Kau terima?"

Mawar dan Orkid tergelak besar mendengar omelan Melati yang entah apa-apa itu.

Overthinking sungguh perempuan ini.

"Aku terima seadanya, Melati. Rupa paras, umur tak penting. Yang penting dia ikhlas, bertanggungjawab dan sayangkan aku. Boleh jadi ayah yang baik kepada anak-anak aku nanti."

Melati melopong mendengar jawapan tenang sahabatnya itu. Biar betul?

"Relaks Melati. Kalau macam inilah gayanya. Baik kau saja yang kahwin hari ni." Orkid mencelah sambil ketawa.

Mawar tersengih.

"Benar?Kalau begitu, ganti tempat Mawar ya. Manalah tahu jika Bakal suamiku itu Budi. Melepas Melati nanti ."

Terbuntang mata gadis berselendang biru lembut itu. Mintak simpanglah. Mati hidup semula 10 kali pun dia tidak sanggup.

Kalau ada tinggal si kurus tu lelaki terakhir dalam dunia sekalipun, dia rela membujang sampai tua. Heh.

"Melati serius ini!" Melati menjengilkan mata.

"Mawar serius juga ni." Mawar mengusik sambil ketawa kecil. Orkid hanya ikut ketawa.

Melati menuju ke birai tingkap. Riuh suasana di luar dengan penduduk kampung sibuk bergotong royong untuk majlis anak arwah Temenggung Ali. Mujur arwah merupakan seorang yang baik hati dan dermawan.

Sebab itu ramai yang datang menggembleng tenaga untuk majlis bahagia anak arwah.

"Melati tak mahu apa yang padaku, terjadi pada kamu berdua. Melati sayang kamu berdua tahu. Kita sudah seperti darah daging sendiri."

Mawar menghampiri gadis itu dan memeluknya kejap. Gadis itu kemudia teresak-esak dalam pelukan Mawar.

Orkid datang menepuk bahu bagi menenagkan keadaan. Mungkin Melati teringatkan kisah rumah tangganya yang gagal dua tahun lepas.

Bagaimana Berahim menderanya secara fizikal, sehingga hilang sikap gila-gila dan periangnya selepas berkahwin dengan jejaka itu.

Hanya selepas bercerai, Melati kembali ceria seperti selalu. Suka mengusik orang, tak makan saman. Dan tabiatnya apabila bertemu Budi. Cari gaduh saja kerjanya.

Sudah seperti anjing dan kucing dua orang tu.

"Mawar sayangkan kau juga, Melati. Jangan risau. Kau kena selalu doakan aku ya. Mungkin jodoh aku dah sampai. Kalau aku lari pun, buatnya jodoh aku gigih nak kejar. Kahwin juga kami, Melati."

Lembut Mawar memujuk. Air mata di wajah Melati diseka perlahan.

"Habis cair bedak Melati." Gumam Melati.

"Eh, dia yang menangis. Kami tak suruh pun." Orkid mencelah sambil ketawa.

Dan mereka bertiga ketawa bersama. Dia berharap suaminya nanti benarkan dia untuk luangkan sedikit masa bersama budak berdua ini.

Sahabat dunia akhirat.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Psst, Mawar."

Gadis itu tersentak dari lamunan panjang.

"Salam suami kau tu."

Mawar merenung tangan berurat dihadapannya itu. Eh?

"Dah habis akad ke?Kenapa aku tak perasan?" Soalnya perlahan.

Dia menarik perlahan tangan kekar itu dan menciumnya lembut. Nak tengok ke tak muka suaminya ni?

Dia masih berkira-kira untuk mengangkat wajah. Mukanya merah menahan malu. Tapi dia teringin nak tahu gerangan siapa lelaki itu.

"Awak taknak tengok ke siapa suami awak ni?" Suara garau itu menegurnya lembut.

Dia macam kenal dengan suara itu.

Macam suara..

Anak mata lelaki itu tajam menikam anak matanya. Bibir lelaki itu terukir senyuman manis.

"Arjuna?!?"

"Ya sayang?"

Dia bagaikan mahu pengsan. Sayang?

"Awak...suami saya?" Mawar masih terkejut.

Arjuna tergelak kecil. Mencuit pipi gadis kesayangannya itu. Mereka sudah bangun untuk menuju ke meja beradab.

Masa untuk makan!

"Terkejut tak?" Soal lelaki itu lagi. Tangan kecil itu digengam bagai tidak mahu dilepaskan.

Mawar menghela nafas. Dia cuba bertenang. Membalas senyuman dan ucapan tahniah dari tetamu yang menyapanya.

"Jantung saya macam nak gugur tahu!"

Gadis itu mendengus kecil.

Arjuna hanya tergelak senang. Lelaki itu kelihatan sangat tampan hari itu dengan baju melayu cekak musang dan tanjak. Menarik perhatian anak dara, janda juga isteri orang.

Mereka bagai tidak dapat melepaskan pandangan kepada pengantin lelaki. Biasalah, orang yang kacak pakai guni pun kacak kan?

Mawar pula kelihatan cantik dan memukau sepadan dengan suaminya. Mereka bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan.

Ketika mereka berada di meja makan beradab, Mawar merenung kerusi kosong di sebelahnya. Matanya bergenang.

Kalaulah ayah masih ada...

Arjuna yang perasaan perubahan riak isterinya memeluk bahu gadis itu perlahan.

"Jangan sedih sayang. Baby yakin ayahanda sedang tersenyum melihat kita sekarang. Hasrat dia sudah ditunaikan, bukan?"

Mawar perlahan menyeka tubir matanya sambil mengangguk. Harapnya begitulah.

Ayah doakan Mawar bahagia dengan Arjuna ya?

Kejap.

Dia mendongak melihat suaminya yang masih tak lepas memandangnya. Lelaki itu masih dengan senyuman romeonya.

Mereka mula duduk dan menikmati makanan. Mawar terasa kekok kerana mereka mana pernah duduk sedekat itu sebelum ini.

"Awak bahasakan diri awak apa tadi?" Kening Mawar terangkat sebelah.

"Erm..baby?" Lelaki itu tersengih tanpa rasa bersalah.

"Aduh!" Arjuna mengerutkan dahi. Boleh tahan sepitan ketam isterinya itu.

"Baby apanya tua bangka begini." Jeling Mawar sambil mencebik. Hendak terkeluar semula ayam percik yang dikunyah tadi.

Arjuna mengeluh lembut. Isterinya seperti tidak selesa dengan permintaanya itu.

"Eh, kenapa ni?" Tegur Mawar apabila suaminya berhenti menyuap makanan.

" Tak mahu makan kalau begitu." Lelaki itu berubah riak. Dari riang gembira bertukar beku. Sudunya diletak perlahan di tepi pinggan.

Merajuk.

Mawar mengukir senyum. Merajuklah pula bapak budak ni. Haih.

"Arjuna tak mahu, tak mengapa. Biar Mawar habiskan. Dari pagi Mawar tak makan. Lapar."

Mawar menolak pinggannya ke tepi dan mengambil pinggan lelaki itu dan makan dengan selamba.

Arjuna hanya melihat telatah isterinya dengan ekor mata. Isterinya lansung tak mengendahkan rajuknya. Boleh pula isterinya itu makan dengan selera.

Heh. Tak apa. Ada ubi ada batas. Ada hari dia balas.

Haha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro