Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰


Alhamdulillah kenyang juga perut Ain makan maggie. Hmm nasib baik lah dekat rumah Iman ni ada simpan maggie. Kalau tak berlapar lah aku. Ya sejak dari tadi, Ain hanya makan maggie sendirian di dapur. Makan malam yang agak menyedihkan namun maggie sedap dhoo ! Hahaha favourite hampir setiap orang kan ?

Seketika Ain mula mengangkat mangkuk makanannya lalu diletakkan ke dalam singki.

" Ain ! Kemas cepat kitaorang dah habis makan ! "teriak Iman daripada ruang makan.

Ain menghembus nafas berat. Lambat - lambat dia mula melangkah ke ruang makan. Kelihatan Iman dan kawan - kawannya sudah mula hendak bangun untuk bergerak ke ruang tamu.

" Hmm memang macam maid betul eh diaorang buat aku ? Iman pun satu ! Suami tak boleh pakai langsung !" bentak Ain di dalam hati sambil ekor matanya melihat empat figura itu berlalu.

Seketika Ain mula mengangkat satu persatu pinggan dan mangkuk lauk yang lain. Hmm dia terpaksa berulang alik disebabkan banyak juga bekas yang digunakan. Gelas - gelas masih ditinggalkannya dulu. Nanti baru dia datang ambil pulak. Senang aje eh orang lelaki makan pastu tinggal ? Perempuan sorang - sorang ni juga la yang nak kena kemas pun.

Ain mula mencuci pinggan - pinggan tersebut.

" Hmm sebelum kahwin aku pernah berangan nak rasa perkahwinan yang harmoni....sebagai contoh kalau aku tengah basuh pinggan pastu suami aku yang akan tolong dan teman aku dekat dapur ni...tapi tu la apa yang kita impikan selalu takkan jadi kenyataan..."keluh Ain di dalam hatinya. Tangan masih ligat melakukan tugas mencuci.

Zapppp ! Sepasang tangan mula melingkari pinggang Ain tiba - tiba sambil meletakkan satu gelas ke dalam singki.

" Rajinnya dia..."bisik seseorang itu di tepi telinga Ain.

Ain tersentak hebat ! Serta merta dia menoleh lalu menepis tindakan orang itu yang cuba memeluknya daripada belakang. Kurang ajar lah !

Eh bukan Iman yang peluk Ain ?

" Kau buat apa ni ?" soal Ain kasar.

Syakirin tersenyum sinis.

" Tolong kau kutip gelas lah...kenapa ?" kata Syakirin selamba.Dia tahu bukan itu yang dimaksudkan Ain.

Entah bila pula mamat ni datang ke dapur. Ain sendiri juga terkejut.Dah tu suka suka hati aje peluk aku daripada belakang. Tak ada adab langsung.

" Dah lah pergi lah depan sana ! Tak payah nak tolong bagai.." kata Ain menghalau.

" Uishh sombong kau ehh.." kata Syakirin sedikit tercabar. Dia mula melangkah merapati Ain semula.

Ain sedikit tersentak dengan perlakuan Syakirin itu. Dia mula sedikit takut. Syakirin ni memang tak makan saman langsung. Ain terundur ke belakang sehingga langkahnya  terkunci di singki.

" Kita berdua aje tau dekat sini...yang lain semua dekat depan tau..."ugut Syakirin sambil matanya meliar melihat disegenap tubuh dan wajah Ain. Sungguh Syakirin agak tergugat juga dengan kecantikkan Ain sejak pertemuan mereka di kelab tempoh hari.

Ain menggeleng kecil. Ya Allah dia nak buat apa ni ? Iman tolong Ain !

Seketika Syakirin mula ingin menyentuh pipi Ain tiba - tiba.

" Kirin ! Kau kat sini rupanya..."sapa satu suara membuat tindakan Syakirin tergendala.

Syakirin mula menoleh ke belakang. Dia menjauh sedikit daripada Ain. Ain menghembus nafas lega. Ya Allah nasib baik...

" Kenapa kau cari aku ?" soal Syakirin agak kecewa apabila tindakkannya tergendala.

" Iman dengan Red cari kau kat depan..game bola dah nak start.."kata Luthfi.

Ya Luthfi yang sudah menyelamatkan Ain tadi. Hmm Iman suami Ain sendiri pun tak peduli hanya sibuk duduk di ruang tamu. Seketika Syakirin mula menoleh ke arah Ain semula.

" Nanti kita sambung borak lagi ehh..."kata Syakirin sambil mengenyitkan matanya kepada Ain.

Menyampah Ain dibuatnya dengan perilaku tidak senonoh Syakirin itu. Lelaki itu memang bahaya buat dirinya. Syakirin mula beredar, kini hanya tinggal Ain berdua dengan Luthfi pulak. Namun jarak mereka agak jauh apabila Luthfi hanya mematung ruang masuk dapur.

" Hmm thanks Luth..."ucap Ain sambil tersenyum hambar. Dia masih terkejut dan takut dengan apa yang nak jadi tadi.

" Ermm sorry eh...Kirin tu dia memang macam tu...hmm jangan masukkan ke hati tau.."kata Luthfi.

Ain mengangguk kecil. Hmm saat ni, hanya Luthfi satu - satunya kawan Iman yang aku boleh percaya. Seketika Luthfi pula yang berlalu pergi dan Ain mula menyambung tugasnya semula.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Kaki diatur laju melangkah ke tempat yang diterima tadi daripada pesanan ringkas daripada Aiman. Baju yang penuh dengan kesan - kesan darah tidak diendahkannya lagi. Ain tahu dia sudah terlambat menuju ke destinasi yang sepatutnya akibat hal - hal yang tak dijangka.

" Abang Aiman...tunggu Ain...tolong jangan buat kerja - kerja bodoh tu.." desis hati Ain sedaya upaya berlari ke tempat tersebut.

Sesampainya Ain di bookstore yang selalu dia kunjungi, kelihatan orang ramai di situ sedang memerhati sesuatu. Agak riuh dengan suara - suara orang yang menyatakan ada orang telah lompat dari tingkat atas. Ain sudah tidak sedap hati jadinya. Debaran di hati kian terasa dan Ain mula mendekati kawasan yang dikerumuni orang itu.

Apabila semakin dekat, Ain tersentak hebat apabila dia dapat menangkap satu figura yang amat dia kenali.

" Abang Aiman ! " teriak Ain lantas mula terjaga daripada tidurnya.

Ain terus terduduk.Dia mengusap wajahnya. Astagfiruallahalazim aku mimpi rupanya. Ain mengurut dadanya sedikit. Dia juga mengucap beberapa kali. Ya Allah kenapa aku boleh tiba - tiba mimpi semua tu balik ?

Tiba - tiba kedengaran bunyi azan berkumandang memandangkan kawasan perumahan Iman memang dekat dengan satu masjid ni. Dah masuk waktu solat subuh...ermm nak ajak Iman solat sekali lah...

Ain mula bangun daripada katilnya. Dia mula membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Pintu bilik Iman diketuk perlahan oleh Ain. Telekung sudah siap dipakai Ain. Dia ingin mengajak Iman solat di bilik solat yang telah disediakan oleh Iman. Ya rumah Iman ada satu bilik ni khas Iman sediakan untuk solat.

Tak sampai beberapa saat, pintu Iman terbuka. Kelihatan wajah bangun tidur Iman.

" Hmm nak apa ?" soal Iman dalam keadaan yang masih mamai.

" Ermmm waktu subuh dah masuk...Ain ingat nak ajak Iman solat sama - sama dekat bilik solat..."

Iman mendengus kecil.

" Hmm kau pergi aje lah solat sorang - sorang sana....aku solat sendiri aje dalam bilik aku..."

" Tapi Ain nak solat dengan Iman..kita tak pernah solat sekali pun kan.."

Pintu bilik Iman lantas ditutupnya tanpa membalas kata - kata Ain lagi. Ain agak terkejut dengan tindakan Iman itu. Sedikit tidak puas hati Ain jadinya. Dia tidak berputus asa, dia malah mengetuk kuat lagi pintu bilik Iman. Sampai dah nak roboh rasanya.

Tok ! Tok ! Tok ! Tok !

" Iman ! Jom lah solat sekali ! Imamkan Ain Iman please ! "teriak Ain di hadapan pintu bilik Iman. Tangannya juga tidak henti mengetuk pintu.

Tiba - tiba pintu bilik terbuka semula. Tubuh Ain ditolak kuat Iman sehingga Ain jatuh terduduk jadinya.

" Aduhh.."mengaduh Ain. Tidak sangka dirinya akan ditolak.

" Kau apehal hah perempuan ?! Kau pekak ke apa ? Aku cakap aku solat sendiri ! Solat sendiri lah ! Tak faham bahasa ke hah ? Hish pagi - pagi dah buat orang sakit hati aje ! " bentak Iman seraya menutup kuat semula pintu biliknya.

Ain agak terkesima. Tanpa dipinta, air matanya gugur juga pagi tu. Hmm kenapa Iman buat aku macam ni ? Aku ajak solat aje pun....tu pun salah ke ? Hmm kenapa Iman layan aku macam ni ? Aku tak faham lah. Lama kelamaan, Ain mengusap perlahan air matanya, dia bingkas bangun. Tak apa lah Ain solat sendiri aje lah kau...daripada kau buang masa macam ni...

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Hampir beberapa hari, Ain hanya tinggal bersendirian di rumah Iman daripada pagi hingga petang. Yelah Iman dah start kerja balik di syarikat papanya. Eh Ain tak kerja ke ? Bukan dia belajar dekat U ke dulu ? Hmm ya Ain dah habis study dan dia memang dah boleh minta kerja sekarang.

Lagi pula dia dulu study bahagian setiausaha. Hmm tapi tu lah tak sangka yang dia akan jadi isteri orang secepat ni jadi dia kena minta izin Iman dulu lah kalau nak kerja.

" Ermm Iman..."

" Hmmm.." sahut Iman acuh tak acuh sambil tangannya sibuk bermain dengan phone.

" Ermm kalau Ain nak minta izin nak cari kerja boleh ?"

Iman terdiam buat seketika.

" Ain bosan lah duduk rumah...bila Iman keluar pergi kerja...Ain ingat kalau Ain cari kerja...bahagian setiausaha..tak ada lah Ain bosan sangat kan..."

" Hmm tak payah..."balas Iman tiba - tiba. Iman takkan lepaskan Ain bekerja. Itu satu peluang buat Ain untuk terlepas daripada cengkamannya. Jangan harap lah ! Iman akan penjarakan Ain dekat rumah ni.

" Tapi Iman...Ain..."

Iman automatik memandang tajam ke arah Ain disisinya.

" Aku suami kau tau..biar aku aje yang kerja...gaji aku dah cukup untuk tampung kau.."balas Iman serious.

Ain terdiam jadinya.

" Kalau kau bosan...kau buat aje lah kerja rumah....tu pun susah ke ?"

" Hmm yelah - yelah..." mengalah Ain akhirnya. Hmm rugi aje la aku study tinggi - tinggi kalau tahu akhirnya suami aku tak izinkan aku kerja.

Iman mula fokus pada phonenya semula. Ain mula memandang daripada sisi Iman.

" Iman.."panggil Ain lagi.

" Hmmm.."

" Ain nak tanya boleh ?"

" Hmm..."

" Kenapa....Iman setuju dengan penjodohan kita ? "

Iman terdiam.

" Kenapa Ain rasa Iman berubah sejak kita sah jadi suami isteri ?"

Iman mengetap bibirnya. Sedikit terbungkam dengan pertanyaan Ain yang tiba - tiba itu.

" Ain..jujur...Ain dah sayangkan Iman...cintakan Iman..."

Iman sedikit tersentak dengan pengakuan yang dibuat Ain itu. Dia sayangkan aku ? Cintakan aku ?

" Ain harap...Iman akan cuba sayang dan cintakan Ain juga tau..."

" Layak kah kau untuk aku sayang dan cinta ?" soal Iman sinis tiba - tiba mula memandang Ain semula.

Ain pula yang terdiam.

" Aku terima penjodohan ni sebab mama aje tau....aku tak nak hampa kan mama..that's it !"

Ada perasaan kecewa terselit di hati Ain waktu tu.

" Kau rasa aku berubah ? Haha ni sikap aku yang sebenar...kau kena tahu tu.."

Tertunduk Ain jadinya.

" Aku warning kau siap - siap ehh better kau hapus dan lupakan perasaan kau tu terhadap aku...hmm aku takkan sesekali balas pun...."

" Tapi Iman...kita kan suami isteri untuk seumur hidup...sepatutnya memang harus ada perasaan sayang dan cinta tu kan ?" kata Ain mula bersuara.

" Kau yakin yang kau akan jadi isteri aku seumur hidup ? Hahaha " ada ketawa sinis dihujung percakapan Iman.

Ain agak terkejut dengan reaksi Iman itu.

" Kau tahu kan hak lafaz cerai ada dekat aku tau....anytime aku boleh lafaz okay ?" Iman mula bangun daripada duduknya. Dia ingin berlalu ke atas. Menyampah lama - lama berdebat dengan Ain sebegini.

Ain menggeleng pantas.

Zappp !

Tangan Iman ditarik Ain.

" Kenapa Iman kena buat Ain macam ni ? Apa salah Ain Iman ? " soal Ain bersama titisan air mata yang mula mengalir.

Iman menepis pegangan tangan Ain itu.

" Sebab kau dah buat abang Aiman aku mati ! "


#Hmmm makin lama makin kesian kan dekat Ain ? Alahaiii betul ke semua kesalahan atas kematian Aiman akan ditundingkan sepenuhnya kepada Ain ? Keep vote and comment ! 😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro