Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Ain mula beratur di barisan kaunter Tealive. Hari ni agak ramai ea orang yang beli Tealive hmm. Ahhh aku tak kesah ! Aku craving sangat dah ni Vanilla Famous Amos ni. Dia menoleh sedikit ke belakang. Hmm nampaknya aku adalah orang terakhir dan orang kesepuluh yang beratur sekarang ni. Agak - agak sempat tak ehh dapat ? Tengok - tengok nanti habis pulak.

Sejam telah berlalu dan akhirnya tibalah Ain untuk memesan air Tealive nya.

" Harga Rm 11.23 sen aje Cik..."

" Oh hah kejap ea.." tangan terus membelek beg tangan cuba mengeluarkan pursenya. Eh kenapa tak ada ?

Ain mula sedikit gelabah jadinya. Pekerja Tealive di hadapannya sudah memandang pelik.

" Ada tak Cik ? " soal pekerja Tealive lebih menambahkan rasa gelabah Ain. Aduh mati aku.nak bayar pakai apa ni ? Purse tak ada pulak.

" Errr ada...ada tapi..."

" Satu lagi Vanilla Famous Amos...saya bayarkan dengan yang ni sekali..." satu suara mula singgah dari sisi kanan Ain ketika itu.

Ain sedikit terpana apabila melihat si gerangan yang menyelit di sisinya.

Iman. Itu lah kemunculan Iman yang tidak pernah disangka hari itu.

" Kau tenung apa tu ? Tak nak masuk ke ? " kata Iman mula menghapus segala bayangan masa lalu Ain ketika itu.

" Hah ? Ohh hah ya masuk - masuk.."

Seusai meninggalkan villa selepas makan tengah hari, masing - masing mula kembali ke rumah. Ain pula telah dibawa ke rumah Iman. Iman memang ada rumah sendiri. Jadi mereka tidak perlu tinggal di mana - mana rumah family mereka berdua. Ain hanya akur tanpa banyak membantah. Yelah sekarang ni dia hanya ikut saja keputusan Iman. Iman suaminya jadi setiap tempat Iman pergi sudah seharusnya Ain juga ke situ.

" Wah cantiknya rumah awak.." Ain mula teruja apabila dia dan Iman mula menapak masuk ke dalam.

Iman terseyum bangga dalam diam. Gila tak bangga ? Dia bina rumah dua tingkat ni dengan duitnya sendiri tau hasil bekerja di syarikat papanya.

Buat seketika mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah waktu tu kelihatan agak sunyi namun tersusun rapi. Hmm mana pembantu rumah ? Takkan lah rumah besar - besar macam ni, Iman tak pakai pembantu rumah ?

" Iman ? Kita dua aje ke yang stay sini ? "

Iman berpeluk tubuh sambil memandang Ain.

" Iya lah..habistu ? Kau nak berapa orang yang stay sini ? "

" Errr tak..bukan macam tu maksud Ain...errrr tak ada pembantu rumah ke ? "

" Tak dak ! Sebelum ni aku just pakai perkhidmatan tukang bersih yang bersihkan rumah aku setiap hari sampai petang aje..." bohong Iman.

Ain terangguk kecil.

" Sekarang aku dah ada isteri enn ? Isteri aku lah yang kena uruskan semua kerja dalam rumah ni.." Iman mula bersuara lagi.

Glurp ! Nak tercekik Ain mendengarnya. Mati lah aku...

" Heh padan muka kau Ain...aku sengaja nak kenakan kau...sebenarnya memang aku ada pembantu rumah...dua orang...tapi dua - dua aku cutikan 2 bulan ! Aku nak kau yang jadi pembantu rumah aku pulak lepas ni...Kau ingat kau boleh jadi mem besar dalam rumah ni ? Hmm no way ! " monolog hati Iman sinis.

" Dah sekarang kau pergi ambil semua beg - beg dalam kereta tu cepat..." arah Iman.

Ain sedikit terpinga. Hah beg - beg pun aku yang kena angkat ?

" Tercegat apa lagi ? Cepat lah ! "

" Hah yelah....yelah..." Ain mula berlari anak ke luar semula.

Iman sudah tersenyum sinis melihat figura Ain yang berlalu itu. Mati kau aku kerjakan !

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•


Ain menarik nafas lega apabila berjaya dibawa beg - beg nya ke tingkat atas. Rumah Iman ada lift tapi entah tiba - tiba Iman cakap rosak pulak. Hmm nasib - nasib. Seketika Iman membawa Ain ke satu bilik. Ain hanya akur membuntuti di belakang Iman.

" Ni bilik kau..."pintu bilik dibuka luas oleh Iman.

Ain sedikit terpinga.Bilik aku ? Bukan bilik kami berdua ke ?

" Errr bilik Ain ? Bukan bilik kita ke ?"

Iman tayang wajah menyampah. Siapa entah nak sebilik dengan kau ?

" Hmm aku tak biasa lah nak kongsi bilik dengan orang...."Iman memberi alasan.

" Tapi..kita kan dah kahwin....sepatutnya kita..."

" Kita apa ? Sebilik ? Sekatil ? Macam tu ?"pintas Iman. Budak ni kan suka soal macam - macam ! Ada aje dia nak cakap. Geram betul aku !

Ain terdiam jadinya.

" Hmm bagi aku masa...aku tak ready lagi pun dengan perkahwinan ni..."putus Iman.

" Ermm okay.."mengalah Ain jadinya. Takut pulak kalau Iman tiba - tiba angin nanti.

" Hmm dah kau masuk la rest ke apa....hmm depan ni aje bilik aku....but ! Nak masuk ke apa ketuk dulu ! Jangan memandai nak terjah.."pesan Iman seraya berlalu ke arah pintu biliknya.

Ain hanya terangguk - angguk kecil. Dia hanya memandang ke arah figura Iman yang mula menghilang disebalik pintu bilik di hadapannya. Ain menghembus nafas berat.

" Dia perlukan masa...dan kau perlukan masa juga Ain...macam lah kau pun ready dengan semua ni kan ?" getus hati Ain.

Baru mata ingin terlelap, pintu bilik Ain diketuk kuat. Terbantut terus agendanya untuk tidur hahaha. Haish tak boleh tengok aku senang betul lah.

Lambat - lambat Ain melangkah mendekati pintu biliknya. Dia mula membuka pintu bilik.Kelihatan Iman yang terpampang di hadapannya kini.

" Kenapa ?" soal Ain.

" Aku nak kau prepare...masak...untuk makan malam ni..."

Ain mengangguk kecil.

" Tu aje ?" soal Ain.

Iman mengetap giginya. Geram dengan respon Ain.

" Prepare banyak sikit...kawan - kawan aku makan malam dekat sini juga..."

Tersedak Ain dibuatnya. What ? Masakkan untuk kawan - kawan dia sekali ? Kawan yang mana ? Kelab semalam ke ?

" Kawan - kawan Iman ? Yang mana ? Kelab tu ke ?"

Iman mengangguk selamba.

" Haah kawan - kawan aku yang kelab tu...Syakirin, Fared dengan Luthfi...asal?"

Ain memuncungkan mulutnya tanda tidak suka dengan kehadiran kawan - kawan Iman itu. Perangai macam dengan apa lagi !

" Hmm asal diaorang nak datang ? " soal Ain lagi.

" Suka hati lah...diaorang kawan - kawan aku so anytime diaorang boleh datang sini...dah lah kau tak payah banyak tanya sangat eh...turun sekarang....prepare apa yang patut..."Iman mula ingin melangkah pergi.

Ain hanya murung sendiri.

" Eh kau pandai masak kan ?" soal Iman kembali menoleh.

Ain mengangguk kecil.Ya Ain memang agak jaguh ya dalam bidang masak memasak ni.

" Bagus lah...jangan sampai aku dengan kawan - kawan aku sakit perut ea..." perli Iman seraya berlalu semula.

Hmmm tengok lah kalau aku ada rasa simpati. Kalau tak sorry ya kalau ulang alik masuk toilet !

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•


Ain sudah bertungkus lumus hampir 1 jam lebih sendirian di dapur. Akhirnya dia dapat siapkan beberapa jenis lauk untuk Iman dan kawan - kawannya yang akan hadir nanti. Hmm diaorang complain macam - macam siap eh !

Seketika Ain mula menghidangkan segala jenis masakkannya di atas meja makan ruang makan utama di rumah Iman. Dia juga mula menyusun pinggan, gelas dan sudu. Hahaha terasa macam. betul - betul pembantu rumah Iman pulak. Sedih !

" Kawan aku dah nak sampai sekejap lagi..."sapa Iman daripada belakang Ain.

Ain sedikit mengurut dadanya.

" Terkejut Ain..lain kali bagi salam dulu lah.."

Iman mencebik.

" Kau pergi lah tukar baju lain...dah selekeh aku tengok ! Tak berselera aku dengan kawan - kawan aku nak makan nanti.." tegur Iman tanpa berlapik langsung. Isteri dah penat - penat masak boleh dia cakap isteri dia selekeh ? Bertuah punya suami.

Ain pula mencebik seraya berlari untuk naik ke atas membersihkan diri dan menukar pakaian lain. Lagi pula dia harus memakai tudung apabila kawan - kawan Iman sampai nanti. Dia masak tadi free hair aje..


Tepat pukul 8 malam, kawan - kawan Iman yang tidak mendapat di hati Ain mula menghadirkan diri. Datang aje diaorang riuh satu rumah. Memekak tak tentu hala macam dekat kelab hari tu lah ! Bingit telinga Ain ni...hmm nasib baik tak ada baby ke budak kecik dalam rumah ni. Kalau tak dah nangis terjaga daripada tidur dek kerana suara diaorang.

" Wahh...nampak macam sedap aje lauk - lauk ni....maid kau masak ke Iman ?" soal Syakirin.

Ain sedikit mengetap giginya. Maid masak ? Kepala hotak dia !

" Ermmm aku mana ada maid kau ni ! "kata Iman seraya memberi isyarat supaya Syakirin tidak membuat kantoi plannya.

" Haah lah Iman mana ada maid...kau ni Kirin merepek aje.."back up Fared pula.

" Hahaha ohh lupa.."kata Syakirin.

" Luth mana Luth ? " soal Iman mula menyedari bahawa kawannya yang satu tu tak ada lagi.

" Hmm macam biasa lah si Luth tu always lambat..." balas Fared.

Ain sedikit terpinga. Haah lah sampai ke hari ni, dia masih tidak menemui kawan Iman yang satu itu. Mana eh si Luth yang macam Iman soalkan tu ?

" Sorry guys..lambat sikit.."satu suara mula menyapa tiba - tiba.

Semua mata mula memandang ke arah Luthfi sekarang ini. Begitu juga Ain. Ain sedikit tersentak. Dia lah Luth ? Lahh mamat yang aku terlanggar tu rupanya ? Hmmm hampehh betul !

" Panjang umur kau ehh...Mehh sini duduk..." kata Iman.

Luthfi memandang sekilas dan memberi senyuman kecil kepada Ain seraya mula menghampiri tempat duduk yang kosong.

Setelah semua tempat duduk telah dipenuhi oleh Iman dan kawan - kawannya, Ain sedikit terpinga.Hmmm aku nak duduk mana pulak? Yelah meja makan rumah Iman ni hanya muat untuk 4 orang aje.

" Errr..Iman...Ain nak duduk mana ?" soal Ain gugup.

Semua mata mula memandang ke arah Ain. Mereka menyimpan tawa kecuali Luthfi yang kelihatan sedikit kasihan dengan Ain.

" Sini duduk atas riba aku pun boleh..."kata Syakirin mula mengusik.

Ain menjeling sekilas.

" Kalau riba Kirin tak lembut, riba aku pun boleh...lembut tau..."kata Fared pula.

Iman sudah tersenyum sinis. Puas hatinya melihat Ain diperkotak katikkan seperti ini.

" Err tak apa lah...Ain duduk aje lah tempat Luth..."tawar Luthfi tiba - tiba hendak bangun.

Zapppp !

Bahu Luthfi pantas ditarik Iman, serta merta terduduk semula Luthfi. Syakirin dan Fared sudah menjeling Luthfi atas tindakan bodohnya yang hendak memberikan tempat duduk itu kepada Ain.

" Diaorang ni tetamu aku hari ni tau...dah tahu tempat tak ada yang kosong lagi...pergi lah makan dekat belakang sana !"tempik Iman tiba - tiba.

Kprakk ! 💔

Retak hati Ain apabila ditempik Iman macam tu. Lagaknya seperti menghalau pembantu rumah aje. Ingatkan Iman nak bagi tempat dia untuk aku ke apa tapi halau aku ada lah...aku isteri dia kot. Sedikit sebanyak Ain mula terasa dengan sikap Iman malam itu.

Syakirin dan Fared sudah ketawa mengekek apabila Ain diperlakukan seperti itu. Luthfi hanya memandang sayu.Sejujurnya memang Luthfi sedikit tak berkenan dengan segala plan Iman dan kawan - kawan yang lain tu.

" Pergi lah cepat ! Semak aje aku tengok kau lama - lama dekat sini ! "

Ain mula cepat - cepat berlalu pergi dari situ. Hmm aku nak makan apa dekat belakang kalau semua lauk aku dah letak dekat meja tu ? Aku ingat aku boleh makan dekat situ sama - sama.

#Hmm kesian Ain kan ? Agak2 Iman akan terus kejam macam ni ke ? Keep vote and comment guys ! 😍💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro