Bab 17
Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
Iman menolak perlahan kerusi roda yang sedang diduduki Ain saat ini. Alhamdulillah setelah beberapa minggu akhirnya Ain sudah boleh balik ke rumah.
Masuk - masuk saja ke dalam rumah, Ain disambut oleh Mak Teh dan Aida.
" Selamat kembali Ain ! " ucap Aida teruja seraya memeluk Ain.
Ain tersenyum tipis. Dia membalas pelukan Aida waktu tu.
" Terima kasih Aida.."
" Rindu gila kitaorang dekat Ain tau..." kata Aida. Macam biasa mulutnya takkan pernah berhenti bila jumpa Ain.
Ain terangguk kecil.
" Sama lah rindu juga..."
" Ain macam mana sekarang ? Okay ke ? " soal Mak Teh mula mencelah. Kalau dibiarkan Aida anaknya bercakap dengan Ain memang tak ada peluang lah dia nak bersuara pula.
" Hmm macam ni lah Mak Teh...nak berjalan pun dah tak boleh..." kata Ain sedikit sedih.
Iman dibelakang juga sedikit terasa. Ya jujur cakap bila Ain mengatakan dirinya lumpuh pasti saja wujud rasa bersalah itu di hati Iman.
" Ermm tak apa lah..Ain nak atas dulu eh...rehat ke apa...Ain jangan risau..Mak Teh dengan Aida akan jaga Ain mulai hari ni..."
Ain mengangguk kecil.
" Kita naik atas eh Ain ? " kata Iman dibelakang.
Ain mengangguk kecil.
Iman mula menolak semula kerusi roda Ain. Namun baru beberapa langkah saja Iman hendak menuju ke lift rumahnya tiba - tiba Mak Teh menahan.
" Hah Tuan Iman...lupa Mak Teh nak cakap.."
" Cakap apa Mak Teh ? "
" Errr lift rosak lagi lah Tuan..." beritahu Mak Teh.
" Rosak ? Semalam okay aje ? "
" Hah rosak Tuan ! Hari ni baru rosak...ermm habistu macam mana Tuan Iman nak bawa Ain naik atas ? "
Iman memandang ke arah belakang Ain sebentar. Ain pula hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan apa - apa cadangan sekalipun.
" Tak apa lah Mak Teh...saya boleh angkat isteri saya naik atas...lepastu saya akan angkat kerusi roda dia pulak naik atas..." ujar Iman tenang.
Ain sedikit tersentak. Sanggup Iman nak buat kerja dua tiga kali ?
Mak Teh dan Aida memandang sesama sendiri seraya tersenyum penuh makna.
Seperti yang dikatakan Iman sebentar tadi, Iman mula mencempung tubuh Ain untuk naik ke atas melalui tangga. Ain mula merangkul erat leher Iman. Takut - takut jatuh pula dia nanti.
Iman mula melangkah penuh gagah sambil Ain dicempungannya. Sesampainya di atas, dia mula ingin menuju ke biliknya.
" Iman nak bawa Ain pergi mana ? " soal Ain.
Iman mula merenung wajah Ain. Ain tertelan liur sendiri apabila direnung Iman secara tiba - tiba itu.
" Mulai hari ni...tak ada pisah - pisah bilik lagi...Ain kena stay dekat bilik Iman. Faham ? " jelas Iman lembut.
Ain mengangguk kecil. Jantungnya berdegup laju ketika itu. Sejujurnya dia sedikit tersentuh dengan sikap Iman yang semakin lama semakin baik. Jauh beza betul dengan yang dulu. Masa dekat hospital pun dia tak pernah lelah untuk jaga Ain walaupun dia sibuk dengan kerjanya.
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Buat pertama kalinya sepanjang perkahwinan, Iman mengimamkan solat Zohor Ain hari itu. Setelah selesai solat, Iman membacakan sedikit doa. Ain yang duduk di atas kerusi roda hanya terpegun mendengarkan setiap bait doa yang diucapakan Iman.
Selepas aje habis bacaan doa tersebut, Iman mula menoleh ke arah Ain dibelakangnya. Perlahan - lahan tangan dihulurkan ke arah Ain. Ain sedikit tersentak namun dengan pantas dia menyalam tangan Iman. Lama Ain tertunduk mencium tangan Iman waktu tu. Sebak dibuatnya Ain ketika itu. Lama kelamaan Iman mula menyentuh belakang kepala Ain.
" Lepas ni setiap hari kita solat sama - sama eh ? " kata Iman.
Ain mengangkat wajahnya seraya mengangguk kecil. Air mata terharu Ain menitis sedikit. Sudah lama dia menginginkan ini semua. Solat bersama - sama suaminya iaitu Iman.
Air mata Ain diseka Iman.
" Nangis pula dia..eee..." pipi Ain dicubit lembut.
Ain tersenyum kecil.
Ain yang kelihatan sedikit gelisah sejak dari tadi mula mendapat perhatian Iman yang baru saja masuk ke dalam bilik.
" Kenapa Ain ? " tegur Iman.
" Hah ? Errr...Ain nak mandi lah..."
" Ohh hah boleh...kejap ehh.." kata Iman seraya mula mengambil tuala milik Ain yang disangkutnya tadi.
" Eh Iman nak buat apa ? "
" Lahh tadikan kata nak mandi ? Iman nak mandikan Ain lah.."
Membulat mata Ain dibuatnya. Dia pantas menyilangkan tangannya.
" Takkan lah ! "
Iman terpinga dengan tingkah laku Ain itu.
" Kenapa pula ni ? " soal Iman mula mendekati Ain dengan lebih dekat.
" Errr panggilkan Aida..atau Mak Teh lah...diaorang boleh tolong Ain mandi..." cadang Ain.
Oh baru Iman faham sekarang ni. Ain malu dengan dia rupanya. Tetiba Iman mendapat satu idea nakal. Sengaja dia hendak mengusik Ain.
" Lahh tak apa lah...Iman kan ada ? Meh lah Iman yang tolong Ain mandi eh.." kata Iman seraya memaut kedua belah tempat pemegang kerusi roda. Wajahnya didekatkan ke wajah Ain.
Ain tersentak dan sedikit terundur ke belakang menjauhi Iman. Iman menahan tawa.
" Sini....Iman bukakan baju ea..." kata Iman seraya mula ingin menyentuh butang baju yang dipakai Ain.
Ain pantas memejam matanya rapat. Iman sudah tersenyum kecil. Geram aje dia tengok reaksi Ain macam tu.
Chup !
Bibir Iman mula mencium pantas pipi Ain yang sudah kemerah - merahan menahan malu itu.
Terbuka terus mata Ain masa itu apabila dia dapat rasakan ciuman Iman pada pipinya itu.
" Iman gurau aje lah...kalau Ain tak selesa..Iman panggilkan Aida eh..tunggup kejap..." kata Iman seraya mula beredar pergi dari situ.
Ain pantas menekup wajahnya dengan kedua belah tangan. Arghhhh malunyaa !
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Perutnya diusap perlahan. Hmm Ain tak boleh tidur tiba - tiba perutnya rasa lapar pula. Hmm tadi dah makan malam banyak kot takkanlah lapar lagi ?
Seketika Ain mengubah sedikit posisinya. Dia duduk bersandar pada kepala katil. Ain mula melirih Iman yang tidur nyenyak di sebelah.
" Hmm takkan aku nak kacau Iman tidur pulak ? Dia pun penat lah seharian jaga aku..dah tu esok dia kerja pulak tu..." gumam Ain sendiri.
Akhirnya Ain mula buat keputusan untuk menguruskan dirinya sendiri. Ermm lift dah okay kot rasanya..boleh la dia turun ke bawah...cari makan apa - apa ke kan?
Seketika Ain cuba untuk bangun dan naik ke atas kerusi rodanya. Namun sayang apabila Ain tersilap langkah dan terjatuh terus ke atas lantai.
" Aduhhh ! "
" Ya Allah Ain ! " teriak Iman pantas bangun mendapatkan Ain. Dia terus terjaga serta merta apabila terdengar suara kuat yang jatuh tadi.
Ain terdiam jadinya. Alahh aku dah buat Iman terjaga.
" Ain nak pergi mana ? Kenapa tak kejut Iman ? " kata Iman mendatar seraya memapah Ain supaya duduk di atas katil semula.
" Ermm Ain lapar...hmm Ain nak turun bawah cari makan...hmm Ain tak nak kacau Iman tidur tadi.."
Berapa banyak hmm dah aku cakap ni ? Kau jangan nak cari perhatian Iman sangat eh ? Nanti penampor makannya tengah - tengah malam buta ni kang !
Iman memandang Ain tajam. Ain tertelan liur sendiri. Hmmm Iman mesti nak marah aku kan ?
Buk...
Tangan Iman jatuh atas kepala Ain. Ain tersentak.
" Tunggu sini...Iman masakkan untuk Ain..." kata Iman seraya diusap perlahan kepala Ain.Setelah itu dia mula beredar keluar daripada bilik.
Ain terpinga sendiri namun lama kelamaan dia menguntum senyuman lebar. Kenapa sweet sangat ni Iman ? Sanggup tengah - tengah malam ni nak masakkan untuk aku ?
Suapan nasi goreng yang terakhir buat Ain oleh Iman sudah selesai. Iman mengetepikan pinggan tersebut di atas meja bersebelahan katil. Segelas air kosong dihulurkan ke mulut Ain. Ain meneguk perlahan air tersebut.
" Dah kenyang ? " soal Iman.
" Dah..terima kasih Iman sebab layan kerenah Ain malam - malam macam ni..."
Iman mengangguk kecil.
" Dah tanggungjawab Iman...untuk jaga Ain sebaik yang mungkin.."
Ain tersenyum tipis. Tetiba Iman menguap kecil.
" Iman sambung lah tidur...esok Iman nak kerja kan ?"
Iman mengangguk kecil. Sebelum tidur semula, dia turun ke bawah terlebih dahulu meletakkan pinggan dan gelas. Setelah itu dia naik semula dan baring di sebelah Ain. Ain masih tidak mahu tidur semula disebabkan dia baru saja selesai makan. Tak elok lah kalau terus tidur kan ?
Seketika tidak semena - mena Iman mula memeluk pinggang Ain saat itu. Ain sedikit terkesima dengan tindakan Iman itu. Iman ni manja sangat sebenarnya.
" Goodnight sayang.." ucap Iman bersama mata yang mula terpejam.
Ain menguntum senyuman seraya mengusap perlahan rambut Iman saat itu.
" Goodnight too hubby.."
#Amacam permulaan kisah baru Iman dan Ain ? Sweet tak ? Heee nahh 1 chapter lagi untuk korang ! Hmm esk sis dh start msuk kerja balik. Maybe akn slow update semula lah 😌 sorry guys. Keep vote and comment ❤😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro