Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

* Disuggestkan baca chapter ini dgn lagu di atas ya ! *


Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Iman melangkah longlai memasuki rumahnya. Masuk - masuk aje ke dalam rumah dia dapat melihat bayangan Ain yang datang menerpa dirinya seperti selalu menyambut kepulangannya.

" Iman  dah balik ?"

Namun Iman tidak pernah menyahut dengan baik setiap kali Ain bertanya.

" Tepi lah ! Kau ni menyemak aje lah. Tak payah nak sambut - sambut aku bagai lah.."bentak Iman masa tu.

Selepas itu dia hanya meninggalkan Ain seorang diri di situ. Tanpa sikit pun mengerti akan perasaan Ain masa tu.

Iman menyeka air matanya. Kini tiada lah Ain untuk menantikan kepulangan dirinya. Hanya suasana sunyi dan kosong saja yang menemani dirinya. Itu kenyataan yang sebenar.

Iman akhirnya membawa langkahnya naik ke atas. Tidak betah terus menerus dibayangi oleh bayangan Ain. Hatinya pilu dan sakit sangat - sangat.



Iman membersihkan dirinya seketika. Dia kehujanan tadi dan sekarang mula lah nak rasa demam pulak. Haish. Kalau kau sakit Iman, dah tak ada yang nak jaga kau Iman. Lain lah dulu Ain ada. Walaupun banyak kali kau menolaknya, dia tak pernah berkeras untuk jaga kau Iman.

" Iman makan bubur ni pastu makan ubat...."kata Ain yang cuba memujuk Iman masa tu.

" Hmm tak nak ! Aku tak suka lah makan ubat...." bentak Iman dalam keadaan memejam mata. Dia demam panas juga masa tu.

Ain hanya menggeleng. Macam budak kecik Iman ni bila dia demam. Siapa aje yang tahan layan kerenah budak - budak dia ni kalau bukan Ain ?

Ain menarik tangan Iman walaupun mungkin akan ditepisnya.

" Muhammad Nur Iman...please makan ubat..." Ain tidak pernah berhenti memujuk.

" Hmm tak nak..."

" Okay fine...Ain call mama..."

Dengar saja mama disebut, Iman pantas mengalah. Dia malas kalau berkaitan mama pasti saja mama akan bising dah tu mesti paksa dirinya pergi hospital terus.

Akhirnya Iman makan juga bubur tersebut tapi disuap oleh Ain sebab Iman betul - betul tak larat nak makan sendiri masa tu.

" Ain...siapa nak suap Iman bila Iman sakit lagi nanti ?" gumam Iman perlahan sebak.



Iman mula merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia agak keletihan hari ni. Letih menerima segala kenyataan yang bertubi - tubi. Mungkin ini balasan untuk dirinya yang penuh dengan penyesalan akhirnya.

Tiba - tiba Iman melirih ke arah meja lampu di sisi kanan katilnya. Dia terpandangkan akan sebuah kotak jam dan juga sepucuk surat. Dia baru teringat yang malam sebelum kejadian, Ain ada cakap nak bagi dia dua benda tu tapi dia hanya menyuruh Ain meninggalkan itu semua di dalam biliknya.

Iman mula bangun dan mengesot sedikit untuk mencapai benda - benda tersebut. Seketika dia bersandar di kepala katil. Iman membuka perlahan - lahan kotak jam tersebut. Iman tersentak kecil.

" Jam tangan aku..."

Tiba - tiba Iman teringatkan sesuatu. Di mana waktu dia sedar dulu selepas kemalangan jalan raya dulu.

" Ermm nurse...nurse ada nampak tak jam tangan yang saya pakai masa saya sampai sini ?"

Jam tangan tu agak penting buat Iman, kerana itu hadiah pemberian abang Aiman kepadanya.

" Oh jam tangan Encik hari tu orang yang selamatkan Encik simpan dulu...dia cakap dia nak tolong repair..." beritahu nurse masa tu.

" Oh ermm siapa nama orang tu nurse ? Nurse tahu tak ? Dia perempuan kan ?"

" Haah perempuan tapi maaf Encik..saya tak sempat pula tanya nama dia masa tu..."

" Ermm tak apa lah terima kasih nurse.."

Nurse mula berlalu meninggalkan Iman masa tu.

" Hmm in shaa Allah suatu hari nanti aku akan cari dia....Dia penyelamat hidup aku..."

" Kenapa selama ni aku tak sedar langsung yang Ain lah penyelamat hidup aku...kenapa aku terleka sampai macam ni sekali...aku benar - benar menyesal Ya Allah..." gumam Iman bersama mata yang berkaca.


Seketika Iman mula beralih ke surat yang diberikan juga oleh Ain. Dia membuka surat tersebut lalu membaca isi kandungannya.

Assalamualaikum Iman suamiku, Ain tulis surat ni hanya ingin memberikan penjelasan atas segala kesalahfahaman kita selama ini. Ain tak nak terus menerus Iman bencikan Ain, salah faham dengan Ain. Bukan Ain tak nak cakap dengan Iman secara empat mata tapi Ain tahu Iman takkan mahu dengar sekali pun. Jadi dengan tulis surat ni Ain harap Iman faham.

Ain tak nak dikemudian hari, anak kita akan jadi mangsa atas masalah kita. Lebih baik Ain berterus terang. Ain bukannya tak datang selamatkan abang Aiman. Ain datang tapi masa dalam perjalanan, Ain tiba - tiba kena tolong orang yang kemalangan masa tu. Orang tu betul - betul perlukan pertolongan Ain masa tu. Pada mulanya Ain tak menyangka langsung orang yang Ain selamatkan tu Iman dan pada masa yang sama Iman adalah adik kepada abang Aiman.

Kalau bukan mama yang bagitahu masa dia datang rumah kita mesti sampai sekarang Ain juga tak faham kenapa Iman perlakukan Ain macam bukan seorang isteri langsung. Ain minta maaf Iman. Lagi pula abang Aiman hanya menaruh perasaan yang berlebihan terhadap Ain. Ain hanya anggap dia sebagai abang saja tak lebih daripada tu. Mungkin dia buat tindakan bodoh dengan bunuh diri sebab Ain tak layan dia langsung lepas apa yang dia nak cuba buat dekat Ain dulu...

Tergeleng - geleng Iman membaca setiap satu persatu isi surat tersebut. Air mata Iman juga sudah tidak boleh ditahan lagi. Mengalir tanpa dipinta. Sumpah hari ni lah hari Iman banyak nangis. Air mata lelakinya terlalu murah saat ini.

Dia cuba buat yang bukan - bukan dekat Ain masa tu. Sejak tu Ain memang mula menjauh daripada dia. Maafkan Ain Iman sebab tak sempat selamatkan abang Aiman. Ain dah cuba sedaya upaya sampai dekat sana secepat yang mungkin. Iman... Ain kembalikan jam tangan Iman, Ain harap Iman akan ingat siapa Ain lepas jam tangan Iman dikembalikan...

Ain juga nak bagitahu yang Ain dah lama sayangkan Iman. Sejak Ain selamatkan Iman lagi masa tu dan Ain tak sangka yang Iman juga lah adalah jodoh Ain yang ditetapkan oleh Allah. Sumpah Ain tak pernah menyesal kahwin dengan Iman walaupun hakikatnya Iman tak pernah pun menganggap Ain isteri Iman yang sebenar disebabkan masalah kita ni. Its okay Ain faham. Ain terima. Ain harap lepas aje Iman baca surat ni, hubungan kita akan jadi lebih baik demi anak kita yang bakal lahir nanti . In shaa Allah...

Yang benar,

Isterimu, Nurul Ain.

Iman memejam matanya setelah menyudahkan bacaan surat daripada Ain itu. Sesak dada Iman dibuatnya. Ya Allah kenapa baru sekarang aku nak sedar ? Kenapa baru sekarang aku nak baca surat Ain ni ? Semuanya dah terlambat ! Ain dah tak ada ! Anak aku dah tak ada !

" Nakk...kenapa tidur dekat surau ni ?" satu suara mula menyedarkan Iman yang terlelap dekat surau hospital masa tu selepas menunaikan solat Asar.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Iman terus bergegas ke bilik rawatan yang Ain ditempatkan. Tadi masa dekat surau dan berborak sekejap dengan pakcik yang mengejutkan Iman daripada tidur dan sekaligus menyedarkan Iman daripada mimpi ngeri tentang kematian Ain dan anaknya itu tiba - tiba dia dapat panggilan daripada Luthfi yang menggantikan dirinya sekejap menunggu Ain yang tidak selesai lagi dirawat di ruang kecemasan. Luthfi menyatakan yang Ain sudah dipindahkan ke bilik rawatan.

" Luth macam mana Ain ? Anak aku ?"

" Tenang Iman...okay macam ni...first aku harap kau boleh banyakkan bersabar...anak kau..hmm tak dapat diselamatkan...nanti pihak hospital yang akan uruskan segala urusan anak kau tu..."

Iman cuba menguatkan hatinya. Benda yang sama berlaku dalam mimpinya kini terjadi di alam nyata.

" Ain...macam...mana ?" soal Iman gugup. Dia berharap Allah tidak mengambil Ain juga daripada dirinya. Cukup anaknya buat masa sekarang. Dia tak kuat nak hadap macam mana yang dalam mimpinya tadi.

" Ain selamat..."

" Alhamdulillah..." ucap Iman memanjat syukur. Dia memejam mata menahan debaran di hatinya tadi.

" Tapi...doktor cakap...."

Iman mula membuka mata semula dan memandang Luthfi serious.

" Hmm kaki dia lumpuh..."

Iman tersentak hebat. Bagai satu pengkhabaran yang agak berat juga buat Iman apatah lagi Ain. Macam mana Ain nak terima semua ni kalau dia tahu yang dia dah tak normal macam dulu lagi ?

" Aku harap kau boleh kuat dan bertahan untuk hadap dan jaga Ain lepas ni. Kali ni Ain memang betul - betul perlukan kau Iman...Sekarang waktunya untuk kau tebus segala kesalahan kau..." kata Luthfi seraya menepuk - nepuk bahu Iman.

Iman terdiam namun dia mengangguk kecil. Ya betul juga cakap Luthfi. Ni la masanya untuk Iman jaga dan tebus semua kesalahannya terhadap Ain selama ini. Tak kesah lah Ain macam mana sekalipun sekarang ni. Iman akan stay dengan Ain. Iman sayangkan Ain dan terima Ain apa adanya.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•


Masuk aje ke dalam bilik rawatan Ain, kelihatan ada ibu mentuanya Iman. Oh mungkin umi baru sampai tadi kot masa Iman pergi surau.

" Umi..." panggil Iman seraya menyalam tangan Maryam.

" Iman nak jaga Ain ke ? " soal Maryam.

Iman mengangguk pantas. Itu yang dia nakkan sekarang ni. Sentiasa menjaga dan ada di sisi Ain.

" Okay lah....umi keluar dulu...nak cari ayah kamu kejap..." kata Maryam seraya mengangkat punggung lalu beredar pergi.

Setelah Maryam keluar, Iman pula mula mengambil alih tempat duduk tersebut. Duduk berdekatan dengan katil Ain. Ain kelihatannya sedang terlena lesu. Hanya wajah pucat yang terpamer. Ada sedikit kesan luka di wajah Ain juga masa tu. Begitu sakit hati lelaki Iman melihat itu semua.

Seketika tangan Ain diraih Iman. Dia mengenggam tangan Ain lembut.

" Maafkan Iman...Ain...maafkan Iman..." bibir Iman mula jatuh mencium tangan Ain masa tu.

Akibat ciuman Iman pada tangan Ain, Ain mula bergerak kecil dan terjaga daripada tidurnya.

" Ain ? Sorry Iman buat Ain terjaga..."

Ain hanya memandang kosong ke arah Iman saat itu.Selepas itu dia membetulkan posisinya sedikit ke duduk separa. Seketika Ain mula menarik tangannya yang dipegang Iman saat itu seraya menyentuh perutnya sendiri.

" Anak...kita...macam mana ? Dia..okay kan ?" soal Ain penuh getaran.

Iman sedikit terkelu.

" An..nak...kita..dah..tak ada Ain.."jelas Iman gugup.

Ain tersentak dan terkesima. Perlahan - lahan air matanya menitis.

Iman pantas menyeka air mata Ain dengan ibu jarinya.

" Shhh...jangan nangis sayang...tak apa....bukan rezeki kita..."

Ain menggeleng kecil masih tidak dapat menerima kenyataan akan kepergian anaknya yang telah bermati - matian dia jaga.

Tiba - tiba Ain cuba menggerakkan kakinya namun dia tidak merasakan apa - apa sekali pun.

" Iman...kenapa Ain tak rasa kaki Ain ?" soal Ain gugup dan penuh dengan kerisauan.

" Ain...sabar ya....Ain kena kuat...Iman akan jaga Ain..."

" Iman cakap apa ni ? Kenapa ? Kaki Ain kenapa ?!"

" Ain...lumpuh...."

Kprakkk ! 💔

" Apa ? Lumpuh ? Tak ! Tak mungkin Ain lumpuh....Iman tipu ! Iman tipu ! " teresak - esak jadinya Ain mendengarkan itu semua. Dia mula meronta - ronta tidak menerima kenyataan ini semua.

" Ain bawa bertenang Ain..."kata Iman cuba menahan tubuh Ain daripada terus meronta.

" Iman suruh Ain bertenang ? Semua ni sebab Iman ! Sebab Iman Ain jadi macam ni ! Kalau Iman tak tinggalkan Ain semalam...Ain takkan jadi macam ni...Anak kita masih ada ! Ain tak lumpuh ! Semuanya salah Iman ! Ain benci Iman ! Iman jahat ! Iman kejam ! "teriak Ain sambil memukul - mukul bidang dada Iman masa tu.

Zappp !

Iman pantas menarik Ain ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh kecil Ain saat itu. Ain menangis teresak - esak di dalam pelukan Iman.

" Ya memang semua ni salah Iman...Iman minta maaf Ain...Maafkan Iman...Iman janji Iman akan tebus semua kesalahan Iman ni...Iman akan jaga Ain seumur hidup Iman...Iman janji Iman takkan tinggalkan Ain lagi...Iman sayangkan Ain...Iman cintakan Ain...Iman akan stay dengan Ain sampai bila - bila...itu janji Iman pada Ain..." bisik Iman sebak ditelinga Ain.

#Hahaha rileks2 heroin takkan mati mehhh 😜😜😜. Alahh macam tak kenal pula story sis macam mana enn ? Hee so lepas ni kita tengok Iman nak jaga Ain macam mana pulak ? Hmm adakah sweet2 aje or banyak lagi konflik akan mendatang ? Btw kesian Ain sebab sampai ke sekarang dia selalu diuji aje kan ? Keep vote and comment ! 😍✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro